Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, May 11, 2008

Ku Ke Kulai

This entry is auto published


Selamat pagi! Pagi ni aku bertolak ke Kulai, Johor. Mungkin semasa engkau semua membaca ini, aku sedang menunggu di studio untuk memulakan perjalanan ke Kulai. Mungkin aku sudah on the way to Kulai. Mungkin aku sedang menyanyi di dalam kereta. Mungkin juga sedang menyambung tiduran. Atau paling dahsyat yang boleh aku pikirkan ; mungkin sedang bermasam muka. Hello, hoi! Ini Chika. Mood beliau umpama cuaca. Boleh dikaji tapi tak semestinya tepat. Boleh berubah, tidak menentu. Ehehe.


Group aku masih sama macam our last trip to Pontian. Atong, Gediks, Shiken, Alif and Mr Lim. Hoyeh! Mr.Lim setuju untuk men-driving ke sana. Jadi kami tak payah bersusah payah dan berazab manaiki bus. Tapi kereta cuma memuatkan empat orang. Iaitu orang-orang yang sanggop tongtong kos perjalanan included petrol and tol. Jadinya, cuma aku, Gediks, dan Atong yang akan menumpang kereta Mr.Lim.


Group kami kena pergi Kulai. Jadi kali ni tak dapatlah bersenang lenang menumpang di rumah atuk aku macam dulu lagi. Sangat heaven je rasa. Sebab tak payah bayar kos penginapan. Dapat makan free dan tak payah berjalan secara perlahan-lahan di atas rumah kayu yang sangat usang. Aku sangat gayatlah. Lagipon macam sangat kesian ja kalau ditumpang rumah orang kampong yang tak berapa senang. Menyusahkan bukan?


Tapi kali ni terpaksalah. Group aku neh kena tidur dekat rumah yang kami nak measure tu. Aku sangat tak nak tapi apakan daya. Diharap aku gembiralah di sana dan tak da membuat kepala angin. Semoga aku berkelakuan baik dan semoga semua orang berkelakuan baik dengan aku.


Tak berapa pastilah selama mana aku akan berada di Johor. Tapi yang pasti, balik saja dari Johor terus menyambung short sem dan rushinglah menyiapkan drawing. Jadi macam lamalah aku tak dapat bersosial dengan engkau semua. Sangat sorrylah sebab aku tak dapat berjalan-jalan ke blog kamu semua. Sebab aku sangat runsing di kepala. Aku cuma rasa nak makan nasik ja. Aik? Macam tiba-tiba terkeluar nasik kenapakah? AHAHA.


TETAPI.
Sebagai seorang penulis blog ilmiah yang committed dan tak suka membiarkan hasil kerjaan tergantung-gantung semacam blogger yang kurang efisien, aku sudah bergolok gadai tenaga neh menyiapkan marathon entry. Datanglah masuk secara releks ok setiap hari. Sebab update tetap ada.

Thank you anyway Blogger.com! Memang gereklah blogger sudah membenarkan auto publish entry padahal aku pon tak berapa sure bilakah feature ini diperkenalkan. Tapi sangat menarik bukan? Sangat baguslah kepada insan obsess macam aku neh. Makin menjadi-jadilah aku punya obsesi menulis blog dibuatnya. AHAH. Sebab tu aku kata, kalau blog ni dijadikan secara komersial, dah lama aku kaya. (Ha, ha! Jangan berani mempromosi online bisnes dekat aku. Warning neh. Jangan. Sebab aku tak ada minat nak membuat duit dengan blog peribadi yang sangat ilmiah ni). Oh. mulai hari semalam, blog aku diiktiraf blog ilmiah ok oleh aku sendiri. Jadi siapa kata blog aku tak ilmiah, aku akan menjentik dia keluar secara selamba yaya. Aik? Emosi lagi. Padahal tak da apa-apa hal yang mendatangkan marah. AHAHA.


Disebabkan aku secara berani mati mengiktiraf blog sendiri sebagai blog ilmiah, biarlah aku buktikan buat kali pertamanya. EHEHE. Siapa tak berapa faham atau langsung tak faham apakah itu auto publish, bolehlah membaca di sini secara slowslow. Lepas tu engkau pon bolehlah menconteng arang dekat blog kau secara gila atau secara berani mati. Sampai termati-mati pon boleh. Sebab lepas mati pon, update masih berjalan sebagaimana yang sudah di-schedule-kan. Ingat. Ini blog ilmiah tahu! *ahaha. macam kelakar pulak mengaku macam neh. sangat tak malu. tapi semacam daring*


Ingat. Aku sudah siapkan entries untuk hari-hari yang mendatang. New entry akan di-publish secara automatik oleh Blogger.com pada setiap pagi jam 8.30am. Waktu Malaysia bukan waktu Korea atau Japan atau Russia. Err. Bukan waktu Canada jugak. Canada? Manakah si Mr.PerfectAndGenius tersebut? Membuat urusan secara sibuk sampai terus hilang padahal aku macam mencarik dia selama dua hari. Gagagaga *aik? ter-copy-paste gelak beliau*


Jangan bising-bising kata blog aku bersawang atau terbiar. Sebab semua harta benda aku tak pernah dibiarkan terbiar. Semuanya sangat terjaga. Ya. Terjaga. Ehehe. Semoga aku gembira membuat kerja-kerja ukur.
 

4 Congteng-conteng:

Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
ohh laaa....
ada kat kulai rupanya budak kecik neh. patut lah sunyi je.
=P
mende alah auto publish ni dah sebulan la yang..
11:14 PM  
Blogger Masy conteng...
kulai... aduh.. bosan2 huhuhu
8:26 AM  
Blogger 13may conteng...
saya ada satu peluang bisnes...
berminat...sila kasi number phone anda...

hope to hear from u soon!

*oh ya! ini adalah iklan nak mintak number phone*

hehhe hehhe
8:29 AM  
Blogger Nashrex conteng...
aku ada nombo dia.. nak? wahahha...

wei.. auto publish tu camana?
12:08 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."