Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, February 03, 2008

Biskut Tiger

Blogger Tok Rimau said...

Soalan Kepada Beylo:
"Engkau tidak teringinkah untuk menduakan diri engkau menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Sebelum engkau menuduh aku pervert, ingin aku jelaskan apa maksud aku. Tidak mahukah kau bukukan huruf-huruf ini? hardcopy?"

Aku menulis komen ini tanpa effort. Aku baru pulang dari Planet Pena utk Maskara 6. Dalam dada aku penuh seni melimpah ruah. Aku kena tuang sedikit di sini.

4:11 AM



Ada dua benda aku rasa macam aku kena huraikan. Untuk Tok Rimau atau dalam bahasa Inggeris namanya disebut sebagai Biskut Tiger. Ada suka ka nama itu? Kalau rasa makan hati dengan nama Biskut Tiger, saya mintak sorry Tok. Tadi dalam rancangan TomTomBak, dia kata hidup kena selalu berjenaka. WOH, aku sangat berani bermain dengan harimau. Aku takut kucing. Setakat Harimau, aku tak da begitu takut. Lagipun seperti yang diungkapkan oleh Sarah dalam satu fotonya dan seperti yang diubahsuai oleh aku ; AKU adalah orang yang menjerit ketakutan pada kucing dan tersengih cantek kepada Harimau mahupun Serigala. Hidup ini memang sastera dan metafora aneh.

Perkara pertama.
Jawapan kepada soalan : Saya memang teringin untuk menduakan Beylo menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Tetapi bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri. Saya menulis secara tidak bagus. Menulis secara gila macam ayam. Ke hulu ke hilir tapi tak sampai ke mana sangat. Menulis secara bermain di playground. Tidak ilmiah. Kalau dibukukan, saya khuatir dia bukan sahaja disentuh, diusap, dibelek dan diselak, malah dikoyak, dilontar peluru dan dilempar cakera hasil tulisan dengan sangat kesian. AHAHA. Bukan pesimistik. Tapi seriously, apa yang hendak di-hardcopy-kan? Cerita-cerita seposen dua yang magik itu? Saya seperti melakukan perbuatan yang memalukan. AHAHA.

EHEHE.
Okay. Sebenarnya saya pernah menulis novel pada usia 12 tahun dan telah di-publish ketika saya berada dalam tingkatan satu. Jangan tanya kisah lanjutan. Aku tak suka. Kisah peribadi. Kalau ada yang tanya juga, nanti aku menjawap kepada Kisah-Kisah Nabi. Mahu ka? Aku pernah ditipu beberapa kali di mana hasil karya aku hilang lebuh dengan sangat magik. Mungkin sebab waktu tu aku budak kecik kot, jadi sangat udah dimagikkan. Sekarang kalau ada jembalang mahu tipu aku dengan membuat magik lagi, dia tahulah macam mana kuasa Bulan aku akan bertindak. Aik? Aku ni bukan sahaja seorang yang magik, aku juga seorang Sailormoon. Tutup cerita novel kerna aku bukan seorang penulis novel. Dah lama aku tak buat kerja-kerja ilmiah macam tu. Sekarang aku mahu fokus kepada penulisan jiwa secara gila-gila. Bukan untuk dikomersialkan tetapi untuk dijadikan gelanggang mainan. *jeruk buah salak ni manis sangat sampai aku rasa tak mahu menulis blog selama tiga bulan*

Tapi sejujurnya, menulis memang satu minat bagi aku. Tapi oleh kerana pengalaman lampau yang tidak boleh diceritakan aku menjadi malas nak menulis lagi. Sekarang aku senang hati membuat contengan secara mati-matian. Tak thrill tapi memuaskan nafsu serakahkahkahkah! Tok Rimau @ Biskut Tiger, ada nasihat berguna ka untuk saya? Adakah perbuatan mencetak kesemua entry menggunakan printer laser Canon hak milik sendiri dikira sebagai menghasilkan tulisan yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak sebagaimana yang Tok maksudkan? AHAHAH.



