Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, November 30, 2007

Hidup ni memang sedih

2 sms.
lain.
tapi sepatutnya sama.


sms 1 : versi lelaki.
"Tarikh untuk measured drawing diawalkan dr 10 to 23 dec. Bkumpul jam 7pg di studio pd 10hb dec. Fwd pada studiomate yg lain. Harap maklum"


sms 2 : versi perempuan.
"Tarikh measured drawing telah dtukar pd 10dec hingga 23dec disebabkan kemasukan sem depan telah diawalkan pd 26 dec ... harap maklum"


Kedua-duanya menghentam telifon bimbit antik pada masa yang hampir sama. Dua sms. Tentang perkara yang sama. Tapi informasi saling lebih dan saling kurang. Peduli apa aku dengan versi sms tu. Yang aku tahu, mesej yang nak disampaikan memang buat aku rasa nak pergi berlakon koma ke, pengsan ke, atau pon ala-ala nak mati ke. Aku mo kabur dari dunia ini buat sementara waktu!


Aku nak cuti lagi, la hoi!
Hoi, hoi!
Aku nak cuti ni.
Hoi!


Nasib akulah.
Belajar architecture sapa suruh.


Semoga rumah orang kampung yang bakal aku menginap selama 2 minggu tu agak berteknologi la. Ada wireless. Ada dapur gas. Ada washing machine. Ada rice cooker. Tu pon cukop ar. Tak mintak lebih. Kalau nak bagi lebih, memang seronok lah! Seperti ada playstation, swimming pool, taman strawberry, ladang epal dan kuda-kuda ternak sebagai transport. Maklumlah, ibubapa melarang keras aku drive pergi Johor nanti. Kalau makcik pakcik tu ada kuda, agak gembiralah hati ini. Tapi orang selalu berpesan. Jangan mimpi di siang hari. Sebab tu aku kata, aku taklah harap lebih.


Jatuh maruah aku sudah. Struktur ayat di atas macam menggambarkan sifat demand. Sebenarnya bukanlah macam tu sangat. Aku jujur je ni. 2 minggu tu! Kesian la kat kami ni kalau terpaksa bekerja keras, mencari kayu, menternak dan bercucuk tanam selama 2 minggu. Tugasan measured drawing tu pon bukannya seronok sangat. Ditambah pulak dengan kegiatan lain yang tak menyeronokkan. Tak gembiralah kami. Bila tak gembira, sempitlah fikiran kami. Idea kreatif kami pon jadi cacat. Lecturer pon susah. Nanti kena access design banyak kali. Pointer kami drop, harapan nak grad dengan baik pon musnah. Impaknya memang sedih.


Memendekkan cerita dan impian yang panjang, aku nak lafazkan bahawa cuti tinggal sikit. Hari raya haji pon tak merasalah kali ni. Oh, rasa nak teriak kata-kata kesat je! Kesianlah kat keluarga tercinta beraya tanpa aku. Mesti bunda aku buat drama sedih pagi raya. Aku pon kenalah join drama jugak. Tak merasalah aku balik kampong dan terkinja-kinja beraya macam hantu. Ingat dapatlah berpesta ria dekat Singapore. Tapi memang bullshit. Hidup aku ni memang sedih lah.


Hari Ini : Saya basuh kereta buat kali ke-3. Tak seronok. Saya sayang kereta saya. Tapi saya tak suka basuh dia. Basuh ar badan sendiri!


Kepada 'siapa-siapa' : Siapa-siapa rindu dendam rasa nak tercabut nyawa kalau tak jumpa saya, cepat-cepatlah suarakan keinginan. Yang nak ajak masak tu, cepat ar sket ajak! Yang nak ajak shopping, woaa! Berbesar hati aku sudi! Cepat .. cepat .. tak lama lagi hidup aku jadi sedih. Tolong aku oi kawan-kawan. Bahagiakan sisa-sia hidup aku yang seronok ni :(

Labels:

 

29 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
salam tuan tanah!!
huhuu, sedih ek cuti kena potong.
umah org kampung kat johor agaknye best jugak,
slamat adventur nnt!
11:33 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
jom Chika i nak belanja u char kue teow udang.. kat Penang..

ha ha!
12:13 AM  
Blogger Adian conteng...
ahaha ko beranganla jadi paris hilton dlm simple life tu kene perah susu lembu, bersihkan najis sume. hehe pastu suh fara rakam jual kat tv. mesti rating melonjak!
12:13 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
lila - sedih. sengsara. rasa nak pergi buat sesuatu yg menyakitkan. nak pengsan. dan cedera. masuk hospital. .. uhuhu. nak rumah yang best.

