Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru

INTRODUCTION
HAHAHA!
Semua suruh aku update.
Aku minta sorry kerna hilang lama-lama.
Bukan aku sangat suka hendak biarkan blog macam rumah hantu.
Tapi aku ada masalah dengan MASA.
Setiap detik yang ada dikorbankan untuk STUDIO.
Dan setiap detik yang dikorbankan... membuatkan aku menjadi korban yang terkorban.
Inilah namanya pengorbanan.
Dan demi pengorbanan, aku mengorbankan sebuah blog.
Aku akan kurang memberikan kasih sayang kepada blog sepanjang semester ini.
Kerna lebih banyak perkara yang memerlukan kasih sayang aku.
Seperti assignment, project, lecture, design, thesis dan juga seorang kekasih.


Mungkin aku akan conteng sebanyak-banyaknya. Nak sangat kan update? Dan mungkin aku akan hilang lebih lama lagi selepas entry ini. SANGAT SERIOUS! AKU SIBUK. Untuk mengelakkan engkau semua hentam-hentam hendak update, aku kasi cadangan supaya entry ini dibaca satu hari satu perenggan. Kalau engkau rasa paragraph aku sikit sangat, boleh baca satu hari satu ayat. Kalau rasa nak lagi panjang, bacalah satu hari satu word. Kalau tak cukup-cukup jugak, tak ada cara lain dah. Pergi baca encyclopedia. AHAHA. Baca sampai habis ok. Lepas tu otak jadi genius. Lepas genius kau akan berasa sangat gembira. Dan tidak mahu lagi membaca contengan aku yang tidak intelek dan merupakan sebuah fiction suka-suka. AHAHA. Sangat banyak introduction entry kali ini. Kerna aku memang berniat hendak memanjangkan entry. Bukan untuk siapa, untuk engkau semua jugak. Aku ni memang blogger berjiwa rakyat. Sangat caring. Sangat understanding dan pandai menjaga hati pembaca.



TAHUN BARU.

Ini entry pertama tahun 2008. Memang tiada entry khas tahun baru. Tapi aku berasa sangat berbesar hati hendak memulakan tahun baru pada hari ini. Pada AWAL MUHARRAM ini. Tahun Baru Islam. Lagi seronok dan diredhai untuk disambut. Pasal new year 2008, aku tak da hati yang riang untuk celebrate. Tiada azam. Aku benci nak buat-buat azam. Azam tebal mengalahkan encyclopedia, tapi hasil habuk pon tak ada. Lebih baik tak payah azam. Tapi sempena Maal Hijrah, aku berniat hendak membuang semua perasaan hitam dalam hati. Perasaan hasad dengki, buruk sangka, dan memusuhi orang lain. Insyaallah. Azam untuk bernikah, berumah tangga mahupun menimang cahaya mata aku akan isikan kemudian nanti kerna ini bukan masanya. Walaupun prof. selalu menyebut tentang pernikahan aku, tetapi percayalah. Ia tidak mungkin berlaku seawal 2008 ini. Sebab dalam kepala aku masih tergila-gilakan permainan Mc.D, lampu ajaib, kad UNO dan juga kad Donkey. Aku sengaja masuk cerita nikah demi memanjangkan entry. AHAHA.

Oleh itu,
selamat menyambut Maal Hijrah.
Kepada semua umat Islam.

(nasib baik ada Maal Hijrah. Kalau tak, jangan harap dapat cuti. Mati katak la aku kat studio. Mati kataklah aku rindu dekat keluarga)



2007 - THE PAST.

Seperti tahun-tahun yang lain, 2007 bagi banyak cerita yang menarik dan juga tak menarik. Growing a relationship, destroying a relationship, good and bad moment, and went through thick and thin of life. Sebenarnya, setiap tahun pon sama. Cuma angka yang membezakan. And nothing is really matter about turning to 2008 and leaving 2007. Past is past. We will always have another day to go through. So, keep on smiling with your very straight heart inside.

