Labels: engagement
First of all, thank you to Aizar for the previous entry. Aizar yang update. Nampak tu, conteng by Aizar Azman. Err. Itu prelude. Bukan gimmic. Tahukah yang hidup aku sangat sibuk kebelakangan ini sampai nafas-nafas yang disedut pon belum sempat dihembus. Oleh kerna aku sangat sibuk, jadi aku pon tidak ada masa nak membuat lawak atau membuat saspen yang tak seberapa. Err. Maksud dia, previous entry adalah benar. Bukan gimmic. Tak percaya? Sudah.
27 July 2008, aku sudah menjadi tunangan orang. Tunangan? Apakah? Err. Tunangan lah. Walaupon semacam masih berbunyi aneh, tetapi memang begitulah hakikatnya.
Maaf kerna tidak mengumumkan kepada semua. Aku, keluarga dan teman-teman pon dalam kejutan. Sebab itu, sepanjang minggu lepas aku asyik mengadu kepenatan. Luckily, ada Aizar. Kami tak buat kenduri besar-besaran pon. Sebab itulah tidak menjemput anda dan anda dan andalah. Cuma membuat majlis baca doa dan makan-makan bersama keluarga sahaja. Sebab plan asalnya, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk hanya membuat majlis hantar cincin. Tapi, dah namapun orang datang ke rumah, haruslah menyediakan makanan dan secara tiba-tiba atau tanpa sedar, terciptalah sebuah majlis yang daripada kecik-kecik kepada besar sikit. Tapi err... bukanlah kenduri besar-besaran. Faham kah?
Jumaat lepas, 18 July 2008 beliau bersama mak beliau datang ke rumah. Sumpah aku tak tahu pon tujuannya adalah untuk merisik. Dan seminggu kemudian, iaitu pada hari Ahad lepas ... kami pon sudah bertunang. Sebab itulah macam yang aku kata. Lebih laju dari bullet. HAHA. Err. Salahkan beliau. HAHAHA.
Kisah-kisah on the preparation before the day, aku akan tuliskan kemudian. Seminggu yang melelahkan dan mencabar kesabaran. HAHA. Tapi masih enjoy :p
Marilah aku ceritakan sikit-sikit kisah apa yang berlaku pada 27 Julai 2008. Iaitu pada hari bersejarah dan aneh itu.
Pagi-pagi bangun, aku dengan Aizar teruslah mencari Aunty florist. Kami hantar a basket of fruit suruh Aunty siapkan sebagai hantaran. Sebabnya, kami dah tak larat nak membuat kerja-kerja tu lagi. Aizar sampai demam-demam. Aku pulak tak tidur-tidur malam. Memang gila punya tumpas seluruh anggota badan. Dengan terkejutnya, penat lagi dan hidup dalam ketidakpercayaan. HAHA.
Lepas ambik dua hantaran tu, kami pon berjalan masuk ke supermarket membeli barang dapur untuk dimasak (bukan kami masak. Ibu masak) Dengan muka tak malu secara total, kami berjalan mengelilingi supermarket membawa hantaran. HAHA. Adalah pulak mata-mata liar menjeling. Aik? Pelik ke? Memanglah pelik. Bawak hantaran tawaf supermarket, apa kejadahnya? Dan secara tiba-tiba ... ketika melintasi depan dua orang lelaki (aku kenal dow lelaki-lelaki ni. kalau aku datang dengan mak aku beli barang, dia suka je main usha-usha dan aku pon akan berlagak macam bagus)Aku rasa, dia nak kawen lah.
Tiba-tiba aku terdengar perbualan mereka. HAHAHAHAHA. Err. Salah. Aku bukan nak kawenlah. Nak bertunang. Kurang tepat di situ. Kesimpulannya, aku berasa sangat rock sepanjang minggu lepas. Sebab menjadi orang yang nak bertunang secara rockers. Tak tidur, membuat hantaran, sibuk kacau Aizar baking, memasak-masak(?) dan keluar shopping macam sawan mencari bahan-bahan pertunangan. Best wo. Sepanjang minggu lepas, aku dibenarkan shopping secara kuak bebas. Tak cukup, mintak. Tak cukup, mintak. Mana tak best? Dan ingat. Aku dan Aizar melakukan banyak perkara secara sendiri tanpa orang-orang tua. Kan betul aku kata. Rockers.
