Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, May 13, 2008

The Old School Stories

Chika ; the smallest one.


Aku ada satu buku. Nama buku tersebut F.R.I.E.N.D.S. Warna hijau, dan lusuh. Sudah lusuh. Sebab dah berusia. Iaitu 5 tahun. Macam-macam tangan dah gunapakai. Kira macam dah ternodalah. Err. Bukan virgin. AHAHA. Buku tersebut bukan virgin!

Fungsi buku :
Membenarkan kawan-kawan menulis pendapat intelek mereka tentang aku secara sawan. Iaitu mereka dibenarkan menulis secara bebas untuk menggambarkan 'aku' ke dalam bentuk tulisan yang dihasut oleh nafsu dan jeritan hati. Iaitu macam meluahkan apa yang mereka rasa pasal akulah. Apalagi, mereka pon tulis macam-macamlah. Ini berlaku pada sekitar zaman SPM dan Matrikulasi.



Dah lama aku tak bukak buku tersebut dan baca. Sebab aku terlupa yang aku ada buku tersebut. Tapi sejak minggu lepas, aku membaca buku tersebut secara religious nya setiap malam sebelum tidur dan juga semasa lapang. Sampai naik hafal. Wah. Seronok membaca pandangan orang tentang kita. Tapi aku sikit tak terjejas dengan pandangan tersebut sebab akulah yang paling mengenal diri aku. Jadi tak da elemen surprise di situ. Sebab semua orang pon menulis perkara yang lebih kurang sama. Kecuali pada muka surat terakhir. Sangat mengujakan.

Aku pon tanya kenapakah semua isi semacam sama. Adakah mereka melakukan plagiat? Mereka kata bukan sebab aktiviti plagiarism. Tapi sebab satu dunia pon nampak itu saja pada aku. Masa aku sekolah dulu lah. Sekarang dah banyak perangai burok aku tak da buat. Ada banyak pulak perangai buruk yang lain terbina seiring dengan usia. AHAHA. Manusia kan merupakan satu organisma. Pastilah berkembang dan berinteraksi dengan organisma yang lain. Maka, membentuk jatidiri yang sering berubah. Ah, sudah! Jangan dibuat-buat aku tulis ayat motivasi neh. Nanti berdarah hidung semua orang. AHAHAH.


Masa sekolah dulu, aku pengawas bersaiz kecik. Sebab itu aku comel. AHAHA. Kecik, budak, dan fikiran yang tak berapa menentu. Melakukan kesemua perkara tanpa mengambil kira faktor risiko. Iaitu berani mati. Cepat kecik hati dan suka merajuk dengan cikgu. Aku neh sangat terkenal dekat sekolah tahu kah? Wah. Berlagak bukan? Err. Tahukah kenapa aku terkenal? Sebab aku neh perangai luarbiasa sikit.

  1. Cikgu tak boleh marah aku nanti aku pon berasa sedih dan kecik hati. Lalu aku pon akan termonyok-monyok dalam kelas. Langsunglah aku tak da tegur cikgu tersebut. Sampailah cikgu memanggil aku dan memujuk dengan memeluk aku. Sangat bongok bukan? Tak percaya tanya Aizar.

  2. Aku tak suka salin nota. Biar lantaklah ciktu tu menulis dekat blackboard sampai muntah darah pon aku tak da salin punya kecuali aku rasa bosan. Ataupon sebab aku ada pen baru yang macam best. Maka buku nota aku selalulah dihantar ke Ketua Bidang sebagai pelajar yang mempunyai reputasi buku yang buruk. Tapi sikit tak menjejaskan alam persekolahan aku yang indah tersebut.

