Apabila kita terkena kejadian malu, kita berasa sangat tak seronok atau dalam kata lain, bengang. Ketika bengang jantung akan berdetak dengan lebih kencang. Muka akan merah-merah api. Badan akan shaking secara tidak seksi dan perlakuan menjadi serba tak kena.
Kejadian malu 1
muka aku macam biasa, confident tak bertempat. Jalan pon secara yakin tak bertempat. Kawan-kawan dan para junior yang diketuai oleh Farah Diana dan Alias teriak secara tidak lantang "ada monyet, Nurul!," aku pandang depan ke arah lorong. Aku nampak Keghi. Semalam aku dengar ada fight dalam studio antara Keghi vs Zaid. Isu mereka ialah 'Siapa Lagi Monyet'. Mengenangkan kejadian semalam, aku terfikir... mungkin monyet yang dimaksudkan ialah Keghi. See, aku sangat tak guna.
Aku jalan lah ke depan dengan begitu yakin. Kepit purse bawah ketiak as usual. Dalam kepala terbayang goreng pisang rangup dengan roti sardin. Goreng pisang punya pasal, makin ekspress aku jalan. Bergaya sakan. Uih, memang bergayalah.
"Monyet, Nurul!," aku dengar suara Alias. Aku tak percaya ada monyet. Aku yakin... tak da monyet. Kalau ada monyet pon, monyet itu ialah Keghi. Tiba-tiba aku tengok atas meja yang disusun secara banyak, memang ada monyet! Monyet tu terus pandang muka aku. Aku sempat teringat pesan Inda ; JANGAN BUAT EYE CONTACT DENGAN MONYET. Wallauweih, aku sudah terbuat eyes contact secara sekejap! Aku secara tiba-tiba sangat percaya mitos tersebut. Aku apalagi, nampak je muka monyet yang kecik tu, aku berlari patah balik secara dramatik. Lari macam orang gila!
Monyet tu pon lari kejar aku! Sangat stupid punya monkey. Monkey punya monyet! Secara tak sedar, aku menjerit histeria sampai menggegarkan ruang sosial tengah fakulti. Maruah sudah drop. Aku peluk Farah. Farah pulak lari dari aku. Sangat tak boleh harap punya member. Aku diserang sawan monkey petang tadi. Menjerit macam histeria. Semua budak engineering yang tengah study pakat menyaksikan aku. Aku buat show secara berdua dengan monkey. Sangat jatuh maruah. Monkey punya monyet!
Gedix pon keluar dari studio nak tengok show aku yang bernama Nurul and the Monkey. Setelah muka menjadi malu semalu-malunya dan kejatuhan maruah di hadapan ramai orang dan dihadapan monkey, aku cabut masuk studio. Farah dan mereka yang lain duduk meneruskan ketawa terbahak-bahak sambil terus menghina aku.
Masuk studio, aku tak boleh buat kerjaan. Jantung aku berdetak secara luar biasa. Aku bengang. Nervous pon ada. Tapi perasaan bengang lagi banyak dari nervous. Aku bengang kerna maruah aku jatuh di tangan monyet. Sangat tak seronok ar macam ni. Monyet, engkau hutang maruah ar sama aku! Kita jumpa esok. Aku jatuhkan maruah engkau sampai engkau segan nak hidup lagi dalam dunia ni. Ok ha monyet! Esok pukul 5 petang! Jumpa depan cafe.
Kejadian malu 2.
Selepas je puas swim secara kuak bebas, aku pon ajak member naik. Nanti aku lambat lagi dan abang pengawal swimming pool akan bising dengan ayatnya yang berbunyi .. "perempuan ni leceh la. nak make up la, nak touch up la...blabla..," Aku tak da hati mahu dengar dia kata macam tu lagi sebab aku tak da make up pon kat swimming pool.
Elok je aku naikkan badan dari air, aku terus jatuh terjelepok. Cis! Sangat malu. Sangat bengang. Aku tak da toleh ke belakang. Biarlah satu pool tengok aku. Harap-harap, aku jatuh secara cantik masa tu. Aku jatuh secara slow and steady ok. Jatuh maruah lagi. Maruah aku ni asyik jatuh je. Malaslah nak simpan maruah. Lain kali aku keluar, aku tak mahu bawak maruah. Aku tinggalkan maruah dalam bilik. Berjalan-jalan tanpa maruah... mesti tak kejatuhan maruah.
"Eh, lama sangat dalam air ... sampai tak tahu nak jalan ye?," ada pulak aku terdengar suara puaka tu ketika aku bangun dari kejatuhan. Nanti engkau jatuh, aku pulangkan balik eh ayat kau.
