Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, June 21, 2008

Roar!



Memblog dengan ayat-ayat pendek adalah cool. Energy saving. Memblog menggunakan point adalah cool jugak. Apatah lagi menggunakan teknik numbering. Ada sikit berciri architecture. Dan selebihnya berciri cikgu tadika. HAHA. Err ... ini intro. Sebelum mengajak semua orang membaca dalam bentuk point. Engkaulah!

  • Hari ini membuat aktiviti outdoor selama 11 jam. 10am - 9pm.
    Turun ke kota metropolitan. Membuat case study. Mari lihat jejak destinasi :

    Bangi - Alamanda - Sungei Wang - Imbi Plaza - Bukit Bintang Plaza - Pavilion KL - Bangi - Nilai - Cheras.

    Kepala neh macam nak bercerai-berai dengan badan. Cuaca panaslah di Malaysia. Musim panas di tanah airku? On aircond kenderaan sampai ke impak maksima. Sampai aircond tersebut yang setahu aku tak ada bermulut tapi mula berbunyi. Bila panas, hati panas. Mulut pon diam. Tak ada mood nak bercerita kencang.

  • Case Study.
    Keluar masuk parking di semua pusat membeli-belah yang disebut di atas. Bayar parking mahal-mahal, snap photo secukup rasa dan meminta diri. Thesis aku pasal parking di shopping mall. Err... aku memang manusia yang suka komplen pasal parking area. Sebab setiap kali ke mall, mula-mula mesti aku hamun parking area dulu. Sebab sangat sukar bernafaslah. Gelap dan sangat sesuai menjadi lokasi untuk drama berciri rogol, culik, rompak dan ragut. Tak setuju? Sila nyatakan 4 sebab. Mungkin engkau boleh tolong thesis aku.


    Kuala Lumpur yang sesak. Nak termuntah aku duduk dalam kereta. Cuaca panas. Memang mabuk cendawan dibuatnya.


  • Ais krim New Zealand Natural lagi bersemarak daripada Baskin Robbins. Terima kasih kepada yang belanja.

  • Hari ini aku turun KL tanpa satu sen dalam poket mahupun dalam handbag atau pon dalam mulut. Dalam telinga apatah lagi. I/C dan driving license pon tak ada. Kalau ditangkap polisi, memang nahas. Sia-sia hidup selama 22 tahun. Tapi tetap survive sebab aku makhluk fleksibel dua alam yang omnivore. Maksud aku, kehidupan hari ini adalah ditaja. Oh, ditaja secara SIRIM. Itulah. Siapa suruh terkinja-kinja keluar melaram bawak badan tapi tertinggal purse? Tahukah satu perkara? Biar tertinggal pesawat, jangan tertinggal purse. HAHA.

  • Aku tak percaya hari ini nafsu tumpas di tangan aku. Aku pergi pavilion. Aku tengok barang. Aku sabar. Aku tengok shoes. Aku sabar. Sikit tak goyah. Hati gua steady I tell you! Err ... sebab aku tak ada duitlah. HAHA. Aku pergi Alamanda, naik sampai tingkat atas. Wah. Welcome to wonderland! Naiklah ke P6! Cantik. Banyak skyroof. Kalau nak tengok detailing depan bijik mata, naiklah P6! Oh lupa nak cakap. Lalu lalang depan kedai dalam Alamanda. Aku sabar. Sikit tak tergugat nafsu. HAHA. Pon sebab aku tak ada duit. Kesimpulannya engkau tahukah apa? Senang aje! Kerana wang, nafsu berkuasa. Itu kesimpulan pertama. Kesimpulan kedua, sesekali, gunakanlah teknik tertinggal purse supaya diri anda ditaja sepenuhnya. Dan jangan lupa buat muka miskin yang menagih simpati. Selamat mencuba.

  • Rakan sebilik pergi bergembira di tepi pantai. Nude party di sana selama satu hari satu malam. Aku tak join. Sebab aku tak berapa berkenanlah nude party. Tak senonohlah bukan? Err ... mungkin sekembalinya beliau nanti aku akan dilempang sampai mati. Sebab aku memfitnah. Beliau pergi Bagan Lalang. Reunion konon. HAHA. Macam berbaur cemburu di situ. Aku tak berapa cemburu. Sebab aku bukan pencinta pantai. Kalau beliau pergi swimming tak ajak, barulah aku akan boikot dia dan buang sebijik daripada empat bijik tayar Bumblebee beliau. HAHAHAHAHA.