One of the most precious memory was ... my studio's Bandung Trip. Sangat seronok. Trip terakhir studio kami dapat bersama selengkapnya. Start from this semester, trip kami akan menjadi kurang seronok kerna beberapa orang tak akan join :( Hmm.. BANDUNG sangat touching lah. One day, I might visit Bandung and Jakarta again. Tidak tahu akan pergi dengan siapa dan dalam keadaan apa. Tapi aku yakin, dengan suatu perasaan yang sangat berbeza. Yang sangat pilu. Dan penuh memory. Susah nak cakap. Tak mahu cakaplah. Ini entry suka tahu tak? Jangan buat cerita sedih ok. Nanti sedih jiwa bergelora. Entry pon jadi sedih dan membuatkan suasana tak seronok. Ini tahun baru maaa. Kena melonjak-lonjak gembira macam monkey. Atau yang lebih kurang seperti monkey.

find me.
betul dapat oksigen free :p



STUDIO MADNESS
(Ini emotional section. Untuk bacaan warga sehat sahaja)

Studio Madness atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai Studio yang GILA. Macam orang gila terlebih makan gula. Jadi hyper. Hari pertama semester, lecturers kasi brief untuk first project. Iaitu Case Study. Dan submission within 1 week. Ini bukan perkara luar biasa. Ini perkara biasa. Tidak magik pon. Buat kerja macam clown memang menjadi kebiasaan. Dapat dateline macam clown pon memang satu kebiasaan. Maka, tak hairanlah kami pon buat kerja macam clown dan sekaligus menjadi clown.

Projek 1 : Case Study.
Group work. Aku berkumpulan dengan kumpulan Muse dan My Chemical Romance. Ya ya. Tipu. Masih sengaja hendak panjangkan entry. Aku berkumpulan dengan Mr.Lengzhai Suka Makan Laksa dan juga Mr TY Selalu Tak Nampak. Atau nama mereka dicatatkan sebagai Mr.Lim dan Mr.Ong. Oh, berkumpulan dengan lelaki-lelaki. Tak tau samaada aku berjiwa lelaki atau mereka berjiwa wanita. Hi, Encik Lim yang Handsome! Saya bergurau sahaja :p

Major Project for this semester : Performing Art Center.
Oleh itu, untuk case study kami kena buat report dan juga presentation board A1 saiz sebanyak maximum 4 tetapi kami semua buat 2 sahaja. Kalau nak EMPAT juga, tunggu kami jadi sotong ada banyak tangan ok. Kena buat 2 buildings pulak tu. Tersedak-sedak buat. Dahlah group aku 3 orang je nak divide case into 2 pon susah. Nasib baik aku ada semngat luar biasa kali ni. Aku buat dengan begitu giat tapi tak segiat Mr. Lim. Dia memang sangat giat.

Kami pilih bangunan Walt Disney Concert Hall by Frank Gehry dan Schuster Performing Arts Center by Cesar Pelli. Bukan building Malaysia. Pastilah BUKAN. Kat Malaysia ni sangat miskin. Performing Art Center tak banyak. Sangat tak maju. Tak habis-habis dengan KLPAC. Bila nak buat building alien macam Frank Gehry ha? Tunggu aku jadi arkitek? Oh, tak da. Tak da. Aku tak minat alien. Aku minat fashion. Nanti bangunan yang aku buat semua pakai skirt. Nak lagi tradisional, aku buat bangunan Kebaya. Kesian kat aku. Otak senteng. Kesian kat Malaysia. Dapat rakyat macam aku. AHAHA.


Walt Disney Performing Arts Center, Los Angeles. Architect : Frank Gehry.



