Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, July 25, 2008

Dadah Pagi

Good Morning.

Semua orang gembira. Seronoklah sebab blog sudah open to public. Mereka kata, tindakan yang bijak. Ada yang kata, berbulan-bulan tunggu akhirnya dapat masuk juga. Ada yang kata mereka takda peduli. Memanglah anda takda peduli. Sebab anda ada akses semasa aku mem-private. Tapi secara kesimpulannya, semua orang sangat seronok sebab mereka tak payah log in dan menaip password sebelum mendapatkan 'dadah'. Mereka yang kata. Ishk. Anda ni. Bersusah sikit pon tak sanggop. Tengoklah aku. Bangun pagi-pagi memblog padahal perbuatan membangun pagi merupakan satu cabaran gila punya gagah. HAHAHA. Err. Aku nak kata, aku bangun pagi dan membloglah. Sedikit berbaur riak di situ.

Macam tak berapa cukup 'dadah' lah blog aku minggu ni. Kenapakah sangat slow? Sebab aku sangat nebes di dalam jantong, jiwa dan jasad sampai tak ter-blog. Dan aku sangat banyak menghabiskan usia-usia remaja yang tak berapa nak remaja ni dengan Aizar. Wo ai ni.

Malam semalam, berpeleseran dengan Aizar secara indoor sampailah pukul 10.30 malam. Buat apa? Main mak-mak. HAHA. Dah sampai tengah malam, dua-dua menggelupur lapar. Tu lah akibatnya kalau tak jumpa nasik selama satu hari. Err. Macam yang pernah aku kata, aku sangat suka makan nasik. Tak dapat nasik samalah macam tak dapat err.. dadah. Dadah lagik. Aik? Cuba engkau kira berapa kali aku dah sebut perkataan 'dadah' pagi neh. HAHAHA.

Kami pon keluarlah semacam kelawar mencari rezeki demi perut yang berpancaragam. First time aku keluar makan tengah malam sepanjang aku duduk dipangkuan keluarga. Kalau dekat campus tu, memang dah mengalahkan kelawar dah.

Orang ramai dah mula bertanya... apakah aku buat sekarang neh? Tak da apa. Aku masih seorang penganggur berhias. Masih makan dan minum dan memberuangkan diri sambil ber-astro from am to pm. HAHAHA. Kelakar okey bila ada yang tanya bilakah aku akan mula interview dan bekerja. Sebab jawapan dia, entah. Aku belum apply mana-mana pekerjaan kantor. Tahukah aku sangat fobia hendak membuat kerjaan secara kantor. Aku semacam mahu bekerja secara lapang kepala dan mata hati. Err ... seperti bekerja di tengah padang rumput segar. Ya. Kerjalah menjadi penternak biri-biri. Dan akhirnya biri-biri akan menternak aku. Dan kami mungkin saling menternak. HAHAHA. Gila ke?

Nanti lepas konvo aku kerjalah. Parents pon dah mula tanya secara tak berapa tanya neh. Aku rasa, parents tak berapa kisahlah kalau aku tak bekerja. HAHAHA. Memanglah. Sekarang memang tak kisah. Tengoklah lagi sebulan dua. Memang mak aku mengamuklah tengok aku bersenang-lenang goyang kaki ke kiri dan ke kanan mengalahkan anak Tan Sri. HAHA. Sebenarnya semalam East kasi aku title baru. Dato' Sri Penganggur. Macam ok jugak.

Tahukah apa kelebihan menganggur? Anda akan berasa sangat lapang di dalam kepala dan di dalam perut. Anda akan berasa sangat lumayan kehidupan anda tanpa berasa penat lelah yang kurang berbaloi. Selain itu, anda akan mempunyai masa yang melimpah ruah untuk memanjakan diri, mendampingi keluarga, bergembira dengan teman-teman, memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada kekasih dan err... menghabiskan harta ibubapa anda. HAHAHA. Err. Aku bukan provoke. Kalau anda terpengaruh, maknanya keyakinan anda terhadap diri sendiri sangat cetek. Tengoklah aku. Sangat yakin kepada diri. Jadi, aku tetap tak akan membenarkan orang ramai menghina perbuatan menganggur yang sedang aku lakukan. HAHAHA. Erk. Perenggan ini sebenarnya merupakan perenggan membazir. Di mana anda tidak boleh mengambil iktibar terhadap content paragraph ini. HAHAHA. Siapakah suruh baca?

Tahukah sekarang sangat pagi. Waktu yang baik untuk memulakan kehidupan secara energetic dan spiritual. Kenapakah menghabiskan waktu pagi anda dengan membaca blog aku? Err. Tengok. Pagi Jumaat anda sudah terisi dengan perenggan-perenggan ayat seorang penganggur yang menulis secara paranormal. Itulah. Aku nak tanya. Siapakah suruh baca? HAHAHAHA


 

20 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
Hoyeh..
Aku pon telah bangun secara pagi dan mata nih memang boley bukak dengan gumbira..
Dapat gak aku jd kelawar ngan ko..
Oh..saat terindah tuh..
Kenangan yang terindah..