Lepas solat Zohor, terus bersiap. Solat pon sorang-sorang. Lepas solat, duduk berteluku sekejap sambil air mata ni bergenang. Sayup pulak perasaan. Sujud sekejap. Kasi lapang fikiran. Waktu tu, satu je aku fikir. Itulah solat terakhir sebelum aku bertunang. Boleh pulak kan?
Baju tunang tu pulak mempunyai kisahnya yang tersendiri. Iaitu mulanya dihantar kepada taylor sebagai baju untuk raya. Setelah Mr.Fiance membuat kejutan mengajak bertunang dan dibagi masa seminggu, aku pon terus call taylor mintak ubah design. Alhamdulillah. Berjaya. Dan separuh mati mencari kain. Gila. Gila. Gila! HAHAHA. Tapi, memang sebuah kebetulan yang indah. Aku boleh pulak membeli kain putih berkilat untuk raya. Putih seputih-putihnya. Macam tahu-tahu je, kejadian tunang ni ni nak terjadi. Oh. See. Satu perancangan Allah yang tidak tercapai dek akalmu.
The first thing, make-up! Aku tak suka make-up tebal-tebal ni. Macam muka kena conteng atau semacam dibuat mural pada wajah. Aku juga merasakan, wajah yang diconteng dengan make-up akan menelan kecomelan aku yang sangat comel tersebut. HAHAHA. Tapi apa nak buat. Mak Cu aku sangat obsess dengan make-up. Dia pon make-up aku secara contengan muka. Sampai aku pon berasa sangat 'monumen' muka aku.
Pukul 3.30 petang like that, keluarga belah lelaki pon sampai. Aku punya jantong ni dah terlalu berdebaran sampai rasa nak cramp.
Dipendekkan cerita, petang itu ... aku pon disarungkan cincin oleh ibu beliau. Err. Atau disebut sebagai bakal ibu mertuaku (Berbaju dan bertudung purple). Erk. Macam comellah bunyi tersebut. Dan untuk petang itu, akulah Diva. Semua kamera berpusu-pusu ke aku. Semua orang nak bergambar dengan aku. Err. Diva. Sangat Diva. Dan aku pon tetap merisaukan make-up aku yang gila menyerlah. Muka yang sudah sedia merah menjadi termerah-merah.
Baiklah. Aku pon menulis secara ekspress ni sebab semua orang sudah YM aku mintak update. Betul-betul buat aku stress lah anda ni. HAHA. Oleh itu, aku pon berasa sangat malas mahu menulis lagi. Nah, tengoklah gambar. Mungkin kisah ini akan dipanjangkan kepada Part-Part seterusnya. Sebab macam banyak yang nak dikongsikan.
Hantaran dibuat sendiri secara mengejut dan secara serba sederhana oleh aku dan Aizar. Gembira wo buat benda ni. Walaupon agak men-stress-kan. Mula-mula memang takda plan nak membuat. Tapi disebabkan desas-desus yang mendorong, maka aku dengan Aizar pon menjadi excited. Turun KL sepanjang minggu dan abes semua kedai pengantin dekat KL kami dah redah. HAHA. Seronok i tell you.
Theme adalah Roses. Merah, Hitam dan Silver.
Dari curtain ke bedsheet. Atas meja, carpet dan segala perhiasaan adalah roses merah.
Anyway, Thank You to Ibu (Aizar's mother) yang merupakan taylor untuk curtain dan bedsheet.
Nah, sedikit sebanyak muka aku.
Untuk kali ini.
Oh. Gambar ini tanpa Nisa. Sebab Nisa datang lambat.
Syukur Alhamdulillah.
And oyya.
I'm NOT single.
Next, in Nuruloveme :
- Nurul and friends during the engagement
- Nurul and family
Anda tunggu dengan tabah.
