Aku memang seorang yang sedar diri dan kenal diri aku secara hampir total. Kalau aku marah, aku tahu kenapa aku marah. Bila mood aku drop, aku tahu puncanya. Aku bukan seperti orang lain yang common menyatakan : entahlah, aku tak faham diri aku. (sumpah aku menyampah gila ayat ni) Oh, no no no! Aku faham diri aku. Akulah yang paling memahami diri aku. Siapa-siapa pun jangan berani mengatakan bahawa dia lebih memahami aku ok. Nanti aku tendang engkau. Sebab hanya aku yang paling tahu diri aku. Kalau engkau fahami aku secara dalam pon, engkau jangan perasan engkau sudah fahami aku secara total. Kalau engkau masih rasa begitu, engkau sangat syok sendiri dan perasan genius. AHAHAHA.
Aku sentiasa sedar dengan emosi aku. Aku seronok kalau persekitaran menyeronokkan aku. Kalau persekitaran menghentikan keseronokan aku, aku sanggup perang untuk diri sendiri. Kalau aku membuat salah kepada persekitaran, dengan tak malunya aku berani meminta sorry.
Memang aku ada buat salah. Emosi aku suka buat sawan. Aku memohon maaf secara honest. Benda kecil selalu berada dalam fokus aku. Aku bukan remeh-temeh punya kaki. Small things also count. Tak da benda yang tidak dikira dalam hidup ini. Semua akan dikira. Engkau boleh panggil aku complicated kalau engkau mahu. Menjadi terlalu simple bagi aku adalah bosan. Kalau ada antara engkau yang mengaku hidup engkau sebagai SIMPLE LIFE, engkau memang bosan menurut aku. Kalau engkau jenis tak jaga emosi sendiri iaitu dengan menelan kesemua pahit maung kehidupan secara paksa, engkau memang tak menghargai diri sendiri. Hati ada SATU sahaja. Jangan simpan yang buruk-buruk. Kasi hati senang dan puas. Barulah namanya menghargai organ sendiri.
Objektif contengan aku yang ini memang sebagai provokasi. Bukan motivasi! Aku tak berapa suka motivasi. Aku suka provoke orang sahaja. Mungkin engkau rasa aku macam racun fikiran engkau. Kalau engkau rasa ini racun, engkau boleh pilih untuk ignore. Aku ulangkan lagi. Aku memang provoke engkau. Come on, babe! Hidup tidak boleh simple sangat. Engkau mesti mengejar kesempunaan. Ya. Nobody is perfect. Tapi engkau boleh capai ke tahap 99.9% perfect. Selagi masih hidup, selagi itu ada chance menuju kesempurnaan.
Serius, puaskan hati sendiri secara total. Jangan pernah berhenti dari berfikir. Orang yang diam berfikir itu adalah sangat rugi.
Aik? Confuse juga entry ni. Engkau semua lebih baik bersurai.
Pesanan : Entry ini memang pelik. Aku sudah buat draft awal tentang komen-komen yang bakal engkau semua post. Engkau akan menyatakan ketidakfahaman. Engkau akan menyoal aku dengan soalan beraneka pilihan dan soalan-soalan struktur. Kalau engkau bakal melakukan salah satu tindakan seperti yang sudah aku sebutkan ini, engkau jangan drop komen ok. Aku malas nak buka comment page sebab connection slow. AHAHA. Kalau engkau ada pandangan istimewa, barulah engkau drop komen ok. Yaaa... yaa... sangat pelik. Aku juga berasa pelik kerana menghasilkan entry ini.
16 Congteng-conteng:
ayat ko mmg gempak~
aku no 2 la..
hye chika..
haha.. xpsal2 nk hye2..
haaa. skrg nombo 4 plak
NASHREX 2 - aik? komen yang ini memang takda dlm draft. ahahaa
NIEJA - engkau nombor TIGA.
NASHREX 3 - yaya. engkau terpaling hebat. dan havoc. skali je ko muncul, dah kecoh secara tak terkawal. ahahahahahakusuka...
I'm originaly from kuwait
I wish to visit your country soon
:)
yer.. LIMA!!!
BAPAK AHH!! brape kali aku masuk page ko nih.. hahaha
NASHREX 4 - gila kuasa. hahaha.
Ini Pendapat Aku Je..
*** kak e pun faham diri kak e sendiri malah tak ada orang lain faham kecuali diri ini hihihihihihihihi :D ;)
KAK E - bagus. jangan menjadi orang yang suka menyatakan bahawa dia tak berapa faham diri dia dan terlalu mengharap penilaian org lain. kalau kita rasa kita bagus, kita mmg bagus. ahaha.. (tidaklah exactly begitu)
WIWEEN - kakak ni pon bagus juga. ya. hanya kita bersama diri dan tubuh kita yang memahami kita. orang lain cuma pandai=pandai saja melabel kita.
ehehe
unmacchiato.blogspot.com
Post a Comment