Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, March 25, 2008

Bye Bye :p

Suspected terkena denggi. Prrr.... Semester lepas pon pernah sekali di-suspect denggi. Pon pada keadaan yang sama. Demam selama dua minggu. Suhu badan tak menentu. Kejap panas, kejap sejuk. Doktor kata, kalau dalam dua hari ni masih tak kebah, haruslah ke klinik lagi mengambil darah. Tak suka. Ngilu tahu!

Aku yakin tiada denggi. Mungkin demam panas sahaja. Lagipun tiada apa-apa tanda bintik pada badan pon. Aku ingat lagi, demam paling teruk yang pernah aku alami. Tak silap masa aku dekat matriks lagi masa tu. Demam berminggu-minggu sampai lembik. Ambik darah dua kali, dan buat urine test pon dua kali. Siap kena injection tapi sangat kelakar. Mula-mula sorang nurse datang nak inject aku. Lepas tu datang lagi sorang. Sebab urat aku tak dapat dikenalpasti. Akhirnya datang beberapa orang doktor dan nurse mencari-cari urat aku. Punya kronik. Sampaikan dah tak ada cara lain, doktor ikat tangan aku sekuat-kuatnya dengan kain. Dah macam drug addict nak menghisap. AHHAH. Semua nurse tu ketawakan aku. Mereka kata aku halus sangat sampai urat pon tak nampak. Seriously, memang tak nampak pon urat kat tangan aku ni ha. AHAHA. Padan muka doktor! Baru thrill! :p

Pengalaman lain di hospital, tiada. Tak pernah lagi bermalam di hospital tapi semacam menarik juga. Gila engkau? Maksud aku bukan memintalah di-hospital-kan tetapi semacam seronok sajalah kalau di-hospital-kan. Semacam disayangi secara lebih dan dijaga. Aku suka dijagalah. AHAHA. Semacam sikap yang inverse dengan Cookie Monster lah :p

Baru lepas dinner dan memakan ubat. Hari ni granny datang rumah maka haruslah dinner. Makan secara sikit saja dan selepas tu rasa nak muntah tapi ter-cancel disebabkan terlupa hendak muntah. Aik? AHA. Adik membuat kelakar dan aku tergelakkan kelakar tersebut dan terlupa hendak muntah. Maka, tak jadi muntahlah. Selamat makanan aku :p Dan ada lauk kari ikan pari. Lagilah membuat aku berasa hendak termuntah. "Makan kari ni," MakTok suruh aku makan ikan pari tersebut dan aku pon menjawaplah secara jujut "Eii, tak nak," Kalau pasal ikan ni aku memang sangat memilihlah. Bak kata orang salah pilih pasangan, merana. Salah pilih ikan, me-muntah. AHAHA. Mak Tok tanya lagi kenapakah tak nak. Aku kasi tahu dia jawapan biasa yang selalu aku bagi kepada siapa-siapa saja.

+ Ay tak makan ikan-ikan yang buruk
- Buruk ke pari? - tanya mak tok semacam tak setuju dan nak cakap ikan tersebut lawalah tu.
+Buruk! Sama buruk macam keli. Sangat buruk. Masuk tekak lagilah buruk.
- Abes, ikan apa yang lawa? - eh, nenek aku ni layan je aku yang sedang high tersebut. AHA
+ Ikan kembung lah. Semacam sangat comel.
- AHAHAHA. Pari tak adalah buruk sangat.


Kan betul aku cakap. Mak Tok semacam nak kata ikan pari tersebut lawa. Sangat buruk tahu. Aku sangat suka ikan kembung. Ikan sungai sangat tak nak. Berasa sangat geli di tekak dan boleh termuntah. Aku ni memang kuat muntah ka? Lebih kuranglah. Ternampak tikus pon aku boleh nak termuntah. Ternampak kucing memang aku muntah-muntah darah dan tercabut nyawalah. AHAHA.


