Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, December 10, 2007

Sebelum keberangkatan.

Sebelum keberangkatan esok pagi,
Malam ini akan tulis rakus-rakus.
Supaya walaupun tanpa contengan baru 2 minggu,
Semua orang masih punya baki-baki ayat untuk dibaca.
Aku sangat bertanggungjawap.

Semalam hari stress. Yang kalau dilalui lebih lama lagi, akan menyebabkan gejala bisu, pekak ataupun buta hati. Aku harap, aku dapat berseronok walaupun hati tak berapa nak seronok. Kita kena lawan stress supaya bila berhadapan dengan pensyarah bijaksana itu, kita tidak kejatuhan maruah. Bertikam lidah adalah perjuangan. Walaupun esok sudah time untuk sembelih leher sendiri, kami (group aku lah, group lain aku tak dak hati mahu kesah sangat) ... kami belum dapat kata putus. Kata masih belum putus-putus lagi. Kalau tak dapat kata putus esok pagi, ada kepala aku mahu kasi putus. Sudah DUA hari aku tergedik-gedik buat call sana sini mengalahkan setiausaha sulit. Sudah DUA hari aku tidur mimpi buruk.Semua mimpi pasal Kota Tinggi. Sangat tak guna. Malam ni sebelum tidur aku akan berdoa dengan khusyuk supaya aku dapat mimpi indah. Seperti bermimpi sedang menampar muka seseorang dan kemudiannya aku ketawa terbahak-bahak. Hopefully.

Untuk pengetahuan semua, aku dengan sendirinya menamakan tragedi ini sebagai 'Just Like Hell' iaitu ala-ala kesinambungan filem 'Just Like Heaven' Oleh kerna aku menjadi sawan setiap kali memikirkan tragedi ini, aku malas mahu tulis yang detail. Tapi aku tetap dengan berbesar hati, ingin memberitahu bahwa keluargaku bekerja keras untuk menyelamatkan aku dari tragedi termasuklah menyusun plan yang melibatkan Datuk Mean di kampung. Beliau adalah atukku, atau dengan kata lainnya merupakan ayah kepada ayahku. Hmmm... bila dibaca-baca semula apa yang telah aku tulis di atas, aku berasa seperti sedang merepek-meraban macam orang gila.

Memendekkan kisah yang panjang, group aku dapat ENAM pilihan rumah di Kota Tinggi iaitu area sekitar Mawai dan Pengerang. Kedua-dua tempat ni bunyinya agak ganjil. Atau aku yang terlalu jakun... wa tak tau! Aku sudah google tahap jahanam punya selama dua hari. Melihat apa yang seronok sangat dengan tempat ni. Manalah tahu adalah syurgawi indah yang sangat mahsyuk... boleh aku tambah lagi satu luggage. Tapi mintak sorry, aku macam tak jumpa apa-apa yang mahsyuk kecuali ura-ura bahawa ada kawasan berhampiran pantai. Tetapi, setelah bercakap dengan tuan rumah, aku dimaklumkan pantai sangat jauh. Oh, ini bagaikan harapan terakhir yang hancur musnah lalu kesempitan hidup dirasakan.

Aku pilih rumah ini. (yang pertama) Walaupun agak ... tak berapa nak cantik, tapi aku percaya kepada kualiti dalaman. AHAHAHA! Apa aku sedang tulis ini??! Nah, tengok gambar sudah! Kalau lagi banyak tulis, lagi banyak infeksi di bahagian otak akan terjadi.Ini pilihan 1/6.
Tuan rumah yang ini, aku macam ala-ala berkenan jugak. Dia ada dua anak perempuan, yang tadi aku berbual-bual mesra. Siap berkenalan bagai. Sangat plastik aku ni. Tapi yang tak sedapnya, rumah ni kosong waktu siang sebab mereka semua bekerja. Jadi mereka agak berat bila pikirkan soal tu. Yang selebihnya, anak-anak perempuan dia ni macam suka ja nak suruh kami ke rumahnya. Tapi kalau nak tumpang tinggal 2 minggu, hanya orang GILA saja yang benarkan. Dia ni pon tak benarkan.
Tadi aku call owner rumah ni pulak. Dia macam tak berapa seronok hendak menyambut kedatangan kami. Tapi aku fahamlah. Kalau ada budak hingusan 6 orang ak datang dan tinggal kat rumah aku, pasti aku jugak tak seronok. Pasti aku sanggup bersengkang mata tiga hari tiga malam carik alasan nak menolak. Kalau akulah. "Ni kamu nak buat kerja ukur je kan? Tak ada nak bukak-bukak rumah bagai kan?," orang tua, owner rumah ni tanya itu ini kat aku. Kami nak ukur ja! Bukan nak bukak-bukak. Bukak-bukak rumah tu bukan kerja arkitek. Tu kerja bomoh halau hantu! HUAHUAH! Dan orang tua ni memang SANGAT tak bagi kami tinggal rumah dia.