  3. Aku tak suka Sains. Aku suka Art. Tapi aku ambik juga Science stream sebab kalau ambik Art dekat sekolah aku, nanti dituduh budak buduh. Nanti dituduh tak pandai. Padahal aku memang tak suka belajar sains. Bosan. Terlalu bergantung kepada fakta sampai otak tak free. Tapi aku gagahkan jugak jiwa yang kental ni belajar sains secara mati-matian. Sebab kalau fail, aku berasa macam nak mati. Err... macam kiasu bukan? Disebabkan tu jugak aku tak suka buat eksperimen. Sebab aku memang tak suka sains. Tapi aku sangat pandai Kimia. Sebab aku rasa Kimia lah paling menarik dalam dunia sains neh. Aku ponteng kelas Fizik selama dua jam sebab aku bosan dengan eksperimen bermain troli dan melihat riak air. Apakah punya bosan. Aku pasif ja dalam lab Bio sebab sangat jijiklah mereka bermain dengan tikus, mencucuk jari mengeluarkan darah dan sebagainya. Jijik bukan? Aku muntah tahu semasa lab membedah tikus. Sangat kotor! Sebab tu aku sumpah aku tak kan ambik medik. Tapi aku tetap study kesemua subjek sains ni secara skema nya

  4. Aku pemalas dalam kelas. Homework pon jarang buat.Tapi aku sangat skema sebenarnya sangat rajin buat revision dekat rumah dan fokus secara nerdnya dekat tuition. Kecuali maths dengan Add Maths sebab aku takut cikgu cubit secara halus. Sangat sakit. Rasa nak patahkan ja jari dia yang mencubit aku tu. Ada satu subjek ja aku memang suka fokus iaitu Sejarah. Pelik bukan? Kalau ditanya dalam dunia ni, mesti kurang dari 20% students yang mengaku suka sejarah. Tapi aku sangat suka. Akulah penghafal buku teks sejarah paling maju. AHAHA. Tanya ja apa semua aku sangat hafal (dululah. Sekarang tak berapa nak ingat) Biasanya, kalau nak exam sejarah, aku releks ja. Sebab aku memang dah hafal semua. Nota sejarah aku pon, bukan sikit punya fancy. Meriah. Sampai cikgu India yang garang macam Mak Singa tu pon suka kat nota aku. Sebab aku suka. Kalau aku tak suka, memang jangan harap aku buatlah.

  5. Kelas English adalah kelas paling heaven. Sebab Sir Manjit sangat sporting. Kami boleh pilih hari apa nak belajar dan tak nak belajar. Sebab dia kata kelas aku dah cukop pandai dah. AHAHAH.

  6. Aku pengawas. Aku pakai kasut sport warna merah pergi sekolah. Sampai ditegur oleh junior barulah aku tukar kasut. Sebab nanti dikatanya aku macam ibu ketam mengajar anak berjalan lurus. Lagipon aku AJK Teringgi lah kononkan. Tudung aku tak da apa-apa batch ataupon nametag. Sebab aku rasa semak ja! Aku tak da pakai batch apa bagai tu. Aku cuma pakai tag pengawas itupon kalau aku ingat.

  7. Kawan aku sikit ja. Iaitu kurang dari 10 orang. Sebab aku tak berapa suka berkawan. Bukan tak suka. Bukan. Tapi tak berapa tahu nak berkawan dan mereka pon macam tak nak berkawan dengan aku. Sebab muka aku macam tak nak berkawanlah. AHAHA. Padahal aku ni sangat baik dan comel tapi mereka ingat aku ni sangat jahat dan comel. Aik? AHAHA.Sebab tu kawan-kawan sekolah aku sangat kecik radiusnya. Balik-balik itu.


  8. Aku tak reti duduk diam dalam kelas. Sebab berasa macam sangat pasif. Macam budak yang tak berapa baik tumbesarannya. Jadi aku pon suka berjalan-jalan mengelilingi sekolah. Bila aku rasa bosan, aku masuk kelas balik.

  9. Ada few classes aku tak akan lalu sebab ada lelaki meroyan. Nanti buat malu aku ja. Meraka akan menjerit-jeritlah like monkey. "Haizum! Haizum!," O-mai-god. Sedangkan bercinta di sekolah adalah HARAM. Bagi aku. AHAH. Macam sangat kesian ja kalau bercinta di sekolah. Bukankah sekolah tempat belajar dan bergembira menghayati dunia antara kanak-kanak dan remaja? Buat apalah boyfriend. Lagipon kalau ada boyfriend pon bukan boleh dibuat apa. Mereka pon tak da kewangan yang baik. Tak da kereta. tak boleh berjalan. Paling best pon bergayut dekat telefon rumah. Wah. Bukankah tak best? jadi aku pon tak da bercinta disekolah tapi adalah ber-main-main.Lagipon sangat takot parents tahu nanti kena marah.

