Apa ni?
Berasa sangat sedih secara mendalam.
Sangat sendiri.
Sunyi sepi macam aku ni pekak bedak.
Studio pon KOSONG.
Kenapa semua orang hilang dan berlagak macam banyak urusan.
Padahal berapa kerat je yang mendaftar untuk mengundi.
Yang lain ni pergi mana??
Apa pasal ni buat aku berasa sangat sehelai sepinggang??
Dia tak da.
Aku menjadi solo dan sepi.
Secara puitisnya, aku kesepian.
Secara Rock n' Roll ... bosan macam ayam!
Aku tinggal seorang diri dekat studio. Nasib baik ada internet connection. Kalau tak da, kepala aku pasti sudah terbakar-bakar. Dia tinggalkan dua keping CD Jay Chou untuk aku. Aku sudah dengar kesemua lagu tetapi aku masih bosan. Aku layan youtube, stream lagu Mulan ; Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi. Berpuluh-puluh kali kasi ulang sampai aku sendiri menjadi pening dan nak muntah. Sumpah, aku tak akan pasang lagi untuk malam ini sebab telinga aku sudah overload. Aku sangat tak da hati mahu mendengar music. Aku mahu mendengar ... suara! Suara manusia. Sebab studio sangat sunyi tak da suara. Aku mahu berbual-bual. Oh, sangat kesian dekat diri sendiri. Dapat mendengar suara pujuk rayu dan memuja memuji dengan kasih sayang lagi bagus. Apa ni? Macam sangat miskin kasih sayang. Aku bergurau ok ^_^. Siapa mahu berbual, datang studio sini. Kita berbual ok. Sambil berbual aku boleh berkempen pilihanraya sekaligus. Aku sangat bersemangat terbakar-bakar ni. Tapi aku tak boleh berkempen dekat sini sebab nanti aku akan dibakar. Aku tak mahu mati terbakar. Mati terbakar akan membuatkan engkau mati dalam keadaan tidak cantik.
AHAHAHA.
Aku bosan.
Sepatutnya aku pergi buat design tapi kepala aku pening. Kalau kepala tengah pening, janganlah membuat design. Nanti boleh kena gejala tekanan otak. Mahu menonton movie, aku tak berapa ada hati mahu menonton seorang diri. Mahu berchattingan, tak ada orang yang pandai membuka topik yang buat aku teruja. Balik-balik ajak berkenalan. Macam zaman Audrey Hepburn betul. Balik-balik tanya nama aku siapa. Sangat kesian. Pastikan sebelum meng-add aku ke dalam messenger engkau, sekurang-kurangnya engkau sudah membaca resume aku. AHAHAHA. Dan pastikan ketika menegur aku, engkau membawa sebuah topik yang seronok. Kalau mahu ajak berbual-bual kosong macam dunia kita yang punya, aku mintak sorry.
Aku bosan.
Main game sudah. Tadi sudah main Color Linez sampai break record sendiri. Ketika bosan, menjadi hebat secara tiba-tiba. Magik.
Dinner pon sudah. Sebelum dia balik, dia sudah sumbatkan aku dengan makanan-makanan nikmat duniawi.
Design sudah crit. Petang tadi dengan En. Zabidi.
Menyakitkan hati orang pon sudah.
Melawat toilet untuk membetulkan tudung dan menilik muka di cermin pon sudah.
Bercucuk tanam dan menternak pon sudah. Menjahit, memasak, membajak tanah dan membawa kucing bersiar-siar pon sudah. Oh, perenggan ini memang fitnah. See, bosan itu memang tak bagus. Bila bosan, kita akan terdorong untuk memfitnah. Waaaa.
KOLEJ PENDETA ZAABA MACAM BUFFALO.
Ainul dah mengamuk sakan. Petang tadi kawan-kawan aku dah bergaduh dekat JAKSA. Member aku bukan sikit punya bersusah payah booked tempat untuk dinner, tiba2 dia kata booking yang dah buat tu tak sah. Kena buat lagi sekali. And kami end up dengan kehilangan tempat. Kena join junior. Sangat lembu. Sikit-sikit mintak bayar. Sikit-sikit charge. Macam kolej bagus-bagus je. Dah la beam pon construct tak cantik. Cat pon cat murah. Makin hari makin merekah. Pintu pon pakai panel yang sangat murah. Simen lantai tu, asyik lembap ja. Safety pon tak da. Letak pulak glass window opening size bukan sikit punya besar. Aku paling geli kat lantai simen dia. Pasal tu lah bilik aku fully covered dengan carpet. Zaaba sangat kerbau!
KAMI TAK HINGIN PERGI DINNER TU. Dinner dengan kekasih-kekasih lagi bagus. Sambil dinner boleh main mata. Huh? Apa ni? Aku hilang pertimbangan sudah. Bosan. Nak pergi bakar kolej la.
