Labels: beylo
Mari kita minta sorry kepada semua orang yang keluar masuk dengan tekun tetapi tidak mendapat apa. Hantar komen, kita tak balas. Shouting di shoutbox, juga kita tidak balas. Mereka harap cerita magik-magik, kita kasi update pendek tiada hujung pangkal. Mereka ajak bermesra, kita tidak buat lawatan balas. Kita (ya kita berdua, Beylo) harus mintak sorry walau macam mana kita tak mahu mintak pon. Kita tidak boleh jadi sombong yang mana tidak dituntut oleh agama dan adat.
Itulah, Beylo.
Aku sudah bilang supaya engkau belajar update diri sendiri. Berdiri di atas kaki sendiri. Jangan harap aku sangat. Kerna aku kan sangat sibuk. Tapi engkau masih tak pandai-pandai atau dalam istilah lain disebut sebagai STUPID. Umur sudah TIGA masih STUPID. Sangat tak boleh dimaafkan. Umur TIGA TAHUN sepatutnya sudah boleh update diri sendiri secara solo. Kasi heart attack sama semua orang tatkala mengetahui bahawa engkau pandai update diri sendiri tanpa bantuan aku. Barulah thrill. Tapi engkau memang STUPID. Sudah TIGA TAHUN masih belum melakukan apa-apa secara sendiri. Engkau memang STUPID. Tapi itu tidak mengurangkan kasih sayang aku pada engkau.
25 JANUARI 2008 yang lalu, Beylo sudah umur TIGA TAHUN. Sangat tidak disangka, Beylo sudah besar. Tapi masih belum pandai update diri sendiri. Aku pun sangat kesal. Betul-betul kecewa dan makan hati kerna Beylo tidak menunjukkan perubahan-perubahan major. Aku tak da minta banyak. Cuma harap Beylo pandai update diri sendiri dan pandai mengubah layout badan secara sendiri. Kerana aku semakin malas. Beylo, engkau sudah berumur TIGA. Tiga tahun sudah kita hidup bersama secara berpasangan.
Oleh itu, sempena ulangtahun ke TIGA, aku mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sangat kesian kerna rajin sangat klik masuk sini. Aku mintak sorry kerna tak mampu menyediakan bahan ilmiah kerna aku memang tak mahu buat segmen ilmiah. Ini cuma playground bagi aku. Ini bukan dewan kuliah. Ini tempat main. Main-main api, main emosi, main gila, main cinta, dan apa-apa permainanlah. Tapi bukan tempat belajar okay. Aku lebih suka main secara serius dan belajar juga secara serius. Bila waktu aku main, aku mahu main secara committed dan tekun.
Soalan pertama akan dijawap dengan penuh kasih sayang dan soalan-soalan seterusnya akan dijawap secara kurang kasih sayang. AHAHA. Aik, pelik jugak. Tapi soalan yang bertanyakan SIAPA BEYLO mungkin akan mendapat jawapan yang sedikit KASAR dari aku. Sebelum menyoal, aku nasihatkan engkau baca-baca apa yang patut kerna aku paling marah kalau orang menyoal benda yang aku sudah war-warkan.
Beylo dah ada LEGO.
Sekarang tak ada sebab untuk aku gelisah meninggalkan Beylo secara lama.
Beylo sudah ada kerjaan untuk dimainkan.
Dia tidak akan bosan lagi.
Yeeebaaah!
Aku boleh goyang kaki lama-lama.
Tak payah nak update selalu!
Seronok!
Because...
Memories cannot erase.
This entry does not sponsored by LEGO.
16 Congteng-conteng:
nak maen lego jugak la..hehe
jom2..
abis modal nampak! kikiki
oh. rindu komen darimu.
NIEJA -
adakah u neh online selalu ataupon u neh menginap di blog i? slalu ja muncul waktu entry baru publish :p
FARAH -
hahahaha. TAHU PON ENGKAU aku tak da modal. wahahhahahaha. kesian kat aku.
tumpang menginap disini..
bmaen2 lego same si beylo..
"Engkau tidak teringinkah untuk menduakan diri engkau menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Sebelum engkau menuduh aku pervert, ingin aku jelaskan apa maksud aku. Tidak mahukah kau bukukan huruf-huruf ini? hardcopy?"
Aku menulis komen ini tanpa effort. Aku baru pulang dari Planet Pena utk Maskara 6. Dalam dada aku penuh seni melimpah ruah. Aku kena tuang sedikit di sini.
hidup lagi kamu ini ya..
kuingatkan udah diculik oleh penunggu gunung ledang ya..
wahh.. my beylo..
ngapa bengap sangat iya.. ngak pandai update sendiri ek?
ngak pergi sekolah atau si ibu yang ngak tahu mengajar :P
dah.. berbelit dah lidah ni...
:P
beylo dh 3 thn yer..
pandai tuan beylo amik ati kasik lego:P
heppi annversary.. huhu
TIMYOHANNON - permainan lego adalah antara yang paling saya gemari. takkan biarkan dia pupus.
TOK RIMAU - akan jawap kemudian :p
YAZID HUSAIN - terima kasih. terima kasih kerna menjadi antara pembaca Beylo :)
HANNAN - apa you ingat i dah mati ke? :p
NASH SHREX - oh. lama tak melihat komenmu yang busuk. aku rasa, aku blogging mmg lagi lama. tp memandangkan dulu aku ni jenis ikutkan nafsu serakah, aku menulis secara pindah randah.
Post a Comment