  10. Perkara paling best tentang sekolah ialah GLAMOUR. Ahaha. Punya seronoknya hidup menjadi insan glamer. Dicarik cikgu setiap masa dan ketika. Menguasai perhimpunan. Sekali lalu ja depan kelas-kelas, pasti nama diteriak-teriak. Wah. Bukankah best tu? Yang paling tak bestnya ialah bila aku terkonflik dengan ketua pengawas. Wahaha! Abes lah berlaku bencana alam. Oh, Jangan ingat. Jangan ingat.

Sebenarnya aku bukan pelajar cemerlang. Sebab dari segi disiplin, aku sangat tak da. Sebab aku pergi sekolah sebab nak belajar (tanpa menyalin nota), bermain, dan meng-glamer. Itu saja. Kalau dikata ke sekolah hendak membentuk jatidiri, memotivasikan diri mahupun menjadi pelajar yang berketrampilan... oh sangat tak da! Aku tak da impian tersebut. AHAHAH.


Tak percaya? Hmm. Berbalik pasal buku F.R.I.E.N.D.S tadi. Ini antara apa yang ditulis oleh kawan-kawan dan aku rasa nak ketawa terpengsan-pengsan. Sebab perangai aku dah banyak berubah. (at certain things la). Mulakan dengan apa kata Marlia, bestfriend tahap maksima aku semasa sekolah dulu.



Dia ni cute. Memang betul kalau orang kata dia sombong.Seorang yang berani secara extreme. Buat apa pon tak pikir risiko.Funny. Jenis berterus terang dan seorang anak yang patuh kepada ibubapa. Perangai buruk dia. Dia ni boros. Pemalas salin otak dan moody. Dia paling terror bercerita benda yang mengarut - Marlia


First aku kenal ko, first impression aku ialah... Kau ni sombong. Dah la sombong, garang pulak tu. Abesla memang aku kutok ko. Bila dah kenal, ko ni sebenarnya seorang yang nakal, ceria dan pandai. Ko nih muka je pemalas tapi tetap score je exam. Pelik aku - Astri Fadhilah


Aku ada ketidakfahaman dengan perwatakan dia ni. Semua yang aku pikir adalah SALAH! Dia bukannya belajar sangat pon. Tapi apsal dia punya markah mesti lebih tinggi daripada aku? Heran aku ni. Tapi aku respect sebab dia mampu bawak semua pelajaran dengan baik. Lagi satu, dia ni memang ada talent dalam seni. Paling aku respect ialah cara dia berkawan dengan Marlia. - Hasif Hanis Hashim


Dia ni masa sekolah rendah dulu, gila suka kat Ziana Zain.Dialah yang menyatukan Azida dengan Khalif. Disebabkan mulut dia yang bagitahu dekat Khalif. Tapi kitorang pernah bergadoh sampai tak bertegur sapa selama 1 bulan 14 hari. Dia ni memang ''pendesign" nama orang. Dia suka buat benda pelik-pelik yang orang lain tak terlintas nak buat. Lepas tu dia dapat hobi baru. Suka bawak mainan pergi sekolah. Bijik matalah, ularlah, bolalah. Semua mainan diangkutnya. Dan jugak dia ni tokey tisu - Nurul Nadia


Dia ni muka macam kanibal. Aku kagum dengan dia ni sebab dia pandai mengarang. Memang darah seni. Mengarang, berpantun, bersajak tu semua talent dia. Tapi engkau ni kurang bersosial dengan orang yang tak rapat dengan kau. Engkau ni kanibal sumbang kot? - Sharifah.


