Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, November 27, 2007

Happy Feet

heartblinkie.gif image by klasik Hello Bello heartblinkie.gif image by klasik

Semalam aku main 'Happy Feet'
Tapi tiada bontot penguin kegemaran.
Tidak jumpa Mumble juga.
Ok. Aku cakap yang bukan-bukan.


Semalam main Ice Skating.
Genap setahun aku mabuk kepayang [click]
Akhirnya semalam, main juga.
Aku sangat gembira ; macam kera dapat bunga.
lalala.gif image by klasik

skating

Pemain 'Happy Feet' : Saya, Aizar , Astri, Farah, Nana (Farah's sis), Haikal and Adek (my brothers). Aku jadi driver macam biasa. Fetch Aizar dan Astri ... dan jalan! Ada confession hendak dibuat. Aku seorang reckless. Thank you. Dan oh ... aku driver wanita yang 'hot'. Engkau biasa makan bubur ayam McD? Ada caution : HOT! Kena berhati-hati. Aku harap semua orang berhati-hati juga dengan semua driver wanita yang 'hot' kerna aku boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya yang lain ketika marah. Thank you lagi.


*
Hot = Panas Hati.


Sampai je Sunway Pyramid, brunch dulu. Maklumlah bawak Adek. Dibuatnya dia memberontak nak makan time tengah layan skating, sawan aku dibuatnya. Adek saya jenis pemakan. Dia makan BESAR. Haikal bukan jenis pemakan. Tapi dia PEMINAT TEGAR makanan yahudi. Ehem... maksud aku, fast food.


Kisah teladan : Kalau nak tanya surau, jangan tanya dekat chinese girl. Tanyalah pada Indian boy. Chinese girl lambat beri jawapan. Dan jawapan dia panjang, dan sukar dimengertikan. Indian boy jawap dengan pantas. Jawapan dia, ringkas dan tepat. AHAHA. Selepas solat Zohor, kami terkinja-kinja menuju ke ice rink. Cis, tak guna! Waktu tu la dia off kejap untuk cleaning. Kami terpaksa menunggu dan merayau-rayau macam kutu. Makan lagi. Yes, of course man! Makanan yahudilah. Yang sedap dan berpropaganda itu. Tadi Pizzahut, sekarang McDonald. Tengok, sambil-sambil macam tu pon kami dah kayakan yahudi. Moralnya ... aku ni pandai cakap je.


Dalam pukul 2 pm, barulah dapat menyerbu ke dalam ice rink dan berballet, bergolek, dansa, dan meluncur dengan pelbagai skill. Tipu. Kami skate biasa-biasa je. Tapi masih dianggap skating la. Yang tak boleh dianggap skating pada awalnya ialah Farah dan Nana. Mereka melekat di tepi lantas menimbulkan kerisauan di hatiku dan rakan-rakan yang lain. AHAHAH! But at last, diorang boleh jugak berdiri di atas kaki sendiri dan bergerak tanpa melakukan aksi anti-graviti. O ye yeh! Aku berasa bangga kerna berjaya mengimbangi tubuh badan dan sekelian anggota dari menyembah ais. Ucapan 'kasihan' buat Farah, Nana dan Aizar atas kemalangan yang menimpa semalam. Tanpa kejatuhan, kita tidak akan menilai erti keteguhan. Ngeee =D Best kan gedebuk atas ais? Rasa macam bontot penguin tak? Haikal biasalah. Orang nakal kalau campak tang mana pon boleh jadi. Siap dapat 'amoi' yang aku tak tahan tu !!!!! Dapat free pulak tu. Atuk sorang 'amoi' ni suruh Haikal ajar cucu dia skating. Memang jadi bahan gelak je kat rumah.

