Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, March 13, 2008

Orang Minyak pulak.

Tadi aku krit dengan en.mazlan. Padahal spatial configuration belum settle. Banyak space punya problem belum solve. Maka, inilah yang aku dapat :

Yeh! Banyak rectification kena buat. Lecturer dah menconteng arang di situ. Aku sendiri confuse dengan design aku, maka no wonder juga lecturer menjadi confuse.Maknanya, kena pulun lah during weekends. Maknanya juga, tak dapat balik Cheraslah minggu ini. Sekaligus bermakna juga, tak dapatlah memenuhi kehendak Ijat. Malam ini akan bergegaslah menghubungi keluarga memberitahu berita sedih ketidakpulangan aku minggu ini.


ARAB
Fakulti ni banyak arab betul lah. Atau dalam ayat lainnya diungkapkan sebagai... banyak betul Arab nak jadi engineer. Tapi aku paling takut kalau dia memandang. Atas ke bawah, atas ke bawah. Lepas tu berkumpul rapat2 dengan member se-arab dengannya dan ramai-ramai akan memandang ke kita. Hari ni je dah kena dua kali. Minggu lepas, dia follow aku sampai dekat kereta. Senyumannya boleh buat aku heart attack. Boleh buat jantung aku pecah sebab aku geli.

Suka pula tersenyum-senyum padahal aku tak da akan senyum kepada strangers. Jangan mengharap aku tersenyum ok. Dengan perempun pon aku tidak suka tersenyum-senyum inikan pula dengan lelaki arab tu.


PAM : SUSTAINABLE BUILDINGS.
Semalam terkinja-kinja la kami ni menempuh jam, onak dan duri di KL pada waktu petang. Engkau semua pon tahukan macam mana punya hell jalan kat KL time orang balik kerja at around 5-6 pm kan. Dah la melambak kerjaan ditinggalkan. Semuanya demi Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Aku seorang saja malay yang pergi dan yang lainnya budak chinese. Boleh dikatakan semua chinese pergi, dan cuma satu malay pergi. Maknanya, aku ni memang dedicated yang sangat la. AHAHA. Semua PAM punya event pon aku pergi sampailah event dekat Penang tu. See, aku adalah seorang ahli PAM yang sangat aktif. AHAH. Bukan apa, tapi event dia semua best. Tapi event petang semalam adalah event PAM yang paling tak guna. Sampai aku berasa sangat sedih sebab bergolok bergadai masa dan diri nak ke sana. Ingat senan ka drive dekat KL waktu petang? Waa, seperti aku yang men-drive pulak. AHA.

Tak payah la aku memburukkan persatuan kerna aku sangat cintakan PAM. Wallaaa! Cukuplah sekadar memberitahu bahawa talk tersebut tidak memberi apa-apa kepada audience. Beh and the gang pon tak dapat masuk hall sebab dah full. Aku duduk tak sampai 30 minit, talk sudah tamat. Maka kami pon terpinga-pinga. Aku duduk, bukak buku nota yan dia bagi free... dan melukis sesuatu. Sebaik saja aku tamat melukis, event pon tamat. Sangat membuang time. Dah la aku sangat tak cukup time.

Ini saja yang sempat aku lukis semasa dalam hall. Ini bukan sekadar lukisan biasa. Ini adalah lukisan kehidupan yang juga luahan rasa seorang aku. AHAHA. Aku terlalu mengantuk kebelakangan ini. Aku boleh tidur di mana-mana sahaja termasuklah ketika di bawah shower setiap pagi.




Inilah dia bangunan PAM yang sebenarnya macam seram tapi ada nilai history. Kalau orang tak tahu nilai senibina, dia mesti ingat PAM ni sangat miskin. AHA. Kolonial tu!


