Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, December 30, 2007

Gejala Measured Drawing

Good morning, sunshine!

ladybrd.gif image by klasik Kontroversi Seposen Dua ladybrd.gif image by klasik

Balik dari outstation haritu, parents fetch dari studio terus balik rumah. Berehat-rehat untuk Raya Haji. Sangat syukur kerna tidak kempunan nak beraya. Sebenarnya hajat di hati nak balik rumah sehari dua je sebab tengok semua orang sebok berumah tangga dekat studio siapkan measured drawing.Tiba-tiba on the way balik tu Ma kata nak pergi holiday tepi pantai lama sikit sebab jarang dapat chance nak pergi holiday. Aku tak da kata nak bangkang sebab siapa bangkang holiday memang buduh. Tapi kecut perut sangat memikirkan kerja melambak belum siap. Yang ada kat KL pon cuma my dear, Alif dan Shiken. Si Gedik sudah balik Thailand beraya kat Yala. Sangat semangat siam. Ah Toong balik hometown celebrate ... apa entah in term of buddha festival. I guess.


Kesian kat TIGA orang ahli group yang sangat baik hati. Hari raya ketiga dah balik studio buat kerja tersedak-sedak. Kesian.Kesian. Aku pulak tersedak-sedak kat Kota Tinggi buat findings untuk rumah kedua.


Dengan sangat tak gunanya, aku mahu break the news that we HAVE to go back to Johor, for the second house measurement. Sangat tak seronok. Syukur yang pertama sudah settle dan kami pon dapat rumah yang walaupun senget, tapi penghuni dia baik hati. Walaupun penghuni terdiri daripada golden citizen yang kurang upaya dan kanak-kanak nakal mengalahkan ninja versi jahat, tapi mereka faham tugasan kami. Mereka support kami dan buatkan kami makanan-makanan sedap walaupun mereka kurang upaya.


Tapi kali ni, owner yang aku jumpa dekat Pengerang tu bukan main leceh lagi. Sampai ja dekat rumah dia, aku tunjuk perasaan tak mahu tunjuk muka. Aku duduk dalam kereta macam big boss. Abah dengan atuk aku yang pergi bincang dengan pakcik tak berapa educated tu.


"Pihak Yayasan ada datang bagi briefing kan? Mereka dah maklumkan kan?," tanya ayah aku dengan sangat berbudi pekerti mulia.

Pakcik ni boleh berlakon ala-ala tak tahu. Kejap dia kata ada, kejap dia kata tak da. Lepas tu boleh sebut pasal 'wang saguhati' kununnya pihak Yayasan Warisan Negeri Johor tak da bagi. Banyak cantik muka encik. Encik pon belum tentu mahu bagi kami buat measurement dah berani sebut wang saguhati. Tak pa. Tak pa. Nanti kami mai bawak Kenny Rogers, Nandos, Berat 11 kampit, Buah tangan beserta Tangan-tangan... kasi bagi kat encik. Mesti diam. WAHAHA. Sangat berdosa aku. Seriously aku naik angin jugak sebab keluarga ni tak understanding betul.

Kami ni student architecture. Bukan contractor atau pemaju. Bila kami datang buat kerja ukur, mereka ingat kami nak betulkan rumah mereka. Woi, cantik muka! Ada ke orang suka-suka datang dengan ikhlasnya nak repair rumah orang? Mahu kasi repair, pergi panggil tukang rumah sendiri lah! Kami student. Tak da masa buat kerja repair. Kami tak pernah construct rumah lagi. Kami setakat buat model rumah ja. Ideology orang kampung. Kesian. Bila abah explain yang kami ni cuma student, bukan nak tolong dia renovate rumah percuma, terus muka dia jadi sangat tak seronok. Yang orang-orang kampung lain pulak ingat kami ni developer yang nak ambil tanah dia. Nak robohkan rumah dia. Daaa... tak sekolah ka angpa ni?

Masuk kereta ja, aku dengan adek-beradek gelak terbahak-bahak.

"Gila kelakar orang kampung ni! Tengok ar muka pon macam budak-budak belum siap, takkan lah aku ni kerja kontraktor repair rumah kot! Wahahaha. Tak nampak ka baju aku bukan main fancy lagi ala-ala kindergarten. Kesian betul," Kami terus gelak macam monster kenyang.