Skating
tak berniat pulak aku nak buat efek gambar ala-ala winter sonata. Tapi memandangkan kesemua gambar semasa dalam ice rink ni adalah gambar yang diambil secara HARAM, ni lah jadinya. Semua gambar blur. Terima kasih buat lelaki penjaga rink yang telah menggunakan speaker untuk memberi amaran kepada saya. Amaran seposen dua. Aku tetap je snap gambar mengikut kesukaan hati.



skating

Hi, kami couple-siam! Tak boleh dipisahkan sepanjang permainan. Tangan kami bertaut erat. Bukan kerna cinta dan airmata, tetapi demi maruah. Berpegang erat dengan harapan, apabila berhadapan dengan cabaran graviti kami dapat membantu satu sama lain. Tetapi nasib baik ketika Aizar jatuh, aku berjaya mengawal diri dari tergadai sama. HAR HAR HAR! Dan Astri escort je dari belakang. Pro la katakan :p Adek Del bermain dengan comel sekali. Dia sebenarnya seorang yang kuat gayat. Tengok muka dia pon aku dah tau dia cuak. Tapi dia jenis tak nak kalah. Farah dengan Nana kerjanya keluar masuk rink. Buat macam rumah sendiri. WAHAHAH! Tapi finally diorang dapat stand dan gerak tu buat kami ni rasa lega sgt. Next time boleh SALSA pulak. Nak? Tak? Nak? Tak?Tak? Nak?

Jari dah tunjuk perasaan. Asyik buat typing error sahaja.
Maknanya, mari menonton gambar!

aku benci tangan 'peace'. Kenapa aku buat tangan 'peace' ? Jangan buat tangan 'peace'.






Photo skating
5.30pm keluar dari rink.
Kena balik cepat atau kena marah dengan ibubapa.
Tapi kenalah foto-mania dahulu.

Perhatikan : tudungku macam mak nenek. skater of the world la katakan. Nak elak dari asyik membetulkan tudung, aku ikat tudung macam tu. Biar jadi mak nenek, asalkan dapat skating dengan bahagia sekali *wink* Betapa semangatnya aku.



Berpelukan dan berlaga-lagaan pipi lalu mengucapkan selamat jalan kepada Farah dan Nana.
Sempat lagi Farah tanya.

"drive ke nanti pi Johor?," "Tak... abah tak kasi. Kau?" emo3.gif image by klasik
"Tak...," geleng-geleng.
Oh yes! Sama-sama 'patah kaki' la kita 2 minggu kat Johor nanti ye.


Nah, gambar lagi!
Tengok sampai muntah!




A new bubble necklace in blue.
tq farah.


Sampai rumah, rushing untuk Asar.
Mandi-mandi, Maghrib dengan abah.

nasib baik sempat jemaah kalau tak, mesti abah marah.
Memandangkan kami balik terus rushing untuk Maghrib,
angin abah pon baik.
Kami borak-borak tentang skating tu.
Tapi kena marah juga sebab tinggalkan Zirul.
Dah kereta penuh.
Cuba abah beli Honda Jazz lagi satu.
Atau CR-V baru yang 4WD tu.
Kan muattttt...

Malam kejadian itu terus aku lumpuh.
Baring je atas katil kerna kakiku sakit bukan kepalang.
Tapi tetap kakiku gembira dapat bermain ais.
HAPPY FEET!

Labels: , , ,

 

27 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
wah besnye die bersukaria. ahaha...
3:02 AM  
Blogger cepotet conteng...
sangat cumel kesemuanya. alahai, lama tak main ice skating. besh kan!
4:45 AM  
Blogger fara-D conteng...
oi oi! sedap gelak kt org jatuH! aku syndrom gayat tau!!eh...sindrom ngilu... tu pasal aa... (***aaaalaaasaaaan!!! ~.~ )
kerja gwe kua masuk rink sbb saket gle kaki! mcm pakai barut kat kaki je rasa! huhu!

