Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, July 23, 2008

Open To Public

Good morning sunshine!

Malam semalam, aku telah tidur secara tidak berapa tidur. Jantung aku buat hal lagi. Dia berpancaragam. Sampai naik sesak nafas aku dibuatnya. Aku berasa sangat nervous tanpa sebab yang nyata. Aku tak tahu apa yang aku cuak sangat neh. Nak kata aku masih mabok, aku sudah sedar. Tapi actually aku memang orang yang sebegini. Aku memang jenis pemikir. Benda sekecik-kecik benda pon aku pikir jugak. Sebab itulah. Benda yang tiada apa pon, boleh menjadi 'sesuatu' daam pikiran aku. Apa nak buat. Dah otak aku ni hyper sangat. Ishk.

Pagi tadi berasa sangat malas nak turun dari katil. Kaki macam dah lumpuh. Tengah bergayutan secara komunikasi maxis, tiba-tiba aku terturun jugak dari katil maka aku pon secara separa excited, berasa gembira. Akhirnya setelah lama bergolek-golek mengalahkan tenggiling, aku berjaya seru jasad aku untuk bangun. Hoyeh. Comel betullah perbuatan neh walaupon nampak macam pemalas. HAHAHAHAHA.

YM kejap. Nampak Wani. Berteguran. Lama tak contact dengan dia. Dia neh la kawan pertama yang aku kenal dalam studio. Tapi kejap je dia dekat UKM. Lepas tu dia pindah Bandung, buat dentistry. Sangat sedih masa dia pindah keluar dari studio tu. Huhuhuhu. Lepas dia pindah Bandung, aku pon mula berpeleseran dengan Farah dan Ainul dan Shida dan Kembar dan mereka yang lain. Hehe. Begitulah trailer nya :p


Ada announcement.
Blog akan dibuka kepada public.
Bilakah?
Bergantung kepada kesukaan hati aku.
Ho ho. Bukak blog.
Kenapakah membuka blog semula?
Tak takut dengan 'sampah' kah?
Helleh. Sampah. Buanglah. Rubbish. Bukan susah. Masuk dustbin. HAHAHA.

Jumlah readers sudah sampai limit 100. Blogger neh pon. Kasi lah permission up to 1000 readers. HAHAHAHAHA. Tak apalah. Aku pon tak larat dah membuat kerja-kerja penzaliman dengan meng-invite dan me-remove orang. Walaupon aku neh dictator, tapi sangat bertaqwa kepada Allah SWT. Jadi, aku pon tahu kesan-kesan melakukan perbuatan yang kejam. Huhuhu. Oleh itu, kasi bukaklah. Semua pon boleh baca. Anda pon boleh ajak sanak saudara, jiran tetangga juga kaum muslimin dan muslimat yang lain.

Semoga, apabila aku membuka blog secara public nanti ... tiada rubbish yang mengganggu blog aku yang gila punya comel dan ilmiah neh. Aku pon kesian jugak kepada orang yang tidak dapat diinvite.Nanti aku pon dituduh sombong padahal aku neh bukan sikit punya comel. Ishk. Engkau je tak tahu. HAHAHAHAH. Bila dah open to public, tatasusila pon harus dijaga. Isi blog akan menjadi 20% kurang sempurna. Sebab banyak tapisan. Maknanya, entry akan berciri 80% sempurna. Masih ok lah tu. Ditambah dengan suntikan dadah dan perencah lainnya, entry aku akan tetap menjadi 100% sempurna. Cuma kurang kontroversilah. HAHAHAHA.

Tapi warning !
Nak bergadoh, bertikam atau berkungfu master pon boleh dalam blog aku. Tapi anda bergadoh sesama sendirilah ok jangan libatkan aku. Satu yang tidak boleh, dilarang menjaja dan menjadikan shoutbox atau msgbox di sebelah kanan sana sebagai sarang pelacuran. Ni kang, muncullah insan-insan desperado melepaskan nafsu serakah dalam blog aku. Padahal blog aku ni bukan main suci lagi. HAHAAHAHA.

Okay. Tanpa kalimat penutup yang proper, aku mengakhiri entry pagi ini. Semoga hari anda adalah bermanfaat. Err. Bermanfaat? Ye lah. Apa-apalah engkau nak buat dengan hari anda. Aku tak da kisah pon :p
 

3 Congteng-conteng:

Blogger Mastakilla conteng...
ape ke he nye yop..
pagi2 udah nervous x tentu hala..
tapi ok tu..
nak hidupkan jantung yang tengah lemah..haha

untuk meng-open blog sangat bagus..
maka ramai lagi readers akan berpeleseran di blog neh..
blog ni pon akan dijadikan port..
seperti port klang mahupun port dickson..haha
11:32 AM  
Anonymous mrozaidi conteng...
Bukak la dua Blog. Satu Private Satu Umum..
1:27 PM  
Blogger Julia ♫°♪ conteng...
hoyeh ! sudah tak di private ka ?
rindunya sama chika.
byknya kakju miss entries chika comel ni.
3:28 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."