Tapi secara ikhlas dan sangat ikhlasnya, suasana kampung situ memang seronok. Tiupan angin pantai, pohon-pohon rendang, orang-orang asli, pepasir pantai, suara ombak dan pokok-pokok kelapa tua dan muda cukup menyegarkan jiwa yang tak berapa nak segar kebelakangan ini. Nanti aku akan pulang bersama puisi-puisi jiwa dan memenuhkan blog ini dengan puisi jiwa. AHAHA. Mahu ka? Takda. Tak da. Jangan harap. Nak puisi pergi blog lain. Nak dengar deklamasi, pasang RTM 1 atau RTM 2. Ini blog remaja. Okay?

Disebabkan aku sakit kat hidung, aku malas mahu conteng lagi panjang. Nanti lagi panjang dari siri drama Oshin. Betul. Hidung aku tak berapa baik. Jangkit ke jari. Jangkit ke hati. Dan diserang risiko malas-malas sayang. Aik? Ada ka? Nah, foto-foto promosi dengan slogan 'Pengerang truly Asia'. (kononnn...) Banyak orang Kuala. Takut nak tatap ke mata mereka. Takut kena sumpit. Kalau kena sumpit sampai mati tak pa.Dibuatnya kena sumpitan cinta, masyaallah. Mak tak sanggup nok!

scene




ladybrd.gif image by klasik Studioku Syurgaku ladybrd.gif image by klasik

Balik dari Pengerang, rushing ke studio. Woooo! Sangat tak tercapai akalku melihatkan keadaan studio yang happening macam nak jahanam. Tapi best. Sana sini nampak tuala pelbagai warna, corak dan kebersihan bergayut-gayutan di sekitar ruang studio. Tilam-tilam, karpet-karpet termasuklah kesemua kelengkapan peribadi memenuhi studio. Bag, bagasi semua ada. Nak apa? Cakap. Semua ada. Tak ada yang tak ada. Boleh dikatakan semua orang dah berkampung sakan dekat studio seminggu ada kot. Sebab hostel tak da. Maklumlah, UKM kesayangan ni sangat perihatin. Sampai kami merempat. Nak check in hostel, Zaa'ba tu kan bintang lima. Tidur la kami di surau dan mandi curik-curik di Zaa'ba. Boleh dikira kes curik air jugaklah. Kelakar. Pagi-pagi dan menjelang Maghrib ajak Shiken seludup diri kat Zaa'ba tumpang mandi. Nak mandi dekat toilet fakulti aku tak da rela. Aku tak de penglaman mandi kat jamban dan aku rasa tak berapa rti nak mandi kat jamban. Mandi secara haram pon aku sanggup.

Kereta aku dah jadi macam almari bergerak. Setiap kali nak mandi, selongkar baju dalam kereta. Memang letih kehidupan nomad dan tak tentu arah macam ni. Menghadap autocad dari pagi sampai pagi esoknya lagi. Mata sangat juling. Dah la sejuk. Group aku tak de space dah nak bukak 'perkampungan' dalam studio. Duduk kat luar sepanjang malam dan pagi membuatkan aku menggigil kesejukan. Ketaq! Pasal tu lah aku jatuh sakit ni. Pasal tu lah hidung aku rosak. Pasal tu lah suara aku jadi 'sangat sedap' ni.

Rushing beberapa hari siapkan sebelum submission 26hb. Buat 4 orang. Mula-mula tu 3 orang je yang buat minus aku sebab aku pergi bercanda di pasiran pantai sampai tak sedar diri. Kesian kat my dear, Alif dan Shiken. Aku datang-datang je, tengok kawan-kawan dah lembik semacam. AHAHA. Dan seterusnya, aku join jugak buat kerja sampai lembik. Masing-masing mulut tak sudah-sudah sebut nak tidur. SUBMIT JE, NAK TIDUR. Itulah azam kami. Tapi bila malam selepas submission.. jadi lain pulak.

"Eh, bila dah submit rasa tak nak tidur pulak. Rasa semangat pulak," - alif.
"Aku nak main game lah," - Shiken dan terus je on game jepun dia yang aku tak berapa faham kenapa dia suka main.
"Nak tengok movie apa?," my dear.
"I rasa semangat lah. Dah tak nak tidur pulak. Nak main Bejeweled," - aku pon sama.Padahal tak tidur lebih 24 jam. Hati memang tekad dan muktamad nak catch up tidur. Tapi seperti kebiasaanlah, minit selepas submission itu ertinya... MARI PESTA!

