Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, March 19, 2008

Cerita Seram.

Berikut merupakan siri contengan jam 10 malam semalam.


Eii,benci!
Marah kat aku, lepas tu drive laju-laju. Ingat jalan dekat UKM ni Sepang Circuit ke? Dengan banyak bumpernya, sangat membuat hati yang panas tersentak-sentak secara bengang. Benci! Tak faham kenapa nak marah-marah. Salah apakah? Err.. . ada dua point di sini. Satu, salah apakah aku hendak marah-marah? Ke-dua, salah apakah dia pula hendak marah-marah? Sangat tak faham. Malas juga nak faham. Sangat tak larat hendak gaduh besar-besaran lagi. Boleh dikatakan, aku sedang bermeditasi secara perlahan-lahan untuk bersikap ‘cool’ dan kurangkan ‘temper’. See, sangat baik bukan perancangan ini? Arght! Benci. Tak puas hati.Hati?Hati aku ni middle name dia adalah ‘tak puas selalu’. Tah apa-apa. Buang hati kat luar! Buang! Buang! Hidup ni kalau tak ada hati pasti steady je. Bukankah menarik tu?

Jangan melayan ‘kenaikan suhu’. Lagi baik aku pergi memakan-makan makanan yang sudah lama tunggu dimakan. Alangkah seronoknya makan. Tak pernah pon bergaduh dengan makanan. Hati pon selalu puas je. Walaupun makanan selalu dimakan dan tak pernah di beri peluang untuk memakan, dia sentiasa redha je. Sangat steady. Aku pon mahu menjadi food. Disukai dan dikejar secara ghairah oleh semua orang. Tapi.. err… aku sanggupkah dimakan? Sangat kesian dekat food.

Crispy Springrolls. Itu bukan nama musim bunga atau pon nama model La Senza. Itu nama makanan lah. Sekarang kan sedang bercakap tentang makanan. Nama dia sedap bukan? Macam exotic food padahal hanyalah sejenis popiah. Sangat pandailah orang yang meletakkan nama berkenaan. Nanti aku bukak kedai roti kasi nama Chika SummerHeart. AAHAHA. Kenapakah summer? Sebab hati Chika ni selalu panas je. Maklumlah, ada ketuhar gelombang mikro sebagai plug in di dalam hati aku ni. Engkau mesti tak da tapi aku ada. Macam extraordinary sikit.

Berbalik kepada cerita popiah, popiah tersebut adalah sedap. Aku telah pon memakan kesemua 5 rolls secara solo. Disebabkan hati tengah bermusim panas lah katakan, maka makanlah secara solo. Nak ajak Farah tadi tapi terlupa pulak. Nanti kita pergilah ke sana menginap di Waffle Stop lagi ok. Makan secara tamak dan akhirnya mengaah kepada hukum karma. HUH?


Alamanda memang heaven untuk makan. Aku sangat suka ke sana untuk makan kerna foodcourt dia antara yang paling bersih bagi aku. Tadi bersinggahan di KFC semata-mata nak mendapatkan toys Chicky Meal. Terpaksalah membeli chicken nuggets dan minuman milo walaupun perut semacam ketat. Dapat juga toys Doraemon tersebut lalu hati menjadi musim bunga. Tahukah engkau yang aku ni peminat fanatic Doraemon? Beliaulah hero .. err.. Doraemon hero kah? Dia ibarat seorang lelaki yang jambu dan kaya sebab poket dia banyak harta yang patut dikikis-kikis oleh aku. Erk? Kenapa aku taip semacam ni? Sangat tak disangka aku menulis seperti ini tetapi janganlah di-delete. Biarkan saja.

