Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, July 06, 2008

B-b-b-bosan

Bosan. Kalau setakat bosan, nama dia agak bosan. Tapi kalau dah terbosan-bosan sampai menghentak kepala, nama dia bosan pembunuh. Disebabkan sangat bosan dan sangat lapang kehidupan yang dianugerahkan buat waktu ini, nah lah aku conteng blog lagi. Macam yang pernah aku kata. Nak suruh aku update sehari 17 kali pon boleh. Cuma nanti entry aku jadi murahan dan penceritaan akan menjadi terlalu random.

Kononnya nak membunuh masa, aku pon berjalan-jalan membaca pelbagai blog dengan pelbagai kisah. Jalan punya jalan, sampailah ke sebuah blog yang macam seronok. Tapi content dia macam berbaur seksuallah. Apalah. Kisah rumahtangga dicanangnya habis-habisan. Padahal, bukankah kisah suami isteri adalah sangat sulit dan peribadi. Itulah. Belum bersedia menjadi isteri. Keburukan suami diceritakan secara lengkap menjadi sebuah entry. Macam berdosalah bukan. Mengutuk, mengherdik dan memarah teman lelaki semacam satu perbuatan keji yang boleh dimaafkan masih kelihatan comel. Tapi menghina suami adalah perbuatan jahiliah. Ishk. Seriau aku bacalah blog tersebut. Kesianlah suami beliau.

Dah puas berjalan-jalan ke blog yang asing, aku masuk ke blog yang tidak asing. Blog Aizar. Jangan kata address blog dia, password blog dia pon aku tahu. Pergi tukar password la, babe! Anda tak saspen kah sekiranya aku membuat onar diblog anda? HAHA. Jangan worry, bergembiralah. Aku lagi suka membuat onar dalam blog aku sendiri sebab blog akulah paling bagus di mata aku. Sebab terbina hasil daripada titik peluhnya peluh aku. HAHA. Berbaur kebanggaan diri di situ.

Aku tengok tajuk entry Aizar. KENDURI KAWEN. Mula-mula aku malas baca, tapi kau terfikir. Mungkin nama CHIKA bakal disebutnya dalam salah satu perenggan at least sebanyak sekali. Tepat sekali! Aku tak fahamlah dengan semua orang neh. Pantang sebut kawen, memang aku yang kena. Apa kau ingat aku ni Duta Perkahwinan kah?

Mula-mula isi entry beliau bertanyakan tinggi kek yang aku dambakan sempena majlis persandingan. Marilah tengok beberapa skema jawapan yang sudah disediakan.

  • Point pertama, kawan anda ni tidak berapa meninggi sebaliknya melebar. Oleh itu, ketinggian kek, janganlah menandingi ketinggi yang boleh menjatuhkan maruah aku. Kek tersebut haruslah mengikut skala aku dengan proportion yang sempurna.

  • Mungkin engkau kena buatkan kek tersebut untuk aku secara percuma sempena menghargai persahabatan kita yang berusia 16 tahun (Dari usia 6tahun sampai 22 tahun). Maka ketinggian kek akan bergantung kepada budi biacara anda. HAHA

  • Berapa banyakkah warna pelangi? 7 bukan? Campur sekali dengan warna hitam dan putih akan menjadi 9. Kalau boleh, setiap kek mempunyai warna yang tersendiri. HAHA.

  • Tapi point terakhir menyebut bahawa, ayahanda tidak membenarkan perbuatan bersanding. Padahal berkahwin dan menaiki pelamin adalah perbuatan sekali seumur hidup insyaallah. Jadi, aku akan membuat rayuan dan permohonan selama setahun lebih awal supaya aku dibolehkan bersanding juga. Sebab apalah ertinya berkahwin tanpa memperagakan pakaian mewah ribu riban. HAHA. Berangan dulu. Semuanya ayahanda punya kuasa. Pasti kantoilah. Tapi berbalik soal kek, berapa tinggi aku takda pedulik. Yang penting, kek tersebut haruslah cheesy, creamy, milky dan berkalori tinggi. Sebab lagi tinggi kalori, lagi sedap.

Tibe-tibe aku ingat Chika, ramai je orang suh minah nih kawen cepat. Aku pon berfikir, kalau Chika nak kawen, macam senang juge. Atleast die degree holder. Nak konvo lak tuh! Tapi mesti si Chika nih banyak lagik bende nak buat dari pikir kawen. Tapi kalo die kawen, takleh la die teman aku jenjalan.

Weh, aku nak beli kasut nih. Jomla!!
Apekah aku nih, story memang berlari-lari turtle. Sambung balik..
Cik Chika, aku cadangkan ko masuk contest Gadis Melayu kat TV9. Sure boleh masuk final!!