Hallamak...Pagi2 dah rasa sebak..Syuhh
9:12 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kelawar - hohohoyeh. gila lapar la semalam. kalau tak, jgn harap aku sanggop keluar sampai sana. gagagagagaga. perbuatan gila.

apa ne sebak-sebak. jangan sebak okeh. kita bergembira dulu.
9:20 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
wooo tnm anggur yek skang.egegegeg ;p nanti masak kasik kak ween okeh! alaa nanti da mule org panggil intebiu..rasa ler..cam kak ween dlu.x cukup kaki tgn.agagaggaga ;p skang ni, relaks secukupnye okeh adik! ;)
10:04 AM  
Blogger nextmeia conteng...
hehehe..bleh la slalu jengah sini bila hati suram.. sbb kandungan blog anda buat saya geli hati. NGAHAHAHA.

Syabas..syabas.
10:18 AM  
Blogger Masy conteng...
alaa rileks je.. akak dulu pon menternak anggur secara hidroponik selama setahun ok. setahun. zaman tu internet hanya di CC. tp x berapa heran kerana bkn keperluan. tp ttp buhsan tahap bunuh nyamuk.

oohh.. setahun yg depressed. akan dikenang selagi nasik dikandung perut.
10:36 AM  
Blogger Shaira Nadiah MJ conteng...
Mula2 rasa pelik napa Nurul mem-privatekan ini blog tapi ia dah jadi public skang. Ternyata blog anda diminati ramai, hihi.
11:04 AM  
Blogger 13may conteng...
aku datang time tghari...charge bateri...dadah kurang dlm badan :D
1:04 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - hallamak. chika malas tol interview. kalau boleh nak pujok je tros suh amek chika ni dgn rela hati. hahahahaha

nextmeia - jap. ni bukan kak D ke? kawan kak shai? eh.. ye ke? ekekeke :p

kak masy - seba baik zaman neh internet berleluasa. astro pon berleluasa. klu tak, takda sanggop pon nak jadi penganggur. baik keluar menoreh getah atau membajak sawah. asalkan tak duduk rumah. gegegeg :p

kak shai - ehehe. diminati ramai tu chika tak tau. tp dulu tu, mmg private disebabkan masalah2 yang menganggu ketenteraman sejagat.

may - ni sebenarnya bateri kong ke, atau kurang dadah neh? dua perkara yg berbeza tuh. ekekek :p
1:35 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku pon dulu mengaggur sehingga terasa mcm buah anggur. haha.
setahun aku menganggur sambil menjadi suri rumah yg berjaga bekerja menjaga rumah.

bila megasales mula bodek2 bapak.
hahahaha.. lame2 rasa penat jd penganggur dan kini aku dah bekerja.. tapi bile kerja aku mula merindui zaman peganggur aku tuh.

letih la keje. sakit otak je.
hahahahahhahaha

wei aku dah update da.
http://adoreanot.kronikus.com/
cube teke sape aku
2:37 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
anot yang anonymous - aku rasa, aku tak akan bosan-bosan menjadi penganggur. kalau disuruh menjadi penganggur sepenuh masa pon aku rela. aku rasa, aku akan kerja tapi tak tahu berapa lama sebab aku tahu aku tak suka bekerja. hahaha. tengoklah. kang aku mendapat sinar cahaya dan hidayah. mungkin aku study. sbb aku boleh menganggur dan study saja. ekekeke
2:46 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
menternak biri2..
okeh ape..
sunah rasul tuh..

tapi biri2 menternak chika..
x terdapat dalam sunah..
hahaha..
menternak anggur pun ok pe..
dan anggur menternak chika..
sangat okeh!!

aper aku cakap neh??
2:56 PM  
Blogger Tok Rimau conteng...
masa blog ni private, Tok rasa macam special. Dapat invitation. Tok rasa xklusif gitu. Sekarang dah public. dah macam telefon awam la. Tok tak rasa special lagi.
2:57 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
haha.. takyah nak login2 lagi.. sy boleh keluar masuk seperti umah sy sendiri.. mari bersenam di dalam blog ini..
3:57 PM  
Blogger Ms Haslina conteng...
dulu msa da grad..akak duk umah rasanyer hingga 6 bulan..tanpa mencari kerja aper2 pun. saja malas nak cari kerja..tp since da kerja..rasa2 nyer itu lah kali terakhir dpt duduk senang lenangggg sgt..lepas tu kerja..lepas kerja kawin..lepas kawin anak..dan anak lagi..dan samb study lagi..so once in a life time...ENJOY URSELF NURUL..
5:29 PM  
Blogger fara-D conteng...
nak sambung study kalo, tunggu i kalo2 i yer...hehehe
10:51 PM  
Blogger IamYonna conteng...
wah..
pasni rating komen u baik tinggi la chika!!!

=)

blog u mmg dadah!!
i bukak sehari 3-4 kali okey!
5:04 AM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
✿ chika comey..

kakju pernah menternak biri2 atuk di kampung secara kegiatan sampingan.
cuaca yg nyaman, pandangan yg menghijau.. tapi bau yg sgt yummy. huhu~
9:30 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
aaaa. kak ju pernah? mesti indah kan? chika macam nak. tapi chika tak suka haiwan. camne? boleh tak menternak jarak jauh?
10:08 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
tahniah2
berjaya mangun awal pagi =P
10:10 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
hahaha. tu la. miracle. ekekeke.
10:18 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."