Aku kenal dia ni dari sekolah rendah agama tapi dia tak kenal aku kot. Dia rapat dengan Marlia je. Dia ni sekali pandang nampak sombong sebab muka dia yang terlampau cute tu. Kalau bab bercerita, dialah nombor satu. Kalau bab belajar, tak payah cerita. Aku respect sebab dia boleh buat macam-macam. Dia minat seni. Pasal keburukan pulak. Dia ni kalau merajuk ke, bad mood ke ... mulalah tak nak tegur sapa-sapa pon. Lepastu dia pon menarik muka yang cute menjadi masam - Siti Nur Hidaya


Kita tak rasa dia ni sombong. Kita rasa dia okay je. Tapi tak tahulah dia rapat sebenarnya dengan siapa dalam kelas ni. Sebab budak boys yang lagi suka contact dia. Dia ni ramai gile peminat sampai tak terlayan kat matriks ni. Sampai lelaki yang tak tersang-sangka pon minat kat dia. Tapi dia ada syok kat sorang ustaz kat kmj ni. (aik? ada ke aku minat kat ustaz???) Rasanya ada sorang cikgu Kimia baru ni sangat sayang kat dia. Sebab dia selalu datang kelas lambat sampai cikgu pon asyikmcarik je dia. - Abidah (kawan matriks)


Dia ni jahat. Memakak dalam kelas bersama-sama sebab macam mikrofon bergabung dengan speaker. Rambut dia panjang. Dia ni memanglah bukan peminat sukan. Tapi yang terkejutnya bila dia tubuhkan pasukan netball. Terror tak??? Dia ni moody. Ada angin. Tapi dia memang still jahat (aik? banyak kali ko cakap aku jahat eh) Kekadang suka membeli barang yang entah apa-apa.. Kuat membebel, jiwang, suka gelak dan kuat bercerita dan advance bab ______ (apa neh?) Lagi satu, dia suka paksa orang. - Nurul Aizar


Mula-mula tengok dia, memang serasi dengan word sombong. Tapi dia merupakan seorang daripada 3 orang yang ingin kukenali. Dia suka membangkang kata-kata orang lain. Fanatik dengan sesuatu perkara. Dia ni jenis berani dan bersedia bersuara. Dia jugak seorang yang sempurna fizikalnya dan anatara perempuan cantik yang pernah kujumpa (aik? lain macam ja neh). Tapi kecantikan hanya ternilai dengan keikhlasan hati - Nurhidayah


Pada mulanya aku tengok dia ni sombong. Kawan dengan geng-geng dia je. Rapat dengan Marlia. Orangnya pandai dalam semua segi. Tak kira sains atau seni. The bad thing is, dia tak suka bergaul sangat dengan orang lain. Kalau member dia tu, tuuu je la, tak de lain dah. Aku harap, kau bagilah sikit senyuman kepada orang yang senyum ngan ko. - Shanur

Kita antara orang yang rasa awak ni memang sombong. Jarang bergaul dengan orang lain. Selain kepandaian, dia sebenarnya sangat tegas dan matang. Dia ni memang ekselen, bercitarasa tinggi dan sedap mata memandang. Keras hati. Kemahuan dia sukar ditolak. Sikap dia yang kanak-kanak tu buat orang terhibur. Jangan tak tahu, dia ni pelawak tau. Dan manja.Apa pon character awak, semuanya senang di hati kita. - Arfah


First time aku nampak dia ni, wah lawa rambot dia! Macam Avril Lavigne (erk?? Adoilahhh. Ada ka Avril Lavigne? AHAHA) Cool je dia ni. Dia lawa. Tak rugi aku kenal ko ni sebab ko ni baik - Lina (kawan matriks)


Bila jumpa dia buat pertama kali... memang nampak sombong. Muka garang gila. Muka punyalah rock tapi suka lagu nasyid. Jangan gelak! Dia ni kalau ada tak suka orang, memang abisla dikutuknya penuh semangat. Macam satu kuliah nak dikasi tahunya. Dia ni belajar main-main gak. Pandai tapi saja tak nak tunjuk pandai. Dia ni cakap main lepas je - Nur Aqilah


Aku begitu mahsyuk bila tengok rambot dia yang panjang mengurai macam model syampoo. Best jugak budak ni bila dah kenal. Ingatkan sombong. Petah bercakap. Bagi aku, dia ok je - Nurul Hikmah


Sebelum kenal kita rasa dia ni sombong sikit. Dia tak pernah nak tegur kita pon. Tapi bila mula dah cakap ngan dia, dia ni sebenarnya baik dan peramah jugak. Paling suka tengok dia senyum. Sebab dia cute. Tapi kalau dia dah buat muka, memang takut nak tegur. Dia suka warna hijau - Zaitul


Mula-mula aku tengok ko, dorang kata ko sombong tapi aku rasa kau tak sombong sebab kau cun. Budak cun confirm baik (eh. Ada pulak eh macam ni? hiks) Bila aku perhati lama-lama, nampak pulak ko ni garang sebab tak penah nak senyum. Pasni senyum lebih sikit eh. Lepas dah kenal, aku rasa ko ni tak de la macam yang dorang cakap. Kau ni ok je.Aku nak tengok kau pakai wedding dress - Hafizatul Alia.