Kejadian malu 3.
Aku tersilap masuk lorong tol. Touch n Go aku sudah kosong. Aku sebenarnya nak masuk ticket lane. Tapi termasuk lane tambah nilai diluar sedar. Gila! Aku tak mahu tambah nilai. Walaupun aku punya wang untuk tambah nilai, tapi sangat tak seronoklah kalau aku tambah nilai secara sendiri. Lagi untung kepada diri sendiri kalau abah sahaja yang buatkan.
"Ye dik,"
"I salah masuk lane,"
"Tu, card tak boleh guna dah?," dia nampak pulak aku ada T&G card.
"Oh, no balance,"
"Tak nak tambah nilai?," he was knitting his brow.
"Er. Tak nak," I said.
"Tak da duit?," he asked. Eh eh. Banyak tanya pulak. Tuduh aku tak da duit? Oh ho!
"Ada!," aku balas. Sangat jatuh maruah ma kalau mengaku tak da duit.
"Kan senang tambah nilai je. Then u dah boleh jalan," dia ajar aku how to use TOUCH N GO.
"I tahu. Tapi I tak nak tambah nilai. I nak ticket,"
"Tak de duit?,"dia tanya lagi. Maka aku ketawa terbahak-bahak dalam hati. Muka aku masih steady.
"Ada. Tapi saya tak nak top up sendiri. Saya nak ayah saya top up kan. Saya nak tiket,"
huh?? aku tak sangka aku cakap macam tu kat orang tol. What the hell of me telling him that thing? Perlu ke bagi tau dia? Sounds stupid kan? Professional person can't tell such thing Nurul! Gila ar macam ni. Tak remaja ar macam ni. Tiba-tiba...
"AHAHAHAH. Kelakar la dia ni," lelaki tu gelak pulak. Dan terus keluar mendapatkan tiket untuk aku.
"Nah, suruh ayah isi banyak-banyak eh nanti," kata dia sambil menghulurkan tiket tol. Aku diperlakukan macam anak-anak kecik. Tak guna.
Ya.
Aku sangat tak matured!
Cerita malu sudah habis.
Kepada semua, jaga maruah ok.
conclusively , maruah aku jatuh di tangan monyet. itu yang paling mengecewakan. rasa nak makan monyet tu!
16 Congteng-conteng:
yg citer jatuh kat swimming pool tu, chika mmg selamba lahh..hehe
Tp paling besh masa kat tol. byk songehh plak incik tol tu ek...dah org mtk tiket dia bleh plak tanye itu ini. Kalau akak pun akan kata benda yg sama cam chika.bior ayah yg topupkan..kekekek mmg sempoi lah u dik! ;D
-terbayang babak filem kingkong-
Sergah balik monyet tu, kompem die lari..
mesti kiyut ko tyme tu kan???
(tgh menbayangkan ko histeria dikejar monyet yg same kiyut mcm ko tu...miahahaah!!)
tol gate boi tu ensem x?
ngeeeeeee~~~
adeii kaktun gelak gile gile bace kisah ngn monyet tu. sepatutnya pas wat show.. dgn selamber adik gi mintak duit kat penonton td pastu ckp.. show dh tammat. hahahah
Aku sumpah kau.
Baca almanac bintang kau. Kau akan mendapat kemaluan yang lebih besar. (aku bukan maksudkan organ manusia, mmm, kau tahu maksud aku). Mungkin King Kong pula Kejar engkau lepas ni.
hine nyeeee.... ingatkan takut ngan kucing, xtakut ngan monyet. rupenye lagi truk.
tc dear!
chika o chika..kejatuhan maruah bersama ngan monyet ble tahan lagi..kak mar lagi la kejatuhan maruah dikejar anak pig kat simpang klinik and kolej burhan..sangat malu lari terkodek2 dikejar anak pig
tiba tingat roti sardin kat cafe..mmm..sedapnya..tolong makankan utk kak mar!
siyes weh...ko terkam aku aku ngalah kan gaya monyet tu nak terkam ko tau tak!jgn kata ko, aku pon luruh jantung skejap!
nasib laaaa aku tak de di tpt kejadian jatuh di tempat swim itu, kalo tak, mau aku pun terjelepok jugak....sbb gelakkan ko! ngeee
p/s: ye...aku mmg tak guna nye membe, sbb aku suka gelakkan org! miahahahaha! ^_^
monyet lari kejar aku. aku lai kejar engkau. engkau lati dari aku. see, ada kesinambungan. eewwaahh... jom ajak monyet kwn ngan kita.
mari!!
gigitan monyet bahaye!!
mmg patot larik dari monyet!! ngeee =p
Post a Comment