Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, March 11, 2008

Overdose


Jam 10.30 am.

Pagi tadi jam teruk. Nasib baik mood aku sangat baik. Tak da buat sawan tengah jalan. Sampai UKM pukul 8.15am, terus masuk kelas. Kelas English For Engineering pukul 8 pagi. Arght! Kelas pagi sangat aku tak suka. Apa akal aku tak da chance nak ponteng. Kalau kat matriks dulu, hampir semua kelas pagi aku skip. Sangat tak sanggup korbankan tidur. AHAHA. Kelas paling awal yang aku sanggup pergi adalah kelas pukul 10. Buat apa lah buat kelas pagi-pagi ni. Performance dalam kelas pon bukan bagus. Kepala masih khayal. Pagi-pagi patutnya kasilah student masa untuk bersenam sehat. Erk? Aku bersenamkah? Maksud aku, bagi mereka yang atletik itu bersenam. Yang tidak atletik macam aku, dapatlah memanjangkan waktu tidur. Tidur yang cukup adalah factor utama menerima pembelajaran secara optimum. Ini sangat berkesan untuk diaplikasikan kepada kes aku lah. Kes lain, aku tak da tahu.


Selepas tamat kelas, heel kasut aku rosak tersangkut di pavement. Sangat tak berguna. Tapi, macam yang sudah aku cakap… mood aku pagi ni agak baik. Tak da sawan-sawan. Kalau datang sawan tu, mahu aku buang kasut terus ke dalam tong sampah. Aku pernah je membuang kasut ke dalam tong sampah dan berkaki ayam kembali ke hostel. Masa tu dekat matriks. Sebabnya aku bengang kasut tu longgar, aku nak jalan laju pon susah. Maka, aku membuang secara langsung dengan sangat gembira. Sikit tak kesal. Walupun ramai orang admire kasut tu… aku sikit tak terkilan membuangnya. Siapa suruh menjadi longgar? Sampaikan aku asyik nak terjatuh dibuatnya. HAHA. Sudah dikitarsemulakah kasut cantik itu?


Berbalik pasal heel yang rosak tadi. Aku sebenarnya berbaju kurung pada hari ini. Nampak sopan lah daripada biasa. Biasanya lecturer kata, kami ni nak pergi clubbing kan. Padahal tak da lah clubbing mana pon pakaian kami. Tapi aku ni dah memang makhluk tuhan yang paling seksi kan :P Pagi tadi berbaju kurung sangat susah. Aku berkejar sebab takut kereta aku kena saman. Pagi tadikan sudah lambat maka aku me-parking (apalah tatabahasa rosak ni terpengaruh dengan siapalah agaknya.dengan makhluk tuhan kedua paling seksi tu kot :p) kereta aku sesuka hati aku. Nasib baik tak da saman.

Aku tekad tak mahu kena saman sebab aku kan miskin. AAHAHA. Last semester aku ada tiga saman. Sebabnya, macam biasalah. Aku sangat suka park kereta di tempat kakitangan. Kerna tempat kakitangan biasanya yang paling redup dan mudah access. Biar lantaklah kena saman aku tak da hairan. Kena saman, bayar! Asalkan aku tak payah menapak jauh dan berpanas berhujan.

Tadi aku pon ceritalah satu kisah kepada Alif dan Hary.

“Aku ada tiga saman last sem. Tapi masa aku terbuka hati nak bayar tu, orang counter tu kata…. Kereta aku tak da rekod saman. Magikkan?,” Betul sangat magik. Aku pon berasa magik kenapa rekod aku hilang semuanya. Padahal dulu masa semester yang lepas-lepas, rekod aku memang ada je. Maklumah, kereta aku tu rekod disiplin yang buruk. AHAHA.

“Ye ke? Macam mana boleh tak da pulak?,” kata Alif.

“Mmm… ni mesti sebab ada secret admirer Nurul dah tolong bayarkan ni,” si Hary ni membuat kelakar.

“Aik? Ada ka?Siapakah? ,” Aku pon layanlah membuat kelakar.

“Ala… yang putih-putih, tinggi-tinggi, sepet-sepet…,” aku tengok mata si Hary ni dah melilau ke meja sebelah iaitu kea rah seseorang.

“… yang rambut blonde-blonde…” Alif pulak menamatkan dan menyempurnakan lagi description tersebut. Maka, kami pon menggelakkan kelakar yang kami buat sendiri.

Ceh! Tak guna mahu kenakan aku.

“Ohh.. yang itu ka?,” Aku pon menjeling ke seseorang di meja sebelah yang tidak sedar kami bercakap tentangnya.
“Itu bukan secret admirer lagi dah…! Dia tu dah memang confirm admirer kat aku!,” jawap aku dan ketawa. Confirm kah? AHAHA.


See, sebagai seorang yang bukan secret admirer, dia bertanggungjawap membayar saman aku. AHAHA. Hi, babe!

