Chika lapar.Iaitu lapar secara kebulur nasik lemak. Hantu betullah perut neh. Nak kata perut ada otak, otak di kepala. Tapi perut sangat pandai kasi signal secara mendadak. Apalah perut neh. Nak bukan yang biasa-biasa. Terus shoot kepada nasik lemak. Mana bolehlah bernasi lemak pada waktu ini. Tunggulah esok pagi. Breakfast nasik lemak.
Aku suka nasik lemak. Dan jugak tomyam. Tapi tak nak pedas. Kalau pedas nanti panas. Macam tak berapa senonohlah makan sampai berpeluh-peluh. Padahal cuma melakukan kerja-kerja makan. Tapi peluh boleh mengalahkan petanilah punya hebat!
Tahu tak semalam aku rugi?
Mak aku offer nak belikan Gucci Sunglasses. Mula-mula aku pon sangat rock and roll dan melonjak gembira. Cuba sana, cuba sini. Berpuluh-puluh kali aku test. Muka aku semacam muka akulah. Tapi Gucci tersebut semacam mengolah muka aku menjadi Paris Hilton padahal muka aku macam lagi senonoh dari Paris Hilton. Sebab aku golongan intelek. Aik? Ishk. Sebenarnya aku penggemar barang-barang yang oversized. Iaitu satu minat yang semacam menentang hakikat kejadian aku yang kecik ini. HAHA. Tapi semua promoter termasuk mak aku sendiri tiba-tiba ketawa. Mereka kata hidung aku yang kecik jadi bertambah kecik setelah ditelan shade tersebut. Wah. Penghinaan.
"Tapi you comellah pakai ni...err... Cik Nurul," bersuara pulak lelaki tersebut dengan slang Sarawaknya. Aku pon terkesima. Manakah dia tahu nama aku? Mungkin sebab mereka ni kawan baik abah kot. Tapi bukan kawan baik aku. Jadi kenapakah kenal aku? HAHA.
Pikir punya pikir. Aku lastly kata tak nak. HUH?! Apakah? Suara siapakah berkata tak nak tersebut? Macam bukan akulah menolak rezeki kan? HAHA. Mak aku tanya lagi. Sure kah tak nak? Aku kata tak nak. Macam sangat baik lah aku! Wi wi wiii! Adorable bukan perbuatan neh? Tapi sekejap. Sebenarnya aku tak nak Gucci tu sebab aku ada target lainlah. Dua minggu lepas aku terfalling hati lah pada Levi's punya sunglasses. Blink blink lagik. Err. Rock and roll gila! Macam datin sikit. Sikit saja ma. Price dia cheaaaaaper than Gucci's. Tapi sangat ngam untuk muka dan tidak menelan hidung aku. Yang penting, jangan telan hidung. Apalah hidung aku neh punya keciknya. Patutlah mereka suka ejek aku tak proportion. Kalau boleh kan (KALAU BOLEH) aku nak hidung neh besar sikitlah dan kaki neh kasi up sket dari saiz S menjadi M. HAHA. Tapi memang tak boleh lah. Tak boleh blah. HAHA.
Sebenarnya jugak. tahukah kenapa aku tak nak Gucci tersebut? Sebab minggu ni aku belanja banyak wo. Sudah exceed limit. Tapi mak aku tak da tahu punya. Dekat Queensbay sudah habis semua duit aku salurkan secara tak berfaedah.
Yang perfume tu aku tak da bagitahu lagik dekat ladyboss. HAHA. Disebabkan membeli perfume lah aku langsung kering. Tapi tak berapa nak kering sebab macam yang aku kata. Aku neh memang miskin selama 20jam sehari dan kaya sikit selama 4 jam. Tapi pasti cukup makan punya. Aku pon tak tahu dari manakah muncul wang tapi selalu muncul diwaktu aku nak. macam sangat magik. iaitu selalu saja ada terselit di sana sini. Itulah kebaikannya. Walauupon aku tak suka menabung, tapi aku suka melakukan kerja menyelit duit di poket jeans. Dan secara tiba-tiba duit itu termuncul. Pandainya aku. HAHA. Hari tu aku jumpa RM63 dalam plastic bag belakang almari yang berhabuk. Apa punya perangailah aku neh. Patutlah aku miskin.
Tadi membeli dan blah lagi. Tapi bersama ladyboss.
Sebenarnya aku ada membeli benda lain. Tapi aku sangat tak nak beritahu sesiapa. Sebab perbuatan sangat kejilah. Err... everybody, aku macam nak sangat banyak tudung baru. HAHA. Motif? Tak ada motif. Tapi macam tak nak beli baju atau handbag lagi. Nak beli tudung je. Sebab aku sedang gilakan tudung Madinah. HAHA! Ada siapa-siapa nak pergi Umrah ka? Aku nak pesan hijab lah. Dulu aku beli 4. Tapi hilang 2 tinggal 2. Aik? HAHA. Tadi beli satu tapi sangat tak sama. Siapa nak pergi umrah? Belilah hijap untuk aku sebanyak 20 helai. AHAHA. Umrah. Rindulah tanah suci di sana. Uhuhuhu.
Tengok. Aku sangat pandai menghasilkan entry yang tidak dijangka. Iaitu tajuk lain, intro lain, isi lain dan penutup pon lain. HAHA. Sebab entry aku mana ada genre. Dia bersifat bebas dan tunggang langgang. Berterabur dan semak. HAHA. Tapi ingat. Sangat ilmiah neh. HAHA.
Lagu Still Until by Sting.Syahdu. Terima kasih pengirim err... siapakah nama anda? Sudah dengar.
Lagu Maharani by Butterfingers. Fetry hantar. Pon sudah dengar.
Ada satu lagi lagu orang hantar jugak. Belum dengar. Kejap lagi aku dengar. Ada promosi lagu lagik kah? Wah. Banyak dedikasi lagu neh. AHAHA. Entah siapa tah send suruh aku dengar. Aku dengar ja lah. Bukan susah pon dengar. HAHA.
Untuk menjadikan entry ni seimbang dengan tajuk, marilah aku beritahu suatu ilmu pengetahuan kepada semua. The antonym of the word Architecture is Marriage. Tak percaya? Sudah! aku dengan Si Fetry tu dah merancang kerta kerja dah. untuk berkahwinSudah!
Yang benar,
ChikaLapar.
7 Congteng-conteng:
tp takpe, mebi dgn cara ini dpt mengurangkan rasa lapar. jom nasik lemak! ;D
macam tak berapa releven jek?
hehehehe.
dah la lapar nasik lemak. sangat demand perut chika ni tau. tapi, dalam keadaan lapar leh lak menaip ek. kalau akak, kompem pengsan!
err.. apa kesudahan kelaparan tu chika? makan tak?
Post a Comment