Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, August 01, 2008

The Engagement : Part 2

Alhamdulillah.

DUA HARI aku cuba create new entry, tapi tak berjaya. Mengalami kesukaran paling sukar untuk masuk blogger. Adakah anda merasa yang sama? Perkara-perkara inilah yang mendorong aku untuk meninggalkan Blogger. Tengoklah nanti. Memang aku tendang jugak Blogger neh. Macam bagus je. Naik histeria aku dibuatnya.

Sekarang. Jangan nak salahkan aku sebab tak update. Aku pon dah gian semacam nak menghentak keyboard neh demi sebuah entry yang tak seberapa. Jangan salahkan aku. Engkau tak tahu betapa berusaha gigihnya aku pagi petang siang malam cuba masuk blogger. Tak guna betul blogger neh. Aku bawak diri kang pergi tempat lain, bukankah sangat rugi blogger.com jadinya? Kehilangan seorang ahli yang gila punya dahsyat macam aku. HAHAHA. Err. Macam biasa. Kenyataan-kenyataan berciri perasan. Err. Tapi bukan betul ke? HAR HAR HAR.

Anda tunggu kisah engagement lagi bukan? Kalau aku kata, suruh tunggu lagik, apakah perasaan anda? Err. Sebenarnya perasaan tersebut hak engkaulah. Tapi, disebabkan aku sangat berkuasa dan sangat memiliki blog ini secara total, ia sangat bergantung kepada aku. HAHAHAHA. Err. Tunggu lagik boleh kah? Bukan sebab aku nak berkelakuan kerek. Tapi aku cuba upload foto secara gagah dari pagi tadi tapi sangat failed. Memang tak guna punya blogger.

Jadi, aku tidak dapatlah bercerita tentang kisah pertunangan yang dramatik tersebut. Aku berjanji, sebaik sahaja masalah aku dengan blogger.com ini selesai, aku pon akan update secara pukal. Secara mati-matian. Sampai engkau pon sangat serik taknak baca tulisan aku lagik. Atau boleh dikata, sampai anda pon overdose secara sangat. HAHAHAHA. Erk. Aku janjilah.

Macam lama tidak bercerita tentang kehidupan seharian yang konon-konon sensasi ini. Tahukah, semalam merupakan kali pertama aku bertemu tunanganku (wah, apakah?). Sejak kami bertunangan, kami belum berjumpa. HAHA. Mr.Fiance datang ke rumah membawa presents untuk Bonda saya dan lagi satu kotaknya dibagi kepada Aizar dan Ibu. Ngee... Tq.

Sebenarnya kami memang jarang berjumpa-jumpa atau berdating-dating. Tetapi perasaan berasa tetap indah. HAHA. Sebenarnya aku pon suka hubungan semacam neh sebab tidak mendatangkan kemusykilan dan keluargapon akan dihormati.

Disebabkan ada orang bertanya aku, apakah perasaan dan rasanya setelah bertunang, sinilah aku ceritakan sikit-sikit. Aik? Chika ni tak habis-habis dengan sikit-sikit. Ye lah. Sejak kebelakangan ni aku memang sangat kedekut ceritalah. HAHA.

Orang kata, pertunangan merupakan satu lesen untuk lebih berjinak-jinak bersama kekasih. Aik? Orang kata. Aku tak kata pon. Kalau ditanya erti pertunangan bagi aku ... pertunangan ialah satu ikatan. Iaitu untuk mengikat. Err. Ikatlah. Bukan control secara queen mahupun king control. Satu simbolik bahawa hati tersebut sudah dipunyai dan tidak boleh dirampas oleh anasir luar. Dan juga satu tempoh untuk bersedia.

Haikal pesan : Engkau dah bertunang. Tahu tak apa ertinya tu? Kalau kau poya-poya dengan orang lain, berdosa! Sebab memang berdosa pon bagi orang yang ambik tunang orang lain.

Aik? Haikal kah yang berkata tersebut? HAHHA.

Ma pesan : Dah tunang. Bukan alasan nak berkepit sana sini. Ni cuma ikatan je untuk ke alam rumah tangga pulak.

Ibu pesan : Haizum, tempoh bertunang ni ... dugaan dia paling besar. Waktu ni, kadang-kadang hati ni jadi jahat. Sebab godaan iblis tu lagi kuat.

