Kucing mabuk sebab dia telan pill khayal. Masalah keluarga. AHA. Tak da. Tak da. Kucing tu mabuk sebab Adek Dell pergi pusing-pusing-pusingkan kucing tu macam Merry Go Round. See, kucing dengan tuan kucing sama-sama senteng. Bila dia lepaskan je kucing tu, kucing menjadi pening.. jalanlah dia tyerhuyung-hayang. Habis semua diredahnya. Sangat kelakar.
Siapa ada kucing, boleh cuba.
Aktiviti sport kedua untuk kucing : Swimming Meow.
Dulu aku dengan adek aku pernah masukkan anak kucing ke dalam swimming pool. Bukan nak bunuh dia ma. Tu survivor series. Ank kucing pon terkapai-kapai swimming untuk selamatkan diri dari mati lemas. Sangat seronok. Lepas puas kasi dia swimming, kami kena buang semua air. AHA. Malamnya kena marah dengan ibubapa.
Sekarang teka. Aku buli kucing ka, kucing buli aku?
Bila aku sudah berumah tangga nanti, jangan harap kucing akan dapat perlindungan di rumah aku ok. Aku sangat cat-phobic. Kalau mahu kasi tiger tak pe. AHA. Musang pon boleh. Kucing ; No Entry.
Aku sangat gembira. Tak sia-sia aku bersengkang mata menunnggu keputusan pilihanraya. Rakyat Malaysia makin wise. Selangor, I love You. Akhirnya kita semua boleh stop membuat lawak menggunakan falsafah : Jangan hisap dada, marilah menderma dara. AHA. Lapangnya hati. Hati sangat kosong. Sangat seronok. Esok bolehlah membuang-buang duit menderma kepada industri. Aik? Aku bukan miskin ka? Ya. Ya. Ya. Aku miskin. Tak da duit untuk dibuang.
MISKIN
"Kata nak beli sport rim baru?" ada hati pulak Ma tanya.Padahal soalan ni lah paling buat hati aku pedih.
"Miskin. Orang miskin. Nak beli handbag pon tak mampu.. inikan pulak sport rim. Buat loan boleh Ma?" sangat jujur aku bagitau Ma.
"Loan apa? Loan nak beli sport rim?," Mak aku terkejut-kejut. AHA.
"Loan nak beli handbag. Sport rim dah tak nak. Nak Christian Dior's Hobo Handbag," aku separuh bergurau, separuh serius. AHA
"Mengada-ngada. Cakaplah, nak tukar lagi ke tak sport rim kereta?," Aik? Ma macam nak hulur je bunyinya.
"Nak tukar kereta terus," tiba-tiba aku terjawap isi hati yang paling dalam. Mak aku tak layan. Aku tiba-tiba rasa nak tukar kereta. Semalam Haikal bawak balik magazine kereta. Gila! Aku masih gila kemaruk cintakan Hyundai Coupe. Aku pengaruh-pengaruh Haikal pasal Hyndai Coupe tapi Haikal macam tak berapa nak suka. Wooo! Seronok betul dia memilih-milih kereta. Aku pon mahu memilih-milih. Tapi macam yang aku kata tadi. Aku ni bukan saja makhluk tuhan yang paling seksi, tapi juga makhluk tuhan paling miskin dalam rumah ni. Kenapalah aku miskin sangat. Kenapalah aku tak da duit simpanan. Sangat kesian.
KAHWIN & UNIK
"Bila mahu kawin? Lepas grad akan kawin kah?,"
Dua minggu kebelakangan ni, asyik orang tanya bila aku mahu kawin. Gila ka? Ha? Overdose ka? Prof pon asyik tanya ja pasal tu. Apa aku sorang je ke boleh kawin? Pergi tanya semua orang baru fair and square.
"Mesti Nurul kawin lepas grad. Sebab Nurul macam tak nak keja je. Nurul ni jenis suka duduk rumah dan membesarkan keluarga," Puaka betul mulut dia kata aku yang bakal arkitek ni macam tu. AHA. Tapi, ada sikit betul.Eh, ada banyak betul. Aku tak mahu kerja. Asyik kerja ja. Lalalalalala Kerja! Uiii... gila tak nak. Aku sangat tak suka kerja. Aku mahu cahaya mata. Setiap petang pergi Mc D kita kumpul toys. Ya. Bukan untuk baby, untuk aku. AHA.
