Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, March 24, 2008

Kereta Yang Memakan Hati.

Kereta buat perangai! Panas di hati. Sejuk di badanlah. Menggigil. Demam lah katakan. Hati sangat panas. Semua anggota badan kepunyaan aku sangat sejuk, cuma hati saja panas.

Esok macam mana aku nak balik kampus? Tak guna. Nak menangis setempayan dua. Lepas tu nak buang hati ni. Buang! Buang! Sangat bengang. Lampu brek tak mahu padam. Mula-mula Haikal ketuk-ketuk pada brek tu. Tak menjadi. Macam-macam aku buat dengan Haikal. Akhirnya menjeritlah panggil abah. Abah pon try buat yang sama. Kak Ju pon sarankan yang sama. Sebab memang sepatutnya, itulah masalah dia. Lepas tu jiran datang. Then Haikal panggil kawan dia. Datang lagi orang nak tolong. Aku pon menjadi semacam malu dan menarik diri ke dalam rumah. Terus mengamuk-ngamuk dekat ma. Tak puas hati lah katakan. Aku bukan boleh kereta buat hal ni. Semacam putus cinta rasanya. *sigh*

Hari ni buat kerja tak berfaedah tahu! Pukul 6 petang tadi Haikal ajak ikut dia pergi office dekat PJ. Aku kata tak mahu sebab aku pitam. Lagipun hari ni aku muntah-muntah. Dia kata nak pinjam kereta. Aku kan tak suka orang drive kereta aku sebab aku tak percayakan orang. Ngeee... semacam sayang keretalah. Kan dah kata tadi, masalah kereta adalah sama macam putus cinta seksanya. Lebih kurang semacam bercinta dengan kereta tersebutlah. Jadi aku setujulah mengikut dia untuk memerhatikan dia men-driving.

Aku pon pakai sweater, pakai baju tebal dan ikat tudung macam orang sakitlah. Aku kan suka berlagak sakit di khalayak ramai ketika aku sakit. AHAHA. Semacam menagih simpatilah. Adek Dell pon ikut maka kami pon pergilah secara adek-beradek. Haikal yang drivelah sebab dia semacam histeria mahu drive jugak kereta aku yang dara itu. (half dara lah) Tapi kami tak pelawa Ijat pon. Semacam terlupa adek-beradek yang lagi satu. Keji bukan? Sudah on the way baru terfikir dan bertanya sesama sendiri kenapakah tak membawa Ijat. Kesian ok kat Ijat.

Lepas Haikal settle urusan office dia, Dell ajak ber-Pizza Hut. Aku semacam nak termuntah darah mendengar Pizza Hut. Kan sudah dibilang aku demam dan tak bernafsu makan. Lagipun nak dekat Maghrib sangat takutlah merayap waktu senja. Kalau tahu dek abah sangat nahas lah. Tapi aku setuju ja dan suruh Haikal ke Summit. Tapi secara magiknya, tersampai di Pyramid. Magik bukan? AHAHA.

Dah Maghrib lah. Nanti abah marah tak balik sembahyang - aku

Kat Pyramid kan ada surau - adek.

Tak pe ke keluar sampai malam? - aku

Alah, dengan Ekal. Bukan dengan sapa pon - Haikal.

Aku cuaklah! Abah tanya nanti aku sedih - aku

Apsal lak nak sedih. Lawak ok kau ni - Haikal.

Tah, yong Sensitif sangat. Abah tanya pon nak sedih. Jawap je lah, - adek.


Membeli keychain sebanyak-banyak dan membeli candy. Adek aku yang bongsu ni semacam sangat suka keychain. Dia ada pelbagai jenis spongebob keychain. Aku pon tak tahu apa dibuatnya dengan keychain tersebut. Satu keychain ninja dia beli untuk ma. Dia beli tapi aku bayarlah. Dengan alasan, dia budak kecik kata dia. Aku sangat besarkah? Suruh Haikal pulak, dia kata duit dia sudah di-save untuk membeli sport rim dan untuk aksesori kereta dan sebagainya. Aku pon berkata yang aku saving untuk Christian Dior's Hobo tapi dia kata, saving aku tak akan mencapai impian tersebut kecualilah aku tekad untuk berkelakuan baik dengan tidak membeli handbag selama 3 tahun. Ceh. Tapi betullah kata dia. AHAHA.