Kawan-kawan pesan : Orang bertunang ni darah manis (ayyo. Darah aku tengah manis dow! HAHAHA. Darah anda, bagaimana? :p)

Abah pesan : Jangan ingat lepas dah bertunang boleh keluar suka hati, jumpa sukahati, waktu ni lah lagi nak jaga diri tu. Duduk jauh-jauh tu lagi bagus. (macam biasa. Abah tetap abah)

Faham? Err. Tapi memang satu perasaan yang luarbiasa setelah bertunang. Memanglah semuanya nampak sama. Aku masih pakai kasut saiz 4, masih makan nasik dan masih menonton Spongebob bersama adek-beradek. Memang. Tapi perasaan tu, memang lain macamlah. HAHA. Err. Rasa tanggungjawap. Dan perlu mempertimbangkan banyak orang atas semua perlakuan.

Seronokkah bertunang?
Seronok. Tak percaya, pergilah cuba. HAHA. Keseronokkan dia tu subjektiflah untuk dinyatakan.

Tapi aku sangat percaya dan berwaspada dengan pesan-pesan ramai orang. Bahawa tempoh pertunangan merupakan tempoh paling banyak dugaan. Bukan sekali, bukan dua kali. Dah banyak kali aku diingatkan supaya kuatkan hati. Mungkinlah aku rasa cakap-cakap tu tak ada apa. Tapi, ada betulnya jugak. Lagi-lagi dalam proses menuju ke alam ... err.. alam apakah? Alam apa-apalah. Sebab itu, aku hanya mintak Allah kuatkan hati aku dan tetapkan keyakinan aku. Insyallah.

Hek eleh Chika. Umur 22 tahun dah sibok nak serius dengan hubungan? Err. Insyaallah aku dah sedia. Aku tak rasa, aku perlu tunggu apa-apa lagi. Apa yang aku nak tunggu lagi? Tiada. Aku pon tidak berminat untuk berpoya-poya. Guys hunting bukanlah satu minat bagi aku. Dunia ber-couple pon semacam satu kebosanan tanpa arah tuju. Yang hanya merunsingkan hati ibubapa dan menghanyutkan kepala. Err. Memang tidak indah secara total. Hey, kehidupan seseorang wanita tidak terhenti setelah berkahwin. Perkahwinan merupakan satu permulaan kehidupan. Aik? Cerita kawen pulak?

Err. Insyaallah. Aku pon tak mahulah mensensasikan cerita sangat. Nanti aku pon dituduh berlagak semacam diva sangat je nak buat-buat publisiti. Aku pon tak de merancang semua ni. Dah benda nak berlaku. Dah Allah tentukan. Sebelum nanti berlaku kontroversi, baiklah aku mengaku dulu. Insyaallah ikat tunang ni tak lama kot. Nanti-nanti berkahwinlah. HAHAH. Dan err.. memang sedang sibuk merancang perkahwinan neh. Jangan worry. Aku umumkan kalau sudah confirm nanti okey.

Oleh kerna itu, anda kena tingkatkan pandangan anda terhadap kerjaya pengangguran aku. Kan aku dah kata dari dulu. Aku bukan sembarangan punya penganggur. Aku penganggur gred A tahu. Tak sia-sia aku menganggur. Sebab walaupon menganggur, ada banyak komitmen yang memerlukan aku. HAHAHAH.

Aku berasa sangat berdebaran tetapi dalam masa yang sama, tetap gembira dan bersyukur. Apa-apa saja yang jadi dalam hidup aku ni .... yang digembar-gemburkan sebagai sebuah magik, ia datang dari Allah dan aku pon sangat redha dan pasrah. Sebab tu aku tak berapa berkenanlah nak menjawap soalan subjektif anda. Sebab aku pon sukar nak mencarikkan jawapan. Yang aku tahu, memang sebuah magik ketentuan Allah. Ishk. Tak percaya ke? Sudah.

Siapa pernah/sudah berkahwin? Anda ada wedding planner yang bagus ke untuk di-recommend? Pastikan wedding planner tersebut memang perfect. Kalau ada, silalah hubungi aku secara teknologi atas garisan. Atau kalau nak recommend yang bagus-bagus ke, silalah berbuat demikian. Aku pening. Tak sangka dalam Malaysia ni terlalu banyak manusia yang involve dalam perniagaan perkahwinan. Sampai naik juling mata. Berpinar-pinar dibuatnya.


1 Ogos 2008 - Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ma dan Abah yang ke 23!
Ibubapa saya merupakan pasangan yang manis-manis comel. Iaitu sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tetapi walaupon tergigit lidah, lidah tersebut tetap dapat merasa nikmat manis.


Aik? Apakah aku tulis tersebut? Lain macam? Aku lupa beli present. HAHAHA.

