Hari suci bermula officially today!
Tetapi sebenarnya hari inilah hari suci yang sebenarnya.
Vocab of the day
Hari suci : Holiday.
Pagi tadi exam paper terakhir. KEMAHIRAN MENULIS. Sangat seronok menjawapnya. Terima kasihlah kepada rakan taulan yang berkongsi soalan spot. Aku suka soalan spot. Biasanya, aku akan berdoa supaya pensyarah yang baik hati seperti ini dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. HAR HAR HAR! Ada juga yang tidak mahu main spot-spot. Sangat tak gerek pensyarah macam ni. Haaa... saya bergurau saja. Hi, pensyarah! *kami kena tapis struktur dan penggunaan ayat kerna blog kami dipantau oleh pensyarah juga*
Semalam petang, balik UKM. Lepak studio sampai pukul 11.30 malam. Berpeleseran dengan Ainul. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Ainul kerna telah meng'bakar'kan lebih dari sepuluh jenis filem untuk aku. Maka, aku akan membunuh waktu dengan menonton movie yang tidak berdosa. Atas faktor terdesak, petang tadi aku telah menonton Impak Maksima. Filem Melayu. Filem Melayu main Drift. Layankan aje. Awal Ashaari cute. Apa salahnya luangkan waktu menonton lakonan beliau. Hmmm... best jugak drift. Tapi kereta aku tak sesuai dibuat drift. Tunggu ibubapa membelikan Nissan Skyline buat saya sebijik dua. (Maknanya... tak akan la tu)
Ini soalan spot yang langsung tak tepat.
Siapala yang tikam soalan ni agaknya.
Bukan main syok aku menghafal.
Lagi syok dari menghafal lagu Muse.
SELEPAS EXAM
Exam pukul 8.30 pagi. Punyalah pagi. Punyalah aku tak nak bangun. Punyalah aku tak nak exam. Punyalah mata aku tak boleh bukak. Tapi aku pergi mandi juga setelah bunda call banyak kali dan bising-bising.
Kami ni cemerlang tau! Keluar awal setengah jam. Perkara pertama yang dilakukan ialah melaungkan kegembiraan. Perkara kedua ialah bergosipan ringkas. Perkara ketiga ialah lunch di cafe fakulti buat kali terakhir utk semester ini.
Kalau lepas lunch, duduk diam dan tertunduk bisu... nanti kesihatan terjejas.
Orang kat studio ni dah lali.
Mereka dah tak rasa apa-apa melihat aksi seram-seram sejuk macam ni :
LELAKI TUA GELOJOH
Masa nak masuk ke Cheras/Kuantan, aku bagi signal kiri. Elok je aku nak masuk, ada Honda Civic ni speed up macam hantu. Demi nyawa dan kenderaan kesayangan aku, aku elak masuk kanan semula. Bangang memang bengang. Naik gugur jantung dibuatnya. Tiba-tiba perjalanan pulang yang sesak dan bosan menjadi agak menarik. Kerna aku telah mendapat sesuatu untuk dimainkan.
Aku pun speed up, nak tengok siapa yang drive macam KAMIKAZE tu. Yeww! Seorang chinese man yang tua + bangka. Hmm.. good job. Kalau tengok cara dia drive, mesti kau terbayang dia tu at least macam Aaron Kwok la. Padahal dah tua tua tua! Aku follow je dia. Sepanjang jalan yang sesak dan cuaca yang tak berapa baik tu, dia masih lagi drive dengan gelojohnya sampai aku menyebut perkara buffalo banyak kali untuk dia. Banyak kereta yang nak ke kiri terpaksa masuk kanan balik sebab tak tahan dengan cara dia drive.
