Apsal? Nak kata aku tak pandai guna wordpress la tu. Hallamak. Aku neh serba serbi pandai tahu. HAHAHA. Nantilah. Aku design theme dulu. Tapi nantilah. Nanti beerti ... lambat lagilah. Sebab sekarang aku sangat sibuk dan dunia sangat memerlukan aku. Tak percaya sudah. Banyak lagi benda yang mendambakan komitmen daripada aku selain daripada nak mengadap coding. Setiap kali mengadap coding, aku akan ketagih sampai lupa dunia. Sebab tu aku malas nak memulakan. Coding pon agak dadah tahukah? Err. Pendek kata, kerja-kerja designing memang mendadahkan. Ishk. Asyik main dadah ja neh. Kalau kena tangkap, memang mati mandatori blog aku neh ayyoh.
Tahukah aku sedang cuba melakukan apa sekarang? Aku sedang sibuk dengan Jobstreet. Tak percaya sudah. Hati aku sudah terbuka untuk resign jawatan penganggur berhias. Sebab walaupon sangat lumayan, tapi aku dah terasa sangat miskin. Buat waktu ini, aku hanya memerlukan wang. Yang banyak. Err. Banyak. Dan lagi banyak. Sekali lagilah. Memang nak sangat banyak wang. Apakah? HAHAHAHA. Ada tak pekerjaan yang boleh bagi aku paling buruk pon RM6000 sebulan? Seploh ribu pon okeh jugak. Tapi aku ada degree part 1 in architecture saja. Position bawahan pon tak apa. Asalkan gaji lebih RM6000. Ada ka? HAHAHAHHA. Chika ni boleh tahan gila jugak kepala dia.
Betul. Aku sangat energetic mahu mengumpol wang memandangkan kos sara diri sendiri semakin meningkat dan tak akan pernah menurun. Ngeh ngeh. Wa. Chika dah bersedia bekerja. Macam baguslah bukan. Huhuhu. Marilah menangis. Aku bukan suka sangat nak bekerja. Sebab aku masih suka status penganggur berhias sebab position tersebutlah paling lumayan. Walaupon err.. tanpa gaji. Tapi aku pon mahu bekerja untuk diri sendiri juga. Anda pon tahulah kos sara hidup aku yang tak berapa relevan neh. Sebab itulah. Lagipon aku merupakan sebuah organisma bernyawa, hidup dan mempunyai roh juga jasad. Atau diistilahkan sebagai seorang khalifah. tanggungjawap sangat banyak di atas muka bumi ini. Amin. Sangat warak hujah ini.
Seriously. I need money. Again. HAHAH. Aik? Bukan memang aku selalu memerlukan wang kah? Eleh. Anda pon samalah bukan. Kalau anda tidak memerlukan wang, mungkin anda bukan seorang organisma yang berciri hidup, bernyawa, berjiwa, bernafsu, roh dan berjasad. Mungkin. Aku kata mungkin. Wang bukan segala-galanya. Tapi buat masa ini, wang akan menjadikan segala-galanya perfect. Dan kesempurnaan akan menghidupkan sebuah kehidupan. Kehidupan yang hidup adalah menggembirakan. Tengok. Sangat perlu.
Kesimpulannya, aku nak pergi mencari kerjaan dan bekerja! Hoyeh! Bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri sendiri. Dan siapa-siapalah yang berasa dirinya terlibat. Aik? Macam tak berapa boleh bergembira sangat membuat pembaziran wang. Sebab wang sangat diperlukan. Aih. Macam terdesak pulak ayat neh. Padahal aku releks je. HAHAHA. Sajalah. Buat ayat-ayat hyper supaya nampak lebih 'addictive'.
So, antara positions yang berada dalam pikiran aku yang sangat pandai neh :
Ye. Aku paling suka pilihan terakhir. Tapi sekarang kita bercakap soal kewangan. Bukan soal lumayan kepuasan nafsu semata-mata. HAHAHAH.
Tengoklah. Tapi aku akan bekerja juga. Err. Mengikut pengalaman semasa aku internship, bekerja merupakan satu perbuatan yang memang bosan, penat dan tidak lumayan. Iaitu bekerja sehingga tulang dan badan menjadi taruhan tapi mendapat elaun yang sangat ala-ala atau boleh dikatakan baik tak payah. HAHAHAHA. Bukan gila duit lah! Tapi melakukan sesuatu secara lumayan, bernilai, mendapat kepuasan yang perfect dan berbaloi merupakan simbol kebijaksanaan. Bukan ka?