Schuster Performing Arts Center, Dayton, Ohio. Architect : Cesar Pelli


Buat report tanpa henti. Henti waktu makan dan mandi dan solat sahaja. Semester ni aku sangat takut sebab ada 21 unit yang kena kejar. Final sem pulak tu. Aku sangat tidak mahu tunggu lagi untuk grad. Tersedak-sedak dan terbahak-bahak buat projek pertama yag seronok ni. Tidur 4 pagi, bangun tidur 8 pagi. Tolak bangun subuh 10 minit, tinggal kurang dari 4 jam tidur. Itupun bangun subuh dengan sangat liat. Sampai ada satu hari ni aku berdiri depan pili air selama seminit dua kerna aku jadi blank. Aku tak tahu kenapa aku bangun dan pergi toilet sedangkan aku tak terasa mahu membuang air besar ataupun kecil. Lama-lama baru aku sedar yang aku nak ambil wudu' mahu solat. Sangat kelakar tapi aku tidak ketawa kerna sangat mengantuk. Buat apa ketawa? Buang masa. Dan ada juga kejadian di mana aku bangun setelah enpon antik berbunyi-bunyi. Aku terus keluar dan menyarung kasut cantek nak pergi toilet. Sangat clown. Aku patah balik dan tukar selipar. Kelakar tapi masih tak ada gelak. Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Sangat stress dan kesian dekat diri sendiri sebab kena buat kerja berat. Kadang-kadang aku tak lipat telekung lepas solat. Aku terus tidur dan lipat pada waktu pagi ataupun pada hari yang lainnya. AHAHA. Dan bilik aku pon menjadi sangat semak, kotor dan bersepah-sepah. Sesuai untuk disewakan kepada lipas-lipas jalanan dan tikus-tikus merempat. Tapi yew! Sangat jijik ok. Bilik aku tak da jijik macam tu. Masih bau sangat harum sebab kalau busuk, dah lama hidung aku meletup. Hidung aku sangat sensitif dengan bau busuk.


Aku paling kesian dekat diri aku bila aku nak tidur, tapi tak dapat. Waktu-waktu macam ni aku akan berasa sangat-sangat nak menangis tersedu-sedu. Nasib baik Mr. Lim sangat baik selalu kasi saya tidur ketika saya hampir mati. Dan menyudahkan kerja-kerja saya yang terbengkalai. Mr. Lim memang lagi cool dari Superman. Wahaha. Maksud saya, saya bergurau sahaja :p


Semester ni memang gila. Hari pertama je, dah stay up tak tidur. Tapi lagi hinanya, hari pertama lepas briefing untuk 1st project, aku pergi Sunway Pyramid. Untuk apa? Nanti cerita. Ini cerita lagi gila. Cerita budak gila. Cerita budak tah apa-apa.


Macam biasa, ada masalah dengan pendaftaran kursus, kolej, dan subjek. Macam-macam kontroversi subjek mesti jadi setiap sem. Kali ni pulak kontroversi kena ambil 18 unit tapi kena cover 21 unit. Malas nak cerita detail engkau bukan faham pon. Tapi kalau aku cakap, semester ni aku dah mula thesis, engkau faham kan? Engkau fahamkan macam mana azab aku sedang bertambah kan? Sekarang dah ada DUA subjek BESAR. DESIGN dan TOPICAL STUDY. Arght! Aku nak tarik rambut kuat-kuat sampai otak aku tegang!!


Untuk topical study aku belum confirm kajian aku. Tapi aku dah submit draft. Aku nak buat kajian pasal SHOPPING COMPLEX. Topik pilihan aku : Kajian terhadap permasalahan perancangan susun atur ruang dalam bangunan pusat membeli-belah dan cara-cara mengatasinya.

Ya ya. Aku memang gila. Sekarang aku dah waras. Aku nak tukar topik. Topik tu susah. Shopping memang senang. Tapi buat thesis pasal shopping mall tak semudah memandu kereta dan membayar tol untuk ke shopping mall. Tak semudah mengeluarkan duit untuk membeli sepasang jeans. Ianya sangat SUKAR!

Submit case study on Monday, dan sambung buat Topical Study. Dah submit draft, nak kena start on design pulak. Second Project dah bermula officially on Monday sebaik sahaj kami submit 1st project. Projek kedua ialah merekabentuk sebuah Ticket Box Office. Aku belum memikirkan apa-apa so far. Kerna aku mahu menghayati Maal Hijrah pada hari ini. Ye la tu.