Mula-mula je masuk room ni, kita tengok muka dia macam kena sambal. Budak ni macam tak suka kawan dengan orang je. Tak penah nak senyum. Bila dah kenal barulah tahu hati budi dia. Tapi dia monyok dan moody kadang-kadang. Dia baik. Suka kasi benda kat aku. Contoh : Se... ops! (ahahaha! Aku kasi dia sepender percaya tak? brand new la hoi!) Suka makan dia ni. Roti dengan coklat. Suka mandi malam-malam lepastu pujuklah aku suruh teman.Kalau pergi kafe dengan kita dia mesti minum air coke sebab kalau dengan Trex, dia tak boleh minum Trex tak kasi. - Nurul Ain (room mate matriks)


Dulu tak berapa rapat dengan dia ni sebab dia suka bergaul dengan kawan-kawan dia je kat belakang. Dah form 4 ni barulah aku tahu yang dia ni suka tido. Pantang ada masa terluang je, dia tido. Masa tak terluang pon dia tido. Lagi satu perangai dia yang aku tak pernah tahu... dia ni kuat gelak rupanya! Dulu aku ingat ada berlian dalam mulut dia. Susah sangat nak bukak mulut. Benda yang buat aku musykil, dia ni suka tido dalam kelas dan selalu tak buat homework. Tapi dia ni pandai tahap brutal punya. Tahun ni form 5 dia duduk belakang aku baru aku tahu perangai sebenar dia. Dia suka buat lawak. Yang paling aku tak gemar pasal Cik Nurul ni ialah dia suka buat demonstrasi haram. Kuat protes. Korang tau apa yang aku suka sangat pasal Cik Nurul ni? Dia ni lah radio kat kelas ni. Semua lagu dia suka walaupon lagu tu tak best. Tahap kekejaman dia ni, dia suka sangat bagi nama gelaran kat orang lain. Dia ejek Hasif MakYong. Dia ejek Edwin Parkinson. Dan yang terbaru dia ejek aku Busuk. Rasa nak bunuh je dia ni. Tapi aku tetap suka kawan ngan dia ni - Nurul Ain (klasmet meja depan)


Dorang kata ko sombong dan garang. Tapi mula-mula aku tengok ko, aku no komen. Tapi ko ni memang cun ar. Kenal ko pon sebab ko rumet Trex. Tu pon sebab aku pinjam kaset nasyid kau. Tak sangka beb ko layan nasyid! Kita jadi rapat sebab sama-sama jaga ticket counter JPP. Boleh tahan ar best member ngan ko ni! Aku suka kutok ko basuh baju lambat! Hehehe. Kawen jangan lupa jempot aku. Aku nak tengok mamat ensem mana yang bertuah berbinikan ko ni. Ehehe - Azralina.
(klawan matriks)


Nurul kuat tido.Macam aku tapi dia lagi dahsyat. Kuat makan. Suka kacau aku. Kalau bercerita memang tak leh berhenti. Bercerita macam berpidato sangat lantangnya. Suka gila cakap pasal komputer. Mula-mula masuk bilik ni aku tengok muka ko macam sombong tapi lepas tu ok je. Kawen tak jemput siap ko! - Wani @ Minnysh (room mate matriks)


Nama dia ni taklah asing bagi saya. Saya kenal nama dia sejak form 1 bila dia dengan beraninya mendeklamasikan sajak di depan perhimpunan. Peh. Dasat budak ni. Awak pernah sekali datang carik saya dekat kelas untuk bercakap pasal peraduan melukis. Rasa beruntung sebab pelajar popular datang carik saya. Masa bercakap dengan awk buat pertama kalinya, saya rasa awak tak sesombong yang disangkakan. Yang saya tahhu, awak antara pelajar top 3. Sekarang kita sekelas. Saya nak tahu lebih mendalam pasal sikap awak dan kemampuan awak. Sayangnya tanggapan saya meleset sama sekali. Saya tak tahu samada nak berkata yang awak ni sombong, atau memilih kawan atau saya bagi awak adalah lawan awak? Tah la... Tapi saya rasakan, kita berdua ni tak lah berkawan sangat kan?? - (aku tak ingat nama dia. Dia pon tak tulis nama dia dalam buku aku neh). Something like Akma ke nama dia???



