hari ni dia tak terserempak dengan aku.
kalau jumpa, aku kungfu dia punya kepala.
aku kasi dia package 2 in 1.
Iaitu kungfu campur karate.
dah lepas puas kungfu kepala dia, aku nak minta dia bagi balik maruah aku.
"jatuh maruah aku di tangan monyet", masa breakfast kami sembang topik monyet lagi.
"maruah jatuh je kan? tak hilang maruah kan?," Mek Ti ketawa terkehek-kehek.
"jatuh ja. Kalau hilang maruah, tu namanya ditebuk monyet" kata aku dan satu meja ketawa terbahak-bahak macam orang kaya. KAHKAHKAH.
Ditebuk monyet?
See, aku ni tak skema, tahu? Aku boleh melafazkan ayat sedemikian rupa. See, aku ada unsur dirty jugak ma. Secara sedikit. Maknanya aku bukan skematik. Sangat seronok ada dirty sikit-sikit. Barulah remaja usia penghujung. AHAHAHAHA.
Aku bukanlah satu-satunya mangsa yang kejatuhan maruah di tangan monyet. Tadi Shida pon kena jugak. Lagi dramatik. Dikejar monyet dalam rinai hujan. Sangat romantik main hujan bersama monyet. AHAHAHA. Senior aku bernama Kak Jaja pon pernah kena. Lagi teruk tragedi monyet dia. Kawan kawan yang lain pernah juga bilik mereka diceroboh dan dikencing oleh monyet-monyet.Dan Kakak Comel saya kena kejar Pig pulak. Lagi la najis mughallazah! Setakat kena peluk-peluk monyet, lepas mandi dah boleh suci. Kalau terkena sentuhan Pig... habislah mandi tanah tiga hari tiga malam. Aik? Ada ka?
sinopsisnya sangat senang.
UKM ni ialah Zoo.
AHAHAH.
Tak percaya?
Pagi tadi dalam titisan embun dara tu, ketika aku drive nak ke kelas, aku terpaksa break mengejut kasi laluan kepada seekor Squirrel. Kadang-kadang terpaksa patah balik sebab menghormati waktu biawak melintas. Belum lagi aku cerita kisah-kisah kucing yang bergelimpangan dari step tangga pertama sampai step terakhir. Pernah one night ni aku terpaksa panjat ikut blok lain. Tak guna.
Kejadian gajah melintas di depan bilik kuliah dan Harimau Bintang bermain badminton di court mahupun kewujudan Paus Biru di swimming pool masih belum lah berlaku. Jangan engkau hyperbola ok. Imaginasi biar secara sederhana. Kalau dah keluar semua jenis binatang hutan tropika, tu namanya filem Jumanji ok. Dan kalau aku tiba-tiba bercerita pasal kejadian aku lunch dengan Ikan Lumba-Lumba, maknanya aku TIPU lah tu. Walaupun UKM ni sangat sustainable dan sangat tropika macam zoo, aku tak akan mengambil kesempatan dengan membuat cerita hyperbola yang bukan-bukan. Serius, tak ada Harimau Bintang dekat sini.
Macam mana jenis binatang pon, aku tetap takut kucing pada tahap highest. Kalau kucing buat pasal sama aku pon, aku tak da berani mahu kungfu dia. Menulis imaginasi sebagaimana imaginasi aku kungfu kepala monyet pon aku tak berani. Aku sangat takut sama kucing. Dia kacau aku pon, aku tak akan balas dendam punya. Ok, kucing menang! Monyet kalah! Sebab aku berani kungfu monyet tapi tak berani kungfu kucing.
Monyet,
aku bergurau ok.
kita jangan jumpa lagi.
aku dah lupakan dendam lama.
past is past.
kita hidup seperti biasa ok.
Aku sangat takut !! Aku tak mahu kungfu kepala dia. Sumpah aku tak berani! Aku kuat dalam imaginasi saja. Sebenarnya aku tak kuat. Tak kuat. Tak kuat.Tak kuat. Tak kuat. (haha pengecut!)
Dah puas belajar ilmu Zoologi pada kali ini? Sekarang pergi kira berapa jenis binatang yang ada dalam entry ni. Siapa betul, nanti aku kirimkan hadiah monyet ok. Boleh ajar dia menaip dan update blog. Sangat seronok kan hadiah ni. Seronok dan berguna. Hurry up!
17 Congteng-conteng:
ahahahaha~
lucu lucu lucu!!!!
kasihan rakan2 aku!
kekekek takut kucing ek.sama cam dak erni ek.:p aisey...kalau kucing kacau tarik aje ekor. haha mmg betul la ukm tu zoo.akak penah masa nak gi kuliah, ade monyet lepak atas skuter akak.cet..pehtu penah plak 'kerbau ekor pendek' tu melintas depan mata.muahahah member lagik besh, terlanggar monyet ngah dukung anak. melambung itu monyet.sian sian..hahah
Harimau ni macam kucing tapi besar lagi.
Bersedialah untuk histeria.
smalam petang time en mazlan dlm studio, kat tingkat atas kecoh budak2 jerit cam histeria sbb monyet tu lalu lalang dan bergayutan kat tv depan ko-op tu.
aku jumpe monyet tu slambe je bagi limau mandarin kat studio. jgn risau monyet tu ok je.
ganaz siut .. rupenye ukm mmg pnoh ngan haiwan2 ternakan ni.. hehenak bwat cemane eh.. seblah hutan pon kan? hakhak
monyet ganaz
monyet tu sapa sebenarnya ? ur ex meh ?
malas la nak kira bape byk binatang. tammo monyet. nak kera.
kera lebih berguna dari monyet, sbb mereka pandai buat mimik muka, berwarna kelabu & sgt suka kutip2 kutu durjana pada bulu kucing.
=P
FARAH - aku dengar dia cerita aritu dalam studio dgn begitu lantangnya.
KAK CHII - aha. kesian sampai saket perut :))
WIWEEN - huh? dia langgar monyet sampai melambung? yer??! sangat kesian kat monyet....
HARIMAU - nampak harimau saya sengih ja, nampak kucing saya lari tak cukup tanah. :)
ADIAN - mak aku ckp, monyet ni klau ngan lelaki dia cool je. kalau ngan pompuan barulah dia agresif. sgt dayus ok. ko bg dia limau mandarin? patotla dia asyik dtg je. ntah2 carik ko.
FARAH - AHAHAHHAHA!!! Oleh kerna ko dah cakap, i need not to repeat la kan. TQ TQ :)) wakakaka.
CUYA - this is another version of Jumanji. :p
ASTRI ko pon setuju ngan farah eh? yezzzaaa... WAHAHA. bukan sebelah ngan hutan. tp mmg dlm hutan. kami warga hutan. sbb tu ukm ni miskin.
KAKAK JU YANG BLYTHE DOLL - bukan my ex maaaaa. ini binatang real punya. my ex belum transform jd binatang. AAHHA. Aik? kakak betul2 mahu kera ka? saya hadiahkan mahu? kakak suka surprise kan? haa... tunggu parcel besar bersaiz kera ok.
ewah2..ingt sayep nih penjinak haiwan kah?
hakhak...
'menghormati waktu biawak melintas'
oh sgt classic ayat itu..=p
yesssss....
animal planet nie..
so bila pulak abg tarzan nak kuar?
Post a Comment