Khusyuk aku berusaha membukanya. Sambil berjalan terus masuk ke dalam blok asrama. Ishk. Apa punya kepala tinlah sangat keras neh. Tekak aku dah menggelupur kehausan masa tu. Tin coke masih tak boleh buka. Sambil berusaha gigih, aku pon terus berjalan ke lorong menuju ke bilik asarama. Dah naik tingkat satu dah ni.
Tiba-tiba ...
Tik. Kena setitis dua air jatuh ke atas tangan kanan. Aik? Aku pon pandang ke atas. Air apakah?
Makkkkkk! Tekalah apa aku nampak? Tekalah air apakah itu? Rasa nak gugur jantung dibuatnya. Fokus pertama, mata aku terus tertancap pada pakaian dalam lelaki yang basah-basah bersidai pada ampaian. Aku tukar angle. Aku nampak seluar-seluar jeans dan boxer lelaki. Aku pusing. Jantung ni dag dig dug macam nak berpecah-belah punya cuaknya. Aku pusing je, dekat pintu di belakang aku tertampal gambar berukuran passport milik seorang lelaki.
Omaigod! Aku sudah masuk salah blok! Apalagi, terus lari pecut secara anak cheetah lah aku. Air coke pon aku sudah lupa nak minum. tekak pon sudah lupa untuk dahaga. Lari-lari lari! Untung tak ada siapa yang nampak. Sebab pada hari itu semua orang ke Padang Kota Lama. Aku saja yang tidak sihat dan tinggal di USM.
Sampai bawah, aku terus diam. Wah, Tekak gua menjadi triple dahaga. Macam monsterlah aku minum coke tersebut. Untung lah aku tiada makhluk tuhan gagah-gagah yang ternampak aku di situ. Tapi bukankah sangat geli lagi dramatik terkena titisan air tersebut? Ini sudah pengalaman kali kedua. Kali pertama, masa dekat KMJ.
Persoalannya, budak boys tak reti perah pakaiankah? Bukankah selalu mendakwa diri sangat gagah? Kenapakah tidak cukup gagah memerah pakaian? Sebelum sidai tu, perah kuat-kuatlah okeh. Supaya tak ada menitis semacam hujan lebat. HAHAHAH. Gelakkan mereka! HAHAH. Gelakkan aku juga! HAHAHA.
p/s : title tersebut macam program Astro Prima lah bukan? Ehehe. Dan entry ini bergenre comedy stupid. Wi wi wi!
16 Congteng-conteng:
*gulp!
me tak boleh bayang kalau jadi kat diri sendiri.. tapi masa kat asrama dulu, me & d gang penah curi2 masuk asrama boys masa dorang gi sembahyang jumaat hihihi
klu x, melepas la coke tu =)
AJAT - kalau masuk, confirm i campaklah. haha. biar haus drp minum air tersebut. haha
NIEJA - haha. chika..chika... :p
hahahaha...
*gelak guling2*
tp kan..
diorg mmg cmtuh :p
x reti perah..
yonna rasekan diorg sangat malas!
haha..
eieieie,
kesian tangan u chika :p
ahahaha..
nk perah baju pun malas! :p
sangat sengal
chika, pasal entry atas tu, kalau rase camtu..ajaklah kawan huray2 tengok wayang ker..cite panda tu best gak,hehee..:) err kalau perlukan kasih sayang cepat2lah kahwin ye...
bukan selalu,tp jarang sgt masuk blog ini,alah kamu pon begitu juga kan...
si pemalas sahaja x perah pakaian basuhan mereka.biasenye baju mahal2 je x perah sbb x nak rosakkan permukaan bla bla bla *tatau nak kate*
sile la alert dgn kawasan sekeliling oke
aku sudah gelak guling2..
pasti dramatik..
ade2 saje anda nih!
aku rase nih jenis pemalas la..
mak ajar suh perah,dorg basuh terus sidai,euuuuu,sgt geli!sure bau seperti apa je..
Post a Comment