Perkara Kedua.

Blogger Tok Rimau said...

Pstttt,
aku tahu kamu seorang yang kool, justeru kamu perlu berada di majlis yang kool. Dengan ini, aku menjemput kamu ke majlis paling kool di KL:

MASKARA 6
(malam baca naskah Sindiket Soljah dan kawan-kawan yang kita suka)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah Pena, Jln Dewan Bahasa. (Rujuk Peta)
Tarikh: 2/2/2008
Bayaran: Diskaun 100% untuk kamu aka. FREE. Sebab kamu kool.
Dress code: Cool n Sexy (Mengikut acuan & definisi kamu)

Jika kamu punya buku, tee, zine, postcard, DVD, VCD, CD ORIGINAL. Bikin sendiri punya. DIY. Kamu juga dijemput mempamerkan hasil dagang kamu. PEACE!

Ingat temu janji kita.

Details:
MASKARA 6

9:00 AM



Terkilan tak pergi. Dapat jemputan agak eksklusif secara langsung dari Biskut Tiger. Tapi saya ada beberapa alasan logik. Pertama, saya baru balik ke pangkuan keluarga untuk holiday CNY tapi membawa bersama kerjaan yang banyak. Mood pon tak berapa nak baik sebab terpaksa buat kerja semasa cuti. Daripada pergi bersama mood yang jahat, lebih baik jangan pergi. Kerna nanti saya bakal merosakkan MASKARA, siapa tahu?Saya juga tidak mahu kita semua bertemuan buat kali yang sulung di dalam keadaan saya yang jahat. Bila mood saya tak baik, saya jadi penjahat. *Jeruk buah salak jatuh sebijik ke atas lantai. Kesian* Kedua, saya ada jugalah sikit-sikit sifat manusia sejati iaitu malu-malu ayam dan merendah diri ataupun dalam bahasa Arab dinugerahkan sebagai Zuhud. AHAHA. Saya juga tak punya apa untuk diper-seni-kan di majlis itu. Setakat datang-datang saya sangat tak suka. Kalau datang, saya suka melakukan sesuatu. Dan untuk melakukan sesuatu, perlu mengenali sesuatu juga. Ketiga, sebab ini adalah yang paling crucial sebenarnya dan menjadi penyebab PERDANA. Saya tak boleh keluar malam. Sebab saya ni memang kesian :( Ikhlas, saya memang sangat seronok kalau dapat pergi dan melakukan sesuatu. Saya ada fikirkan sesuatu tapi tak sempat untuk diusahakan dalam waktu terdekat. Maka, MASKARA 6 dibiarkan terlepas begitu sahaja. Terima kasih Tok Rimau atas jemputan. Mintak maaf atas kegagalan menghadirkan diri.


Aku tak suka makan Biskut Tiger.
Aku suka buah jeruk salak yang ada semangkuk depan speaker.
Aku suka makan secara committed. Aku tak suka buah dua kerja dalam satu masa.
Aku nak pergi menghayati jeruk salak dan menamatkan contengan.


oh ha!
sedikit tentang hari ini.
Hari ini aku telah menemui beberapa kegemaran baru.
  1. Lelaki sepet yang pandai main drum itu. Nama dia Andy.
  2. Lagu Sayang Sayang Sayang sebenarnya dah buat aku separuh high.
  3. Ikan kerisi masak sambal menggunakan cili hidup SAHAJA.
  4. Lawan game Internet Reversi dengan online gamers dan berpura-pura bodoh. Bila menang, hantarkan : It was luck...
  5. Gigi Fahrin Ahmad selalu menggoda saya (aik? ini kegemaran baru ka?)

aku rindu kat dear. semalam sangat rindu kat dear. lalu aku menghabiskan detik-detik kerinduan dengan menatap pack DiGi Postpaid pemberian dear. AHAHA. ada ka patut. Sangat sayang sampai tak sanggup mahu buka. Dear, pergi beli yang lain! :p

Labels:

 

