Sehari suntuk.
Cica dah selamat bertunang. Thank you Astri atas jemputan. Tapi tak dapat tengok Cica la. Sorry atas kejadian tertumpah minuman tadi. Hallamak. Aku sangat kecewa dengan kejadian tersebut. Duh. Ngam ngam jatuh atas carpet tempat orang nak berunding majlis ayyark. Ya ampun mbak Seri. Saya ga sengaja. Huhuhuhu. Nanti mintak Aizar hantar foam untuk tanggalkan stain lah okeh. Aku takda foam tersebut. Nasib baik ada ibu Aizar bertenangkan keadaan. Aku cuak jugak. I'm s-s-s-sorry.
Balik dari majlis pertunangan Cica, hantar ibu balik rumah. Pinjam Aizar sekejap. Kami pon melepak secara parti bujang atau bachelor party. Kemudian termuncul idea nak berjalan-jalan cari pasal. Terus salin pakaian. Gilakah anda. Takkan nak berjalan-jalan memakai kebaya? HAHAHA. Macam pekerja kompleks kerajaan pulak. Kemudian, meminta izin Ma untuk keluar ke Melawati. Disebabkan ada Aizar, mak aku ok saja. Cuba kalau aku mintak keluar secara solo, pasti dia punya tak boleh tu, boleh siap sebuah novel. HAHAH.
Dari Melawati, sampai ke Wangsamaju. Sampai ke Keramat. Nak elak jam punya pasal. Atok aku dah call suruh balik ada hal pulak beliau mahu bercakap dengan aku. Ishk. Tapi dalam pada nak rushing tu, sempat singgah Tesco dulu. What to do.
Balik-balik je, mendengar kuliah dari atuk aku. Macam-macam topik. Naik pening kepala aku yang memang sedia pening. Dah puas-puas beliau meng-kuliah topik yang hangat-hangat, beliau pulak akhirnya menyuruh aku melukiskan plan. Hallamak. Ayyark. Architectural drawing? Pulak dah. Ada-ada je projek atuk aku neh. Tapi sebagai cucu yang sangat taat, aku pasrah saja. Kejap lagi nak meng-autoCAD lah aku. Lama tak ber-autoCAD lah.
Lepas maghrib, disebabkan tersangat letih maka aku pon membuat statement TIDAK MAHU MAKAN. Penat sangat kenyang. Padahl statement tersebut semacam kurang tepat. Aku sebenarnya sudah kenyang. Sudah sempat makan dengan Aizar kat luar semasa sesi berjalan-jalan carik pasal. Letih. BAring-baring sekejap sambil menatap siling yang tidak indah. Tiba-tiba... terdengar bunyi air jatuh. Aik? Aku pon semakin gubra. Apakah neh?
Tak guna. Ada haiwan di atas siling. Dia kencing! Tak guna. Tak guna. Ngam-ngam la kencing dekat lubang penyedut haba. Stress. Habis carpet bilik aku. Satu kerjaan lagi. Dah pulak kena mengemop. Lama tahu aku takda pegang mop. Tapi malam ni, demi seekor binatang yang kencing secara bersepah, terpaksa jugak aku mengemop. Tapi disebabkan aku sangat senstif terhadap bau, jadi aku pon kurang yakin dengan pencuci lantai tersebut. Tekalah apa aku buat? Aku spray perfumelah banyak-banyak atas carpet. Gila punya perbuatan. Ijat kata, apsallah cetek sangat akal aku sampai sanggop menghabiskan perfume di situ. Aku pon berasa menyesal tapi bukanlah menyesal secara sangat. Okey jugak. Sekarang takda bau. Bau perfume saja semerbak sampai aku rasa pening. HAHAHAHA.
Oh.
Hari ini sangat penat.
Oyya.
Previous entry.
Pagi tadi aku berkonflik manja dengan Haikal.
Macam biasa.
Aku kan gila nak perfect.
Aku mintak dia tolong.
Tapi dia tolong secara ala-ala.
Aku punya pegangan senang je.
Buatlah secara perfect.
Atau tak payah langsong.
Aku sangat tak berminat dengan benda atau perkara yang ala-ala.
Kalau diajak melakukan perkara yang ala-ala...
oh, anda pergilah lakukannya sendiri.
jangan babitkan aku.
Aku suka yang sempurna juga.
Aku bukan marah sangatlah.
Cuma tadi aku tunjuk perasaan sikit jek.
HAHAHAHAHAHAHA.
7 Congteng-conteng:
hai chika!
:D
Aku pon xmakan..
Ibu pon terkejot..pehal pulak taknak makan nih..
ahahaha,penatkan..salahkan JAM!!
apekah binatang itu??sukehati nak kench kat situ...jahat btol!
grr..
sape x suka benda perfect kan ;p
but when u want it too perfect,
hee mmg susah nk dptkan apa yg kita nak :)
hehe.
adik u nk manja ala2 ngan u kot :p
ke thekuih?
Post a Comment