Khamis 27 March, 9.30am.
Sangat bosan di dalam bilik ini. Nak menonton tv pon tak boleh. Aku sangat tak suka menonton tv secara beramai-ramai di bilik tv. Macam aneh menonton tv bersama orang yang tak dikenali. Lagi menyakitkan hati bila mereka menonton rancangan yang tak mahu ditonton oleh aku.
Pagi tadi kelas English. Dengan kepala seberat 2 ton setengah ini, aku drive juga ke Bangi. Kepala aku melayang. Berasa sangat high sampai hilang focus. Aku main masuk je lorong tol dan termasuklah ke lorong tiket padahal aku mahu ke lorong T&G. Nasib baiklah tak ke lorong Smart Tag lagilah haru biru. Ada wira pulak memarah aku sebab ketika dia nak masuk lane tengah dari kanan, aku pon nak masuk lane tengah dari kiri. Aku suka pandang orang dengan mata tajamlah. Aku pandang je kat dia dan dia pon pandang je kat aku. Agak lama. Aku pon mengucapkan ‘Stupid’ dan dia semacam dapat membaca mulut aku. Dia terus speed up dan enjin dia mengaum kuat. Lelaki gila. Pagi-pagi buta dah sawan. Jantung aku pon berdebar macam nak meletop. Terkejut sebab dia semacam nak merempuh aku. Tapi aku pening lalu aku malas nak kasi impak maksima lagi. AHAHAHA. Aku takutlah sebenarnya. Gila engkau. Aku tengok dia tu agresif ja memandu macam samseng. Muka pon samseng. Dalam pada tu aku terperasanlah rambut beliau yang punk berwarna perang. Sangat buruk semacam budak gila. AHAHA. Atau dalam kata lain, sangat tak tasty. Maka aku pon malaslah nak layan dia men-drift di waktu pagi. Lelaki stupid.
Masuk je English class, kelas kosong cuma ada Puan sahaja. Muka beliau sangat marah dan semacam sangat bosan dengan kelas aku. Kami ni suka datang lambat dan dia pulak sangat suka datang cepat. Saling tak memahamilah kiranya. Aku pulak hari ni macam tercepat pulak. Aku pon duduklah seorang diri menunggu kawan-kawan. Dah macam mati akal aku dibuatnya duduk berdua dalam tutorial room berdua dengan lecturer tersebut tanpa sebarang kata. Aku tahu dia marah. Aku pon tak beranilah nak mengangkat muka. Aku pura-puralah membaca buku merah tersebut yang selama ini tak pernah hayat aku membacanya. AHAHAHA.
Ini lagu didedikasi kepada pensyarah yang marah.
Merah menyala oh Jantungku!
Berdegup pantas kernamu
Haru biru fikiranku... bila kau HENTAK pintu.
Kehadiranmu... menjatuhkan jantung aku.
WAKAKA.
“What time now?,”
Tiba-tiba keluar ayat pertama dari beliau.
“8.25”
Beliau bangun, dan menuju ke aku. Dia bagi melambak-lambak notes mintak aku pass kepada orang lain yg tak dating-datang. Aku tahu mereka akan dating tapi lambatlah. Dalam satu jam lagi ke. AHAHA. Muka dia bengis. Tak penah dia bengis macam ni. Dia ni sangat lembut dan sporting sebenarnya tapi sebab kelas nip on dah melampau kan setiap minggu lambat sampai 1 jam. Kadang-kadang ada yang masuk kelas untuk 15 minit je.
Waktu keluar, dihentaknya pintu sekuat-kuatnya. Naik gugur jantung aku dibuatnya. Dah la aku sorang je dalam kelas masa tu. Semaam dia membuang marah ke aku. Aku pon dengan sangat blur, terus keluar meninggalkan FST. Tengah berjalan menuju ke kereta, terserempak dengan TY. Dia dah sengih-sengih. Aku : You balik je la , TY
TY : Why? No class?
Aku : Bukan no class. Class dah habis. (aku pon mula nak tergelak pon ada, nak bengang pon ada)
TY : Huh? Habis?
Aku : Lecturer mengamuk dah. I yang kena. Tulah, you lambat sangat. Cuba u cepat sikit, boleh sama-sama kena. Tak de lah I makan hati sorang-sorang.
TY : AHAHAHAHA. (dia gelak ok sampai terkeluar-keluarlah lesung pipit idaman ramai tersebut)
Tiba-tiba Chee Way muncul.
CW : Kenapa?
TY : Nurul dah kena marah. AHAHAH.
Aku : Bukan marah I lah! Dia marah koranglah lambat. Tapi I je yang ada kat kelas tadi, I lah kena extra banyak sikit.
CW : AHAHAHA. (Suka?)
Aku : Dah ar. Balik.
TY : You ponteng lagi? Confirm lepas ni you balik bilik kan? Dah tahu dah u ni… I selalu Nampak kereta you naik KIY. (muka notty la semacam)
Aku : Seperti biasalah :p
Dah betullah kata TY. Lepas English Class mestilah aku balik ke bilik menyambung tidur ataupun menyambung rehat. Kelas pukul 8 pagi! Gila! Mana cukup tidur lagi ma. CW pon mengajak breakfast tapi aku kata tak nak. Aku nak balik dan menguruskan hidup secara sendiri. Maksudnya, aku akan melakukan apa-apa secara suka-suki hati akulah. Aku akan urun studio mengikut gerak hati. Iaitu aku tak akan muncul pada pukul 2 petang. Aku nak balik bilik, nak muntah dulu. Lepas tu nak kemas bilik.
Yeh. Muntah sudah. Makan Chips More sudah. Makan ubat sudah. Kemas bilik sudah. Lepas ni nak baring kejap selama setengah jam dan meng-autocad lah seterusnya. Petang nanti ada group discussion untuk Etika Kejuruteraan. First time lah akan berjumpa goup members yang tak pernah dikenali. Apalah malang nasib aku. Group aku semua budak engine. Tak da budak JSB langsung. Sangat bosan.
Hidung aku ni sangat merah macam clown. Termalu-malu nak turun studio nanti. Si jahat dua orang tu mesti sibuk mengejek. Ah. Bosan. Nak golek-golek. Tapi Boo tak da. Choki pon tak da. Golek seorang dirilah. Mata asyik nak terpejam. Macam nak terkoma. Aku sedang koma.
7 Congteng-conteng:
dik, makanan orang demam ade coke sume? isk.. isk.. :p
sian dia kena marah ngan lecturer tu. dia marah sbb chika tak bual ngan dia kot. ngee..
anyway,sapakah puan yg bengis itu? lecturer BI yg mana 1? kot2 kak ween kenai.;) dulu masa akak amik BI dpt lecturer besh tp suda kulupa namanye pula.dulu kitorg english kat jabatan kimia.
chika kene marah ngn lecturer plak..tp kwn2 apesal dtg lambat noooo???
uiks, ada gule2 hallo kitty leer...comel nyer..jeles i!
wah wah obat2tan pon banyak nyer..
sabar ye sabar.. sakit sakit kena marah ngn lecturer lak. siaaan
sakit lg kah?
get well soon ok!
Post a Comment