Beylolololololo!
Aku duduk dalam rumah tak keluar-keluar.
Tak tahu apa natijahnya kalau terkena matahari nanti.
Mungkin cair, melebur, berubah warna atau berlaku tindakbalas kimia
dan berlaku perpindahan energy solar.
Uh uh uh!
Ni kedengaran macam alasan yang baik untuk skip Johor trip next week tak?
Entah apa-apa.
Orang yang asyik tanya-tanya bila nak update tentang
retail therapy, aku mintak sorry la. Nafsu aku macam tak berapa nak kuat kebelakangan ni sebab aku lebih ternafsu untuk berehat di dalam rumah dan mendampingi keluarga. Semalam shopping pon macam ada masalah nafsu di mana tidak mendapat rangsangan sangat. Setakat sambar dua tiga barang. Lagipun Si Athirah tu memang jururunding yang hebat. Sebelum nafsu kalahkan aku, dia kalahkan nafsu aku dulu.
Cool... nafsu aku memang cool.
Nafsu macam melonjak sikit masa ter'flash necklace hitam di atas. Ikutkan nafsu, aku nak beli semua warna yang ada. Tapi tak boleh tak boleh! Jangan kalah dengan nafsu. Biar nafsu kalah dengan kita. Dipendekkan cerita yang tak berapa nak best ni, walaupun semalam aku banyak menjatuhkan maruah sendiri dengan beberapa tragedi, aku tetap menang dari segi nafsu. Jom jom kita banteras gejala nafsu kuat.
Nafsu aku macam dah ubah angin. (Cerita nafsu lagi...) Dah tak berapa sibuk-menyibuk shopping fashion. Dia macam dah jadi maskulin sikit. Aku sangat berminat nak menceburi bidang automobil. AHAHA! Bunyi macam ganas sikit. Tapi tidaklah begitu. Aku dah kira-kira tadi. Aku nak tukar
spot rim kereta. Nak tukar cermin. Nak tukar color. Nak tukar kereta jadi Optimus Prime. Susah betullah. Macam-macam aku nak. Tapi bila pikir-pikir balik hakikatnya yang aku ni tak pandai menabung, lebih baik aku pergi tidur dan mimpi-mimpi sahaja. Kesian kat aku. Abah dah kata, dia tidak mahu menyumbang ke arah itu. Tapi aku tak lah kisah sangat. Sebab tu macam angan-angan ja.
Buat apa spot rim, lebih baik pergi shopping perfume ke apa.
Calvin Klein tu menggugat iman jugak wo. Uii... kecik ja mata aku semalam perhatikan target baru. Aku macam mabuk-mabuk dengan bau CK. Mula-mula masa try tu tak lah minat sangat. Tapi memang aku ada tabiat. Selepas balik rumah, bila aku terbau-bau perfume tu dekat bag.. aku mula histeria menggatal nak sangat memilikinya. Aku tak mahu spot rim, aku mahu CK. Kalaulah dapat projek kat JB kan bagus. Lompat masuk Singapore, shopping perfume sejam dua,... balik JB semula!
Cis cis cis! Kota Tinggi ada apa eh? Meh bagi briefing menarik sket pasal Kota Tinggi ni. Manalah tahu kot-kot seronok ka. Tapi pasal air terjun, terjun air atau apa-apa yang terjun atau air.. please jangan cerita sebab aku tak minat. Tapi kalau ada benda lain yang menyeronokkan selain air, boleh mintak lecturer extend dari 2 minggu jadi 2 bulan. Uuu... berangan lagi.
euphoria blossom by Calvin Klein
Semalam tengah sedap tiduran, rasa ada benda merayap-rayap dekat dada. Aku buang! Lepas tu datang lagi! Aku buang lagi! Mata tutup rapat. Memang tak larat nak celik dah. Gila! Pukul 5 pagi main kejar-kejar dengan lipas. Tak guna punya lipas! Aku sambar je apa yang ada. Dapatlah remote aircond. Aku tekad nak ketuk lipas tu dgn remote aircond. Tahi kerbau betul! Dia menang! Aku kalah. Aku sambung tidur dengan curiga. Terbayang-bayang kalau dia makan rambut aku. Tengok-tengok bangun pagi esok, rambut aku tinggal setengah. Tak boleh jadi. Kena banteras dengan pelbagai cara ni. Aku takut dengan aku-aku sekali dimakannya. Habis aku mati macam tu je nanti...
cerita dah habis. Boleh bersurai.