22 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
Hye budak..
Yeyeh, kamu dah cutikan..
Sy juga..
Tp mcm banyak keje je..
Jom bertemu..
Sambil makan cendol..
eyh kamu, kegemaran kamu yg 1st tuh,samelah ngan saya..saya suke ANDY juga..sbb kening die,mata ide,rambut die..miahaha,sengal..
12:25 AM  
Blogger nieja conteng...
haha..
klakar la bace n3 u neh..

hoi..
nak jeruk salak jugak!
2:41 AM  
Blogger fara-D conteng...
haha!muka horror gila bila kucing berada dalam radius terdekat! siyes, lucu amat!
=))
9:00 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
AIZAR - hoyeh! sudah cuti. ko mahu blanja aku ka? jom jom lah.

NIEJA - klaka? ini sastera tau! :p nak jeruk salak? pergilah cuti2 penang. eheheh

FARAHO - diam diam sudahhhh...
10:16 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
so this time it was depress.. hate.. tension..
let's go beylo.. i'll lego play with you
12:11 PM  
Blogger fara-D conteng...
miauwwww...miauuwwww!! auww!! ;)
12:29 PM  
Blogger Tok Rimau conteng...
1. Jika Chika compile Beylo jadi buku, aku akan beli.

2. Maskara 6 berjalan dengan gilang gemilang lagi meriah. Semudahnya mood engkau boleh bertukar jadi girang.

3. Anyway, thanks for answering the questions. Terkasima bila diberi penghormatan begini rupa.

4. Apa nama novel kau dulu? "Cinta Di Bangku Kantin"?
12:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ICHIMARU_GIN - haha. main sama-sama. kemas sama-sama. ok.

FARAHO - cubit mahu?

BISKUT TIGER -
1. terima kasih kalau beli :p
2. mmm... yang lalu, biarkan berlalu :)
3. sama-sama. terima kasih sbb jemput.
4. bukan. tajuknya rahsia.
2:24 PM  
Blogger IamYonna conteng...
chika,
ye la..
kalo awk bukukan beylo..
kompom sy akan beli..
ayat2 awk sgtla buat hati sy jatuh chenta!! haha..
ini bukan kenyataan lesbian tau :p
ngeh2..
ini kenyataan ikhlas!..
xpe la..
whatever it is..
keep on updating k
2:58 PM  
Blogger fara-D conteng...
mauwwwww...mauwwww...


*cabutttt!!*
4:21 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
YONNA - oh. saya dah ada dua pembeli. ehehhe. funny u guys :p tq for the compliment. tapi rasa len macam ja. ahaha

WHITE HANDBAG MOMMA - woi! ni mmg serius mahu kena nehh.
6:48 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
hiya chika.
i juge telah separuh high mendengar itu lagu sayang sayang sayang.pdhal x pernah tgk pun singer nya. Siapakah gerangan yek??
7:29 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
WIWEEN - oh. aliff aziz. muka dia lebih kurang cam dafi.
8:06 PM  
Blogger fara-D conteng...
eh hello....takdo momma momma yer...dis is wHitE hanDbaG quEEn! ngeeeeh!



*sudah!otakku da makin mereng!! i need treatment!!*
10:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
treatment seperti apa? injection kat bontot?
11:03 PM  
Blogger fara-D conteng...
boleh jugak lah....
11:51 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
biar aku buatkan!
11:55 PM  
Blogger fara-D conteng...
tanak ah ko. nak p carik doktor bertauliah yg kacak atau chumeyl!!

*pang!! lempang 3juta kali!*
12:42 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
pegi la. tunjuk bontot tu suh doktor suntik. yewwwww
12:49 AM  
Blogger Kemat conteng...
kalau beylo ini dibukukan, saya juga akan beli... apalagi contact la biskut tiger tu..
6:57 PM  
Blogger chiku the chucuru conteng...
nak beli jugak lah. :P
suka andy jugak. chumelll...
3:47 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
okey, saya dah ada 4 pembeli. ahahaha
4:07 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."