Banyaknya kerjaan aku dalam hidup ni. Tadi apek budak engineering tu call aku ajak ber-meeting pada petang Khamis. Ah! Stress tahu ingat pasal kerja ni. Aku tak larat nak study lagi. Tapi aku tak mahu bekerja. Aku mahu mintak cuti setahunlah. Agak-agaknya parents kasi tak? Apsal pulak tak boleh? Dulu pon Haikal mintak cuti setahun selepas SPM. Dia main puas-puas sampai ter-accident sebanyak-banyak kali. Sekarang dia bekerja secara sangat extreme dan tak ada main lagi. Mungkin lepas cuti setahun aku akan lebih efficient siapa tahu. Selepas final submission aku mahu cuba nasiblah meminta cuti selama setahun. Lagipun aku belum pernah cuti lagi dalam hidup ni. Lepas SPM ambik short course AutoCAD. Lepas tu Matriks dan teruslah ke UKM. Aku mahu main puas-puas. AHAHAHAHA. Main apa tak tahu.


Bosan je hidup ni pada semester ini. Semester ni adalah yang paling bosan dan semacam KOSONG. Sebab? Hmm.. Tak tahu. Tapi aku sangat malas balik UKM sem ni. Aku sangat suka duduk rumah. Bila balik UKM je, aku berasa sedih semacam seorang diri padahal tak da pon seorang diri. Sangat meriah di sana bersama kawan-kawan dan musuh-musuh. Musuh?

Tadi ber-calling. Mood aku semacam tak baik.

+Kat mana?
- Redbox (huh??? wuttaa.... ok! pergilah.)
+ Assignment tu I tak faham (aku cakap secara kasar dengan suara sexual tersebutlah)
- U ok?
+ Tak. Bosan. Malas. Dah la cepat cerita pasal assignment tu. Tak nak cakap lama. Banyak kerja. Lagipon malas nak pegang handphone ni.
- Sihat tak?
+ Tak. Kan dah cakap tak sehat. Cepatlah. Malas pegang handphone lah. Letih.


Gila emosi. Angin tak berapa baik. Semacam ada yang tak kena pulak dengan aku ni. Oh, kan dah kata demam. Memang macam ni lah. Diri berasa sakit, jadi terdorong untuk sakitkan orang lainlah. AHAHA. Dan berasa tiada orang lain yang lagi betul selain aku. Jangan kata aku salah ok. Aku sangat betul.

Mungkin aku tak adalah bersawan lagi di sini. Sampai minggu depan atau pun minggu yang lagi depan. Ataupun sehinggalah bulan April. Ataupun bulan May. Entahlah. Aku bagi engkau semua bertenang dari stress membaca tulisan akulah. Bukankah tulisan aku ni merupakan stress generator? Selama ketiadaan aku, doakanlah aku ok. Siapa ada nombor aku jangan call aku lah dalam waktu ni sebab suara aku semacam memalukanlah. AHAHA. Sexual lah katakan tadi. Sms aku akan reply lah. Walaupon semacam tak berapa suka mengetik sms, tapi aku akan sanggup jugalah bergadai tenaga tersebut. Bukankah baik ni? :p

Bye bye.
 

12 Congteng-conteng:

Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
thx~
bley bace balek da..
huu~
11:20 PM  
Blogger nieja conteng...
wahhahaah..
hooii budak demam duk diam2 la..
isk..asyek mentenet jew..

xnak la i call u..
xpsal2 kena marah gak..
whahha..(mcm la i de no u pon)
11:40 PM  
Blogger cepotet conteng...
denggi? eh dik, make sure check tau nanti. bahye woo. kawan akak, anak dia kena denggi. tapi lambat dapat tau and dah meninggal pun budak tu. baru 4 tahun. sbb denggi tu dah rosakkan hati dia. sian sangat..