Sekarang engkau semua faham tak kenapa aku tidak boleh mencurahkan perhatian kepada blog? Huhuhu. Internet connection di studio lewat kebelakangan ini macam tahi kerbau. Sangat tak guna. Aku boleh online pagi-pagi sahaja seawal jam 3 pagi ketika fakulti mulai lengang. Itupun termati-mati. Sangat benci! Kalaulah aku boleh masukkan streamyx aku sendiri, dah lama aku buat. Kasi mati semua orang tak dapat guna. Biar diorang tertonggeng-tonggeng pulak. Stress. Kami ni kalau buat report tapi tak ada internet, alamatnya jari kaku tak boleh buat apa. Tak guna! Stupid Idiot. Aku belum belajar marah-marah dalam mandarin lagi. Nanti aku belajar.


SHOPPING.

Hari pertama semester dah shopping macam orang gila dekat Pyramid. Beli swimming suit beserta kelengkapan swimming yang lain. Semuanya angkara terpengaruh dengan Farah dan juga si dia tu. Sebenarnya ada banyak benda aku dah shopping selain daripada swimming equipment yang separuh gila tu sepanjang 2 minggu awal ni. Aku tak ada mood nak buat blog aku macam katalog barang. Tak payah tunjuklah. Cuma nak tunjuk barang-barang terakhir 2007 yang aku dapat.




Ceh! Ada banyak lagi gambar aku tak jumpa aku bubuh di mana. Terlalu banyak folder bersepah. Nanti-nantilah. Semua benda ni benda kecil sahaja. Tapi sangat bermakna sebab diterima pada hari-hari terakhir 2007. Ada hadiah dari adek, dari uncle saya, dan juga dari ibu saya. Itu pink, teko KFC. Nampak murah dan tak berapa seronok bagi korang. Tapi sangat seronok bagi aku sebab dia mengingatkan aku kepada kehidupan di Pontian selama 8 hari. Adalah kisah-kisahnya tapi aku tak mahu cerita. Sebab cerita ni tak ada kualiti.


SWIMMING
Aku tengah gila nak swim ni. Petang-petang swim tiga orang dekat Danau. Konon nak hilangkan stress. Tapi lepas swim, malam kepala pening. Mabuk je rasa. Tapi sangat ketagih. Lagi ketagih sebab nak pakai swimming suit baru. Kalau boleh, perlu class pon nak pakai. AHAHA. Aku ni macam gila pulak. Aku tak da gila lagi. Aku sedang mengantuk tapi aku memaksa diri untuk tulis lebih dan lebih panjang. Aku sangat kuat semangat tau. Setakat tak tidur dan buat kerja sampai pagi ni perkara biasa je bagi aku. Tak tidur 3 hari pon pernah. Tapi lepas tu aku catch up tidur 6 hari. AHAHA. Kalau tak tidur seminggu direct, mahu aku koma sebulan. Bangun-bangun je dah bulan February. Seronok jugak tu.

Cerita pasal swim. Semalam swim 1 jam setengah. Petang pergi Mines carik makan. Gila pergi makan jauh-jauh. Padahal makan nasik ayam je. Sebenarnya nak shopping beli T-Shirt tapi semua T-shirt buruk. Tak ada yang design cantik. Dear carik cd game tapi tak jumpa. Dan akhirnya rushing balik UKM dan terus pergi Danau. Pukul 5.30 petang terjun masuk pool. Dan semalam buat pertama kali dalam hidup aku yang sudah tua ni.. aku berjaya swim secara 'swim'. selama ni aku swim secara 'tidak swim' iaitu swim kuak tenggelam. At least semalam aku dah boleh tenggelam timbul. Walaupun kaki aku bersepah dan aku swim macam clown, tapi aku tetap swim. Semngat kuat. Sikit waktu lagi, bolehlah aku swim dari merentasi satu pool. AHAHA. Berangan! Hujung tu kedalaman dia 7 kaki. Mahu mati ka? Nanti mati dalam pool sangat hilang maruah. Yang penting, aku semangat nak pakai swimming suit baru. AHAHA.