tp bes a jatoh! =))
8:24 AM  
Blogger HidayahSham conteng...
huk2..jeles2 kalian g maen ice skating..kt mlka x de tmpt ice skating..tp byk tmpt berpoye-poye..ok gak tu..^_^

tp kalo da blk UTP nnt..xde harapan aa sy nk berpoye-poye mcm skrg..tp..tp..untungnye UTP agak dkt dkt dgn umah sy..bole blk umah slalu..miahahaha~

cik chika..xde gambo fara-D yg "menarik" ke..byk gambo die poye ayu jek..=P
8:47 AM  
Blogger Totin Jamain conteng...
weh weh wehhh
sunglass kat entry bawah bawah bawah bawah tu brand apewwwww??
aaaa cunsssss seyh!!

nak cmnt kat bawah kang u tak prasan plakx!!
hahaha

btw, crowd gile skating floor tuh
mesti ko blaga laga kebabom kebabom time main kan
9:58 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - yeah. kau 1st dude! sorry la tak jemput join sama sbb mula2 ni adalah 'girl's tournament'. tak sangka tetiba mak aku suh bwk adek2. ahahahahahaahah.... tp, ko nak ke skating?

ernisuhana - besttttt.... tu pon jarang2 pergi. tu yg bila main tu rasa cam teruja sgt tu.

farah - sorry la aku mmg nak gelak. sbb dulu time aku jatoh pon puas kena gelak. tp syok eh jatoh. dpt buat sentuhan dgn ais. wakakaka...

hidayahsham - tak amek gambar dia tgh tergolek :( sbb byk sgt lelaki penjaga yg mata dorang tu scannnn je kat kami ni. RUGI! RUGI! RUGI! tak snap gambar best tu.

totin - ntah brand apa. actually, kalau shades aku tak kisah brand. p la tgk kat blog dia. ice rink mmg sentiasa je penuh. nk wat canner. ada la berlaga gak. sbb budak2 kecik main pakai rempuh je.
2:03 PM  
Blogger fara-D conteng...
sham belot! kwang asam!! huh!
i jatuh pun secara ayu yer...maka... takde beza la pun ngan pose2 lain tuh! hehe
2:19 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah ooh. panggil dia sham eh. hi, sham! farah tipu awak lagiii.. dia jatuh secara dramatik. kasihan.
2:24 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
woitttt..sonoknya mereka2 sekalian..haha..beshnya!
2:46 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
anonymous - yaa.. kami mmg seronok. kamu siapa ....?
3:18 PM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
wah wah, meriah sungguh baca cito nih..sungguh best ada kengkawan cenggitu..:)haku entah gift apa first time main dah leh skate dgn lancar,hahaha..baru 2 kali main je..lawak tul ar amik korang amik gambo..:P
3:41 PM  
Blogger HidayahSham conteng...
fara-D..yer2..u jatuh mmg secara ayu..mane penah x ayu..yer2..fara ayu..jgn mayah tau fara..fara chomey..fara baek..tgk2,i puji2 u..pe lagik..nk mkn pizza!!!huk2~

hi chika,tu psl name sy HidayahSham..blh panggil Hidayah (sape2 yg x knl sy slalu pggl name ni..) ataupon Sham (ni da terlebih knl..miahaha~)..tp btui aa,everytime fara jatuh..mesti secara ayu..i wonder camne nk jatuh secara ayu..^_^
4:29 PM  
Blogger Adian conteng...
hehe tau xpe, aku x gile skating pun. lgpun malas la turun naik komuter tu. aku nk berhibernasi puas2 di rumah sblm aktiviti ukur shit tu.
4:44 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wakakaka...o0o0,jatuh adelah perkara lumrah,yg da terer pon jatuh kan FARA??ahahaha..sy mau main lagik..kalo dpt sebulan skali bagos tuh(ececece,melampau btol haku nieh)..
aku amek gamba wat simpanan tau!
4:57 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
org yg name farrah diana ni mmg ade daya graviti yg kuat kot..

gimme 5 farah o/

hhahaha
5:28 PM  
Blogger fara-D conteng...
oi oi! kenapa kecoh aku je yang jatoh ni? diskriminasi!! aiza ngan nana pon jatoh weh!! waaa!! AIZA dan NANA PON JATOH!!!!!!
5:38 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
faisal - actually kalau ada konfiden gerenti ok. masa 1st time tu mmmg asyik pk 'gedebukkk' je. thats y hilang confidence.nak men slalu, tp nak pergi tu satu hal.

