Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, August 03, 2008

Bukan cerita engagement.

Ada macam-macam benda nak dibuat rasanya. Rasanyalah. Tapi dari celik bijik mata yang cantik ni, sampailah dah membawa ke petang ni, tak ada pon aku dah buat. Balik-balik menghadap skrin komputer. Skrin pon menghadap aku. Aku pon bosan tengok dia, dia pon menyampah tengok aku. Aik? Berani kah komputer buruk membenci aku? HAHA. Komputer buruk. Buruk. Buruk. Lembab pulak tu. Itulah. Siapa suruh tak pakai antivirus? Err. Aku removed. Dah berbulan-bulan takda antivirus. Baru rock steady.

Kita bawak-bawak bersudah kejaplah kisah engagement okeh. Walaupon anda sangat penasaran. Aku dah tak larat nak memunggah album engagement yang supersaiya punya berat tersebut. Err. Maklumlah. Sebuah komputer buruk tanpa antivirus. Tahukah aku sangat tak pedulik pon tentang virus. Sebab, selain bergelar seorang pengedar 'dadah', aku juga merupakan penternak virus gred A. Engkau ja tak tahu. Itulah. Anda belum cukop kenal aku. HAHA.

Setiap hari keluar masuk bridal website. Sampai mata aku dah berpinar-pinar. Aku pon menjadi semakin tamak dan ghairah. Semua pon aku rasa aku nak. Tapi, mana mungkin ada orang berkahwin menggunakan sepuloh pelamin. Itu bukan saja perbuatan aneh, malah sangat terkutuk. Maka, membuat keputusan untuk memlih jenis pelamin idaman merupakan satu perkara rumit. Err. Nak pilih design kad kawen pon dah boleh buat aku histeria. Wowowo. Perfectionist? Err. Bukan semua orang nak yang terbaik untuk wedding dia kah? Manusia tipikal dengan nafsu dan kemahuan yang mendadak-dadak. Aik? Belum masuk bab baju, detailings on the ceremony, souvenir, entertainment dan sebagainya. Mungkin aku akan menjadi kurus secara semulajadi menjelang hari perkahwinan. HAHAHAHAHAHAHA. Gelaklah kalau nak.

Wo. Cerita kahwin. Kursus pon belum register lagi. Lepas konvo insyaallah barulah abah akan susunkan untuk kursus tersebut. Ada orang tu dah pergi dah. Lepas dapat sijil, semangat dia bukan main lagi. Sampai menaikkan emosi aku dibuatnya. Eleh. Baru dapat sijil kursus dah ada hati nak mencabar kita. HAHAHAHA. Penumbok kat dia :p

Disebabkan aku semakin tamak dan ghairah dengan perkara-perkara wedding, aku pon sudah menjadi hilang arah. iaitu aku pon tak tahu apa aku nak. Aku tengok photographer semua pon macam bagus. Aku pon rasa macam nak pakai semua photographer. Tapi macam yang dah dikata, ia merupakan perbuatan terkutuk. HAHA. Oleh itu, aku pon akan mula membuka scrapbook. Macam biasa. Bila sedang involve dengan sesuatu ceremony atau project, aku memang suka membuka scrapbook. Iaitu menulis, menampal dan men-journal-kan segala-gala kehendak, minat dan kemahuan juga idea-idea ke dalam scrapbook tersebut. Err. Pening .. ayyoh!

Semalam, sudah selamat mengambil jubah untuk konvo. Erk. Punyalah aku sibuk dengan hal pertunangan, sampai terlupa diri nak konvo. HAHA. Aku konvo 12hb Ogos ni. Baju konvo tahap diva-diva aku belum beli lagi. Err. Cadangnya nak carik dekat Alamanda. Senang. Tapi aku nak pakai fashion apakah? Kebaya? NO WAY! I HATE KEBAYA. Anda tahukah aku tak suka kebaya? Sebab sangat tipikal. Aku pon sangat bosan. Semua orang pon akan berkebaya menjelang hari-hari bersejarah hidupnya. Dan aku pon tak mahu terbabit sama. Lagi baik aku pakai baju kurung ja. HAHA. Oh. Anyway, aku juga tidak mahu berkebaya sempena wedding. Bolehkah? HAHA. Pening lah kepala aku yang satu ini memikirkan baju konvo. Aku pakai baju tunang kang, mahu terpengsan-pengsan sahabat handai di sana nanti. HAHA.

Siapa ada design baju kurung moden yang canggih-canggih? Iaitu yang agak luarbiasa tapi tidak kelihatan aneh. Aku suka yang luarbiasa. Bukan yang aneh. Keanehan adalah ciri-ciri alien. Tapi aku rasa, tak sempat kalau nak hantar ke taylor. Beli ready made lah nampak gayanya. Dan aku sangatlah tidak suka baju-baju ready made sebab bak kata pepatah 'ukur baju badan sendiri'. Baju ready made tidak mengukur di badan sendiri. Pasal itulah. Aku ada kebaya nyonya yang langsong aku tidak bernafsu untuk memakainya lagi setelah dipakai sekali. Sebab tidak dibuat mengikut ukuran badan sendiri. Berasa sangat selekeh dan semacam berciri pinjam. Nevermind. Aku memang sangat pandai komplen. Jangan biarkan aku ternggelam dalam kancah meng-komplen. Sebab entry ini bakal menjadi terlalu panjang kalau dibiarkan aku terus membuat komplen. Err. Aku memang master bab-bab komplen. Itu satu kelebihan akulah. HAHA.