Bilik ni sangat bosan. Esok aku nak balik rumah lah. Aik? Balik lagi? Baru je pulang ke kampus petang semalam. AHAHA. What to do… aku sangat suka diam di rumah kerna ada adek-beradek di sana. Bolehlah aku berjenaka dan ketawa terbahak-bahak bersama mereka. Boleh berinternet secara sawan dan juga ber-Astro-ria secara sawan juga. Pendek kata, pulanglah ke rumah untuk menjadi sawan. Di hostel ni, aku sangat sunyi semacam hilang kasih sayang. Duduk sendiri secara single macam semua orang tak nak kawan dengan aku ja. AHAHA. Bilik ni pon tak da My Boo mahupun Choki. Semua sudah dihantar pulang ke rumah. Aku tinggal bersama himpunan handbags sahaja yang bertaburan di atas lantai. Macam kedai bundle. Sangat kesianlah aku ni.

Aku penat. Nak sambung memakan-makan lagi. Selepas itu akan meng-autocad. Tadi sudah menulis nama kononnya mahu sambung study part 2. Benarkah? Aku sangat tak larat hendak buat architecture lagi. Tapi aku juga taknak bekerja. Tolonglah sponsor hidup aku yang kesian ni. AHAHA.



yummy

128.gif image by klasik


Seterusnya, contengan malam ini, jam 9 malam.

Aku di rumah. Meninggalkan kesemua yang ada di Bangi termasuklah sebijik kamera cinta, sebotol J'ador yang biasanya ada dalam bag di bawa ke mana saja tapi keciciran di hostel. Meninggalkan juga semua ubat-ubatan dan krim muka juga yang sewaktu dengannya. Histeria sangat nak balik rumah. Petang tadi, siap je buat Questionnaire untuk English class... men-drift la aku pulang ke Cheras. Sangat syorga. BAlik rumah sehelai sepinggang cuma membawa laptop.

Mood sudah tak da bermain 'suhu' lagi. Musim panas pon tak da. Walaupun petang tadi ada sikit panas. Tetapi seperti yang aku kata, belajar menjadi cool dan berpikiran panjang. Sangat berjaya secara kecil tetapi masih dikira berjaya.

Esok cuti tetapi aku macam biasa. Ada selonggok kerjaan yang perlu dikerjakan. Tadi berbual dengan Shida tentang masa depan. Woa.. masa depan. Kami dah sepakat menyatakan ketidak sanggupan lagi menempuh dunia architecture yang stress ini. Kepala aku bersama dengan otaknya sudah sampai tahap bernyala merah. Macam ultraman lah maksud aku. Bernyala merah di dada kerna power sudah habis. Tapi mereka ni mahu bekerja. Aku tak mahu bekerja. Maka, apakah aku akan jadi di masa hadapan? Aku belum bersedia untuk ke alam pekerjaan.

Sedang bergembira macam sakan di dalam studio tadi, Shida tiba-tiba membuka cerita yang sangat seram tapi kelakar. Aik? Versi seram tapi di-kelakar-kan oleh kami. Mula-mula mendengar dengan sangat takut tetapi akhirnya menjadi sitkom yang sedikit lucah. Lucah secara sikit saja iaitu masih pass untuk mendapat periktirafan lembaga tapisan. Pergi mati dengan lemabag tapisan. Aku berkobar-kobar nak cerita pasal kisah seram menjadi kelakar ni.

Shida : Ha, Nurul! Baru aku ingat. Ni ada cerita pasal orang minyak ni.
Aku : (Aku tengah terkinja-kinja terus stop) Huh? Apa? apa? (lalu menerkam ke Shida)


Adian dengan Ayie dah pasang telinga sambil tersengih lah seperti seorang kerang.

Shida : Orang minyak tu dah ada kat block aku!
Aku : Mak! Block kau tu block aku lah! (si adian dengan Ayie dah pakat gelak)
Shida : Bukan! Kat belah block aku. Kat belah sini. Sangat takut, Nurul. Ya yang cerita. Dia kata, kawan dia dah kena. Sampai takut nak bukak pintu bla..bla..


Kami pon melakonkan aksi takut secara sangat takut lah. Diam sekejap. Adian dengan Ayie memulakan spekulasi cerita seram menjadi komedi seram. Macam drama Astro la pulak.