-sumber : nurulaiyeza.blogspot.com


Terkejut beruk aku membacanya. Apa kes kah dengan anda menulis semacam ini? Mungkin anda terlalu ghairah mahu menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan. Tapi kenapakah aku yang diimaginasikan? Anda memang sama seperti masyarakat sekeliling yang lainnya termasuklah grandparents aku. HAHA.

Tapi ayat yang menyatakan bahawa bila aku berkahwin pasti tidak lagi dapat menemani beliau adalah hampir salah. Kawen tak kawen, kita tetap akan bergembira secara remaja. HAHA. Wa. Konfiden kau Chika! Dapat laki kaki control, mati katak aku di dalam rumah... memasak, mengemas dan menternak. Hallamak. Inilah bahagian perkahwinan yang sangat mencemaskan. Kalau terjadilah begini kepada aku, pasti aku pon akan mengelap lantai sambil bercucuran air mata. Sebijiklah macam Cindarella. Tapi versi sudah kawen. HAHA. Err... apa aku tulis neh? Ni entry membunuh waktu dan kebosanan. Maklumlah, tiada siapa dibuat teman.

Bila Aizar bercakap pasal kawen aku berasa okeh lagi. Sebab topik tersebut sudah biasa dilontarkan ke muka aku yang comel ini. Telinga aku yang kecik ni pon sudah puas mendengar soalan-soalan perkahwinan yang sepatutnya disoal kepada gadis-gadis yang lebih WANITA dari aku. Yang aku semakin tak faham ni, apakah motif anda menyuruh aku menyertai Gadis Melayu? Apakah Gadis Melayu tersebut? Aku tak pernah dengarlah rancangan tu. Err.. Macam gadis-gadis sopan dan lemah lembutlah bunyi dia. Bukanlah lucu kalau aku yang lemah longlai ni menyertai? HAHA. Apsallah kau terfikirkan aku? Punyalah banyak lagi kawan-kawan anda diluar sana. Mungkin anda sangat rindukan aku. Apalagi, jomlah kita bercengkerama esok atau esok atau bila-bilalah. Sebab kawan anda ni semakin banyak masa. HAHA. Cakap je nak pergi mana, aku bawak kau! HAHA. Tapi jangan ajak pergi kenduri sudahlah. sebab aku sangat tak suka kendurilah. Nanti makan lauk kenduri pasti sakit perut. Aik? HAHA.

Apalagi nak ditulis? Aku masih belum nak menghabiskan entry. Aku masih bosan. Entahlah kenapa semakin bosan. Tahukah dulu, menurut pemikiran aku.. aku menjangkakan bulan July akan dilalui dengan begitu gembira dan penuh keterujaan. Dulu masa di waktu sibuk dengan design, aku berasa sangat banyak keterujaan yang ingin dicapai tapi waktu telah membataskan segala-galanya. Bila waktu sudah melimpah-ruah ... keterujaan pon sudah tiada. Aku pon tak tahu apa lagi yang boleh dilakukan di ruang internet yang semakin sempit ini.

Dulu aku suka menerjah blog ke blog. Tapi sekarang, aku semakin malas membaca blog. Dulu aku rajin lawan online game. Tapi setelah asyik menang, aku rasa macam muak. Dulu, setiap malam aku akan membuat aktiviti yang sangat artistik seperti mengedit foto, membuat template dan membuat YM Skin. Pagi-pagi aku akan bangun seawal-awalnya sebab mahu bergembira dengan ... err... dengan .. err.. tak payah cakaplah. Aik? Tiba-tiba tertulis sampai ke sini. Aik? Ye lah. Sudah lamalah tidak 'bertemu' dialah. Nak masuk blog dia pon aku dah tak berapa berani. Entahlah kenapa. Aik? Aik? Baru aku sedarlah bahawa aku sudah tidak lagi menghadap internet pada waktu pagi. Patutlah aku kerap menonton SMV. Beberapa bulan yang lampau, aku sanggop bangun pagi dan melepak di sebuah blog. HAHA. Tapi sudah tidak lagi. Oh baru aku perasanlah gejala melekat di depan pc tidak begitu galak dilakukan lagi. Ishk. Dan sebab-sebab kegilaan terhadap blog sudah kembali seperti sediakala.

Bosan lagi ni.
Aku terus tulis kang, sampai habis bulan Rejab pon tak sudah-sudah.

Oh. Tak lama lagi Ramadhan. Lepas itu Raya. Sekarang Rejab. Marilah berpuasa. Siapa mahu berpuasa bersama? Jomlah. Minggu depan. Kita berpuasa dan berpuasa! Aku macam teringin berpuasa, dan siangnya memasak makanan secara sendiri. Tapi memang pelik. Apakah masakan yang nak dimasak oleh aku? Memasak gulai halimunan kah? HAHA. Aku bosan :(
 

1 Congteng-conteng:

Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
Ya.. seperti kebiasaan.. menjadi orang pertama comment.. haha.. mari bergembira.. berpuasa dan berhari raya.. ye ye.. chika nak kawen.. ye ye
11:00 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."