ismail - terima kasih. tu maknanya tak ikhlas.

adian - gud idea. tp group aku bukan farah la. syikin. nak ke dia tolong record???? semoga aku tak blagak cam paris hilton. berdosa. masuk neraka.
12:18 AM  
Blogger cepotet conteng...
alahai, lepas ni mesti chika tak memblog sangat kan? i pun akan mati kebosanan tanpa contengan chika. alahai sekali lagi..
12:34 AM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
wakakakaa, lawak betoi ar cik chika ni..mcm nak gi transfer kat pendalaman afrika je,takkanla diaorg takde sume tu wak,hahaha...tp kalau org mmg bohsan gile gak ar..

tapi jgn ada org yg sedih nak berpisah pas 2 minggu kat sana sudah,muhahahahaa...<---gelak org jahat..

*nasib baik sesangat aku tak amik architecture dulu,hiks..kena korban fizikal mental serta coti..!!
12:59 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
erni - pasni i lesap balik ar. takde ar ronda-ronda tak tentu arah dah kat blog org. kena kerrjaaa!

faisal - elo, lo. kejadian takmo balik dr kampong tu mmg xkan berlaku ok. sentiasa berharap satu hari menjadi 2.4 jam sahaja. Hmm.. tu ar! architecture ar nih. apalagi tak kukorbankan?? apa? apa?
1:13 AM  
Blogger Napster conteng...
johor dimanakah?
nak wireless/swimming pool/karoke set/kuda a.k.a kereta lembu dan sbgai2nyer ada kot,tp area tpt Mawi,hahaha
*memandai je aku*
lalala
1:39 AM  
Blogger shahril aley conteng...
relax la itu baru dugaan berlajar belum lagi bila dah masuk alam pekerjaan yang akan menuntut masa yang banyak di tempat kerja...

oleh itu nikmatilah hidup anda sebagai pelajar yang happy-go-lucky selagi ade masa....

jom g kenduri kawin
8:09 AM  
Blogger solitare conteng...
padan muka anda. :p tu a sapa suruh tak benti blaja. haha :p
8:19 AM  
Blogger pphoenix conteng...
wireless, dapur gas, washing machine rice cooker tu sme ade jek di mane2.

tp tmn strawberry ngn ladang epal tu...
hohohoho
sesungguhnye johor bukan lah di kawasan tanah tinggi seperti cameron

tp siryes takde la johor horror sgt
umm..
except klu kat kawasan pedalaman la
9:43 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
semoga tiada banjir lagi..

alaa.. pemotongan cuti anda telah dibawak ke depan..
xpe2.. program memasak kite cuba wat next week Insya ALLAH..
sambel jalan2 cari pasal.. nghahahaha
jgn sedey2 blaja archi..
nanti keje anda hebat.. pasti akan terkenang zaman2 blaja.. stress keje lagi kuat ..
eh.. mcm aku da keje je.. ngahahahaha
11:17 AM  
Blogger Shaira Nadiah MJ conteng...
Aalalal, jgn la sedih. 2 minggu jer, skejap tuh. Adik saya pun buat Architecture. Memang hectic sgt.

Hope you have fun ya! Jgn sedih2 lg k. Senyum sokmo :)
7:52 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
nash - oh.

napster - kat Kota Tinggi. Saya nak kat JB... :(

shahrilaley - ye. mmg la macam tu. Tapi tak boleh terima hakikat btolla cuti kena potong. dah la nak dapat cuti ni kemain susah. kenduri? tak minat gi kenduri. gi kawen minatla. Waaaa hahah!

mr.lee - padan muka saya. tapi tabaik wo nasihat macam tu. bagi ar semangat tuk blaja :p

pphoenix - tak de la nak kata johor horror. even the best part of msia after KL :p Tapi tak leh terima hakikat cuti kena potong tu.


astri - janji tau! mesti ajar buat makaroni bakar. sbb aku suka makan tu. sedih la saya.. saya nak cuti. macam kamu. macam aizar. macam org lain. :(

kak shai - mm.. sob..sob.. sedey la kak shai... :( architecture ni mmg tammo kasi cuti. baru nak rasa hidup bekeluarga. :( ahaha
9:08 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
saya tumpang sedey..bukan kamu je kene coti sket..sy pon menuggu detik waktu,cume 2minggu tuh tetap bersantai dirumah la..