Adian : Abes la korang...
Aku : Camner ni Shida? Aku dok bilik single ni.
Shida : Aku pon selalu sendiri jugak bila Farah balik rumah.
Aku : Aku rasa, serius ar kena buang dara jugak.
Shida : Aku pon rasa macam tu lah. Dah tak ada cara lain ni, Nurul.


Bermulalah gelak-gelak devil antara kami. Adian tu kalau dah bukak word-word *filtered* ni, memang dia sangat suka. Maka berlakulah tokok tambah cerita secara kolaborasi.

Aku dengan Shida : (Gelak terbhak-bahak membuat spekulasi cerita)

Ayie : Ha, gelak..gelak.. Esok menangis baru tahu.
Adian : Esok menangis bawah shower. Huuuu...


Memang bongok ok dia ni cakap macam tu. Apalagi, ketawa lagi besar ar masing-masing. Nama beberapa orang pon dah kami sebut sebagai kononnya merupakan karakter orang minyak tersebut. Si J dan Si Z, juga Si P adalah antara nama yang difitnah. Berdosanya kita ni, Shida.

Shida : Dia kata, jangan pandang mata orang minyak tu. Nanti terus dia pukau dan kita akan menyerah je.

Aku : Camtu, kita letak sign la depan pintu; 'NO DARA HERE'.

Shida : (Dia ni memang kaki gelak yang extreme.Maka, gelak dan gelak lah lagi) Tak pun kita letak sign ; 'JANDA HERE'.

Memang stupid ok!


Adian : Ala, letak je yang macam dekat hotel tu. Lubang kecik tu. So, sebelum bukak pintu, intai dulu.

Aku : Mana boleh. Kan dah kata tak boleh buat eyes contact.

Shida : Masa bukak pintu tu, terus pandang kat tepi... jangan pandang kat mata dia.

Aku : Nanti dia jerit... 'pandanglah abang minyak ni! pandanglah!'


Gelak lagi!

Gelak punya gelak. Kami akhirnya dah tak larat. Tu pon sebab ayie banyak kali ingatkan supaya jangan berseronok sangat. Nanti kena baru tahu. Terdiam lah aku dengan Shida yang dara ni.

Tiba-tiba...

Shida : Aku nak search kat internet jap pasal orang minyak ni.
Aku : Huh! Tak abes-abes lagi.
Adian : Ha ah. Ada.
Aku : Ha? Ko dah pernah search ke Adian?
Adian : Ha ah. Semalam.


Apalagi, memang geli hati ar. Siap search kat internet. Ada dara ke, Adian? :p

Aku : Shida, ko search image je la. Search kat Yahoo! Image.

Shida : Buat apa? Search web je la. Kat blog ada ni orang tulis.

Aku : Search Yahoo! Image. Nanti boleh tengok rupa dia camner. Boleh la kita cam dari awal. Buat persediaan. AHAHAHA! *gelak macam jin*


Siot. Maka sekali lagi berseronok memain-mainkan orang minyak. Sangat drop maruah orang minayk dipermainkan ke tahap ni. Sangat kesian.


Bila dah petang tu, suasana sepi... Aku duduk diam, menjadi takut secara mendalam. Apalagi, terus decide nak balik rumah. Takut nak stay dekat hostel malam ni. Sebab tu yang aku balik sehelai sepinggang tu!!!. AHAHA! Satu apa barang tak sempat nak ambik. Sebab dari studio, terus balik cheras. Sampai-sampai rumah berkobar lah cerita dekat Ma. Ma senyum ja semacam tak percaya. Sangat tak thrill la macam ni.

Ayie : Apa nak takot. Malam ni orang minyak tu cuti. Malam ni kan Malam Maulidur Rasul.

Adian : Dan jugak, malam ni dia nak pergi dinner kolej.



AHAHA.