Ini bakal presiden PAM dalam beberapa tahun lagi. Tetapi beliau sangat suka tidur. Dan juga suka mendengar lagu yang sama secara berulang-ulang-ulang-ulang kali sambil turut menyanyi sama. Beliau ni juga telah memakan sate dengan sangat banyak setelah tamat event hingga menyebabkan En. Lim menjadi wonder dengan permintaan beliau yang berbunyi : Nak makan sate 30 cucuk, ok!


KAWEN LAGI
Hari Rabu time kelas Keusahawanan... lecturer termasuk pasal kawen. Beliau mencadangkan supaya kami jangan berkawen dahulu selepas grad. Kalau nak kawen pon tunggulah selepas part 2 tetapi kalau sudah hendak sangat, dia kata... tak pa, go on! Aku pon mendengar sajalah macam biasa. Aku ni jenis kalau orang bercakap, aku suka fokus dan pandang sepandang-pandangnya. Tiba-tiba lecturer ni boleh mengajukan isu tersebut kepada aku. " Ha, tu Nurul tu!" kata beliau. Aku pon secara spontan berkata kepada seisi kelas .. "apsal aku pulak??," maka semua orang pon gelak-gelak.

Aku dah agak. Lecturer ni semua pon sama. Sebut pasal kawen pasti akan pergi ke aku. Mentang-mentanglah aku ni 'berjari halus' bak kata seorang wife kepada lecturer aku. Apa aku ni sangat tak layak berkerja dalam industry construction ka? Tapi aku sangat tak berapa suka bila lecturer menjeling ke aku bila bercakap pasal kawen sebab aku pon tak da merancang perkahwinan. Walaupun ibunda sudah mendesak aku ke arah itu. Asalkan dia jangan mencarikan jodoh buat aku sudah. AHAHA. Ma, jangan buat perkara yang tidak menentu ok! :p


Semua orang sudah balik meninggalkan studio. Tinggal aku berdua dengan Nuar.

Zaid sebelum balik : Nurul tak balik ke? Hati-hati, sekarang ada orang minyak dekat UKM ni.
Aku : Huh? Ye ke? (tak percaya tapi ada takut sikit)
Nuar : Ye lah. Betul. Dah kecoh dah satu UKM
Aku : Nuar, kau jaga aku ok!
Nuar : Eh, kau la jaga aku!

Tak guna betul Nuar suruh aku jaga dia. WAKAKA.
Farah, A-ai dan sekelian kawan-kawan... tengoklah perangai Nuar yang sangat mendrop maruah sendiri ni! AHAHA.

Aku : Nuar, kalau kau nak balik bagi tahu aku ok. Aku pon nak balik bila kau balik.

Ceh. Aku sudah menjadi takut sekarang. Bilik aku tu bilik single tahu! Aku tinggal seorang diri sahaj di hostel. MAlam ni pasti aku berselimut diri sampai berpeluh-peluh seperti kebiasaaanya tatkala aku takut. AHA.


Aku pon sedang ber-ym dengan Farah ketika ini mengadu-ngadu pasal orang minyak. Conversationnya berbunyi begini :

Aku : Apakah bahayanya orang minyak?
Farah : Dia nak anak dara.
Aku : Kalau camtu, aku nak pergi buang daralah...
Farah : Weh, jangan weh!
Aku : Bukankah lebih selamat tanpa dara?
Farah : Pergi kawen lah!

Ceh! Berpusing kembali topik kawen.

Aku : Tapi kawen dengan sapa? :(
Farah : Ecececeh...


AHHAHA. The question is : Why, KAWEN? Why me?

Pesanan : Siapa yang berdara... jagalah dara ok!


PESANAN RINDU
~aku macam rindu dekat aizar dengan astri je ni. dan rindu kepada mereka yang rindu aku lah. Aku pon jarang berkeliaran di Cheras lagi. Siapa rindu aku marilah ke Bangi membawa sebungkus hati dan sekotak kek. AHA. Aku rindu Athirah juga. Tadi sms dia bertanyakan tentang kawan dia. Kawan dia perempuan ok, bukan lelaki.Maklumlah, aku ni sangat tak pandai flirt :p.
 