Tiba-tiba jalan jadi jam sampai sangkut semua kereta. Aku tengok dia dekat depan aku. Lepas tu dia masuk lagi kiri dan memaksa kenderaan lain bagi jugak dia masuk walaupun sebenarnya tindakan dia adalah sangat tak berotak. Bila jalan macam dah okay sikit, aku terus speed up nak kejar dia. Entah semangat apa yang masuk dalam badan pon aku tak tahu. Tiba-tiba je aku berani overtake dia dan mencelah masuk depan dia. Aku tengok, lane sebelah aku semua ada kereta berderet. Depan aku tiada kereta. Tapi aku drive seperlahan yang mungkin. HAHAH! Aku usha dia dari cermin. Muka dia bengang gila. Aku nampak mulut dia kumat kamit. Menyumpah aku la tu sebab dah buat dia stuck. Aku tengok muka dia panas semacam je, lagilah aku seronok. Yang lagi bestnya, kereta-kereta lane seblah pon tak mau laju. Macam dah pakat-pakat je nak mainkan si tua ni. Apalagi, aku pasang radio. Dan menyanyi dengan tenang. Orang tua tu terpaksalah membontot di belakang kenderaan aku yang se-slow 90km/j tu. Engkau bayangkan!!!!
Best tak, uncle???
Bila aku masuk je simpang ke Cheras, dia terus overtake dan main minyak macam orang kena sawan kat tengah jalan. Dia pandang aku macam nak telan. Dan lepas tu hilang. Aku? Apalagi ... gelak macam jin.
Begitulah kisah perjalanan pulang ke rumah yang menyeronokkan.
Aku kena tidur sekarang!
1, 2, 3... sleepppp!
18 Congteng-conteng:
gelak2 bole?
tatahan tgk kesawanan ko bergamba la hai budak...
ahahahahaha...
hah! bes kan pekena org camtu! aku ske sgt kalo lane 2 lane seblah tu ada kete n keta ala2 pakcik gelojoh tu di belakang aku.... bila lane sebelah cam clear, teros kite pecut tak kasik peluang! waha! aku ske aku ske!! aku ske ko buli org tua itu nurul! gud job gud job!!! i like!!aku rs, kalo aku ada bersama ko ms tu, aku tersenyum bangga ngan ko! haha! ye ah, takat BumbleBee aku tuh, rs terhina sket wat keje camtu!huhu!
ngahahahha..
anda telah maju ke tahap 10.
sila ke kaunter untuk mendptkan pingat ..
spt kata fara.
aku juga akan tersenyum bangga >:D
Raser Pakcik Tu Dulu Muda² Kerja Despatch. Tu Yang Terbawak² Sampai Ke Tua Tuh..
syaff - aku kan full time poser, part time student. Ngeee
farah - kita ni kan gangster jln rasa kategori C. AHAHAH. Hang pon penah buat keja mafia ni kan? Yg hang pi lawan high beam ngan boys aritu apa? nyaris x kena follow... Main main gak.. tp kena la hati-hati. Bahyer woaah!
Kak wan - tu la pasal... semua org bengkek je tgk dia. mementang pakai kete agak best. Boleh blah...
Masy - aaa...tatahannn... golongan artifak eh? wakakak...
mrozaidi - hahaha
astri - owhh..suka korang eh aku wat keje mafia kat jln raya ni. Bukan nk nasehat ke apa. AHAHA. Aku cinta kau!!!
Qai - canner nk sumbat bola golf, tgh drive. Bola golf pon, nak dpt kat mana. sy tak men golf.Hmm..mungkin la kot dulu dia despatch. Takpon dia masih seorang despatch ka. Tu yg nk pecut tu.
lindosh - ekekke.. comellah sgt. comel sket ja. jahat byk sket. AGAGGAGA!
haish awak nih..tapi seb baik on da way pulang,takpe2..
mmg bagos apek tuh kene..aku pon salu gak kene camtuh..
tp memandangkan kereta bunda dan buatan malaysia,malas la aku nak wat cam ko..
ahahaha(jeles takley wat cam ko,wakaka)
baru abis exam rupenye
igtkan da lama da
chissss
kutertipuu!~~
adian - tu la dia. lenkali slip exam tu tatap puas-puas. seb baik tak terlajar paper. hahaha...mati kena study malam-malam.
totin - tu ar kan? aku ni cam da cuti lama je. tetiba kena balik campus amek exam. tah apa-apa.
anda suke beraksi spastik
miahahaha
tensen kerana exm ke?
tahniah abis peksa..suka ati sampai panjat pagar tu lagi, haha
Post a Comment