Salam Maulidur Rasul semua. Jangan takutkan orang minyak. Macam kata Farah melalui pesanan di YM tadi, ada kuasa yang lagi hebat dari orang minyak tersebut. Takutlah pada Allah SWT :D ngee.

Letih aku menaip. Cukup.

Labels: ,

 

27 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
ceeda said:
nurul!!!aku xsempat balik umah ah ari nih...kerjaan xhabis2...uwaaa...habis takut ah aku ini mlm..baik naseb aku, sbb ini mlm, ada farah...mmg diskusi kita di ptg hr td sgt lucu bertemakan seram...hahaha... nanti ada cite seram bertema lucu aku bitau ko lg eh.. eh, lupa..ini mlm kan ada "dinner bodoh" itew..so, oil men itew gi dinner!!!yahoo.com!!!aku selamat ini mlm!!!!hbs lah adian ngan ayie yg gi dinner tu..hahahahaha...(aik!dorg nih ada dara ker???)
9:55 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
CEEDA - ok.ok. nanti ada cerita lucu kita jadikan dia seram pulak ok. AHAHA. Ko jangan lupa buat signboard spt yang kita dah bincangkan tadi. Byk penyelesaian kita dah buat. Orang2 saspek pon kita dah ada. Ingat tak cara2 membuka pintu. Jgn lupa semua agenda mesyuarat kita tadi. AHAHAH. Abes ar dinner malam ni semua org akan terbatuk-batuk sbb makanan byk minyak. AHAHAHA. Jaga diri dan adra ok.
10:00 PM  
Blogger fara-D conteng...
ceh! aritu ajak makan crispy springroll tuh, kata tak minat makanam exotic!poodah! (kenapa aku menggunakan ayat berbaur Si J -ha!jgn igt aku tatau sapa J!!!)

komen kedua@minyakman: LOL!*gulinggelak!* sampai balik selai spinggang!!!!
10:02 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARAH - eh. Kalau sebot J, haruslah semua kita tahu kan. J mana lagi yang paling glamor n meletup-letop. Depa ni siap kata... ntah2 nanti nampak orang minayk, tapi tak perasan pon sbb ingatkan si J ataupon si Z. AHAHA. kurang ajar sunggoh ka mulot neh. AHA. Nanti kita ke alamanda okek. memakan makanan exotic.

rugi kau tak join tadi petang. Aku ngan shida gelak cam nak tercabot nyawa.
10:05 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Jangan Pandang Belakang.. Nanti Kemalangan..Haha
10:26 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
Mrozaidi - erk. baru saya ingat kamu tag saya. saya belum membuatnya. sangat berhutang ka? ahaha.
10:29 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
cite 'minyakman' sgt buat aku sakit perut bila gelak.
cepat2 la g buang dara tu, nnt x kena kacau. lps ko buang dara, baru aku g buang plak. hahaahah~

tp serius ke ade org minyak nih kat tmpt ko? scary lew~
11:28 PM  
Blogger happyichigo♥ conteng...
ishk chika, takutlah ..ape ni org minyak...ade betul2 ke..takut nye takutnye...jaga diri elok2 ok!!!!
11:42 PM  
Blogger tun teja conteng...
menangis bawah shower.. tersirat dan berunsur biru.

byk mkn la budak chica nih.. xleh dok sbelah kaktun.. kerna diri ini sedang membuang nafsu.

kalau jumpa org minyak, kem salam and suh dia tobat nasuha. ni tragedi betul ke?? tah tah.. org tipu je tu/
2:51 AM  
Blogger nieja conteng...
owang minyak btol ke neh..?
isk..
3:56 AM  
Blogger nieja conteng...
chika cpat2 g derma dara..whahha
3:56 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
SYAFF -aku tak sure btol ke tak. tapi dorang ni kecoh sure aku kecot gak dibuatnya. lagi2 aku ni dok bilik single kan... buang! buang! buang dara!

