01 :
Orang yang jahat, tidak semestinya aku anggap jahat selagi dia belum membuat jahat ke atas aku. Contoh, kawan aku seorang itu. Semua orang kata dia jahat. Dia memang jahat. Tapi tak da berbuat jahat ke atas aku. Maka, dia tidak jahat bagi aku. Dia memang jahat. Dia pinjam duit orang tak da bayar kembali. Dia memang jahat. Dia rembat barang orang kalau dia suka. Tapi dia tak da buat jahat kepada aku. Maka, aku kata dia ... tidak jahat. Itu adaah contoh. Moralnya kepada engkau semua, berbuat baiklah kepada aku walaupun engkau jahat. Sebab aku akan anggap engkau baik. See, aku bagi engkau peluang menjadi baik.
02 :
Hak asasi adalah hak mutlak setiap manusia yang ada nyawa, jasad dan jiwa. Engku jangan rampas hak asasi manusia. Jatuh cinta atau jatuh benci adalah hak emosi. Orang mahu cinta atau benci engkau, terpulang kat dia. Dan engkau juga boleh cinta atau benci orang sesuka hati. Ya. Termasuk haiwan juga. Engkau boleh milih untuk suka kucing atau tidak. Tapi jangan bunuh dia secara rawak tatkala engkau terserempak dengannya. Macam aku. Sangat tak suka kucing. Tapi aku tak da kill dia. Aku nampak dia, aku lari. Hak aku untuk tidak menyukainya dan hak aku juga untuk lari dari dia. Menjadi hak kucing pula kalau dia mahu kejar aku. Aku hormati hak dia.
03 :
Orang yang membaling batu dan menyorok tangan adalah orang yang bodoh secara total. Dia akan menjadi kudung secara magik. Orang yang menjadi kura-kura dalam perahu adalah sama macam perahu. Sangat superficial. Kesimpulannya, jangan pretend sama aku. Aku sangat pandai boleh detect orang yang camouflage. Lipas menyorok bawah carpet pon aku dapat tumpaskan, inikan pula manusia kesian macam engkau. Lain kali jangan tipu aku ok. Nanti aku biarkan engkau sawan secara sendiri.
yang ke -EMPAT. Jauh skit.
04 :
Aku ni suka warna hijau tahu! Masa aku kecik, mak aku suka ajar aku mewarna secara artistik. Iaitu mewarna dalam satu arah dan menggunakan ton warna yang betul. Tapi kata mak aku, aku ni pantang disruh mewarna. Semua benda aku warna jadi hijau. Kalau mewarna pokok, bukan sahaja daunnya yang hijau, batang, dahan, batu, ranting dan sebagainya pon hijau. Hambik kau! Yang beza cuma tona warna sahaja. Aik? Engkau tak pelik ka apa pasal fakta nombor EMPAT adalah lain macam? Aik? Aik? Ini bukan fakta. Ini ecstasy. Aik? Aku tertelan pil gembira tadi. Dunia nampak hijau. Semua hijau.
Esok :
- Ada presentation. Ya. Ya. Ya. Inilah dunia archi-torture. Pikir idea sampai kepala dan otak bercerai-berai, melukis sana sini, tarik rambut tegang-tegang, dan present macam bentang manifesto. Silap bentang kena hentam. Lepas kena hentam memang frust tertonggeng. Apa lah hidup ni ada scene yang tak best.
- Nak krit. Isnin aritu layout plan sudah kena kritik secara dahsyat. Kesian design aku. Rubbish nyaaaaaa. Rubbish itu bukan sampah. Ia boleh recycle.
- Ada orang nak balik hometown pada waktu malam demi election. Maknanya malam esok aku menjadi solo dan kesian. Habislah kena menagih simpati rakan-rakan supaya hidup aku terbela. Alone-alone sangat tak seronok. Macam kesian. Aduh, kantoi tak boleh hidup di atas kaki sendiri. Oh, bukan saja KANTOI, malah sudah menjadi SATOI ( entah siapa la ajar aku word SATOI neh. Bunyi dia macam geli. HAR HAR.) Maksud SATOI tak akan diceritakan kerna aku kedekut ilmu. AHAHAHAH.
- Esok tak da swimming. Takda me-nyam-nyam. Sebab kena berlatih hidup secara solo. Apa ni? Tak de kaitan. Tapi esok memang tak da swimming. Maknanya, minggu ni langsung tak swim. Ala.... sangat tak athletic.
5 Congteng-conteng:
saye penah kne denda ngan cikgu waktu skola rendah dlu.
ade budak ngengade ngan saye. saye x suke ke-ngengadaan dia.
saye x ckp banyak, terus je saye lempang dia.
tgk tu, jahat kan saye??
tp adakah awak akan kata saye baik sbb saye x penah lempang awak?
hehehe....
Post a Comment