"Nurul kawin dengan siapa?," dia ni memang nak kena pukul kat mulut.
"Dengan lelaki. Tapi bukan Fahrin Ahmad la. Aku dah kurang suka dia,"haha. akhirnya aku sudah boleh menjawap.
"Serius la oi," budak ni tanya lagi sungguh-sungguh.
"Apsal semua orang tanya aku soklan sama ni? Korang tak da kawin ka? Aku ja kawin ka?," sumpah aku takkan jawap soalan berbaur sensitif ni. Gila sensitif. Gila tak nak jawap.
"Sebab kes ko ni UNIK. Lain dari yang lain. Tu yang kitorang semua ni nak tahu sangat. Banyak yang menarik ni," tak habis-habis dorang kata kes aku unik. Tak guna. Pergilah sebok.
"Tak da unik pon. Biasa ja bagi aku,"
"Unik, Nurul.."
"Tak. Biasa je. Slow and steady. Kau jangan sebok,"
"Kes ni lain. Menarik perhatian ramai," muka masing-masing macam hantu menyeringai je.
"Aku tak suka jawap. Sebok. Sebok!," Aku pon menyelamatkan diri secara baik.
Jangan tanya lagi ok. Tengok dan saksikan saja. Makin ditanya aku makin cemas. Sebab aku sendiri pon berasa pelik-pelik dan blur. Apa lah hidup aku ni miskin dan blur. AHA. Siapa banyak duit tu ingatlah aku selalu :) Pendek kata, aku sangat bebas secara half. Dan secara half lagi, aku sangat tak bebas. Aku pening tapi aku sangat releks je. Tak da masalah pon. Hidup macam mana pon ok. Asalkan ada duit lah. AHAHA.
12 Congteng-conteng:
tapi kan... aku takut Chika bila aku dan chika bersiar2 dan bertembung kelibat monyet atau kucing!
huhu *cabut!!*
chika.. satu nasihat kju..
jangan la terpikir nak kawen awal.
kumpul duit byk2 utk diri sendiri dulu baru la lelaki respect ! wokay yang !
jangan biar maruah kita dipijak. =P
Bagaimanakah Caranya? Tontonlah Dengan Kerap Filem Animasi Garfield Yang Sangat Gebu Dan Ranum Dipeluk. Tonton Juga Shrek Yang Mempunyai Watak Kucing Bermata Comel - Puss In Boots. Tonton Juga Filem Aksi 'Catwomen' Bagi Mendapatkan Suasana Kucing Yang Feminin Lagi Hot.
Atau Mungkin Saya Kelak Boleh Mengarang Filem Baru Adunan Semasa Dengan Judulnya, Happy 'Cat' Feet Yang Mengisahkan Gerombolan Kucing Yang Mampu Menari Menggunakan Kaki Dan BOntot. Ok ??
kena tanye bile nak kawin ek.kekeke.kite serupa.tp malas mau menjawab soalan sedemikian.waaa dia bleh kasik kucing itu swimming utk menyelamatkan diri ek..ekekek sabor jelah ini budak.bagaimanakah jika beliau itu mati? ;p
eh dik? nak tukar kereta? takyah la. keta tu pun dah bagus. lawan ngan mamat Myvi dia pun kalah kan? ahahaha!
WIWEEN - kakak dun worry. kucing tu tak akan dimatikan. dia diajar swimming saja. untuk kepentingan dia jugak. supaya dia ada sikit takut dekat chika. ahaha. kawen seronok.
KAKAK CEPOTET - sapa la tnggal bersama kucing sangat tak sayang diri. ahaha. tak pa la. dia berbudi kepada haiwan. saya berbudi kepada tumbuh-tumbuhan. Peladang la katakan. Tapi tanaman apa yang diladangkan, tak tau. Aik? ada ka? ahah.
saya miskin. tak da tukar kereta punya. sgt miskin dan kuat mimpi. isi minyak pon tak da duit. sgt bergantung hidup kepada orang lain. miskin dan tak kuat.
lari lintang pukang lau kucing dtg dkat..ngeh ngeh`
Post a Comment