Sebelum keluar dari kelas English, aku ajarkan Mr. Secret Admirer tu macam mana nak tiru signature aku. Sebab aku mahu pulang ke bilik untuk menyambung tidur yang belum sempurna. Maka, dia kenalah membantu aku sign attendance. Siap bising-bising kenapakah sign aku sangat susah. Aih, kenalah practice. Bukankah practice makes perfect? AHAHA. Baru adil ma. You skip class, I tipu signature you. I skip class, you tipu untuk I pulak ma. Kita kan simbiosis. Saling memerlukan. AHAHA :p

Sekarang. Tekalah aku kat mana?


Edit.
Jam 4.32 pm.

Aku terbangun dari tidur yang sangat sedap kerana terkejutkan bunyi hujan. Dari tadi sampai sekarang. Masih hujan. Aku sangat suka hujan. Maksud aku di sini ialah hujan dari langit, bukannya band Hujan ok. Lagipun band Hujan itu buat masa ini aku terpaksa banned dia. AHAHA. Sedap dia punya gig lah yang telah membuatkan aku migraine sampai hari ini. Telan panadol sebanyak-banyak sampai overdose. Sebab itulah sudah tiga hari ni aku asyik lalok dan ketiduran.


Tapi kenapalah hujan belum nak berhenti ni. Aku mahu swim! Nampak gayanya aku tak dapat ber-swim sebaliknya kena men-design. Atau patukah menyambung aksi tidur kuak bebas? AHAH. Jangan tidur lagi. Aih, hujan-hujan ni berasa perasaan sangat baik dan sedikit romantik. Sedikit saja iaitu secara berpatutan.


Aku belum makan lagi pada hari ini. Aku pon tidak berasa lapar. Overdose la katakan. Hanya minum 100plus. Mungkin sebab terlalu ketiduran sampai tiada kelaparan. Bolehla aku melakukan lebih kerap. Iaitu, tidur apabila lapar. AHAHA. Tahukah kamu bahwa tadi aku ada sedikit terganggu di mana mood aku yang sangat baik hari ini mula menjadi sedikit tidak baik. Masa aku sedang sedap tidur, ada makhluk paling puaka mana tah mengetok pintu bilik aku macam nak pecah. Sangat mendatangkan marah. Apa akal la aku sangat mengantuk. Kalau ikutkan hati, aku hndak menjerit dari dalam .. “Ha, sila pecahkan pintu tu!!!,”.
DUA KALI ok! Entah siapalah sangat bodoh macam lembu sangat tak ada budibahasa. Kalau aku tidak mengantuk, aku kungfu dia. Tapi macam biasalah. Kungfu secara teknik bebas.

Tadi sebelum tidur aku retrieve mms yang Kak Ju bagi. Yea yeay! Berjaya! Dapatlah aku melihat Blythe Doll beliau yang akan aku bawak lari sebaik saja ada chance. Kakak kena berhati-hati ok. Berhati-hati juga dengan lollypop di handphone yang sedap itu. Siapa yang biasa keluar masuk blog Kak Ju, ha… engkau fahamlah maksud aku ‘sedap’ itu bagaimana. Kalau nak tahu, semua barang dia termasuklah handphone dan keyboard adalah kelihatan sedap di makan :p


Ada ka membeli baju Barbie utk si Kecik itu? AHAHA. Tapi setelah di-adjust oleh beliau, kelihatannya cute juga. Ha, itu antara blythe yang akan dirampas nanti. AHAHA.


Go, go Chika! Buat design! Peh, laungan layu penuh kecewa tak dapat swim. Farah, kelas meng-kuda kita bagaimana? Nampaknya kita tak boleh bergantung kepada aktiviti swim semata-mata. HAHA. Tak lama lagi aku try main golf pulak. Lepas golf main drift. Siapa pandai drift atau ada kereta free untuk di-drift oleh aku… boleh hubungi aku. AHAHA. Kidding ok. Aku sangat perempuan, sangat tak senonoh kalau bermain drift. Tapi aku masih mahu menunggang kuda. Atau siapa ada kuda boleh bagi free kepada aku. Aku akan namakan kuda itu sebagai Nocturne. Dan aku akan memberi flying kiss kepada kuda tersebut pada waktu pagi dan malam. See, aku akan mencintai kuda tersebut. Sekali lagi, siapa ada kuda boleh bagi aku. Aku akan menjaganya dengan penuh kasih sayang tetapi tidak akan melebihi kasih sayang aku kepada diri aku sendiri. WAKAKAKA.