  • Hari ini membeli berpasang-pasang-pasang tudung. Dan juga tiga helai kain sempena perayaan aidilfitri yang akan datang. Tema tahun ini ialah hitam, putih dan hijau. Hijau tak pernah tinggal. Dia semacam sudah menjadi kewajipan yang tidak dituntut. Jomlah kita bertema hitam putih. Macam warna filem klasik lah bukan? Ya. P.Ramlee dan Saloma dalam kenangan. Al-Fatihah. Aik?


    Sebenarnya hijau. Tapi semacam birulah.



  • Tahukah kenapa aku balik Cheras minggu ni? Padahal dah janji dengan diri sendiri nak menghabiskan hujung minggu di tanah tak suci itu. Tapi janji dimungkiri. Grandparents datang. Dah sejuta kali aku warwarkan. Aku neh cucu favorite. Jadi demi menjaga reputasi dan ranking, aku pon berusaha balik Cheras. Tapi aku sangat tak berhati perut untuk memandu pulang. Aku dijemput oleh keluarga. Seronok wo perasaannya bila dijemput. Macam zaman muda-muda pulak. Err ... tak tahu ke yang aku sudah tua? Iaitu lebih tua daripada budak berusia 20 tahun. Engkau yang berusia 20 harus bersyukur. Sebab ada orang lagi tua dari kau. Tak percaya sudah.

  • Mak Tok hadiahkan telekung dengan tudung. Hati ini banyak happy. Kalau boleh aku nak pakai telekung baru setiap kali solat. Tapi perkara tersebut tak digalakkan dalam Islam. Atau dikatakan sebagai tindakan pembaziran. HAHA. Kalau boleh jugak, aku nak bertudung baru setiap kali aku memakai tudung. Pon satu tindakan yang tidak dituntut oleh syarak. Tapi hati memang devil woh. Semua pon nak baru. Astaghfirullah...

  • Kami ada haiwan peliharaan baru. Chewah. Aku menyebut tentang haiwan peliharaan neh. Bukankah sebuah tajuk baru dalam diari hidupku? Dan bukankah engkau semua tak pernah dengar kisah haiwan peliharaan dalam blog ilmiah neh? HAHA. Haiwan tersebut bukan seekor kucing. Oh, pastilah bukan! Apa kau nak aku masuk ICU? Ostrich? Ih bukanlah. Mana nak dapat burung tersebut. Dah la lagi tinggi dari aku pasti mencabar maruah akulah. Anak cheetah? Err... bukan. Sebab papa cheetah pon sudah entah ke mana tiada lagi berjumpa selama 4 hari. Jadi anak cheetah pon mengikut papa cheetah jadi janganlah bercerita soal anak cheetah. HAHA. Err ... kenapalah bermain teka teki neh. Macam old school lah perbuatan bermain teka-teki neh. Err .. tengoklah gambar di bawah. Ini haiwan peliharaan kami. Namanya Mickey Mouse dan Donald Duck. Tak berapa berkesinambungan nama tersebut. Tapi agak uniklah untuk dibagi kepada Tiger.


    Mickey Mouse dan Donald Duck sedang buat apakah? Gurau senda? Berfighting? Atau asmaradana? Tak tahulah. Belum begitu kenal mereka.




  • Farah ada camera baru. Aku nak jugak. Tapi ... ih! Aku neh, semua pon aku nak. Tak da yang tak nak. Tapi aku dah terlajak kata. Dah termintak pon dekat Ma. Ma kata nanti-nanti. Ala, nanti tu bila? Ekekekeke. Lepas tu mak aku pon kata macam ni ; Nak laptop baru ke nak camera? Waaaa.Haaa. Tak boleh kah nak dua-dua sekali? Tapi memandangkan laptop aku sikit masa lagi akan terbelah dua (serious I tell you), aku rasa ada baiknya aku mengharapkan laptop baru terlebih dahulu. Lagipon aku sendiri berasa sangat miskin bila melihat laptop tersebut. HAHA. Apsal ganas sangat aku pakai laptop sampai dah terpecah belah? Nak kata aku ajak laptop tu karate, tak ada pon. Sangat dahsyat kalau tengok laptop tu. Habis pecah dah sebelah skrin dia. HAHA. Ganas macam tiger! Errr... I mean, Miskey Mouse dan Donald Duck. Ganas macam Mickey Mouse. HAHA. Ayat apakah ini? Malu Miskey Mouse kalau dia dengar ayat nih dilafazkan.