anda mau masak ape lagi??spagetti bologenese??(tak la bolognese sgt,janji ala2)..nnt yer..

nak shopping??sy available..tp bile??year end sale dah mule(waaa,bajet aku banyak ongkos lar..cuci mata je la)
10:52 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hello...che kak? ko ingat johor tu negeri sebelah edinburgh ker..harus ker verangan bagai? sah2 ko tak tunggang kuda-kuda ala race course..kat situ kuda kepang banyak lerr...tu pun kalo ko bley tunggang? ko ado? mak nan ado...katanya...motif? tak yah verangan lelebey la norks..tak der maknenyer berangan nek kuda bagai di johor...kota tinggi tu bukan ibu negara england katanya...hiks!
11:26 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
jaja - nak buat DUA. spagetti bolognese dan makaroni bakar. TAUK! Jom la kita beli-belah. khamis nak??? nak??? nak takkk?? jawap cepat!

gedik - hi nork! selamat kembali menggedik. adoi, geli perot mak nork baca komen kau tu. hina mak nampak. ala, nork.. kita kan satu group nanti. buatnya ada kuda2 dan ladang tu segala.. kan kau pon sama2 rasa nikmatnya. tak gitu nork? lagipon, 2 minggu tu. mestilah mak nak yang terbaik walopon mak sebenarnya verangannn tanpa motif. verangan pon kenalah yg terbaik. mak sedih la nork. mak sedih. lagi sedih dari kupas bawang.
11:53 PM  
Blogger Fakyew conteng...
akhirnya.. haha
12:03 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
timyohannon - maksudmu? :(
12:06 AM  
Blogger fievelski rensler conteng...
hik hik..aku baru post beberapa minit dah ada yang ngomel..wah hebat!!! che kak pi la tidoq ka, makan ka takkan la nak melangut depan pc 7 hari seminggu...tak offline ke ko che kak? ker nak cover segala kerugian yang bakal ditanggung di ladang neverland kota tinggi?motif?sama2 la rasa men kuda kepang bagai...aku punya mantera kooda kepang dalam bahasa siam ko nyet mantera jawa ker???
12:16 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
fifi - tau pon. mestila nak balas dendam tuk 2 minggu anti-technology nanti. wah wah mulot bukan main lembut lagi.tekanan btol aku ni oi! tolongla faham oi. tanak aku tunggang kuda kepang. buat pa. aku nak white horse. yang bulu lembut. tunggang kuda pi breakfast kat kedai kopi. fuh, tak ke namanya sungguh 'royal selangor'. plus, aku tak tau menderam baca apa. bahse jawa aku tak penah tau walo sebijik.
12:29 AM  
Blogger fievelski rensler conteng...
motif ko verangan bagai?mak sujud....ilmiah sunggoh imaginasi kamu.bley bikin drama samarinda versi sepanyol...que pasa?que pasa?..motif?bersama samalah kita menuju ke kota tinggi yang sebenarnya rendah...kalo tak takkan banjir karn?!
12:35 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
gedik - ooo oooO oops! jgn seot pasal banjir. aku dah tak rela buat khidmat masyarakat ok. cukopla sem lepas gi cuci-cuci rumah mangsa banjir. dan dapat markah utk pointer. AHAHA. sunggoh tak ikhlas. Tapi bernas. Ntah2... verangan aku tu jd kenyataan. Mmg lompat katak, lompat kijang segala lompat la kita. Ukur umah jiran tetangga pon aku sanggop. AHAH. motif????
12:38 AM  
Blogger Fakyew conteng...
Maksud bagi akhirnya tu pengakhiran lah...
4:47 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
normal la tu..
kalau bab2 kerja ni,semua boring..
org IT nak masuk line lain gak sbb boring..
6:36 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Jangan sedih..Nanti Datang blajar lagi..bila abis akan ada lagi kesedihan dalam alam kerja pulak...haha
8:41 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
timyohannon - oh.

nixkgeekier - keje waktu cuti lagi boring

mrozaidi - :(
11:35 PM  
Blogger fara-D conteng...
saya tak suka! tak suka tak suka tak suka!! *nada mcm iklan cat tu* saya marah btol bila planning saya diganggu gugat!!! BENCI!!!
6:27 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah- jom pi pakai hitam pekat. kasi sign kat lecturer kita berkabung sakan neh.
10:21 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."