11 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
hahaha!nua tu jgn dilayankan sangat!
bajet hots sokmo!

nurul,....org kata....kalo asyik dok cakap psl kawen dan semua pun pandang ko...ntah2...tak lama lagi la majlis nye tu!!!
bkn org kata sebenarnye...AKU yg kata! muahaha...

***CABUT!!!!***
7:44 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARAH - kawen cam best je. orang minyak pon tak ganggu. ko tolonglah mengkawenkan aku ok. haha. aku brdua ngan nuar neh. tah sapa jaga sapa pon aku tak tau. AHA
7:46 PM  
Blogger Unknown conteng...
kawen? owhoo..yg pasti bila nk majlisnya..jgn lupa jemput kk chii eh
11:34 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
hoho...
ko kne attack ngan pak arab ek?
ok lagi drpd aku, kene kejar terus ngan niggaz!
seram ok~~ huhuhuh...
3:38 AM  
Blogger HidayahSham conteng...
erk..btui ka kalo da kawen,org minyak tak kaco eh??

di utp takdak dgr cite org minyak walopon kami ni di universiti minyak..huahua..=P
8:59 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK CHII - insyaallah. cewwwaaa! ihiks

SYAFF - dia ajak main kejar-kejar tu. Tu la, masa kecik tak puas main. :))

SHAM - fakta tu tanya farah. dia yang kuarkan statement :D ngee... patotnya tok guru org minyak tu ajar dia jalan gi UTP. Tapi agaknya dia belum tahu jalan nak gi sana kot. wakaka.. makin berminyak la dia eh. :))
1:41 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ceeda said:

xbea ka talk ini kali??padan muke ko!!!nak jadi sgt ahli PAM yg komited..hehehehehehe...

oit, ang pon makan satey gak!!!hehehehehehe...satey sgt sedap kan.hehe...

nuar tuh mmg..masa aku nak gi blind date ade ke dia soh aku bwk spray pmedeh mata tuh..bukannye dia nak tolong temankan..huh pada nuar!!!

oi!oi!..jangan..jangan..jgn xbuang dara..gi buang cepat!!hahahahahaha...sengal plak ko nih...aku pon takut weih..farah dh lah slalu xde kat bilik..knpa lah aku ada dara..huuuu...
9:42 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
CEEDA : aphal komen ko ni kelakar sangat ha??? AHAHAHA! ye la. jahanm punya PAM buat talk macam lembu. sgt membuang time aku. Tp aku masih member PAM yang komited tahap dewi-dewi terpilih.

aku tengah mengidam sate ni. nak makan sate tiap2 hari tp takot ada orang marah. ahahahakutakot!

blind date ngan sapa weh? ko sejak men'janda ni sgt pandai membuat 'tarikh buta' haaaa.. ayok! ko jgn ikutkan perangai janda2 di luar sana tu. AHAHA. Nuar mmg tak boleh harap. aku suruh dia jaga aku, dia suruh aku jaga dia balik. Akhirnya dia balik tinggalkan aku dan siap pesan.. kat luar studio ni ada byk org leh jaga aku. tak guna!

ayat terakhir ko mmg mabeles. kenapakah kita ada dara? sangat berisiko kan mempnyai dara neh? farah kata kena kawen baru boleh buang. ye ke? AHAHHA *tanduk keluar pulak secara tajam*
10:01 PM  
Blogger cepotet conteng...
eh, pendrive imation? samalah!
12:08 PM  
Blogger fara-D conteng...
hoi hoi! tak abes2 dara korg eh?!

ala ceeda....ko takde kat bilik...aku ada je... bila ko ade...aku lak takde ek... ala....tukar2 shift jaga bilik ler....hiks
9:11 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - pendrive imation nampak cantik design dia. thats y saya suka :)

FARAH - tengok aku neh. sentiasa seorang. bila aku leave, kosonglah bilik. tinggallah semua handbag tanpa tuan. kesian/
3:38 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."