    Abeslah. Dapat kat aku camera ni, memang nahaslah Farah terpaksa heart attack tengok gambar aku melambak-lambak dalam camera dia. HIHIHIHI.
 

15 Congteng-conteng:

Blogger cepotet conteng...
beshnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! persediaan raya dah ada. sungguh beruntung tau.

err.. chika, bitau mak chika yang akak nak jadik kakak angkat bleh? akak suka memasak. ngeee.. :D
1:51 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - kalau nak jadi kakak angkat, tak payah bagitau mak. bagitau chika je. kalau nak jadi anak angkat, barulah bagitahu mak. ekekekekke. ok setttt. nanti raya bolehlah masak lontong, rendang semua kan? chika sgt suka rendang tok. Boleh kah kakak angkat ku? HAHAH :p
1:55 AM  
Blogger cepotet conteng...
wakakakakakaka! akak silap la. nak jadik anak angkat sebenarnya. huhuhuhu..

bleh. upah laptop dengan kamera dengan henpon sejibik. oke?
2:54 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
wah, cepotet sgt hebat memancing kamera dan henpon disini! wakakakakakaka..

datin!~ aku masuk blog ko terlalu lewat malam.. aku keletihan nak membaca.. nnt aku sambung dan aku komen lah yek (tp aku pasti ko dah update berjela2 nnt).. haha
3:51 AM  
Blogger aunieZ conteng...
yg gmba ats skali pkai tudung mcm leopard itu chika kah?
sgt kool tudung itu taw..
chika putih so cun la pkai..heee

owh haha..bnyk sgt nk cite mmg perlu buat point kalu tak pning org nk bca pnjg sgt..hehe

wahaha..berani nye x bwa ic ngn lesen..!
tak de duit tak pe lg..hehe

sy juga mau bli psiapan utk raya..tp tak smpat lg nk bli
chika bli tudung n kain kt mane ek?

knape tiger itu mcm idup atau smmgnye idup?
11:16 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - waaa... demand tuh! hahahahahaha. okeh okeh. chika cuba nasib dulu. kalau chika dah dapat apa chika nak, kita tgk lak nasib kak erni okeh :p


KAY - kau memang! :p


HAZIQAH - haha. i tengah gila asyik nak pakai leopard print tu je. haha. sebab senang pakai. kain dia stretchable. Yang tu chika beli kat tesco je. banyak kan kat tesco. tp cam mahallah kat tesco. beli kat nilai murah. boleh beli secara borong. hahaha. raya tahun ni theme color apa? ekeke. sibuk je chika neh :p tiger tu hidop? kalau dia hidop, kami sekeluarga pasti tidak hidup lagi. ekekekek
11:37 AM  
Blogger cepotet conteng...
adik,
akak tak suka chika sedih. bila chika sedih, ia akan mempengaruhi penulisan chika. dan bila penulisan chika sedih, akan mempengaruhi pembaca pembaca penulisan tersebut. tapi, dalam idup, mesti kena balance. sedih, hepi, takut semua kena ada.

apa pun, take care tau. takmo sedih banyak. sikit sikit takpe. eh, sikit sikit pun lama lama jadik bukit. kalau camtu, sedihlah secara wasadtiah. :p
12:59 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - best la pulak bunyinya komen kakak neh. haha. chika sedih jugak! :( tapi manusia biasa memang macam neh la. kejap sedih kejap gembira. kejap ok kejap weng. :( tq kakak.
1:01 PM  
Blogger Cinoi Lavigne conteng...
panjangnya entry...bagus gak ade camera camtu..bli dua2 skali la..laptop+camera...besh!!!
1:27 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ye lah cino. kalau dapat, i nak dua-dua sekaligus. hehe
2:09 AM  
Blogger Nashrex conteng...
laptop pecah tu bagi kat aku je.. ok x idea?
1:17 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
tak okeh.
1:32 PM  
Blogger fara-D conteng...
oi oi....gurau kasar nampak....ish ish!!
11:22 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
ohh...ni kisahnya di nilai 3.. kata baju tunang?
1:24 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
baju tunang? huk?
9:43 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."