"Malam ni aku nak gi dating," HAHA. Akhirnya aku sangat hina plan nak pergi dating tapi tak jadi dan dating ditunda pada siang hari. Dan kami semua berkumpul dalam studio tengok movie secara berkelompok dan berpasang-pasangan. Tutup lampu dalam studio macam biasa. Kami tengok cerita Korea ; My Boyfriend Is Type B. Tapi sebelum cerita habis, aku dah pergi ke alam lain yang lebih indah. AHAHA. Aku sangat penat dan mengantuk. Sampai sekarang pon mengantuk.

Esok semester baru bermula.
Hooray!
Hooray?
Hooray kan aja.
Dan mungkin aku kembali tidak update buat beberapa waktu yang... mungkin panjang. Mungkin pendek. Mungkin sepanjang-panjangnya. Siapa nak tunggu, tunggu. Tapi tak ada hadiah saguhati.


Sangat tak ada kerajinan. MALAS. Untuk menambah pengetahuan kesemua pembaca, entry kali ini sudah break record menjadi entry paling lama disiapkan. Aku tulis dari pagi semalam dan baru malam ni siap. Tak pernah dibuat-buat sebelum ini. Mood tak berapa baik hendak memblog. Kerna blog bukan segala-galanya. Aku ketagih facebook :p


Ha, tersedak tak?
Aku tak larat sudah.
Tak mampu nak buat entry yang boleh buat orang baca sampai termati-mati.
Sebab kalau aku buat juga,
aku yang akan mati.
esok semester 6 bermula.
semestinya aku belum mahu mati lagi.

-habis-

Labels:

 

19 Congteng-conteng:

Blogger Unknown conteng...
mak aih, skali tulis entry, sama panjang ngan sebuah novel ni/
dasyat betul u ni chika...
hahahahah..
anyway, lain kali, lepas buat measurement umah tu, u bakar jer rumah tu
so, betul or salah measurement u nanti, xder orang boler pertikaikan sbb umah tu dah hangus kan?
hehehhee... alaaa
setakat pakcik2 tua tu
u cakap jer nak jadi bini muda diorang...
kompem diorang kasi ukur semua yang ade cik chika oiiii
hahahah..
selamat tahun baru
11:03 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
HANNAN - yewwww... no way! semua cadangan you tak ada nilai kemanusiaan :p Bakar rumah orang kampong? tak baik ... tak baik. dia orng susah nanti nak duduk mana? hantar moscow boleh? boleh you buat charity then. Idea suh jadi bini muda tu laaaagiii tak patot. lebih baik tak dapat ukur seinci pon dari kena jd bini muda dan kena duduk kat tempat tu. no way, dude. idea lagi best tak da ka?
11:08 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
lawa la pulak pemandangan kampung tu...
tatau plak kampung jwawa darat tu lawa, aman, damai dan menenangkan....
u g smpai ke hulu2 btol ek...

tnjg kapal dh lawa ek?
11:24 PM  
Blogger Unknown conteng...
dik chika...
that's the best 2 idea a man could ever think of la...
dah xder cara lain dah..
mane umah yang u kene ukur tu?
letak la gambar..
nanti i suruh SWAT serang
hehehe..
nak antar moscow?
kalau nak antar awek2 cun ke moscow, kami terima dengan hati yang terbuka...
11:35 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
SYAFF -
yes dear. i pergi almost to every square feet. ahahah. but seriously, i memang pergi kat semua tempat area situ. and melawat semua resort sbb nak carik accomodation utk next task nanti.

HANNAN -
men are cruel i guess. proven :p
sanggop u nak suruh SWAT hancurkan? scroll down, ada gambar rumah i pernah publish. kesian kat org kampong. oowww... awek mahu. sangat tak berpatutan.
1:06 AM  
Blogger cepotet conteng...
sangat lawa la permandangan kampung tu. tapi, kalau kena menghadap tuan umah yang sangat tipikal kampung, pasti merana gak kan.

dah nak balik kampus eh? gudluck dik. semester 6. wah, semakin hampir ke penghujung. jangan hingga hujung nyawa dah la. take care ya!
1:30 AM  
Blogger Unknown conteng...
tu bukan kejam la chika....
tu maknanya lelaki ni effective dalam buat keje :)
x yah susah2... bom ajer.. setel jer kan..
iskh.... u ni...
sapa x nak awek2 cun...
pucuk dicita, ulam mendatang :)
2:24 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Ermm..Kenapa bergambar kepit tangan lain macam..Kaku ke..haha..

Selamt Bermula sesi baru..
9:40 AM  
Blogger solitare conteng...
hoit cheera dah masuk dalam link dalam blog aku.

