Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, March 24, 2008

Title : Sila pilih title secara sendiri

Beylo, tumpang bahu.

Beylo : I tak da bahu lah.

Tak guna engkau ni.



Imagine. Engkau sakit. Tapi kena bekerja. Bukan kerja ringan. Kerja secara mati-matian. Atau boleh dikatakan sebagai kerja menuju kematian. Imagine. Imagine. Kepala tunggu saat ja nak explode. Aku berasa nak menekan command 'x', 'space bar'. Dan explode! (Bahasa autoCAD lah). Biarlah kepala exlode dalam seminggu dua. Selepas itu menekanlah command 'b' untuk membentuk block lalu menekan pula 'space bar'. Hanya dan hanya jika kepala aku ni dalam format autoCAD atau file .dwg (download kepala baru kang, baru tahu!)

Tak boleh faham bahasa autoCAD? Mari kita berpindah kepala bahasa 3D pulak. AHAHA. Belum masuk kerja 3D lah. Aku sedang draw basement parking dan semacam tak boleh sabar hendak memulakan section. Ah! Aku tak larat dah dengan course ni. Aku tak larat dah. Tak larat. Tak. Ye. Tak. Tak. Tak. Sangat tidak.

Tekak ni macam sangat buruk. Perit. Nak meneguk air pon sangat susah dan memerlukan pengorbanan. Mata terasa panas. Bila dipejam, pasti meleleh air mata. Badan sangat sakitlah. Kesemua tulang pon sakit. Mungkin kesan dari duduk di kerusi bitu tu selama berjam-jam. Pinggang pon dah kasi signal nak meninggalkan badan. Kepala ni dah bercerai-berai dengan otak. Sangat tak konsisten.

Mahu menangis lama-lama. Tapi nanti mengambil masa yang lama. Sedangkan masa sudah suntuk. Flu pulak lagi. Habis bersepahlah meja penuh dengan tisu yang bermukus. Selepas itu terbatuk-batuk di hadapan laptop. Laptop pon semacam marah sebab aku semacam tak respect dia. Dia pon hang secara sekejap. Aku biarkan dia hang sebab aku pon hendak hangout di pc berinternetlah. I mean, menconteng arang di sinilah. Aku menghembus flu secara banyak pon pc tak da marah. Tak semacam laptop lah. Baru sekali batuk, sudah hang. Cengeng!


Oh!
Tadi yang marah sudah kalah. Dia meng-sms. Sms secara sikitlah. Semacam masih marah tetapi terpaksa mengalah. Aku pon menjawap secara sikit jugaklah. Itulah. Siapa suruh mencari pasal di waktu tegang. Tidak tahukah yang aku paling pandai memburukkan keadaan? AHAHA. Yang penting aku menang lah. Tapi tak da berasa sangat seronok pon. Berasa plain saja. Sebab di dalam kepala aku tak ada manusia. Ada autocad saja.

Perut tak berapa selesa dalam beberapa hari ni. Makan pon kurang. Sebab tekak tengah buruk kan. Tak ada nafsu serakah yang berdekah-dekahlah. Pendek kata, tak ada apa-apa nafsu sekarang ni. Berasa penderitaan sahaja. Fed-up! Aku tak larat lah sudah 2 hari semacam tak berapa tidur. Aku confirm esok tak dapat present dengan baik. Dan esok aku akan pakai baju kurung. Sebab aku demam lah. Aik? Apa kaitan? Adalah kaitan dia. Bukankah bila memakai baju kurung, nampak semacam lembik? Semoga lecturer menjadi kesianlah melihat aku yang lembik, lemah dan semacam sopan esok berbaju kurung. Jadi, dia pon tak ada lah sawan menghentam design aku kan.

Aku tahu part mana dia akan hentam tapi aku dah tak larat nak rectify. Get lost. Asalkan esok aku menghadirkan diri membawa sebijik muka yang tak berapa nak siap ini. Juga pastilah bersama sepasang baju kurung sakit. Yeah. Sudah plan untuk esok. At least aku ni masih menjadi orang yang ada perancangan hari esok. Tetapi aku hanya merancanglah. Hari esok siapa yang tahu. Kata ibu dengar sahaja. Cerita hanya kita berduaaaaaaaa. Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku lah Chika dan engkau autoCAD. Aaaaa~! Punya stress!

Beylo, picitkan tengkuk aku.

Bey lo : I tak da tangan ma.

Engkau memang tak guna.


Edit:
Jam 10.02 pagi

Percaya tak? Aku masih di rumah. Baru saja bangun dari tidur yang sukar dan derita. Dikejutkan oleh satu sms.

u on the way to ukm? drive carefully.
Aku baca sikit secara baca dengan tak baca dan delete. Aku tahu aku tak mampu drive pagi ni sebab badan aku dh mula menggigil. Tapi malas nak reply sebab energy tak cukup. Malam tadi berbungkus diri dalam comforter tapi tetap berasa sejuk. Sebab aircond on lah! Tapi temperature 28. Bukan sejuk sangat. Namun badan aku berasa sejuk secara dahsyat sampai terbayang-bayang kalau dapat tidur dalam bilik wap. AHAHA. Aku off aircond. Tapi masih sejuk. Aku capai stokin, capai sweater. Tangan pulak sejuk. Pakai... err ... glove la pulak. Kronik? Ini perkara yang aku biasa buat sebenarnya walaupun aku tak demam. AHAHA :p

Tiba-tiba satu sms lagi masuk. Aku rasa nak jerit! Aku terbayang, mungkin mereka carik aku suruh datang studio sebab presentation nak mula dah. Tapi ....