Lepas mengambil jubah konvo yang besar bagak mengalahkan sebuah kain rentang, aku dan Aizar pon singgah The Mines. Aku ni kalau tak berbelanja, aku pon akan berasa sakit. Iaitu kurang sempurna kesihatan mental dan rohani. Bukanlah shopping apapon. Membeli wrapping paper (aku memang suka simpan benda alah neh sebab dia cantik sampai gua cannot tahan wo). Beli sebuah buku dibuat scrapbook, stickers dan beberapa barang keperluan yang tak berapa nak perlu. Sebenarnya aku nak beli Clinique facial treatment set. Tapi setiap kali aku ada duit, duit tersebut telah hilang secara ajaib tanpa disedari. Magik betullah purse aku neh. Ada ke patut duit-duit dimagikkan menjadi resit? Memang keajaiban yang mengelirukan. HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAH. Tapi sejak tidak bersekolah ni, atau dalam kata lain ... sejak menjadi penganggur berhias neh, kegawatan ekonomi betullah diri ini. Sebab itulah aku rindu zaman universitas. Ditaja selalu. Apalah salahnya kalau ibubapa taja aku secara samarata seperti waktu aku di universitas dulu bukan? HAHAHAHAHAHAHAHA. Sebab itulah. Zaman universitas adalah zaman kekayaan. Sentiasa ada alasan untuk meminta wang. Sekarang, tak berapa kukuhlah alasan tersebut. HAHAHA.

Pergilah kerja! Ha, cepat! Sapa ada company atau architect firm yang cantik? Jemputlah aku ni bekerja. Err. Gaji nak sama tahap dengan Project Architect. Iaitu Registered Architect. Dan tolong benarkan aku bermain game di masa lapang. Benarkan juga aku membaca newspaper dan fashion magazine di waktu lapang. Supaya produktiviti dan kreativiti otak aku meningkat. Lagi satu, pastikan firm tersebut menyediakan sebuah bilik pantry yang bukan saja dilengkapi makanan-makanan sedap, malah mempunyai ruang solat yang sangat gila bersih. Lepas solat, boleh merehatkan otak yang tegang bergusti autocad. Wa. Gila demand. HAHAHA. Err. Berguraulah.

Oleh itu, seperti biasa. Entry aku memang tiada perenggan penutup yang nyata. Habis. Boleh bersurai.

 

13 Congteng-conteng:

Blogger Nyetok conteng...
yeahhhh orang 1st.. tok tok tok nyetok
7:18 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
yay..congratz konvo.. pasti best.. hehehe..
9:04 PM  
Blogger 13may conteng...
aku sokong ko pakai baju tunang gi konvo...

jimat maa...hehhe
11:46 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
hehe.. sy suke ending entry nih.. berbaur malam perkhemahan, dah lama tak dengar perkataan "bersurai"... kamu juga hampir berkonvo.. yeahh.. tahniah.. sy punye 10 ogos ini.. mari memakai jubah!!
11:48 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
eheheh adik. yg buat baju kawin norjuma tu dulu ridzuan razwil ek nama? kakak kwn kak ween kawin tempah baju kat beliau tu.cantik jugak. tamo try kah? ;)

errk..suda mau konvo ini budak comei! cmt berkonvo adik! nanti amik gambo byk2 okeh! ;)
12:17 AM  
Blogger Adlan conteng...
seronok baca kisah kamu pasca-universitas ni..

da grad - nak kawen - nk keje..

slmt berkonvo mggu depan jugak..
1:17 AM  
Blogger Fakyew conteng...
tahniah untuk cik ninja
1:29 AM  
Blogger Mastakilla conteng...
wah sudah mahu berkonvo..
slain berkonvo anda berkombo juga..
maksudnya tunang+konvo+cari kerja..
3 kerja dalam satu masa..
pakej yang meriah..
hahaha..

ha..kalau nak kerja kat tempat cam tuh..ader..
layari laman web ni..
http://www.lopklasindrik.com.my

okeh buleh besurai..
8:21 AM  
Blogger Faisal Admar conteng...
hehe best lah dah nak konvo kan.
lepas ni masuk era bekerja lak.
lukis melukis le plak... maybe tak banyak sangat beza dengan waktu blajar kan?

hmm, kena pilih tema dulu.
baru senang nak pilih jenis lak :)
11:51 AM  
Blogger Ms Haslina conteng...
tahniah dik...seronok nyer dia lom konvo da tunang lagi dulu...
:))
2:36 PM  
Blogger chiku the chucuru conteng...
apa??? dah bertunang? giler lama guwe tgl blog ni tetiba dah bertunang. congrat nway...

ada member guwe,arkitek keje kat 29-design. singgahla web dia kalau ada kelapangan.
http://www.29-design.com
3:20 PM  
Blogger Masy conteng...
td akak gik UKM. ooo dah siap pasang itu ini, tinggal nk konvo je ek.

dik chika lak, pastu kawen. pastu dpt anak. pastu pastu ihihihih
3:25 PM  
Blogger A t i Q a h conteng...
Pakai jubah la weh masa konvo. Hmm..jubah dalam jubah. Luar biasa tak? Agagagaga..
6:22 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."