Farah said : dia rasa bersalah membawa aku pergi gig. Jangan rasa bersalah sangat ok. Aku yang tunjuk perasaan itu hari yang mahu pergi. Walaupun kepala aku masih sakit akibat overdose panadol. Itu belum gig yang terkinja-kinja tu. Tu baru gig tahap 'baik-baik'. Sumpahlah aku tak akan pergi ke tempat begitu lagi. Terkenang event Olympiarch. Tapi Olympiarch lagi dahsyat penangan huru hara dia. Sampai migrain menangis-nangis aku dibuatnya. Apa punya kepala la aku ni. By the way, ramai member aku pergi tapi tak terjumpa pulak. Sangat bagus tak terjumpa. Kalau mereka tahu aku tidur semasa gig di bahu Farah, pasti maruah akan drop :p (I am talking about Voices Event)


Edit lagi.
8.03 pm

Tak guna betul perangai aku. HAHA. Kejut orang tengah tidur ajak makan. Tadi dia mengajak makan pukul 8.30 aku kata tak payah makan lagi sebab sangat kenyang. Dia pun balik rumah sebab tak tahan nak tidur. Sekarang aku call dia paksa-paksa pergi makan. Kesian member tengah mamai dipaksa bangun untuk membawa aku makan. AHAHA. Aku tersangat lapar secara drastik sampai otak aku menjadi termati. Lalu aku tak bolehlah men-designing. Aku hanya boleh ber-gaming. Sebab perut terlalu men-screaming.

Nak makan apa eh? Hari-hari makan yang sama. Asyik makan nasi. Bila pulak nasi mahu makan aku? Huahuahua. Aku mahu makan sesuatu yang luarbiasa.Iaitu yang orang lain tak pernah makan tetapi aku akan menjadi pemakan pertama. Pastikan yang halal dan boleh digigit oleh gigi manusia. Any cadangan?

Datanglah cepat!

Bye!

Labels:

 

11 Congteng-conteng:

Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
wahahahaha.. chika itu ke si antik ?? aduilaaaa.. tak nampak antik pun ? ok per. boleh la lepas ni kju send gambo nude pulak. =P wekk. nude barbie okek.

haihhh.. siapakah tinggi2 berambut blonde ituuuu ?? sila cerita lagi in next entry.

chika.. kuat tidur itu tidak salah dik. boleh membantu proses awet muda. tapi jangan la skip kelasss pagi. sepak kang. =P

dush dush.
8:20 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAKAK BERENPON SEDAP/MADU GONCANG - aik? tak cukop antik ka? Enpon tu sgt atletik tau. Selalu buat aerobic di tangga dan tercampak di sana sini. Sgt antik tp kuat.

gambar nude barbie tammo. saya pon banyak barbie nude. Gambar nude kakak tak da ka? Kakak send kat chika, nanti chika reply dankita seri satu sama. okek?

Owh owh.. itu legally blonde. Tak da sapa lah. AHAHA. nanti kita bincangkan di meja bulat ok.

chika ni kan antara sangatbaik dan sangat jahat. Antara sangat bertanggungjwp, an sangat tak bertanggungjwp. Sbb tu jadi camni. AHAHAH. ponteng tu barulah remaja... :p
8:32 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
best sgt ke 'Voices' tu??
apsal aku tade keinginan nk pegi walaupun iklan hebat dilakukan kat mmu melaka nih...
sume org dok pegi tinggalkan aku.
seb bek aku balik mengundi weekend tu.
hahahah~~~
9:55 PM  
Blogger happyichigo♥ conteng...
ahaaa...kena saman eh..tp ada peminat byr saman yeee..hebaaat! ko memang manuasia sexy dlm dunia ni..tepuuuk tgn!!! clap clap..

ko rompak kak ju nye blythe, ko rompak untuk aku skali yer..baru beeeest!!!
1:38 AM  
Blogger ajathajar conteng...
chika!
sgt suke bc blog chika..
sy pn pergi voices jgk..
tp x jmpe chika pn..
n sy x la smpi tertdo!
sy sgt suke band Hujan =)

boleh sy linkkn blog chika??
11:12 AM  
Blogger Masy conteng...
terasa meroyan baca entry ni hehehe
11:29 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
dik chika,
mak aih bleh plak dia buang kasut cantik dlm tong sampah ek.kekekek kelakar betul budak ini.:p lenkali sedekah kat sapa2 berkaki besar okeh?;p
4:39 PM  
Blogger fara-D conteng...
jap jap....aku musykil...ko online kat ner ni? studio?

esok ada band Couple dtg ukm...nak g? *muahaha!!*

kuda kuda...kuda kepang mau? wuuu...tak tertanya lagik weh.....pas submit ni nnt aku tros balek tny abah aku eyh!
10:06 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
band Couple tu sapa weh? aku belum belajar abes lagi band2 ni... klu estranged aku nak ar pegi. hahahaANDY! :p Andy tu seksi btol la aku sgt la sukakan beliau secara sangat.


aku online kat studio terchenta la. sgt laju. youtube pon laju...
10:13 AM  
Blogger fara-D conteng...
ala....Couple yng band memula perform kat Voices tuh... yg ada gadis gerek main gitar yg agak cute tuh! yg pakai sweater ijau tuh...sempoi gle men gitar!haha

p/s: bkn esok da...15 hb da... sabtu! (tersilap perhitungan....otak jam!)
12:33 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aku pon tengah perform ngan band aku neh. CAD band. Yang mana semua ahli bermuka autocad siap dengan dimension. ahahahaha, :(
1:04 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."