JADUAL JANUARI.
Aktiviti kelas untuk bulan ini sudah sangat padat. Selain kelas dari Isnin-Khamis, kami dah mula Design. Ada trip dan beberapa tempat kena pergi.

12 Jan , Sabtu
PAM . (Persatuan Akitek Malaysia). Ada talk about performing art center.

14 Jan, Isnin dan satu minggu ini
Krit design. Studio mula tutup pukul 12 malam. Tak guna.

18-21 Jan
Site visit, Penang.

27 Jan
KLPAC (nak pergi!!!)

Unknown date
Kota Tinggi ( tak mahu pergi!!)


next target
BALI
:p
i nak pergi Bali.
:(



RUMAH.
aku rindu rumah.
2 minggu tak balik.
akhirnya hari ni balik juga.
membawa satu beg besar pakaian kotor untuk dicuci oleh bunda.
dan membawa diri ini yang semangat menggemok.
sebab nafsu makan aku sangat jahat.
sangat cepat lapar, dan sangat sekejap kenyang.
Tempoh kenyang sangat pendek.
otak aku asyik sibuk berfikir nak pergi makan apa dan makan di mana.

sebab tu aku kena grad cepat!
supaya aku tidak berbelanja sakan untuk makan lagi.
ada orang tu buat calculation lagi semalam.
dia kata saya kena grad cepat.
sbb lagi lama saya duduk UKM, lagi besar perbelanjaan saya.
dia telah menganggarkan secara purata bahwa perbelanjaan saya tidak kurang dari RM3K satu bulan.
Janganlah begitu, dear.
Don't calculate please :(
Tidak.
Tidak benar.


Tapi kalau dah satu malam boleh habis RM200, itu namanya apa?


Aku stress betullah menjalani kehidupan macam orang gila ni.Belanja makin lama makin banyak. Kerja pon makin banyak. Masa je makin sikit. Aku kena grad cepat! Aku tak boleh kalah dengan nafsu. Tak boleh makan banyak. Tidak boleh pergi Alamanda semata-mata untuk lunch dan demi dua ketul Dunkin Donut. Tidak boleh pergi Mines untuk sepinggan nasi ayam. Tidak boleh pergi Secret Recipe sesuka hati dan waktu demi air liur yang meleleh. Tidak boleh! Hiargt! Stress lagi dahsyat.


Bunda saya tanya samada saya ada makan epal dan minum susu atau tidak seperti yang disuruh olehnya.

"ada" saya kata ada.

Sebenarnya TIADA. Saya cuma makan segigit epal hijau sahaja. Itupun digigit daripada epal Shida. Saya tak beli epal pon. Saya juga tak minum susu. Kerna tiada orang nak lumba susu dengan saya. Semangat saya hilang. Tapi hari ini ibu saya bagi sekotak minuman kesihatan yang mesti di minum setiap malam. Ayah saya pon bagi sebotol makanan tambahan untuk kesihatan. Mulai malam ini, saya kena kembali memakan makanan-makanan berkhasiat yang tidak sedap ini. GAYA HIDUP SIHAT.

Makan buah epal.
Minum susu.
Makan gel kesihatan.
Minum minuman kesihatan.
Swimming.

Okey, memang sehat.

Dan macam mana pulak bila kita selitkan sekali ... nasik lemak ayam beli dekat kedai mamak pukul 3 pagi?

Jawapannya, sia-sia.


AHAHAHAHA.


Dah panjang dah entry ni.
Selamat berjuang.
Jangan nak komplen entry ni panjang. Aku ni memang kreatif. Memang berbakat menulis panjang. Kalau nak komplen, pergi luahkan emosi dekat diary masing-masing. Okay? Aku sudah penat. Nak pergi makan egg tart dan selepas tu sapu air mawar dekat muka kasi wangi. Mahu main facebook pulak. Dua minggu tak main. Ketagih ni.

yeay!
malam ni tidur atas tilam sedap.