DIRA - chika pon tak sure. betul tak betul pon, mmg takutla dibuatnya. dah ramai yang cakap kan...

KAK TUN - aha. kak tun je yg perasan ayat berbaur lucah di situ. ahahaha. jahat kan irg yg cakap camtu. ehehe. kalau jumpa, chika amik dia, panaskan dan goreng ikan kat dia. ahahaha.... pasti rangup.

NIEJA - tapi nak derma kat sapa? :-???
9:27 AM  
Blogger zizou conteng...
haha...sory gelak dulu sebelum memberi salam, asalamualaikum dan salam maulidur rasul..
aper barang makan kat alamanda..lepak amer ali lagi best...
roti nan tandori 1, air milo tabur 1
10:55 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ZIZOU - aha. tu malam2. arta midnite. barulah boleh meng-amer ali :D
11:20 AM  
Blogger solitare conteng...
adib boleh tolong buangkah dara nak kah? hahaha.

err, adib tak berapa suka tolong orang tapi kali nei aku ikhlas nei.

mari adib tolong buangkan dara tersebut? hahahaha.
11:57 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
MR.LEE - ih adib neh! buang membuang, muncul ja dia. bukankah slalunya service adib harus di bayar? sgt tak da duit ma. :p
12:03 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hik! tak tahu.... bahaya ni... habislah....
12:36 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
mak oi...betoi ke org minyak ade kat ukm chika..menakutkan jek.sib baik zmn kak ween da lepas.hehehe

uih..nama chica summerheart tu cam besh jek ek..kekeke ;p
1:34 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - saya pon tak sure. macam tak percaya, tapi macam real plak. dorang ni dah kecoh-kecoh. sikit sbanyak cuak jugak ar.
2:20 PM  
Blogger cepotet conteng...
wakakakakaka! sanggup tu balik sehelai sepinggang. sangat cumel la kamu ni adik.

oh ya, masa akak dok asrama dulu pun kecoh pasal orang minyak. tapi masa tu tak takut pun. siap sebuk kasik nama nak masuk geng geng budak lelaki untuk tangkap orang minyak. takde pikir pun pasal dara masa tu. tapi kalau sekarang.. wuuuuu takut!

dik, kalau orang minyak tu nak apa apakan adik, u just cakap la, "sorry, i dah takde dara. sumpah tak tipu."
5:40 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
siap nak tangkap tuu! uish, chika tak berani nak tangkap dia. takot dara tergadai. AHAHA
5:45 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
haaaaaaaaaa !!!
si J ngan si Z tu mesti india kan..? tak pun melayu yg hitam legam....

huhu~ korang jahat. =P

jaga dara. jgn menangis bawah shower.
8:45 PM  
Blogger Adian conteng...
ahahahaha....

xtau nak komen ape. penat gelak.
9:23 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK JU - aaa. kak ju sangat pandailah! tekaan yg tepat. kedua-dua statement kak ju adalah tepat :)) wakakaka. jahat nya chika :-s errk.

jaga dara. pasti tak menangis bawah shower lah. :p

ADIAN - AHAHA! statemnet 'menangis bawah shower' adalah yg paling hot. cayalahhh :p wakakaka
9:30 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
'menangis bwh shower'?

slalu je aku nangis bwh shower tu...
nape ek? besh tau! ala2 mcm no one can see me crying under the rain gitu~ hahaha~!

*tibe2 berotak suci, tanpa sebarang kaler*
9:55 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
SYAFF - ayat pengakuan 'berotak suci; tu dah membuktikan kau ada berfikiran tak suci. ahahahha. eleleleh.. nagis bawah shower?? huh??! engkau pernah kah? AHAHAHA
10:02 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
well, aku mengaku aku selalu berfikiran tidak suci, tapi aku masih suci ok~!

nangis bwh shower tu selalu sgt. sbb aku x dpt nanges kat tmpt lain, aku nanges la time mandi bwh shower tu. tade maksud lain ok~!
1:09 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."