Kita tutup-tutuplah cerita kontroversi yang tak berapa nak panas tu. Aku pon sudah ok neh. Lagipon tak berapa ada kesungguhan untuk melayan sakit hati dan rasa terkilan lah. Sebab hati aku dalam kondisi yang baik secara total. Macam sayanglah kalau diburuk-burukkan hati yang tengah cantik. HAHAHAHA.
Kontroversi? Habis. Lepas ni blog akan beroperasi seperti sediakala secara separa sedar. Kandungan dadah akan dibekalkan secara normal. At least sepanjang minggu ni lah. Marilah bawak bertenang. Jantung aku dah tak larat berdetak secara kencang. Kasi dia rest kejap boleh ke? HAHAHA.
Anda akan berasa lapang dada. Lepas ni tak ada peristiwa perempuan berstatus penganggur berhias yang menulis entry emosi terbakar-bakar. Tapi ada juga antara anda yang pasti sangat bosanlah sebab kontroversi dah abes. Aik. Aku tahu. Cerita macam ni memang best. Sensasi. Sampai ada yang mengulang blog aku setiap tiga minit. HAHAHAHAHA. Kantoi ka? Itulah. Siapa makan cili, dialah akan pedas. Aku bantai ja menuduh. Aku pon tak tahu berapa kerap engkau keluar masok. Aku tak da peduli. Kan dah dikata, visitors aku akan dibiar berkeliaran secara bebas.Aku tak berminatlah nak kontrol pergerakan anda. Perbuatan yang tak berapa lumayan. Okay. Tamat kontroversi silam.
TAPI.
Aku nak tegaskan sesuatu secara gagah.
Apa yang berlaku semalam dan semalam yang lainnya memang sebuah rumors yang tidak benar. Bukan aku mensensasikan blog okeh. Tanpa kontroversi pon blog aku tetap sensasi. Blog aku tetap 'dadah'. Kontroversi tersebut ... errr.. bolehlah. Semacam perisa tambahan. Terima kasih.
Diari.
Pagi tadi membawa Aki pergi klinik. Magik betullah. Lepas balik je dari klinik, beliau terus sihat secara total. Alhamdulillah. Tapi memang kuasa psikologi beliau sangat kuat. Sama macam aku. Lepas jumpa doktor, mesti rasa sihat sikit. Nak buat macam mana. Doktor memang menyihatkan. Sebab itu kalau sakit, jumpalah doktor. Kalau tak sakit? Tak payah jumpalah. HAHAHAHAHHAHAHAHA. Aik? Ketawa ke?
Ada orang tu dah bekerja pulak. Hallamak. From 3pm to 10pm? Sangat kesianlah kepada anda. Apakata, berhentilah kerja. Gaji pon tak berapa lumayan. Lebih baik duduk rumah, bergembira dan menjadi penganggur berhias yang gembira semacam aku neh. Memanglah takda gaji. Tapi sangat lumayan. Yang penting, lumayan! Kalau buat kerja sikit gaji banyak macam ok lah bukan? Kalau buat kerja banyak tapi gaji sikit, lebih baik tiduranlah. HAHAHA. Macam biasa. Ni merupakan sebuah motivasi suntikan semangat. Tapi aku mencetuskan pemikiran saja. Risiko dan kesan sampingan, terserah pada anda. Pendek kata, jangan termotivasi sangat dengan apa yang dicakap oleh aku. Tapi kalau nak try, apa salahnya. Cubalah. Pergi berhenti kerja. Duduk rumah. Memang seronok. Tapi ingat. Takda gaji. Cuma dapat kepuasan yang lumayan saja. HAHAHAHA. Mula dah main provokasi. Ni nasihat yang agak kasar tapi sangat ikhlas secara mendalam.
Esok pergi rumah Astri. Cica nak bertunang (CICA tau. Bukan CHIKA) Okey jugak. Dapat jumpa Astri. Bilakah kali terakhir berjumpa beliau? Tak ingatlah.
Trip to Kelantan, canceled! Kepada mereka yang pergi, selamat membuat site analysis di Kelantan! Enjoy trip okeh. Terengganu. Ingat tak? Trip yang gila punya seronok. Oh, rindu. Err. Site analysis. Aduh. Gila penat punya kerjaan. Mengukur longkang, membawa measuring tape, memegang payung, sunglasses, dan mengukur jalan raya secara berani mati. Di bawah terik matahari. Di tepian pantai. Sangat ingat semuanya. Tak akan lupa. Guys, gud luck and all the best. Study sustainable architecture betul-betul tau. Buat project Housing best-best tau. Yang penting, semoga tak ada diskriminasi antara Apartment dan Townhouse. HAHAHAHA. Kalau berlaku lagi, berebutlah untuk membuat Townhouse okeh :p
Eagle Ranch. PD. Melaka. Jonker Street. Lumut. Terengganu. JB. Singapore. Bandung. Jakarta. Penang. Bangi (near Kopitiam) HAHAHA. Those memories kept flashing in my mind :)Hari ni berapa haribulan?
18 Julai 2008.
Save dalam memory stick.
Err. Save dalam kepalalah.
HAHAHAHAHAHAHAHA.
Ishk. Kejaplah. Aku nak bagi se-das dua kat pak arab neh. Bising. Semak. Buzzing macam sawan. Bising. Kejaplah. Aku pergi block id dia. Bukan susah la bukan? Senang saja ma. Orang kacau kita, kita jentik dia keluar. Senang lah bukan. Jangan pikir banyak sangat. HAHAHAA.
10 Congteng-conteng:
jadik penganggur mmg x dpt gaji tapi akan mendapat kepuasan yang sangat lumayan! :))
anyway,tanak sambung master ke :)
pak arab kat Fak ek?? hehehe yg kat library lagik dasat.pndg org cam nak mkn. Bdn depa besor2, nak menjeling takut. x psl kena tolak melambung.agaggagaga :p
yonna - i tak minatlah nak buat master. Nanti takleh jadik arkitek. ekek. I nak sambong part2 insyaallah bila ada rezeki dan kemahuan nanti. ekekek :p
farah - boleh gak. aku pon terkapai-kapai lom ada apa2 plan neh. tp aku tammo buat kat ukm. buat la kat oversea.
kak ween - ha ah kan kakak. badan besar bagak. naik terkehel tengkok kalau nak pandang muka dia. pandang kita cam nak telan. bley tahan gatalnya dorang ni heh. kalau yang alim pulak tu, jalan tunduk je la pulak. hahaha
Post a Comment