19 Congteng-conteng:
aku terus tepon ainul tadi. guess wat? aku da wat tindakan susulan. aku anta complaint kat persatuan pengguna malaysia. ntah la saluran betul ke tak, tapi, sekurang2 nya... maybe ada penjelasan ttg isu zaba cekik darah manusia ni!!aku rasa, next sem aku nak dok lua. bia la leceh, asal hati tak saket!
(tp tu pon bergantung la...kalo tak....mak sanggup ulang alik kg tunku!)
aku pun ade dgr desas-desus re-assignment susunan meja2 ni. ingatkan die just tukarkan meja. rupe2nya ngan org2 nye skali. mujur aku baru daftar smalam. malas dah nk tuka2. ape nk jadi jadila. pegi pun sbb dh byr.
hehe saba dik saba.ala bebudak JAKSA mmg begitu.dr dulu pun mcm tu.Semua CAMBAGUZ aje. Semua kolej pun gitu. Belasah jek dorg tu.Tumbuk jek perut mereka.haha
skang parking kat zaaba kena bayar dah?? Dlu ketika masih digelar Kausar x payah bayar pun. Makin demand ek sejak menjadi Zaaba ni. huhu tp bilikkat kolej tu mmg sempit tahap wali2. Better duk Kajai. Lg besh. Sgt sempoi.hehe
arini xde impak maksima berlaku lg ke dik? :p
utk kau yg keseorangan, lagi kesian. ala...jap je..sementara tu blehla membuat cerita sensasi lain.
td aku hampir membuat kerja gila nak say sori n explain psl s'thing to s'one. no need. terus masuk blog kamu, hiburkan ati. trimas seh! -a'ai-
zaaba bangunan yg baru tu kan? dasat gak bunyiknyer hurmm...~
FARAH - yaya. JAKSHIT. jom jom kita buat complaint dekat persatuan pengguna. Dorang ni melampau.Sbb semua org diam, dia naik besar kepala. Nak sgt duit, cakapla. Aku kasi campak ja kat muka dorang secara percuma. Tak payah guna macam2 tektik kononnya program kolej. Bloody hell.
ADIAN - kau pergi dinner shit tu? mmm... kami nampak gayanya.. tak pergi.
WIWEEN - dia tak kata lah parking kena bayar. Tp kami kena dapatkan sticket kolej yg harga dia lg mahal dr sticker universiti. See, tak ke shit tu? The point is, kononnya nak kontrol kereta yang kuar masuk n parking. Ada ka orang buduh sgt dok kolej lain nk parking kat zaaba yang miskin tu? Sah2 yang parking tu mmg budak zaaba ja. Dah pandai sgt la tu.
A'AI - aku ingat siapalah dok anonymous ni. Engkau rupanya. Terima kasih atas doa-doa kebahgian tetapi aku masih bosan. HAAHAH. Aku baru ja lunch ni tunggu farah balik dari PJ. AHAHA. ksian kat kami ni. Apalah malang duduk kat hostel miskin ni. Apaka maksudnya to say sori kpd someone? siapa? sori apa?
i_HOTMAIL_i - apa cirit-cirit ni? ahahah.
MASY - Tu la apapulak dia kata ciritcirit neh. ahaha. aih... zaaba ni mmg jahanam btol la. Lepas grad nanti, bakar dia!
TIMYOHANNON - kapitalis. mungkin. tapi dorang ni mmg miskin dan daif. Sangat pengemis.
CUYA - bosan sampai rasa nak mengira jumlah rambut.
RAJAUTARA - mengundi pandai-pandai okek. ahahaha
hehehe...
bosan itu satu kenikmatan tahu..
bilew kiter bz..kiter da xdpt nk rase nikmat kebosanan..
ah sudah! nak betulkan balik screw otak kiri.bye! =p
apesal teruk sgt kolej zaaba ni oiiih...apedaaa..tak jaga langsung kebajikan pelajar...susah la mcm ni, mesti nak belajo pon tenseeeen je ek? tau tak, skang ni kan musim mengundi so kite nak citer sket pasal undi kat rahim kajai..
masa undi kena tulis nama..bodoh tak..so diorang tau lah sape undi mampu sape undi aspirasi..kite undi mampu, so tahun depan nya, kita ngn gang2 kita semua tak dapat masuk kolej..cilaka btul..kitorang kene minta kolej ibrahim yaakub plak..ishk mcm pnjg plak nk bual sini..sgt menarik untuk jd kan entry kat blog kite niiih...apelagi chika, bg email, nnt kite invite awak!
sangat best mengundi. undi sweet sour, undi masak stimbot pun sangat sedap.
saya tiap² hari rasa macam mau mengundi. tapi kalau mengundi kena ada ayam goreng sekali. hahaha :p
p/s : dan err, undi yang paling sedap dan berhasiat adalah undi yang dibuat oleh mama saya untuk kami sekeluarga. hahahahaha :p
MR.LEE - saya muda sgt nak pegi mengundi sangat tak layak. aha. adib cerita undi ka cerita dinner? kenapakah undi ada banyak menu? APA NEH? ada je 'hidden meaning' dia.
Post a Comment