Oleh itu, kepada pensyarah yang disayangi...
Cuba buat laporan sikit dan submit kepada saya. Huraikan jenis-jenis manusia dan keluaraga yang akan benarkan ENAM orang makluk asing tak dikenali menginap dirumahnya selama 2 MINGGU. Di mana itu bukan sahaj menyebabkan perasaan tak best dikalangan tuan rumah, tetapi juga meningkatkan perbelanjaan tuan rumah. Sedia makan, sedia tempat tidur, bil api dan air. Dan sebagainya. Benda simple pon susah nak fikir ka?

Tengok. Aku dah ala-ala sawan balik ni. Jangan cerita lagi! Bag pon dah packing. Sangat banyak barang aku angkut. Kalau tengok barang aku, mesti lecturer ingat aku sangat bergembira hendak pergi. Tapi hakikatnya, aku terasa hendak pura-pura hilang esok hari. Dan suruh emak aku ke UKM, berlakon kecoh-kecoh mengtakan aku hilang secara magik. Seperti... ching! Hilang. Dan huru hara berlaku. Aktiviti dibatalkan. Semua orang pulang dan sambung cuti.

-
DUA hari.. aku ke hulu ke hilir bawak notebook mencatat apa sahaja masalah yang tercetus untuk dihujahkan esok. Walaupun dah susun plan baik oleh ayahanda, banyak juga problem tak akan boleh solve. Kan aku kata, tak dapat kata putus.




Disebabkan terlalu stress, aku dah melakukan perkara di luar tabii. Iaitu ...




Buat kerja ni dengan Astri. Di rumah Astri. Dan perbelanjaan ditanggung penuh oleh Mama beliau. Terima kasih kawan saya yang baik hati kerna mengajar, menghibur dan memberi aku bawa pulang hasil kerja sebanyak separuh kuali ke rumah. Dan separuh kuali lagi untuk Aizar. Cuti aku dah habis. Kita berseronok lagi .... lain kali! Nanti sebaik sahaja kepulangan aku dari aktiviti yang 'THRILL' ni, hadiahkan aku kek buah tau. AHAHAHA! Buah-buahan segar. Kalau tak segar, tak mahu.


Saya sayang semua kawan-kawan saya yang pandai bagi hiburan kepada saya.
Bye kawan-kawan.
Bye Astri!
Bye Aizar!
Bye Maryam (selamat masuk UiTM)
Bye Athirah (Selamat holiday di Dubai .Sangat dengki :p)
Bye semua orang!
Bye Beylo!
Beylo, kalau rasa sunyi ... update la sendiri. Kasi suspen semua orang ;-)


Dan untuk bunuh stress juga, aku menonton filem terlalu banyak. Sampai aku rasa, hidup aku ni dah macam filem. Kadang-kadang confuse je samada diri ini filmstar ke bukan. Kesian kat aku.
  1. Shrek 3 ( aku tengok 2 kali)
  2. Happy Feet ( tengok banyak-banyak-banyak kali. Tak puas tengok bontot penguin)
  3. The Nutty Professor
  4. Night At The Museum (Tengok 2 kali. Sangat seronok!)
  5. Simpson (sekali sudah cukup)
  6. Gila-Gila Remaja (Ahahaha! Aku macam suka cerita ni. Tak sangka taste aku ni agak old season.AHAK!)
  7. My Girl (tengok 2 round)
begitulah riwayat terakhir cuti sekolah yang indah. Sudah habis.

Jumpa lagi.
Kesian kat aku.
 

18 Congteng-conteng:

Blogger QaiYuM.NeT conteng...
This comment has been removed by the author.
3:07 AM  
Blogger QaiYuM.NeT conteng...
Lapo...
Nak Macaroni..

Selamat Mengukur La Eh.. Eh!? Best Ke Ukur Mengukur Nih?
3:13 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
selamat mengukur...selamat hilangkan stress....gue pasti rindu kamu....

beylo update sendiri?? kamu bikin horror jika beylo tiba2 updatekan diri....

anyway, can't wait to see u and beylo for the next 2 weeks... ;)

have fun.
8:33 AM  
Blogger Tok Rimau conteng...
1. Welcome to Johor

2. Pengerang, 30 minutes from the nearest beach.

3. Anggaplah adventure ini akan mendewasakan engkau yang manja sangat ni.

4. Setuju. Rakus betul tulisan engkau ini. Cukuplah kot ration utk bekalan sementara kau jauh bertandang di kawasan jin bertendang tak tercapai dek Internet.

5. Have fun!
9:02 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
oit! masak macroni bukan nak tapau sket kat haku! isk! melopong aku tunggu jam 11 mlm sebelum bertolak nek bas ke mersing....aiyoooh!!


tp tak kesah....umah kami tepi pantai!! yahooo!!