No pin up today.

I was like... yibba yibba! Tapi aku tak da ber-rock and roll lah. Demamlah katakan. Aku cuma tersenyum syukurlah. Dalam hati saja. Alhamdulillah. Aku terus bagitahu ma. Ma kata, aku ni memang orang yang selalu lucky. Ain pon selalu kata aku ni jenis yang lucky di mana nasib selalu menyebelahi aku di saat genting. Tapi aku tak berapa perasan pulak. Aku selalu berasa malang sahaja. Tengoklah, jatuh sakit di saat genting. Bukankah malang?

Aku memang dah tekad akan MC harini. Lagipon aku ada surat MC lah. Sebabnya, semalam Aisyah sms pukul 2 pagi. Waktu tu aku tengah meng-autocad bersama air mata. Menitis-nitis ok air mata. Seksa macam durjana. A076.gif image by klasik

Ok. Aku pening. Aku pon tarik comforter. Tidur sampai pagi ni. A150.gif image by klasik

Aku rasa mereka betul. Nasib selalu menyebelahi aku di waktu genting. Kalau di sekolah pon, bila aku tak siapkan homework, cikgu kadang-kadang mesti tak datang. Ah! Lega! Tapi harini pon kenalah meng-autocad macam histeria. Mmm.. rindu kat bilik aku yang miskin di sana. Apa khabarlah camera aku yang tertinggal. Diharap juga, tiada orang merembat kasut-kasut aku di luar pintu yang macam berdisko tu.

Aku di sini. Masih. Di rumah :) Seronok bukan?

 

12 Congteng-conteng:

Blogger ScarLet Jiem conteng...
kamu sgt kesian..
harapkan beylo,beylo x tanam pagi..hahaha..
hope u cepat sembuh keh..
gud luck tuk presentation sok keh...nyte chika..
1:12 AM  
Blogger tun teja conteng...
alalala.. bucuk bucuk.
sian nyerrr...

huhu.. nak markah kesian yek
pe kata gi pinjam baju pesakit spital kerajaan. pasti chica dpt A+. try laa. kalau mujarab kasi tahu kaktun yek.
4:01 AM  
Blogger 13may conteng...
alehaiii....mcm kronik ajer nih...hehhe

btw, thanks for inviting me :)
8:41 AM  
Blogger Masy conteng...
uh uh kesiannye
9:10 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Minum la Air Banyak2..
Tido Dengan Baju Yang Tebal Untuk Hilangkan Demam dan Penuh Akan Kuar Dengan Byk..

Apa2 Pun Thank U
9:36 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
SARRA - beylo ni tak guna tahu. ahaha. sepak beylo! sepak perut dia! *i tak de perut, beylo said*. Ok. tq yeah :)

KAK TUN - kakak ni kelakar ok. WAHAHAHA :)) nanti bukan saja dikasihani, tapi mendapat label barulah. Orang gila. AHAH. terus kena drop subjek. Naya je. :p AHAHA. Lawak ar!

13 May - kronik pe. bukan main-main tau. separuh mati, separuh hidup :( ok.ok.u're most welcome :)

MASY - kasihan sahaja? Bubur? Sup ayam? :p

MROZAIDI - nak minum setitis pon payah :( inikan pulak banyak. Mahu meletoplah tekak ni. Hmmm... ok ya. u're most welcome :)
10:38 AM  
Blogger cepotet conteng...
kesiannye dik. ni dah ok ke tak ni? eiii.. tak suka sakit. tak suka migrain. tak suka ubat. semua yang tak besh.. semua tak suka!

hmm, btol la adik. kenkadang kita tak sedar yang kita ni selalu bernasib baik. kita lupa nak bersyukur. asyik nak salahkan mcm mcm je kan. tapi, mmg chika sangat lucky la. asyik tak jadik je presentation. untung tau!
11:25 AM  
Blogger Unknown conteng...
owh..kepala kak chii da mula pening blk..tp bukan disebabkan beylo.tp sebab byk pk keje yg menimbun..

semoga lekas sembuh
1:38 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - chika ni kuat mkn ubat tau. maybe sbb chika ni percaya kpd kuasa ubat. ahahah. and dah biasapon since umo 12 slalu migrain. mmg bergantung kat pil.

ya. chika ni mmg bernasib baiklah. dah dua minggu dah presentation cancel. Ahh... syukur sangat.

KAK CHII - banyak keje mmg bosa. bukan saja sakit kepala, sakit juga di hati, mata, dan juga mata hati. shoot somebody's head! ahahaah
3:38 PM  
Blogger nieja conteng...
haha..
snguh kesian kamo ni cik chika..
byk2 la rest...
6:49 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
laaa demam ke dik.gajin2 makan ubat ek.nanti buleh mengautocading dgn begitu bergaya.heheh (gelak gak la walaupun x phm menda pun autocad sume tu kihkihkih)
7:43 PM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
hye kak chika~
demam eik?
nnt mkn ubat kayh~

huhu~
syg akak~!
hoho.
1:02 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."