Aku sejuk.
Sejak balik petang tadi, aku menggigil.
Tulang aku macam rasa ngilu je. Tak guna! Nama je minum susu secara bersistem. Tapi tulang belum kuat lagi. Kena minum dan minum dengan lebih giat. Esok nak breakfast minum susu, lunch makan nasik lauk susu, dinner makan serbuk susu. Fuh fuh fuh! Lepas tu kena stroke. Kesian betul hidup aku ni. Selalu berakhir dengan imaginasi yang malang.
Pagi tadi keluar KL jumpa Trex. Trex bukan sejenis dinosaur. Dia seorang kawan wanita yang best diajak berbual. Dan kami hanya berjumpa setahun sekali iaitu pada semester break. Kesian betul hidup aku. Kan aku kata, banyak tragedi. Dan hari ni je dah beberapa tragedi jadi kat aku. Setiap kali aku keluar dari rumah, memang sikit demi sikitlah Malaysia ini dimusnahkan. Kerna aku memang pembuat disaster yang sangat kesian.
Tragedi 1.
Aku tawaf free je area Cempaka tu pagi tadi semata-mata nak mendapatkan tanah sekangkang kera. Tak ada parking. Tak guna! Tak guna! Teringat aku filem Shaolin Soccer. Kungfu sekali kereta-kereta yang ada tu kasi keluar, curik parking dia! Tapi seperti yang dah aku katakan tadi, hidup aku ni kan memang kesian. Tak reti kungfu, tak reti silat, bermain pedang samurai apatah lagi. Jadinya, aku pon meneruskan kerja mencari parking dengan hati yang agak panas.
Tengok-tengok ada MyVi keluar. Aku pon apalagi, tanpa berfikir dengan bijaksananya mengelupur nak take over parking dia. Aku tahu memang tak akan muat. Tapi aku dah terdesak. Aku tekad, nak parking je walaupun si bontot kereta bakal terdedah keluar. Tiba-tiba kena sound dengan seorang india. Dia bising-bising kununnya aku ni tak reti nak budget size ke apa. Dia membebel dengan tiang telekom agaknya. Aku buat pekak. Terus reverse, ikut ja mana dia tunjuk. Dah dapat parking aku tanya dia... harga berapa? Dia kata tak kan tak tau.. macam biasa lah. Belum naik harga lagi. Aku pon balas balik. "Macam biasa tu.. berapa? Saya tak pernah parking sini. Sebab bukan seronok sangat naik LRT buruk tu. " aku hulur RM2 sebab ter'flash ada signboard bagitahu kena bayar RM2. Lepas tu aku tinggalkan dia bercakap dengan tar pulak. Kau ni memang suka bercakap la. Apsal tak join suara parlimen?
Tragedi 2.
Salah stesyen. Nak balik Ampang tapi gerak lagi ke depan. Siap konfiden je muka naik salah platform. Sambil berbual ala-ala wanita dewasa, dan beraksi macam tahu segalanya tentang dunia. Tup-tup tersalah la pulak. Turun balik, tukar platform. Memang seronoklah. Kaki ni pon dah menggelupur. Tunggu masa je nak putus meninggalkan badan.
Tragedi 3.
Aku ni pandai berlakon tau.
Tak percaya, tanya 'dia'.
Aku pandai 'menipu' sunat juga.
Tapi tipu orang sampai orang gantung diri, terjun gaung semua tak pernah lah.
Tadi masa dah sampai Hang Tuah, aku mintak ticket pergi Masjid Jamek. Konfiden macam biasa. Muka ketat je macam orang paling pandai dalam dunia. Sekali.. aik? RM1.20 je tambang? Apsal lah murah sangat. Seronok je rasa. Sampai gelak terbahak-bahak dalam hati. Masuk train, terus berdiri dengan rasa tenang sekali.
CISSS!!
Tiba-tiba aku teringat, aku kan nak balik RUMAH. Yang aku beli tiket pergi Masjid Jamek tu buat apa???? Nak kata buduh, pandai jugak guna train. Nak kata pandai, ada jugak tak pandainya. Tapi aku taklah histeria pasal salah tiket tu, cuma bengang sangat lah kenapa otak aku boleh terfikir nak pergi Masjid Jamek. Naik train betul dah. Cuma tiket je salah beli.
Daripada bosan je duduk dalam train tu, aku pon mula berfikir-fikir nak kelentong apa kat kaunter nanti. Aku memang sah lah tak boleh lepas punya. Tiket aku tak valid. Toink! Aku dah susun ayat baik-baik punya. Termasuklah membuat andaian akan soalan-soalan yg bakal diajukan kelak.