Photography by Farah, Aisyah, Aizar, The Fiance's Bro, and The Fiance's Sister
31 Congteng-conteng:
Jgn lupa jemput akak bila nak kahwin k, hehe ;)
pap.. pap.. pap.. shabas bete..
make up..x make up..
bangun tido..nak tido..
meneran..hahaha
mmg chumel..
black+silver+red..
tona warna yang agak-agak berkesan..
baguih..baguih..
auww..
ibu mertuamu cam duduk sama rendah berdiri sama tinggi lah..
temanye sama tinggi dengan chika..
hope u kekalabadiselamanya..
daa~~
bahawa dengan ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan diatas melantik saya sebagai orang kenamaan(tak boley blah)dalam majlis pentingmu..
pasni sy masih available..sile2 gunakan khidmat sy yg tak seberapa neh.patik rela..
berkalung-kalung tahniah utkmu wahai sahabatku..sob..sob..im happy for you neh..
waaaaaaa!!! tahniah buat kesekian kalinya.... nak gambar saiz ori kalo, let me know, aku burn kasik ko! hehehe
btw, kredit juga photography kpd aisyah, beliau turut menyumbang bakat dgn angle2 yg bernas2 weh!!
and now..
i pecaya..
sangat pecaya..
u sangat cantek mcm princess of the day!!
serious chika!!..
i can ur eyes sparkling2 hee..
i'm happy for u..
or ayat lain..
we're happy for u..
really ingat gimik! sebab i seakan pecaya x pecaya..
mcm sangat lari dgn entry2 u sebelum ni..
tp bagus la..
bende baik kan :)
btw,
err nnt kalo kawen jgn la buat terkejut tergempar cmni!
hee..
nnt u jemput i tau..
chika!!
again!!
u sangat2 cantik!!
mmg roses are everywhere.
and u had a great friends too!!
diorg mmg superb!
last,
hope u bahagia ok chika :)
more updates ok!!
ur life mmg mcm dalam novel :)
i'm really happy for u dear!
*hugs*
dah betunang!
n you're younger than me?
CONGRATULATIONS anyway.
ble nk kawen?
i'm happy for you =)
1st, sgt amazing.. aku mengharapkan aku dpt melalui magic dan kejutan seperti ini.. err.. boleh ke aku reset balik relationship aku?? haha
2nd, kecomelan ko mmg nampak seperti ditelan oleh makeup itu.. kau yang biasa lebih comel dari ini..
3rd, perkataan2 ini maybe aku akan slalu ulang disini dan disana (ym) mahupun disinun (live).. congrats yang amat sgt.. semoga membawa kejinjang pelamin dan seterusnya sehingga ke akhir hayat (bukan mcm sesetengah org, doa utk kekal ke anak cucu je.. haha)..
4th, ok dah.. aku bz.. byee.. haha
kenduri nanti JANGAN LUPA jemput akak sekeluarga yea..
cheres tu bukan jauh pun dari umah akak..
pasnih turn aku lak wat kejutan..
mcm yg aku ckp dlu, ape2 pun, ko yg mesti mendahului aku.. :)
haizum..congratz once again..
seriusly.. 1st, i'm one of d person yg grateful kamu dah ubah blog menjadi public semula..so i got sumthing to read semasa lapang..heheh.. plus..takdek r rase jauh sgt dr kengkawan skolah kan...=)..
n then..i read aiza's wish for u.. n i didnt simply believe u noe.. nie hari ke-3 i read tis..n baru caye ngan benar..heheh..
neway..really hepy for u.. all the best for ur future undertakings.. (^^,)
jgn lupe jemput tau..pasni..hehe..;)
tahniah sekali lagi...
aku masih dlm terkejut2 tp x terkejut spt beruk lah...
ha ha...
Huhuhu.. comel comel dan comel!!
=)))
p/s: u look so gorgeous
untuk yang ke 19 kali.
tahniah.
=)
i'm really happy for u. ur wedding nnt inform la. nk jugak datang. hehe ;)
smoga dpt mengharungi alam pertunangan dgn baik
jagalah hubungan n adab2 sebagai muslimah jugak. still ada batas2 kan
nk kawen nnt jgn xjmput plak.. :)
Gratz ... bila kahwin kenduri ingat ajak tau :p
now baru i caya
haha..
congrate k..
*rase cam mimpi je* aha
tahniah sayang !!!
terpaksalah aku menerima kenyataan ini...
hehhe hehhe hehhe
Glad to knoe about your engagement. Sama cam shaira, to me you look pretty, dear.
Semuga menjadi muslimah yang solehah dan dapat suami yang soleh. Insya Allaah.
update cepat..
ur life mmg magic,chika!
ai tak percyaaaaa!!
u santek la dear..n i like the theme..my feberet color :D
congrats :) really happy for u..srious
Post a Comment