"Hello, friend. Kat rumah? Nampak you drive tadi,"
"Hey, Maryam! Ya, kat rumah,"
"Free tonite?,"
"Why? Nak hangout? Dinner?,"
"Sure! Secret Recipe, Pandan Indah. Is that ok?,"
"I fetch u at 8.15,"
"Alrite,"
Rindu kat member punya pasal, lepas solat Maghrib rushing lah nak keluar. Susun ayat baik-baik sikit, takut tak lepas kastam. Maksud saya, ayah saya. Saya bawak Adek sekali. Sebab adek suka aktiviti makan-makan. Walaupun sah kena tanggung risiko kopak, tapi bawak dia makan memang seronok.
Pada petang Jumaat yang sangat sejuk ini, tak berapa ada hati aku nak cerita banyak. Menggigil sejuk ni. Hujung tahun, musim sejuk. HA HA HA! Maksud aku, musim hujan. Sejuk-sejuk ni, tulang pon jadi berat. Mata apatah lagi. Sangat berat. Rasa mahu tidur sepanjang musim sejuk ini. Dan bangun semula menjelang musim panas. Ih, Malaysia tanpa musim-musim indah! Apa pasal Malaysia semacam ini? Apa pasal ? Kalau ada banyak musim, ada banyak cuti. Banyak cuti, banyak seronok. Banyak seronok, produktiviti meningkat. Tapi cakap banyak buat pa?
KES BUNUH
Tapi cerita ni ada DUA version, as usual. Versi pertama menyatakan bahawa kejadian ini antara nenek-cucu. Versi kedua pula menyatakan kejadian melibatkan anak-emak. Aku belum confirm versi mana yang boleh pakai. Tapi ini memang kes bunuh.
Dan kami kesemua ahli jiran tetangga ini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan upacara pengebumian dan kematian malam ini. Pasti bising, pasti hingar dan agak kontroversi. Tapi awal-awal sudah kena sound sama ayahanda supaya kami jangan merungut atau komplen-komplen. Hidup bermasyarakat. Kena hormati upacara orang lain. Aik, sapa nak komplen. Tak da.. Tak da.. aku berhati majmuk. Tapi pasti ada juga yang ala-ala berlagak tak bertempat. Pantang jiran buat upacara, bising sikit, mulalah nak report sana sini. Gila ka apa? Nak senyap sunyi duduk dalam gua! You, Flintstone!
Takziah kepada keluarga jiran kami ni. Mak saya berasa agak terkejut. Kerna keluarga kami agak rapat dengan mangsa kejadian ini. Tiada gambar. Ini kes bunuh, tahu?! Aku pon tahu takut. Tak larat aku nak ambil gambar. Aku sangat takut. Betul.
GUNTING & GAM
(sebuah kisah silam)
Dan semalam aku telah tergunting beberapa kertas yang tak sepatutnya iaitu katalog tiles kawan abah punya. Kejadian ini mengingatkan aku kepada kejadian semasa aku darjah satu di sekolah agama. Dari kecil sampai lah usia banyak seperti ini, aku sangat suka main gunting-gunting dan gam-gam. Masa aku darjah satu, aku pernah TERgunting ustazah punya pembalut hadiah dan aku tampal pada meja kayu aku di sekolah. Pembalut hadiah itu bunga-bunga. Ustazah hendak balut buku beliau. Oleh kerna aku seorang budak yang hyper, ustazah tidak jadi marah. Tapi dia menggeleng kepala banyak-banyak kali. Pada hari guru, aku memberinya hadiah. Sambil melafazkan... "Ustazah, bukak pembalut ni baik-baik. Nanti boleh guna untuk balut buku," lalu aku ketawa terbahak-bahak. Mata ustazah bulat je. Konon-konon nak marah aku olok-olok. Dan pada hari yang samalah, ustazah memberi kejutan kepada aku.
"Saya menjemput, Nurul Haizum untuk membaca surah hafazan. Dipersilakan,"
Ketika perhimpunan.
Cis!
Ustazah balas dendam.
AHAHA!
11 Congteng-conteng:
ii. wuu kes bunuh. nasib baik nurin atau altantuya aritu x dijumpai dekat umah ko. hehe
iii. xde internet? waa neraka dunia!
iv. baca surah hafazan time assembly? trus aku mati.
i. dia mmg sgt seronok kalau ada org bawak dia keluar jln2. sbb dia mmg jenis duduk rumah. mother's boy :p
ii. tu kes besar sgt. ni kes ala-ala suam-suam kuku je. klu kes besar, dah lama area aku glamer. mesti aku pon glamer. agaknya.
iii. xde la sampai neraka. cuma macam rasa nak hentak kepala kat dinding je :p
iv. naseb baik aku reti . ahahah. darjah satu... retila. skang try tgk. mmg menyorok blakang pokok ar jwpnya.
http://www.jom-shopping.blogspot.com/
saya tensen, tgk kamu makan dengan bhagia! huhuhu!!!
skang makin rosak diet aku, gara2 tensen dek drama2 murahan ni lah!
2. eyh.. ade eh kes bunuh kat atas tuh smalam?? pokok tebu?? aku rase aku kenal pokok tebu itu.. satu jalan kat rumah ko kan??
3. wah.. darjah satu kene bace hafazan kat assembly?? sgt bagos.. aku.. darjah satu..darjah satu..
aiseh..memory lose. har har har
aku baru je amalkan gaya hidup sehat kat rumah. sekarang dah tak berapa nak sehat. otak aku kesempitan. hidup mmg sukar.
ASTRI
Ler. tak tau ka. tapi mmg dorang senyap ja. Takdak kecoh-kecoh.Oh bukan kat depan umah aku kat trun bukit tu. Ni kat lorong belakang. kat depan kantin sekolah tu. Esok ko tgk la.. aku tunjuk.
Post a Comment