Labels:

 

21 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
apa lagi? tinggalkan blogger, kronikus menanti mu.. haha.. atau mungkin domain sendiri? haha

aku baca sekerat dulu la.. nak gi smyang jumaat..

oh ya, darah ko tgh manis.. jgn kuar umah.. esp memalam.. nnt tersempak ngan pontianak atau drakula sgt bahaya.. hahaha.. jauhkan diri dari nyamuk juga.. haha
*aku tetap 1st! :p
1:14 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
kalau nak photographer baekkk punyee..nah ambik ko website neh.. www.syahrinaziz.com..
www.curseshadow.com..

lepas alam pertunangan, anda tahukah alam apakah?kalau anda xtahu anda boleh membuat pertanyaan di mail ini..
alamkaram@tv3.com.my..
gagagaga~~

bukan setakat dugaan..malah cobaan pun ade dalam alam pertunangan..kalau anda xcaya..anda boleh la mencoba sebanyak mana yang anda suka..coba apakah?coba ja apa-apa..hahaha
2:22 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
chika,slmt bertunang!!wlupon tlmbt sket...hehehe
nsb bek da xprivate.rinduuu nak stalk blog awak..=p
2:38 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
uiks.. sy rasa air sirap tuh dihasilkan dari darah2 tunangan orang-lah.. erm.. kalau betul maka kamu boleh memulakan satu bisnes baru..selamat merancang perkahwinan..

yeehaa.. mastakilla promote curseshadow.com..
3:45 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
guys, i dun think its funny
3:50 PM  
Blogger Nyetok conteng...
Err... Ma nga Ibu tu orang yang sama ker??

Nyetok pesan- "Nasik minyak satu...! Cepat sikit..!!"
4:47 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
chika..
website tu betul la..
bukan melawak..
yang lain tu melawak..
5:10 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
hurm.. bukankah 'ma' itu merujuk pada mak chika..manakala 'ibu' merujuk pada mak aizar.. betul x?..

saje main guessing2..hehhe;)
8:36 PM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
akak! best arh akak tunang on 27 july!
27 lucky number aisya!

tarikh couple 27.
bday aisya 27.
bdAy bf 27.
sheikh muszaffar nyer bday pown 27.
cool giler!!

aisya pown ade rancang nk tunang n kawen on 27th..

exam pmr pown blom, da nk kawen ;p
8:58 PM  
Blogger eHa conteng...
chika..

wpon macam baru bertegur sape ngan anda,

tp x tau apsal bile anda kate anda bertunang... sy rase sgt hepi..

rasenye readers anda sume sgt hepi n teruje ngan prtunangan anda..

we are all happy 4 u.. haihs.. mmg sungguh x saba nk denga berita prkahwinan pule.. berdebar.. smpai rase konfiyus.. sape yg bertunang sbnanye? hehe
10:22 PM  
Blogger nieja conteng...
oh darah manis..?
boley test ke wei darah tu manis
ke masam ke masin ke..?
agaga
11:54 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
erk? sori chika..
11:55 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
TQ EVERYONE FOR THE WISHES!

kay - sorry? sorry menda? wo. pagi tadi aku bad mood. aku pon marah secara random. padahal aku marah apa tah. ahhahah
12:08 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
huhu. chika, serius lama x dtg blog nih. dh xprivate rupanye :)
tahniah^^
seronok, bahagia eh?
org yg dh tunang ni luaran still nmpk cam biasa, dlm hati berbunga2, ye tak?
hihiiii ^^
12:16 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
lila - i sentiasa je berbunga-bunga. haha. err. mmg kebun bunga dalam jiwa neh tak tau ka? ekekeke
12:28 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
yup adik,dunia pertunangan mmg sgt mencbr, mcm2 benda boleh jadik dlm tempoh pertunangan itu.(chewahhh ckp cam da penah bertunang plak yek??? ;p) eheheh ini kata-kata kwn-kwn rpt kak ween yg penah bertunang dan ade yg suda pun bergelar wife org. Moga chika cpt2 naik pelamin.insya'Allah ;)
12:29 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
ehh lagik satu..slmt hari ulangtahun yg ke 23 buat abah & ma chika! ;)
12:30 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - tq kakak. tapi insyaallah tak ada apa. yakin je kat Allah. anyway, tq for the wish. ma dgn abah dah tdo pon. hahaha
12:39 AM  
Blogger IamYonna conteng...
chika..
alam apa pun,
dugaan mmg sangat hebat..
jaga diri hiasi peribadi =)

sayang chika ok!
6:24 AM  
Blogger zizou conteng...
huhuhu...
apa kata, ko buat weeding ko kat ameer ali..
hehe, ader discount..care x
7:09 AM  
Blogger mass conteng...
klu masih belom tempah kad kawin bleh g ke sini..tempahan secara online lebih murah www.kadkahwinku.com.my
klu nak jurukamera kan bleh tempat abang acai...ekekekekek...
1:56 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."