Err. At least aku ada pengalaman bekerja ala-ala arkitek. Pergi site, ikut arkitek pergi sana sini, makan dan minum-minum dengan entah sapa-sapa, jumpa kontraktor gatal, jumpa developer gila duit, join architecture peoples yang wild, dan mengadap drawing sampai muntah darah. Dua bulan saja. Tapi merasa jugak buat macam-macam. Naik turun pejabat Bomba, TNB, POS dan Puncak Niaga. Pengalaman. Tapi taknaklah macam tu. Sebab nanti minda aku akan pasif. Sebab bosan. Sebab tu nak mencari kerjaan yang menjana kretiviti dan yang penting, menjana wang secara melimpah ruah. HAHAHAHA. Sebab aku perlu mengumpul wang yang banyak. Sebab err. Macam miskin pulak. Atau dikata sebagai, muka tak malukah asyik menghabiskan harta ibubapa yang bukan merupakan harta sepencarian mereka bersama aku. Buat masa ni, belum ada yang tahu lagi perancangan atau gerak gempur memperkukuh kewangan. Sebab belum kasi tahu keluarga. Pasti mereka sangat shock. HAHAHA. Memenuhi tunturan sebagai khalifah di muka bumi :D
Oyya. Sejak aku tidak belajar ni, kewangan memang gawatlah. Seronok tahu jadi student. Sebab hidup akan dibiayai sepenuhnya dan alasan untuk ditaja sangat kukuh. Sekarang, walaupon masih ditaja, namun terdapat kemelesetan ekonomi peribadi yang agak teruk di situ. Itulah. HAHAHA. Kepada yang masih study, baguslah. Bergembiralah. Ada yang tanya kenapakah aku tak emmbuat master? Sebab apa jadi pon, kalau betul aku tekad nak stay in architecture, aku harus mendapatkan title Registered Architect jugak. Macam sedaplah sikit nama aku. Ar. Nurul Haizum Binti Zainodin. HAHAHA. Kalau aku buat master, memang punahlah nak mendapatkan registered architect. Aku bukanlah spiritual sangat. Tapi aku berasa macam sangat sia-sia atau kurang sempurnalah diri kalau tak mencapai jugak apa yang telah dimulakan. Macam berciri loser. Lagipon aku tak berhasrat hendak menjadi lecturer. Kalau habis master, memang pasti menjadi pensyarah lah. Sebab aku sangat mengukur baju pada badan sendiri. Aku tak layak mengajar. Dan aku tak berminat mengadap students. Lagipon, ciri-ciri wanita vogue akan berkurang kalau bekerja setakat dalam kampus. HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAH.
Pasal Festival Senibina.
Ada kejadian yang tegang pulak.
Kalau aku kata, aku nak undur diri.
Ada siapa nak pancung kepala saya ke?
Sebab, semacam lagi elok kalau aku jangan pergi.
Ada orang tak nak tengok muka aku.
Jadi, buat apalah aku membawa muka yang taknak ditengok ni.
Err.
Mintak sorry ya Aisyah.
12 Congteng-conteng:
i pon tgh ber'JOBSTREET skrg ni...chayo2...tp pengganggur berhias pon ape salahnya..wawawawa
buat la kronikusssssss..
dlm ramai2 kawan aku...arkitek ajer takde lagi...
jom! kawan ngan aku...
kawan yg mesra...
mesra sgt sgt...
wahahahahahaha :P
oh, nga mau g festsena? xpa. klu keberangkatan kamu ke hutan frim itu menimbulkan pelbagai kejadian paranormal kpd seluruh mergastua di belantara itu, lebih baik kamu stay sambil meng-sms kami di sana kelak. k, nnt aku bitau poo jia kamu nga pergi. xpa deh, byk lg urusan kena setel.
anyway... sob..sob.. berusahalah~
kamu nih betul bersemangat..
harap2 kamu dpt kerjaan september nnt..
kalau tidak,aku jd sangat bosanlah..
sbb akukan penganggur berhias jugak..
bygkan ko tiada dlm kehidupan aku..
haish.takle2..takpuas lagi main teng teng ngan ko..
aku akan senyap dan sunyilah kembali ketidakaktifan diri..
ohhh,sgt tak best!
weekend still ada..masih boleh keluar bersama..berjumpa bersama bukan??
selagi ko kerja di area rumah kite..sy tidak risau sgt..
aku dah jd insomnia nih..
chika dah maju setapak nampak??!! haha..
bagus2..
i dulu pun mmg daftar jobstreet lepas abeh blaja.. hee :)
but truly say, chances nk dpt job sekarang ni mmg sangat mengarut.
i dunno if ur fields..
but mine (sc komp),
mmg dah di tentusahkan beribu org sedang menjadi pengganggur berhias huhu..
so, i thing i want to continue my study :)
hee,
nk amek degree :D
so,chika..
gud luck ok dear..
hope u'll get a good job.
setaraf dengan penat lelah u selama jadi student..
skang ni..
sure ramai org pesan kat u..
grab je peluang yang ada..
peluang yg ada skang ni..
keje kfc,mcd,pizza mmg sangat2 la available..
nk ke kite keje mcm tu setelah 3 tahun bertarung nyawa belajar bagai nk mati? hee..
nnt kalo u keje dpt gaji besar,
u blanje i mkn ok hahaa :D
zaman kak leed dah berlalu 3 thn dulu.. hehe..
dah nak keje kena kuat semangat tau ;)
Post a Comment