Selepas makan Pizza Hut, membeli KFC untuk Ijat yang dikasihani. Ketika dia call, kami tengah makan dan dia pon membuat ayat struktur yang melankolik ; Oh, tak ajak pon pergi jalan. Tinggalkan orang kat rumah, korang semua pergi suka-suka. Uda tak nak Pizza. Nak KFC dengan bubur ayam McD. Aik? Demand pulak. Jadi, mengatur kedailah aku dari Pizza Hut ke KFC, dari KFC ke Mc D. Tapi aku tak da makan pon. Orang sakit, makan mushroom soup saja ma. Dan semua pon makanan aku rasa tawar.AHHA. Dan Mango Tango diminum secara sulitlah. Kalau ditahu oleh bunda memang nahaslah. Tekak sakit minum ais. Selepas itu tersesat jalan mencari car park. Aku dah mula rasa pitam nak tumbang di tengah-tengah Pyramid dan bersemadi di situlah. AHAHA. Hangin lah aku. Buat kata Haikal, aku ni cepat sangat melenting. Aku pon membalas yang aku ni kan demam. Dia counter attack lagi. Dia kata, kalau tak demam pon perangai aku masih sama. Kuat melenting.

On the way balik Cheras tu, tersalah masuk jalan pulak. Abes lah tersesat larat sampai ke Desa Petaling dan patah masuk KL semula. Bersiar-siarlah di KL yang semacam best tapi tak berapa best tu. Aku pon dah cuak. Kat kepala terfikirkan abah sahaja. Memang nahas. Abah memang pantanglah aku keluar rumah lagi-lagi malam. Tak pernah-pernah aku buat macam ni kecuali bila aku kat kampus.

Ma pon call. Abah sudah tanya di mana aku. Aku pon marah-marah dan bising-bising di sepanjang perjalanan.

"Mulut macam dj radio ni," kata Haikal dan mereka berdua pon ketwalah.

"Kalau mulut ni tak bising, kita pusing KL ni sepuluh kali la jawapnya" aku membalas.

"Apa kata kita off radio, ayong je bercakap. Menyanyi pon boleh. Ekal request lagu Inul Daratista; How Me Seksi." Haikal cuba berjenakalah yang sangat tak kelakar. Tapi aku menyanyi jugaklah secara sikit lagu tersebut dan kemudiannya adek menyambong sampai akhirnya aku suruh diam sebab kepala aku pon sangat sakit secara seksi.


Kena TIGA tol! Aku suruh dia bayar. Minyak aku sudah kering half. Sangat marah. Padahal abah sudah kasi full untuk aku balik esok. Aku kan sangat miskin tak mampu isi minyak sendiri.

Ganti minyak tu half. - aku

Berapa? Cakap je, Ekal bayar balik - Haikal

RM50 - aku

Setengah tank je, bukan habis pon - Haikal

Kalau abes RM100, ni off 50% - aku

Ah, tak nak Ekal bayar. Minyak pon kedekut - Haikal.

Orang nak balik esok lah! - aku

Ok.ok. Balik ni kita pindahkan minyak RXZ tu masuk kerete ni ok - Haikal.



Sangat panaslah hati aku. Lepas tu aku continue mengamuk sebab sesatlah. Aku ni dah tahan muntah secara extreme. Nak je membuka tingkap dan bermuntah-muntah sepanjang jalan. Macam show pulak.

Apakata ayong off radio ni, dan tidur baik-baik. Ayong kan demam. Biar Ekal drive secara tenang. Ayong membebel ni Ekal hilang fokus tau tak. Tak pun ayong menyanyi je lagu-lagu kat radio ni sampailah kita balik rumah nanti. Ok?

Sikit lagi je aku nak ikat mulut muka dia. Si Dell pulak terbungkang kat seat belakang.


Sampai je rumah, dah pukul 10.00 malam! Gila. Aku keluar malam. Keluar pergi mall pulak tu. Sangat cuaklah kalau dimarah tapi tak dimarah sebaliknya kereta yang membuat aku marah. Lampu brek tu menyala secara terang. Gila! Akhirnya battery kereta dikeluarkan. Esok pagi barulah dihantar ke workshop. Aku pon akan bercuti lagi satu hari dan akan ke klinik lagi sekali. Sebab aku semakin demam menjelang malam.

Hari yang teruk :( Aku nak kereta barulah! RAV4 putih atau Hyundai Coupe atau Carrera. Peh. Berangan. Tapi memang nak. Tapi berangan. Tapi memang nak. Memang naklah. Dulu masa form 5, pernah sawanlah aku pujuk parents belikan aku Hyundai Coupe tu. Tapi parents sangat tak berkenan kereta tersebut. Frust menonggeng aku waktu tu. Tak dapat Hyundai Coupe, aku mintak Honda Jazz tapi akhirnya berasa tak berapa minat sebab ramai budak pakai kat kampus. Sangat tak uniklah. Tapi tak lama lagi memang ada orang dapat kereta baru. Makan hati lah aku dibuatnya. AHAHA. Kenapa gelak? Bukankah ini entry emosi? Hiarght!
 