Selamat malam.Jumpa lagi.
 

30 Congteng-conteng:

Blogger cepotet conteng...
errkk.. ni perli ke ape? but, ai laikkk.

nak lagi.. nak lagi. hehehe.

dik, wish u all the best. study rerajin k. take care. jgn makan banyak. nanti gemuk, susah nak kurus. *kenyit*
1:18 AM  
Blogger Unknown conteng...
mmg pjg entry ni...
oleh sebab itu aku menyambung pembacaan aku pd esok ari....

cmne nk buat picture mcm kt ats skali entry ni ek, yg tajuk busy like a bee..ade pkai software ape2 ke..
2:21 AM  
Blogger Tok Rimau conteng...
Saya mengeja satu huruf utk satu hari. Sayang nak baca cepat2 satu perenggan sehari. nanti cepat habis.
11:59 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Yaa.. Menjadi Orang Yang Sibuk Seperti Sebuah Kisah Cinta Yang Kompleks.. Eh!? Ye Ke? Lagi Sibuk Hidup Kita Lagi Banyak Citer Berjela².

Dah Mati Kang Dah Tak Sibuk Dah.
12:22 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ERNI - nak lagi? tak sanggop dah nak buat lagi panjang. tunggu bulan depan ok. wahahahhaha. :p ni entry pon demi permintaanmu :p takot kang kakak mengamok, blog saya kena bakar, bomba tak dapat tolong. :p


EIZA - baca satu hari satu word okek :p itu pakai adobe photoshop sahaja.

TOK RIMAU - Tok memang membuat pilihan yg tepat. sbb ada ura-ura, blog ni akan diupdate pada bulan-bulan yg akan dtg pulak. :p

QAIYUM - tapi ini bukan kisah cinta. saya tak de la sibuk bercinta sgt. sibuk menuntut ilmu ni. ahahahaha.
12:42 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Tu La..Sibuk tu banyak maknanya..Entah sibuk gi Shooping Tak..
1:35 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
MROZAIDI - excuse me. sebok dgn studio ok. kalau shopping tak pernah dinamakan sbg sebok. itunya seronok. :p
1:43 PM  
Blogger najihah. conteng...
panjangnyaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

ji malas nak baca,,tgk gambar udahlah okey??huhu..:p apa kegunaan teapot aladdin tu ek,,kak chika??
3:38 PM  
Blogger Unknown conteng...
Wowwwwwwwwww..
babe... u r back and I miss u a lot la :)

hehehe... tu dia, skali balik - bole buat 1 tesis tebal die punya entry.. hebat..

babe, my bachelor party nanti nak buat kat bandung/bali - nak ikut?
heheheheh

nanti u kawin kan, i kasi hadiah encyclopedia... so u bole la buat stock bungkusan nasi lemak utk anak
2 u bawak bekal gi sekolah ek..

p/s - babe. letak skali gambar pakai swimming suit tu.. baru afdal...
4:45 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
masa pakai swimming suit tak soh sesapa amik gamba ke ?
alalalaaaaa mesti ada kannnnn ?
tapi malu nak letak eyhhhh ?

=P
7:20 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
TEDDYLAVENDER - kegunaannya sebagai agen membasmi bosan ketika duduk bergoyang kaki. juga untuk menyakat org kasi dia saket hati, lalu marah dan bengang. :p

HANNA DUDE - and your comment dah boleh jadi ayat introduction untuk 1st chapter of my thesis. ahaha.

wut?
bachelor party? u bachelor ke? are you sure? *tongue hanging out* Buat kat Bali. Why not Hawaii. Boleh gelek-gelek tepi beach. Tapi i sumpah tak join la. ahahahha.

by the way, anak i takkan pakai bungkusan pulak. i kasi tupperware mickey mouse siap ada telinga ar. tp in case u nak hadiahkan encyclopedia, im very happy. i boleh baca. i love encyclopedia. ini serius ok. no kidding.

no way, dude! its my very personal thing wearing swimmingsuit. hello, its not as sexy as u imagine 'swimmingsuit' should be. i pakai yg sgt sopan ok :p Bro hannan, i nak perfume free.