sham - tgk ni. panggil sham. maknanya kwn yg mmg mengenali. ahahaha. maknanya farah tu mmg slalu jatoh la ek?

adian - aku dah tau. aktiviti fav kau ialah internet. internet la puas2 ye seblom melakukan kerja ukur *shit. Berdoalah semoga dapat rumah makcik2 yg hightech, yg ada wireless. amin~

aiza - woi woi! KAU PON JATOH JUGAK YER! ingat tu. Kesian farah asyik dibahankan. Pe? men sebulan sekali? boleh je kalau pyramid tu belakang umah aku. nak pegi satu hal, jam satu hal. kalau setakat kat Mines, ari2 pon aku sanggop.

diane - ni lagi satu farah diana. nasib angpa la... ahahaha...

farah tu ada geng se'nama 'gimme 5' kat ko. lek la farah. dah kau je yg asyik buat kemunculan kat sini sure la kau je jadi bahan. skang aizar dah mai. Jom kita shoot dia pulak. Nana tu kita tutup kes lah. Dia dah kena gelak dah ngan abg kat tangga. Kesian dia...
5:57 PM  
Blogger fara-D conteng...
aku suka aku suka!!

aiza jatuh lentangan sisi...kan aiza kan!!^_^
5:58 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah - waktu dia jatuh, dia nyaris membawa aku bersamanya. tu la akibatnya asyik berpegang tgn. seb baik lah aku boleh control bdn, kalau tak sure jatoh atas aizar dan menyebabkan dia .... kemalangan berat sikit kot.
6:01 PM  
Blogger Napster conteng...
Like to see ur picca edit
its really nice ;)
7:00 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
napster - tq..tq :) tu namanya xde kerjaan :D
8:09 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
lambat sgt ke aku bace blog ko ni.. da no 22 komen aku..xpe2.. ngam2 soi ngan tarikh lahir.. har har

hot.. seorang driver yang hot.. ekrhrkehre..

har har harrrr//
aku escort yang berjaya..
nampaknye kene beli skates ni..
ade sape2 nak hadiahkan?? kerhkerhkerhe//

p/s: tahniah kepada cik haizum kerna tidak jatuh!! banzaiiiiiii
10:10 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
astri - maruah kena jaga. bukan senang jaga maruah o. bila agak2 nak mencapai kejatuhan tu... hati aku dah terpekik.. "abeslah maruah aku!!," dah fuh. naseb menyebelahiku. Maruahku terbela.
10:54 PM  
Blogger IamYonna conteng...
chika>> wahh..kamoo sgt la cantek :) ngee.. pujian ikhlas ni :) haha ur happy feet da semboh? :p
12:58 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
yonna - blom. happy sgt sampai feet ni jadi cam ala-ala gila. tq 4 the compliment :D
1:33 AM  
Blogger fievelski rensler conteng...
mak tau..mak tau..dalam kejadian verangan ber ice-skating ala2 kat central park tuh musti ada yang jatuh bagai karn..harus lepas ni kena check balik kekuatan stuktur sunway pyramid! pokoknya gwe udah tau sapa yg jatuh tergolek bak nangka atau cempedak tak masak lagi....aku tau..aku tau..haha tengah gelak ketawa berguling-guling di lantai secara berirama....haha!!!
11:48 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
gedik - cisss... samdol la kau no nork. tabaik tau gelakkan member. aku punyalah simpati tak bertepi kat member kau senang2 je gelak sakan bagai. tabaik nork. kita ni hidup bermasyarakat kenalah terima hakikat jatuh bangun. ahahaha... tp serius ni gedik nak habaq kat ang.. mmg sadis toi la. ketaq2 cek nak skate pas tgk member jatoh gedebuk. chek takot la klu nasib chek pon lagu tu. bukan kecik2 malunya norkkkk
11:56 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."