Itu saja yang dapat dituliskan. Selebihnya rahsia aku ma. Ada lagi satu buku tapi aku malas nak taip dah. AHAHA. Majoriti pendapat seakan sama bukan? Sombong dan garang. Padahal aku sangat tak sombong.

Tapi sila baca komen terakhir. Dia macam bermalash dengan aku kan? Aku pon tak perasan yang dia nak ajak aku lawan. Sebab sikit pon aku tak da pandang kat dia sebab dia memanglah bukan kawan aku sangat. AHAHA. Tapi kawan-kawan aku kata dia sebenarnya nak fight dengan aku. Sedangkan aku sangat tak da masa nak fight dengan dia masa tu. Tapi sebenarnya aku sangat kagum dengan dia. Sangat bersemangat. Dia mulanya budak kelas bawahan. Yang aku langsung tak kenal. Tiba-tiba melonjak naik after PMR. Masuk science 2. Masa form 5 prestasi dia naik lagi dan masuk Science 1 dan sekelas dengan aku.Tak sangka rupanya dia aim aku sejak form 1. Aku pon tak sure sangat. Tapi menurut perbincangan aku dan kawan-kawan, dia macam aim aku sebagai target. Dia macam target nak bersaing dengan aku. Dan oh! Sangat proudlah aku sebab dia berjaya okeh! Banyak kali sepanjang form 5 tu dia kalahkan aku in term of studies la. Popularity dan talent lain dia tak da kalahkan aku. AHAHA. Tapi sunggoh la aku respect kat dia walaupon aku tak pernah bagitahu dia. Dia memang sangat spiritual dan gila arght! Aku rasa dia memang best student. Sebab dia rajin study, salin nota dan ada azam. Aku tak da kerajinan. Aku cuma ada natural IQ yang baik. AHAHAH. Tapi aku macam sikit bengang dengan dia sebab tiba-tiba ja tulis secara kontroversi semacam nak mencarik gaduh pulak kan? Funny you.
 

8 Congteng-conteng:

Blogger Dieyla conteng...
yeah!
saya nombor satu.
bukan senang ni nak dapat jadi no 1.
ngeh-ngeh..

wah!
lawak lah bile ingat balik time sekolah.
pape pun, sekolah memang paling best kan?
banyak gile kenangan.

chika ni pemalas rupenye.
ish-ish.
bagitau mak die.
tapi selamat die pandai.
hehe.

untung kan ade otak super duper best.
takyah blaja pun leh score.
slumber je.
takyah jadi budak nerd asyik study je.
psiko lah orang camtu!!
10:49 AM  
Blogger ajathajar conteng...
zaman2 kanak mmg plg best.
yeah!
3:41 PM  
Blogger Masy conteng...
ini auto publish ke?
9:17 PM  
Blogger nieja conteng...
i no 4..
bye haha
1:43 AM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
waaa, best giler baca cite skolah chika panjang 2 nih,hehehehe..:) kesimpulannya mmg chika dah ganas dari sekolah dulu,hahahahahahhaaa
10:56 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ganas?????? ahahhaha. bukan ganas. degil.:p
11:24 AM  
Blogger fara-D conteng...
mmg! chika mmg degil!!!wakaka


***larikkK!!!***
1:02 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
salam.. haizum..
eventhOugh pOst ini sudah berusia 2 bulan lamenye.. nak komen gak..huhu..

seriusly..i wrote such thing??..ahahaha..funny seyh..ish3..mmg kebudak2an..hehhe;p..
just one thing wonder in my mind.. ingtkah kamu pada 2 org insan lain yg ingin kukenali??.. (musykil nih..cuz tak penah teringat pule nowadays..;)..
8:16 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."