14 Congteng-conteng:

Blogger azie conteng...
chika ni demam2 pon maseh bole buat klakar,hehe..get well soon ok.
12:25 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
chika..
u get well soon ok..
balik kampus cecepat taw

xmo panas2 ati dah..
mkn ubat ok..
tp jgn mkn secara byk..

nnt u high plak
tataw i nk menjawabnya nnt..

hehe
12:35 AM  
Blogger Unknown conteng...
ayong.. lenkali bile nyanyi lagu inul tu cube rakam n letak kat blog neh? ramai yg nak dengo hehe.

minyak rxz dipindahkan ke tak? lawak aa haikal
12:39 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
kalau dpt kereta baru, CRV tu bagi secara half price kpd aku bole??

lalalalala.....
2:03 AM  
Blogger tun teja conteng...
budak chica ni berdarah panas kot.
berdarah mamalia yg extreme.
dok membebel je spjg perjalanan.
kaktun boleh imagine perasaan adik adik tu. heheh

lama nye demam chica. leh mendatangkan danger. kaktun doakan semoga cepat sembuh yek.
4:19 AM  
Blogger Tok Rimau conteng...
Nurul,
Lampu brek itu adalah signal. Ia memberi signal bahawa kau perlu berhenti. Berhenti lama sikit.

Beri laluan kepada penjalan kaki. Juga berhenti menyeksa telinga penumpang lain. kah kah.

Reminder: Kalau benarlah bagai url blog ni Nurul Love Me, buktikan. 1 April sedah merapat.

-Pengarah Gangguan Teksual.
8:59 AM  
Blogger cepotet conteng...
ahahaha. sesat sampai pusing pusing KL. memang bagus tu. jalan jalan cari pasal namanye tu kan dik.

tapi besh la kalau kuar ngan adik beradik. suasananya lain. and kalau kena marah ngan parent pun sesama kena tanggung. syooooookk! :p
10:01 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
AZIE - semakin high, semakin laju otak neh. AHAHA.

IZZA - thanx izza. i dah mmg high pon. dah berapa hri ni asyik layan kepala je. semacam addcted to something. KUAKUAKUA!

LINDOSH - aha. klu i nyanyi la, mmg sgt abes korang semua muntah darah. i tak suka naya org :p

SYAFF - bagi half price tak bley. bagi secara half boleh. ko nak bahgian mana? AHAH :P

KAK TUN - cika neh mmg biasa demam lama. kadang2 sampai dua minggu. sbb jenis demam malam. klu siang dia semacam ok. start je pukol 7, mulalah badan panas semacam. tq ya kak tun teja. hikayat melaka sesat di dublin :p

BISKUT TIGER - aaaaa... saya sedang berusaha carik bahan neh. tapi semacam tak ada yg sesuai. Stress ok tok. :(

KAK ERNI - tapi semalam kan tak sehat. rasa hangin je satu badan. dok sendawa sepanjang jalan. Pastu pusing Pyramid pon tak abes. sebab tak sanggop dah.
10:24 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
wah..sgt seronok berjalan2 bersama adik-beradik di mall.kak ween hanye dpt berjalan2 bersama kwn2 saja tnpa adik beradik okeh? maklumlah anak tanpa adik beradik.gagagaga..

selera sudah pergi holiday kah? ke mana? ke paris? heheh xpe chica, bile selera sudah pulang, makan dgn begitu bergaya okeh? ehehe sebut pizza hut itu membuat kak ween lapar plak pg2 nih..jom pizza! yeehaaaa
10:34 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - chika neh tak berapa suka pizza hut pon. chika suka ayamas. AHAH. baguslah jugak tak lapar. boleh kawal tabiat makan. :p
10:36 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
aku nak bahagian bontot la..
sexy skett~ miahahah~!!
3:40 PM  
Blogger cepotet conteng...
a'a kan.. kalau sakit, nak jalan jalan memang tak besh. rasa nak lempang orang lagi ade la. huhu..

get well soon dear!
5:29 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
SYAFF - ok. bahagian tu kau amik. aku pasti nak dashboard lah. AHAHA.

KAK ERNI - chika rasa nak tembak kepala sekor-sekor. ahaha. bukan salah chikalah. kan dah kata, tak berapa sihat. perbuatan di luar sedar :))
8:52 PM  
Blogger Ms Haslina conteng...
dulu pernah keta honda accord abah kasi reen pakai setahun dua jadi gitu..lampu brek x nak padam..
solution nyer masa tu kena pi kat bhg enjin..pastu kena buka satu chip yg mmg utk lampu brek..
pastu lagi..rhupanyer lagi ada satu barang kat bhg bawah tempat brek kaki yg tertanggal..so tampat balik benda tu..so selesai masalahnyer...anta kat bengkel pun diorang wat camtu..free :)
4:07 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."