Aku ni kan ...
- Takut kucing secara mati-matian. Tapi kalau setakat lipas, secara selamba dan secara cantiknya aku pergi kejar dan bunuh. Kalau nampak kucing, aku boleh menjerit pakai suara pitching paling bagus. Tak tipu punya. Mak aku tanya, adakah aku selalu ada imiginasi yang kucing akan terkam dan makan aku secara langsung? Aku kata tak da. Aku selalu berimaginasi, kalau-kalau kucing akan panjat aku dan tiba-tiba kuku taring dia mencakar aku dengan tidak romantis. Aku sangat takut.
- Aku suka aircond. Studio yang miskin selalu tak da aircond. Buat hati aku panas je. Hostel yang miskin tu lagilah tak da aircond. Maka sebagai tanda protes dalam diam, aku tak pernah off kipas di hostel. Sentiasa terpasang. Tak kira samada aku pergi kelas atau pun balik bercuti di rumah, jangan harap aku nak off. Bila balik rumah, aku tidur pakai socks, sweater dan glove. Adek-beradik confirm melontar hina pada perlakuan aku tapi aku memang cool. Aku relax ja. Pagi-pagi turun breakfast pon aku selamba ja pakai stokin dan sweater. Asalkan aircond jangan off.
- Barangan LV adalah yang paling tak menarik hati aku. Kasi free aku ambil. Suruh beli secara sendiri , aku tak da buat punya. Sekarang aku tak mampu. Tapi bila dah mampu pon, aku tak da mahu juga. Bila aku kaya dan raya, aku harap aku tak da tukar taste jadi Mak Nenek LV. Aku mahu beli toys banyak-banyak ja.
- Aku pandai main chess. Tak percaya ka? Aku pandai main chess sejak aku darjah dua. Cousin aku ajar. Kami main secara serius di mana kami menghabiskan waktu pagi, petang dan malam berlawan chess. Masa kecik la. Sekarang aku lagi suka main UNO dengan adek-beradek dan lepas tu bermasam muka. AHAH
- Smoker adalah manusia biasa. Aku tak da pandangan serong terhadap smoker. Maaf yah! Aku bukan bangkang kempen kerajaan ok. Secara jujur, smoker tak da masalah disiplin. Cuma jangan smoking depan hidung aku sebab hidung aku yang cantik ni sensitif asap. Tapi terus terang juga, smoker wanita memang aku tak da suka. Ini dah lain macam. Mencacatkan janin mahu ka?
- Bila ramai orang sudah tergila-gilakan sesuatu fenomena, aku akan menjadi tidak sukakan fenomena itu. Misalnya dalam fashion, minat dan hobi. Aku suka melakukan sesuatu secara solo dan sendiri tanpa pengikut. Sebab itu kadang-kadang aku memakai yang pelik kerna hanya yang pelik yang membuatkan aku rasa solo. AHAHA.
- Taste aku terhadap kenderaan adalah tinggi. Di mana aku secara jujurnya tidak suka kereta buatan Malaysia. Thank You Malaysia. Teruskan mencuba. Designer sila belajar design dari bawah ok. Konsep hybrid perlu diaplikasi secara berilmu.
- Aku suka baca blog yang tak glamour. Berkali-kali dalam satu hari aku akan pergi melawat dia. Sebab blogger yang glamour kadang-kadang ter-lupa-dara-tan lalu semua pembaca dianggapnya si stupid. Dia tak cuba membetulkan tapi terlalu berapi nak mengajar pembaca. Pergi jahanam. Aku suka penulisan yang cool. Macam ... aha aha. Tak baik promote secara individu. Tapi ada beberapa blog yang aku sangat suka. Kadang-kadang blog tu biasa ja. Cerita kisah hidup macam biasa. Ayat pon biasa. Semua biasa. Tapi aku suka sebab penulis dia menyenangkan. Dan aku sangat tak da minat pada penulisan berapi-api. Buat hati aku panas je. Mahu kena bakar ka? TAPI, tak semua penulis glamer macam tu. Biskut Tiger relax jaaa. Hi Biskut Tiger!
- Benda yang aku agak stupid adalah HANDPHONE. Minat aku terhadap handphone boleh dikatakan tiada. Aku tak reti guna handphone selain handphone aku. Kalau orang bincang-bincang secara jakun dan menggayat tentang handphone pon, aku tak da campur. Aku hanya akan beli handphone baru (beli baru ok. trade in aku tak pernah buat) kalau handphone aku hidup segan mati tak mahu ja. Dan kalau aku beli, engkau faham-fahamlah taste aku pulak. Ah, handphone tak guna! Aku suka toys!