~fara-d
5:31 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hi, i from u*m. archi stdnt gak, 4th yr. well relex la. tgk korg ni manja sgt la. common la, archi stdent mana cpt mngalah. buat malu la. tu hal kecik je, x pyh la nk kecoh2. kitorg amik msured drwg ni time 3rd yr dulu. time stdio plak tu. bukan cam korg buat time cuti. kene bhg masa utk stdio n msured drwg tau. lecturer just bg brief. n kitorg kene cari n manage sndri buildg tu. semua buat sendri. lecturer x tolong urus pape pun. tp kitorg ttp enjoy n bjaya buat. ade grup yg bole buat kat sbh, srwk lg. xde prob pun. ape la, baru halangan sket dah nk giv up. camne nk tmpuh alam kerja nnt.pk2 la ye...
2:41 AM  
Blogger Unknown conteng...
hye chika...
adoi... nak kene duduk rumah org yg tidak dikenali selama seminggu? eeerrrr... sewa hotel jer la..
ape ke gila nak pi buat muka x malu tetiba menumpang rumah org... hahahahah... kalau xder duit nak sewa hotel, pi rompak pejabat bendahari tu ek... hehehehe
anyway, all the best ekk..
shit does happen in life... in fact, it always happened... so, just bear with it. I'm sure, there is a silver lining, somewhere, hidden behind this whole story aite?
4:53 AM  
Blogger nanonano conteng...
haha chika,
macaroni sgt bes klu taruk daging kisar manyak2,
huwaaaaa..lame xbuat,
:D
3:14 PM  
Blogger Pendekar Merapu conteng...
bertanggungjawaP? BertanggungjawaB lar akak... hoho!

-dinswok-
6:41 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
alaa tak sempat nak baca abeh.. nak gi keja dah neh. chikaaaaaaa oOOo chika.. sukanya tengok rumah2 lama camtu.

ju kalau balik rembau.. mata mmg melilau tengok rumah2 lama tepi jln.. suka tengok. tak tak yg byk pokok bunga & ada tangga pelik pelik.. =D

bah bah.
10:59 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ye2..kalo bukan makhlluk asing pn kalo ade "kawan kpd anak tuan rumah" duduk lelame kt rumah "tuan rumah" pn boleh jd janggal gak kan..kesimpulannya: dok umah org jgn lelama...hahaha.nk datang umah org, cam melawat ok la.nk tumpang tido,kalo terdesak boleh, tp pepandaila bajet masa..hehe.kalau sdare mare tmpg umah kita lain cerita, dari sejak kita dilahirkan kita selalu disuruh berbaik bersama sepupu-sepapat,jd dah xde barrier,apatah lg ade hubungan darah.hahaha
11:45 AM  
Blogger ann conteng...
good luck and have fun

nnt mesti benda2 macam ni yang akan diingat kalau sdh habis belajarkan ?
12:47 PM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
hahahahahahahahahahahaaaa....
sambung lagik, hahahahahaha :) akupun dah bengong baca cite si chika nih..kalo org tu kategori asnaf camner dia nak bagi 6 orang makan ek,huhu
4:42 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Haha..nanti boleh la ukur umah sendiri lak...
12:44 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
pandai lah chika ni menulis :P
btw, UKM ke chika????
eh eh..satu univ lah kte :D
4:12 PM  
Blogger penkek conteng...
err..selamat2 (sbb suma orang cakap selamat kat ko..haha)

ko citer macam nak pegi mati. ermm, mingkin itu feeling ko. hoho, selamat sekali lagi.

sudah pandai buat makaroni. itu perkembangan yang sangat berkembang. aku mahu sedikit. haha.

apa2pun, selamatlah engkau di tumpangkan orang. selamat semuanya. yeahh!!
2:47 PM  
Blogger Napster conteng...
Suke nengok cara penulisan anda
heh
selamat berjuang :D
2:26 AM  
Blogger fara-D conteng...
nurul...nk nyelit sket!
kpd 'sape aku': takde sapa ckp about giving up! kami tetap redah BANJIR kat johor, redah MUSIM tengkujuh walaupun byk gila janji2 manis pihak atasan NAK URUSKAN hal2measured dwg tu! kami tak kesah kalo kena uruskan sendiri, tp KESAH bila LAST minit kata lain drp yg dihabaq awal2 dulu! well, as far as im concerned, we still continue our job, having a blast as we always do... with such a small amount of help. thank u.

btw, buat dlm sem? bagos ah tu... at least, financial kurang sket masalah, dpt dahulukan wang sendiri! ptptn ada. masa cuti, habuk tadak! nak mohon bantuan kwangan pon susah kalo huru hara jadik TWO days b4 hari mula mengukur. brief pon SGT la 'brief' kan... sekian.
~speak thru actual experience, YOU and US are in different situation. we might be manja, we love to kecoh2, but we know wat we should do,wat we're goin through~
2:52 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."