Turun je, aku jalan slow-slow.Tak nak lah orang semua tahu aku ada masalah. Agak-agak orang dah lengang aku pergi jumpa uncle yang jaga tepi services office.
"Uncle, saya rasa tiket saya ni salah,"
"Apa yang salah?,"
"Saya rasa orang dekat station tadi tu salah faham lah,"
"Kamu dari mana? Nak ke mana?,"
"Dari Hang Tuah. Nak turun sini.,"
"Dah tu? Kan dah sampai sini pon," uncle tu muka dia senyum je. Baik ni.
"Tak de. Saya mintak kat dia tiket Cempaka tapi dia bagi Masjid Jamek .... kot,"
"Mana kamu tau ni tiket Masjid Jamek dia bagi?,"
"Sebab tadi masa saya mintak tiket Cempaka, dia tanya saya balik, saya ni nak tiket Masjid Jamek ke? Saya kata tak. Tapi dia main bagi je tiket. Saya dah dapat rasa dia memang salah bagi"
"Kamu bayar berapa?,"
"RM1.20,"
"Sah lah kamu dapat tiket yang salah,"
"Tu la. Saya pon dah agak tadi. Tapi malas nak tanya dia lagi sebab ramai sangat orang tengah queue tadi,"
"Tak apalah macam tu. Pergi kaunter sana,"
Akhirnya kena charge RM0.70. Hel eleh. TUJOH POSEN JER? Buang masa aku plot cerita sepanjang jalan. Ingatkan akan kena sergah macam kes dulu-dulu tu. Siap guard tu kata nak denda aku RM500 la bagai. Tak guna punya guard. Tengok uncle ni releks je.
TRAGEDI 4
Aku pon berjalan ke kereta dengan gembira. Tak sabar nak balik rumah dan berehat-rehat. Ada budak kecik dalam kereta dok perhatikan aku yang kelihatan terlalu girang itu. Aku pon ala-ala nak berlagak la kat budak kecik tu. Tiba-tiba pulak.. kunci kereta terjatuh, terus masuk bawah kereta. Satu hal menonggeng pulak. Tiba-tiba India banyak cakap tu muncul. Dia berdiri sebelah aku, sengih-sengih. Aku tahulah gigi kau sangat putih bak salju. Dan budak kecik tu pandang je aku dengan matanya yang sangat bulat. Mesti dia hina aku.
"Ok?," dia tanya.
"Ok.Ok," dapat je kunci, aku pon drift! Acah je. Aku memandu dengan berhemah sekali. Sampai hampir menyekat laluan kerna aku sungguh tak sabar nak sampai ke rumah.
Sekarang cakap!
Hidup aku ni kesian kan?
Ha, aku dah cakap dah!
Oh patot pon aku sejuk.
Balasan menipu kot.
AHAHA!
Puas hati sudah. Dapat berpeleseran dengan Athirah. Sampai rumah pukul 7 malam. Kena sounds sebijik dua dengan ayahanda. Dia kata, ingatkan aku tak mahu balik dah. Malang lagi :(
tajuk tidak begitu berkaitan dengan entry.
selamat malam!
16 Congteng-conteng:
memalukannnnnn seyhhhhhhhhh!!!
ahahahahahahahahah
sbb ade beberapa stesen bayran same je. tapi tak pape pon. aku lagi konpiden je masokkan tiket kat mesin. dalam hati bedebar2 gak tp wahahahha.. tak kene pape pon. mesin tu diam je. owhh best sungguh!!!
mesti panas...hahha :D
tp xper..hidup kena ada adventure kan.. :P
ko sama je cam anep n erin...dok kat bilik, pasang aircond tahap rumah mayat nye suhu, pastu pakat dok melingkaq dlm selimut, yg sorg lagi sebok dok pakai blazer. soh off aircond, masing2 tamau...isk...
owh, btw.. im a new commentator here.. my home is here http://aziflasron.wordpress.com
asnorfilza - hi new comer! :p tq baca dan komen-komen :p Ha, tu la tuh. dia sgt bergantung kpd jenis hati dan perasaan org kat counter tu. Kdg2 dia main2kan kita. dulu saya kena sergah kunun2 nak denda RM500. lagila sgt cemas. Sbb tu kali ni saya tekad nak tipu dia. ahaha. mereka mmg tak berapa berguna.
Farah - kita jadi DIVA pulak lah. Letihla jadi drama queen. lagipon pelapis dah ada. kasi mereka peluang utk maju pulak. Kasi yang kecik2 dulu.... :p
Post a Comment