and rerasanya cam tahu je nape chinese gal tu tak suka chika. sabar ye la ek? balik UKM jgn moody moody sangat yea. selamat belajar.
12:45 AM  
Blogger tun teja conteng...
huhu chica.. ikan buruk x makan yek. kaktun suka ikan keli.. ikan emas chica mkn??.

alahai.. balik la pat. jgn dok lelama kt spital tu. tp kalau ada doktor ensem, kem salam yek
4:15 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Adek Lotion - bacalah sampai stress ye :p

NIEJA - kan dah dicakap. i bosan baring. i internet lah. ahaha . mmg bosan. makan pon tak rasa apa :(

KAK ERNI - gulp! mati? hati? chika tammo mati lagi.. :(( chika sayang hati. :(( Sssttt... dun tell the secrets :p AHAHAHAHAHA :p

KAK TUN - wahahahaha. ikan emas comel. tapi err..gelilah. AHAHA. ih kaktun ni. ada je modal dia :p
7:03 AM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
chika sayam..

whatttt ?!!! tengok kucing pun boleh memuntah ka ?? hahaha kalau macam ni mmg tak boleh tidur di rumah kakju la kan ? sbb rumah kakju byk kucing & semua besar2. nanti mesti chika pun muntah secara besar. =P

hmm musuh2 itu rupanya chinese girls yea. mereka jeles la tu.. yg dikejar, tertarik pada melayu yg anggun, kan dik kan.. best best.

ada musuh best per. kita tau org dengki kat kita. =P

chika cepat pegi spital lagi k. cek darah. seramnya dgn denggi. cepat sembuh yea ! aminnn !
8:33 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK JU - ayat ada musuh best tu semacam menarek. ahahha. betul la tu. dia dok dengki dengki. tp chika tak berapa suka org musuh2. sbb nanti berasa semacam sedih. tp nak buat camne kan. biar je la. chika still je bercakap dgn dorang. ikot kepala angin chika la.

tahu, kakak banyak kucing. besar pulak tu. mmg macam clownla chika teraik-teriak klu pgi umah kak ju agaknya. ahahaha. sengal chika neh.

chika tak jd balik lagi arini. tadi dah mandi nak siap utk balik tapi2 rasa pitam. rasa mamai. sbb makan ubat batuk ngan flu kot. then atok kata jgn balik. bahaya drive. :( risaulah sbb dah lama tak balik ukm :(
8:46 AM  
Blogger nieja conteng...
eleh..
ye je chika..
nak blk ukm nak pitam la..
sekeh kang..
saje r tu xmo balik ukm
whahahhaha..
joke je okeh!
9:52 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
NIEJA - tapi i dah siapkan assignment. dah email kat member. pagi2 tau i bangun wat assignment. tapi drawing masih stuck :( tgk je autocad nak muntah. eiiiiii!! tarik rambot!!!!! dah la asyik muntah ni. nanti i send muntah tu kat u okeh. AHAHAHAHAHA :p
9:55 AM  
Blogger nieja conteng...
muntah u..?
eii yuckkk!!!!
12:17 PM  
Blogger Masy conteng...
bole je nk kasik ikan yg buruk itu menjadi lawa.

mekapkan beliau. atau letak bunga. pakaikan aksesori.

eh, nanti syg pulak nak dimakan ye?
2:16 PM  
Blogger happyichigo♥ conteng...
ai, apehal nya ciner2 tempat ko nak dengki ngn ko chika..sgt lah tak best diorang tu..zaman dira belajar dulu, cina india malay semua gang!

zaman keje ni lain sket..cina2 yg pangkat tinggi banyak yg kerek lor..alah br pangkat jr manager..yg manager paling tinggi pon klo jln ngn dira siap pegang bahu dira lagi! lagi rekomen books ape yg best...

tu ler chika..ko ni kan perempuan paling sexy dlm dunia..diorang jeleees la tu...wakaka..sabar dik sabar! org sexy mmg nasib mcm tu....! gudluck sexy lady!
12:58 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."