21 Congteng-conteng:
kau beli SEED ek?
waaaaaaaaaaaaaaaaahhhh
aku cemburu.
mari aku bunuh kau.
aku letak lipas byk2 sana.
anot - sanggop ko nak bunuh aku demi seed tu :(
menarik~~~~
tp x kah anda rasa benda berat2 bergantungan di leher?
rasa mcm terpaksa jln menunduk, kunun2 pemalu...
adeh..
ahahahaha...
kota tinggi dikenali dengan... BANJIR!! abisla ko nnti kalu banjir kene wat khidmat masyarakat lagi.
Kaler ijau kuning merah, tabik rasta sama lu..
chika, nafsu membeli mmg sukar dibanteras...bulan ni saja gue sudah habiskan duit pada perfume dan juga brouch2 untuk tudung (gue sudah bertudung...)
lepas ni mungkin penambahan koleksi tudung pulak...kat rumah satu bakul besar my mom punya koleksi...lepas ni kene beli bakul skali sebab tudung juga bakal beranak pinak...hehe
tp bila malam, KT kurang meriah. mari balik KL hahahaha~
(perghh pomot cam laa org KT hukhuk)
2. Petua: Sebelum tidur, sembur rambut engkau dgn Ridsect + Limau nipis.
3. Tok boleh jadi tour guide kalau datang JB. Boleh lawat Kompleks Kastam Imegresen JB-Singapura. Kita lihat kesesakan lalulintas terbaik di Malaysia. Ahak!
amat menarik..kalernye terang..
sy suke..=)
lipas yg merayap kt awk tu..
'lipas kudung' kot..
tu psl laju semacam je..
huhu~
haha..
*nice necklace*
SYAFF - tak pulak aku ada perasaan mcm tu. biasa je. :D
ADIAN - banjir-banjir tolong la oi. aku tak sanggop. tolong tolong tolong!
NYETOK - aku pon tabik kat diri sendiri. saya ni rajin berzikir tau.
MROZAIDI - ooo.. makan minum semua tak ada eh. Mmg pakat kena lempang free ja ngan mak. Tapi byk barang tu btol.
FAISAL - tak de maknanya dia rindu. Dia tempah maut tu. Test nyawa. Tak pe, ajal dia blom sampai. kasi chance dia sara keluarga dan bermain dgn anak2 dulu. Lain malam, bunuh sama dia!
CUYA - dah pakai tudung? alhamdulillah. Nanti alang2 beli bakul, beli saiz biggest tau. AHAHA. eh, beli perfume apa? :p
MASY - tempat2 sejarah? ler... sangat la tak seronok. :( Tp kalau dah terdesak, muzium pon muzium lah!
TOK RIMAU - mmg pon t-shirt tu byk sgt org pakai tapi warna hijau dia cantikla tok. Tak boleh tahan nafsu itu time. Tu la dia, kalau dapat pergi JB mmg best. Tapi dah nasib tak menyebelahi nak buat camana :( sedih btol ni...
TIMYOHANNON - malam ni lumur rambut dengan HEAD & SHOULDERS satu botol. Lumur ridsect sekali cam kata tok rimau. Demi rambot ...
FIEZAFADILLA - ha..tu la dia. sah sah lipas jantan.
SHAM - saya beli pon sbb hijau. kalau tak hijau, tak beli kut :D Lipas kudung eh? Tgk kaki dia cukop ja. Tp klu dia berani buat show lagi malam ni, mmg kalau tak mati, mmg jadi lipas kudung la. Rembat tang kaki dia.
YONNA - er... keciknya saya :( sampai kalah dgn lipas. sedih sedih... ahaha :p Tq. Nanti kalau rasa-rasa terdesak, jual balik necklace tu dgn harga tiga kali ganda. ahahahahah...
FARAH aku jeles ngan hang. blah la hang. pi! pi penang pi! :(
Post a Comment