... of why you would not want me as your girlfriend.
- I am possessive. Aku sangat tak suka barang orang. Aku tak suka memakai barang orang. Tapi kalau barang tersebut hak aku, aku sangat protective dan possessive sampai keadaan di mana orang lain langsung tak boleh sentuh dan merasa pon boleh terjadi. Implikasi yang sama ke atas lelaki yang sudah menjadi milik aku. Pasti sangat dahsyat penangan aku terhadapnya sampai beliau sangat sukar bernafas aku kerjakan. Err... bukanlah! Maksud aku, beliau jangan berharap untuk bersosial dengan perempuan lain. Sebab dalam polisi aku, (err... chika neh kaya polisi lah pulak) tiada istilah teman baik wanita. Engkau nak kekasih atau nak kawan baik? Ha, take your time, make your choice. Warning. Serious neh.
- I am not perfect. Kelakuan aku banyak kekurangan. Di mana aku sangat emosi dan mudah naik angin. Keimanan aku masih di tahap goyah iaitu di tiup ke kanan, ke kananlah aku. Ditiup ke kiri, ke kirilah aku. Solatku masih tidak sempurna. The way I dress up, sangat belum muslimah. Pastilah engkau tak mahu.
- Aku childish. Iaitu sangat suka bermain. Selain suka bermain, suka bermain-main dan juga mempermainkan. Dalam situasi yang mungkin tidak memerlukan permainan juga, kadang-kadang aku masih bermain. Iaitu satu sikap yang sangat sukar di bawa ke tengah. Kadang-kadang jugak aku sangat sukar memahami apa yang sedang berlaku sebab fikiran aku at certain parts hanya merangkumi coverage yang kecik. HAHA. Macam stupidlah pulak.
- Aku tak berapa boleh berdikari bila ada lelaki di belakang aku yang menjadi penyokong. Kekasihlah maknanya. Semua pon akan harapkan lelaki tersebut dan secara automatik, aku menjadi serba serbi tak tahu. Beliau pon harus melakukan segala-galanya secara usaha keras sampai ke titisan keringat yang terakhir. Aku memang bukan jenis berdikari. Sebab itu aku berasa sangat sukar untuk menjalin hubungan dengan sembarangan orang sebab.. ye lah. Siapakah suka jika dirinya harus menguruskan banyak hal untuk seorang perempuan? HAHA.
- Aku keras kepala, degil, stubborn, nakal, dan sebagainya. Iaitu sangat sukar mendengar kata dan sangat tak nak kalah. Aku kata nak, naklah. Aku kata tak nak, tak naklah. Dan sebenarnya aku memang jenis yang menyakitkan hati. Di mana lelaki-lelaki akan berasa sakit hati dengan aku, akan berasa mahu meng-kungfu aku (kalau boleh tapi tak boleh) dan juga mahu menembak mati di kepala aku kerna marah yang terlalu marah. Sebab aku sangat pandai membuat orang marah dan selepas itu orang tersebut tak dapat berbuat apa-apa. Bukankah macam perbuatan yang thrill tapi tak berisiko? HAHA. Seriously, engkau pasti akan mengalami satu fasa tekanan perasaan yang sangat membakar api kemarahan bila engkau bersama aku. Padahal aku pon tak berapa pasti apakah perbuatan yang aku lakukan sampai lelaki pon akan marah. Tapi memang selalu berlaku. Err... lumrah kehidupanlah mungkin. Aik? HAHA.
- Aku tak pandai masak. Jangan berani suruh aku masak. Sebab arahan tersebut akan bertukar menjadi satu jenaka. AHAHA. Aku juga tak pandai menjahit, bercucuk tanam apatah lagi berkasih sayang dengan kanak-kanak. Tapi aku memang mahu memiliki anak-anak (note : anak-anak. Iaitu bukan satu, tapi empat. EMPAT okeh) HAHA.
- Aku mengharapkan kesempurnaan. Always. Ada benda dalam hidup ini boleh dikira cincai-cincai tapi bila berkenaan hubungan, no discount, no compromise! Mesti kena PERFECT. Kasih sayang yang perfect secara memberi dan menerima dalam amount yang saling cuba memberi lagi banyak dan banyak. Saling melengkapi. Mesti perfect. Tak boleh cincai-cincai.
Tapi, jatuh cinta bukan selalu. Ia berlaku sekali dalam bulan biru (aik? apakah?) Bila bulan biru pon berlaku, pastilah aku menjadi sangat komited. Tapi dalam ketujuh-tujuh itu... err... bacalah lirik macam best di bawah neh :
Ku tak mahu menjanjikannya...
pasti bahagia bila denganku...
biar dia rasakan sendiri ...
betapa gilanya cintaku...
Wah. Err... itu soundtracklah. Macam biasa. HAHA. Ingat. Nombor satu,
aku possessive. Iaitu satu sikap wanita yang sangat dibenci oleh lelaki. Sekarang, pasti engkau pon menjadi chika-phobic lah bukan? HAHA! Tapi apakata pergi dalami serangkap lirik di atas tersebut. HAHA. Pergilah... pergi! HAHA
12 Congteng-conteng:
erk? kenapa aku komen camni??hehe
haha
-Kerana kau cantik..
Aku sgt allergi mahu mengorat perempuan cantik. Aku berada dlm katagori lelaki yg sedar diri. (haha) tapi aku pelik, setiap kali aku bertemu dgn perempuan cantik, pasti ada suara2 sumbang akan kata "mesti ko rasa nak ngorat die kan?".. dan semakin pelik suara2 itu adalah milik mereka yg rapat dgn aku.. apekah aku suka mengorat perempuan cantik? tidakkah mereka tahu aku allergy utk mengorat perempuan cantik? aiyark.. hahaha..
oh ye, point no satu ko tuh mmg buat aku sesak napas kalo aku dpt org seperti ko.. (dah dpt pon).. aku ramai sgt kawan perempuan.. malah kawan rapat aku kebykkannya perempuan dan jgn sekali2 suruh aku pilih antara kawan dengan gf.. sbb kawan itulah yg sentiasa bersama aku dan memberi semangat kepada aku secara berjemaah ketika aku menghadapi masalah..
err...
kawan perempuan tak diperlukan lagi setelah mempunyai aku. wah! haha. sebab aku sangat kuat cemburu dan pastilah aku sangat dictator. haha
seriously..
*gelak*
KAY - err. bukan ka saja. department aku mmg panggil aku macam tu. gila tak suka ar aku mendengarnya. er... macam tak comellah bukan? datin. bukankah sangat hodoh dan burok dan juga bodoh? hahahahahahahahaha. er... no offense...
take it or leave it.. :p
uceh, apsal akak rasa macam melebih lebih ni ek? tapi btol la. u nak i, u mesti dengan i je. err.. adakah komen ini melampau dik? :p
manje nyeee budak kecikk sorang ni ekkk :P
hehehehe
chika, jgn cepat mengalah , kalau kasi 10 komen sehari dah bole menang dah!
HANNAN! - okeh okeh. u jangan mencabar i. nanti u muntahlah sehari 30 kali i keluar masuk dan komen takda stop punya. pasti lepas tu u pon block i. hahaha.
Post a Comment