:p
10:09 AM  
Blogger solitare conteng...
entry apa nei? sangat panjang. i malas nak baca sampai jadi tak paham. tolong bacakan untuk aku bolehka. kemudian tulis satu entry yang menerangkan tentang entry nei. supaya aku paham.

hahahahaha,
jav.
10:18 AM  
Blogger najihah. conteng...
~~fiuh~~
berpeluh baca,tu pun tinggal seperenggan dua.gud luck cik chikaaa!!
12:06 PM  
Blogger Chik chuMeLL conteng...
ai...salam kenal..
cmne rupe monster kenyang ye..??
emm...tgh imagine ni..
hehee
1:58 PM  
Blogger fara-D conteng...
kata sakit idung tak larat update...skalik??? huh!!aku rasa cam nak 'terbang' ngn BumbleBee haku tuh ke mersing utk 2nd task ni nnt! hehe... tpjawoh la! ntah le...tgk lah! sem ni cam senak perut sesak napas je project2 nye....huk!

da lama tak mendesign, jd kekok lak masa brief pagi tadik! haha!
9:47 PM  
Blogger nieja conteng...
chika chika.. tetibe rendu plak haha
12:16 AM  
Blogger Fakyew conteng...
hepi nu year
3:03 PM  
Blogger 13may conteng...
aikk???
mana entri 2008 punya...

hahha...updet pls :D
9:09 AM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
nampak penat sekali kerja cik chika ni,huhu..yg penting jaga kesihatan tu..chika ni kalau letak mana2pun dia bleh bergumbira dengan hebatnya,hehehee
5:11 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
PRONOTON
Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan ekstrak herba yang berkualiti tinggi dengan kandungan bioaktif yang dikekalkan dengan baik melalui proses ekstraksi farmaseutikal berteknologi tinggi. Ia telah diformulasikan khusus untuk membantu terapi semulajadi bagi masalah-masalah genito-urinari. Ia digunakan secara tradisional sebagai pemakanan untuk lelaki bagi mempertingkatkan daya seksual, keinginan seks dan kesihatan menyeluruh.

Kesan Pengambilan Pronoton
Pengamal-pengamal MayFirst Pronoton akan menikmati dan merasakan segar dan bertenaga serta ciri-ciri kelakian yang hebat. Mereka dapat merasai peningkatan kesihatan menyeluruh melalui perubahan positif terhadap sistem aliran genito-urinari sehingga dapat menikmati peningkatan dalam daya seksual dan keinginan seks.

Andromaxx
Diformulasi dlm bentuk serbuk yg diambil melalui konsep “menyerap di dalam mulut”. Ia memberikan tindakan yg lebih pantas dengan memberi kesan kepada kepada bio-energy, kekuatan minda & kelancaran darah serta memberi keunggulan seksualiti lelaki.

FEMALING
Ia berfungsi mengimbangkan rembesan hormon, menggalakkan aliran darah yang baik dan memperbaiki kadar rembesan estrogen didalam wanita. Dengan ini ia akan mengekalkan pembentukan kolagen tisu yang akan menguatkan rupabentuk payudara serta kecantikan peha dan pinggul secara semulajadi. Stuktur kulit akan menjadi halus, lembut dan semakin cantik apabila kolagen-kolagen dihasilkan. Phyto-estrogen juga menggalakan pertumbuhan dan melebatkan rambut, menghalang keguguran rambut dan beruban, menguatkan tulang, menghilangkan tanda-tanda kedut kulit muka dan mengentalkan payudara

Siapa Perlu Mengambil MayFirst Femaling:-
• Wanita berusia 20 tahun ke atas
• Wanita yg ingin memperolehi gaya hidup sihat, cantik, mencabar dan berkeyakinan
• Wanita yg berada di dlm Program Pengawalan Berat Badan dan Pelangsingan
• Wanita yg mengalami masalah kesuburan
• Wanita yg mempunyai tanda-tanda awal menopaus & yg telah mengalami menopaus

Hubungi Segera Untuk Maklumat Lanjut:
HAIRI 012.3478502
AMAN 019.6862368
PENGHANTARAN PERCUMA!!
** Term and Condition apply**
6:58 PM  
Blogger Darling conteng...
sah org kg tu dari muka mcm dpt sejuta ringgit dah jadi mcm muka kucing kena lenyek, kan? hahahaha..

hilang gak aku punya tensen bila baca blog ko ni :)
12:23 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."