- Ini statement istimewa. Aku tak boleh-boleh hafal kedudukan abjad A to Z. Kalau aku bukak dictionary, confirm semua orang boleh dengar aku mengaji ABC sampai Z. Kalau kau tanya aku abjad selepas P misalnya, kau akan mendengar aku mengaji dari K, L , M dan seterusnya barulah aku akan menjawap Q. Kesian kat aku. Sangat kesian.
- Ada few words aku tak boleh sebut dengan betul. Words Bahasa Melayu maksud aku. Dan itu akan dirahsiakan supaya beberapa individu tak bertanggungjawap tak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan aku.
Apapasal bukak cerita ni? Sebab aku tak da modal untuk malam ini. AHAHA. Lebih baik aku tak da modal. Kalau aku banyak modal, engkau semua kena sawan nak baca tulisan aku. Sangat tak elok. Berdoalah supaya aku selalu tak da modal. Jadi, dapatlah aku menulis secara ringan. EGEGEGEGEGEGEGE.
Semalam tengok Happy Feet. Hari ni aku asyik terkenang bontot Mumble. Bontot pon comel. Muka pon comel. Bontot dengan muka sama comel. Kau memang lucky Mumble!
Labels: Kosong
20 Congteng-conteng:
(haha! tindakan bijak ko tak reveal perkataan2 itu dan menyatakan betapa tidak bertanggungjawabnya aku kalo aku tau menda tu....)
cth nye, selamat malam ye "adik!"
*laaaariiii!!!*
TIMYOHANNON - aku dapat bayangkan monitor ko dlm keadaan apa. mesti kadar penglihatan skrin pc ko sgt teruk. belajar la hembus ke lain. seperti ke udara segar di luar rumah.
LINDOSH - aduh. tak da modal pon masih buat org gelak ka? saya rasa semua readers mmg datng secara naturalnya dgn humor yg tinggi. weewewewe
tapi..
Di Mana Sharlinie?
err.. atau org lain dah tahu..sbb tajuknyer kan lain?
oo xhafal ABC rupenye. mesti kecik2 ko xminum nespray ABC diperkaya dengan DHA bla2. kalu aku cakap 7 plak, bleh x ko tau apa angka seterusnya atau ko kene ulang 4,5,6 dulu? haha
and actually, bab hint2 dan ambil kesempatan ni...aku blaja dari adian! terima kaseh che'gu adian!! yeehu!
;)
entry yang sgt comel..
err..
patotnye awk buat tajuk entry..
di mana kucen :p
bukan di mana sharlinie :p
tentang huruf tu pun sama. barangan LV pun sama. eh, banyak benda la sama.
tanak la sama banyak banyak. takde kelainan. ngee..
entry ni besh. kesimpulannya, entry adik sume besh! teruskan memblog ok. *kenyit*
blog tok rimau tu sronok bile membacanyer..
tp aku ske bace nashrex.blogspot.com nyer. tu paling glemeer. wakakakkakahhh
SARA - mood ada. modal ja tak da.
ERNI SUHANA - jangan sama semua eh. eheheh :p
NASHREX - lama tak main. tak berani nak kata aku masih terror atau tak. tapi yg confirm, aku mmg tahu main chess walaupon ramai yg tak tahu main. ahahaha. blog tu mmg ar best. mmm.. ko suka blog ko? bagus ar tu. kita kena hargai diri kita sendiri seblom hargai org. tak da salah.
Kau suka aku
Aku suka engkau
Kita saling suka menyukai
Mmmm.. aku karang sampai sini je. Habis idea.
Tapi tajuk lagu ni Mutual Feeling. Biasak la trend sekarang. Filem atau lagu tajuk omputeh tapi cerita melayu.
Tapi kalau kau putar CD lagu tu lawan jam, bunyinya begini:
Kau benci aku
Aku benci engkau
Kita saling benci membenci.
Tido.. Esok jalan jauh
babe , hang memang patut dok moscow ni...
meh2... dok sini, nak pakai suit angkasawan pon bole x sini..
kompem x panas...
rasa cam nak jumpa in real life la yang.
bak sini nambe tepon. =P
Post a Comment