KAK JU - seriously tak ada lah :p I rasa len macam je pakai camtu and basah-basah. yewww... tapi demi ketagihan, diteruskan jugak :p
8:59 PM  
Blogger Adian conteng...
hmm pekate tajuk topikal ko "pengaruh blog dalam senibina" hehe bolela slalu update.
11:58 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ADIAN - aku takmo update slalu. kasi semua org emo dan merusuh lagi best. AHAHAHA
12:55 AM  
Blogger Unknown conteng...
babe - hehee. kasi gambar u kat i satu, nak lelong u kat blog i la... nak tgk berapa sen bole dapat... win a date with chika! nanti send gambar u kat email i occay dear!
1:17 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
HANNAN - huh? you nak lelong i? tak de modal nak bisness ke?? AHAHAHA.... tammo ah :p
1:26 AM  
Blogger Unknown conteng...
hahaha... x kire... cepat.. antar gambar u!
2:13 AM  
Blogger Nyetok conteng...
Huihh panjangnye entry ko, stock gudang neh..

Art centre tu cam semak je, kalo jumpe kat lantai bilik aku sapu je msk plastik itam
1:14 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
HANNAN - oooOOoo. berani betul dia ni. jaga la dia.. :p

NYETOK - gudang garam... gudang garam... mari borong!!!! for ur information, frank gehry punya building mmg sering dikatakan sbg rubbish architecture. sekian.
9:20 PM  
Blogger Unknown conteng...
eleele.e.. buat2 malu la pulak mak cik ni , jap ek. nanti i letak u punyer link skali :) hehehe...

p/s - pak cik kayooo... jual anak dara orang... hehehe... PIMP!
9:37 PM  
Blogger DaRk AnGeL conteng...
hahahaha~
mmg tak daya nak baca~ sgt pnjg!
maka mmg betol akan baca satu hari satu paragragh..
maka dah setel satu paragragh.. esok akn smbg semula~
gudnite!
12:57 AM  
Blogger nieja conteng...
haha gile chika..
ur n3 panjang gilew..
tapi abes bace jugak..haha
4:15 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
HANNAN - buat bisnes jual burger lagi baik, dude! :p

DARK ANGEL - ok.bagus. guna kaedah yg icadangkan ok :)

NIEJA - sanggop u baca!!!
12:08 PM  
Blogger Unknown conteng...
salam maal hijrah adik comel!
7:56 PM  
Blogger Unknown conteng...
selamat dah abes baca.... nak lagi n3 pepanjang nih... tapi kan tak dapat oksigen free lah sebab tak reti nak cari yg mana satu chika?
1:30 PM  
Blogger Unknown conteng...
babe - mane u ilang erk..
x baik marah lama2 tau :)
cepat, sambung novel u ni!
hehehe..
2:21 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
oit
aku kat mesia ni
yeay!
beshnye asek cuti jew!!!
ahahahaaa
3:24 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
omak ko! gile berjela...
dh lama aku x masuk blog ko nih, tetibe je tgk dah mcm karangan lapanplohblas mukasurat.
tgk2 gak dah berderet2 komen ko dpt.

semoga ko tabah la nk tertonggeng2 dlm studio tu ek...
gud luck!
2:32 AM  
Blogger solitare conteng...
argh. babi punya panjang.
10:38 AM  
Blogger sHiBi conteng...
hellu lil nurul..
ni baper hari punye entry u buat ni..:)
9:18 AM  
Blogger Yazid Husain conteng...
Hi miss chika,

terlalu panjang entri kali ini hanya baca tajuk sahaja dan melihat foto-foto yang terdapat entri kali ini

dari pembaca senyap selama ini
12:50 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."