Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, August 09, 2008

Berapa Bulankah Kucing Mengandung?

Woohooo. Ho.
Hari ni syok banyak. Err. Shopping lah.
Ibu dan anak. Apa nak, cakap!
HAHAHA.

Dapat dua tiny teddy. A cute couple. Buat hati kecik aku geram je. Janji dengan atok tak mahu main toys lagik. Siapa suruh membagi free gift? Kan aku dah kembali ke zaman jahiliyah. Sungguh cannot tahan di mana aku pon meletakkan kedua-dua couple berbaju bunga-bunga itu di atas kotak. Gila banyak roses baju teddy bear neh. Againlah dow. Bilik aku kembali ber-toys. Mungkinkah aku harus membawa masuk kawan-kawan aku (the toys) yang terhumban di dalam store sana? Mungkinkah? Mungkinkah? Why so gatal?

Kejap. Tapak tangan ku seakan tegang. Kasi ku waktu memanjakan kulit. Lotion! Datang sini jumpa aku. Aku berat badanlah malas membangunkan diri. Kejaplah. Me-lotion dulu.






Okay sudah. Tanganku sudah soft umpamanya sutera. Suka hati i lah nak kata tangan i lembut. HAHA. Tahukah kenapa entry yang aku conteng selalu 'mendadahkan?' Bukanlah sebab aku bagi dadah sangat. Tapi sebab jari aku yang halus ni menghentak keyboard secara kasih sayang. Maka, contengan aku pon berciri kasih sayang. Sebab itulah berbaur dadah. Tak percaya sudah. Boley Blah. Huh! *Oh. Ayat berirama.*

Talking about lotion. Omaigod. Ku terlupa sudah untuk melimpahkan terima kasih serta kata-kata aluan kepada kawan-kawan wanita yang membagi hadiah pertunangan itu hari. Aku suka dow hadiah anda. Sebab terdiri daripada produk kewangian. Lotion + Perfume + Body Mist + Shower Gel. In apple blossom scent. Aku tak pernah try scent itu. Oh ku cintakan the scent.Very fruity floral dan membuat aku rasa mahu memakannya umpama yogurt.



Gracias. Mucho.


Pagi Khamis tu. Beriya-iya aku menabur janji dengan A'ai. Kencang gila ayat. Nak follow camping, masuk hutan. Aku sanggop drive ikot bontot bas. Ishk. Apa masuk perkataan bontot dalam blog neh? Delete lah kalau tak suka! Delete ...! Nevermind. Aku kata okey, aku akan ikut. A'ai pon gembira kerna aku akan pergi dan dia tanya aku secara banyak kali. Dah plan siap. Nak bertolak petang, pagi Ahad nak blah. Siap nak pinjam khemah tu. Fuh, Nurul.... janji-janji manisku. (Malam ni mereka sedang BBQ party dan aku sedang cemburu buta)

Tiba-tiba cancel. Sebab beberapa sebab.

Sebab satu. Bukankah aku dalam tempoh darurat iaitu janganlah gatal sangat menunjuk muka. di khalayak ramai. Nanti pasti menjadi diva dan mencetus kontroversi. Susah kang. Aku pon pasti susah nak berdepan dengan kekeliruan identiti. Jadi, buat apakah pergi?

Sebab dua. Mak aku kata boleh pergi. Tapi tak payah shopping untuk konvo. Gulp. Gila engkau. Aku mana boleh korbankan shopping.


Oh. Ada dua sebab je kenapa aku jangan pergi. Aku ingatkan ada banyak sebab. Salah. Sebab untuk aku pergi macam lagi banyak.

Satu. Aku suka Festsena (Festival Seni Bina). Tahun lepas punya sangat jahanam atau dalam Bahasa Inggeris dimaki sebagai Sux. Untuk menebus ke-jahanam-an yang lalu, aku kenalah pergi tahun ini punya. Sebab Festsena memang festival yang ditunggu oleh jabatan aku. Sebab tak payah studio. Berpesta saja. Pagi petang siang malam. Apa tak best ke tu?

Dua. Junior studio 4th batch yang organize. Aku berkenan budak-budak junior studio tu. Mereka sikit tapi power-pul. Dengar cerita, T-Shirt yang mereka buat this year cantik. Aku suka T-Shirt cantek. Aku benci T-Shirt burok. Macam kain burok. Nak tahu apakah yang dimaksudkan T-Shirt burok macam kain burok? Ye. T-Shirt architecture yang aku sumpah taknak pakai. Itulah yang dikategorikan burok. Err. T-Shirt ArchiNature tetap paling cantek di hatiku. Err. Sebab studio aku yang buat. Mestilah aku kata cantek. Eleh, memang cantek dow.

Tiga. Dengar cerita, semua super senior pon ada. Semua? Bukan semua. Tapi ramai yang ada. Abang Is pon balik Malaysia meninggalkan Oxfordnya di sana. Wa. Beliau memang senior yang sangat mencintai JSB. What to do. Kak Mar yang gila comel tu tak datang :D Kak Mar, pergilah update blog. Ngee. Nurul datang asyik membaca entry yang sama :D Senior kami yang berstatus suami isteri pon mungkin datang jugak. Wa. Meriah. Kemeriahan di dalam hutan. Pasti best.

Empat. Aku nak bergembira lah dengan kawan-kawan.


Tengok. Sebab kenapa aku kena pergi lagi banyak dari sebab kenapa aku jangan pergi. Tapi sudah terlambat untuk memekak. Diamlah. Memang sudah tak pergi pon. Tapi aku tetap syok. Sebab dapat membeli-belah.

Okaylah. Sudah. Sebelum aku menyudahkan entry secara mengejut, terima kasih kepada Astri sebab membagi fridge magnet from Japan. Kalau aku tahu dia nak ke Japan, aku pesan dia belikan aku Takuya Kimura satu. Tapi tak pe lah. Aku dah tak ada hati dekat lelaki jepun tak berwawasan tu. Fridge magnet itu aku letakkan di err... bukan fridge. Aku letak dekat meja solek. Motif? Tiada.

Okey bye.
Habis dah la.
Nak apa lagi?

 

18 Congteng-conteng:

Blogger azie conteng...
takuya kimura boleh beli ek?

err, de tak kawan2 chika nak pegi hollywood? nak kirim christian bale satu. nak letak kat bilik. kosong sgt bilik nih
10:29 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
This comment has been removed by the author.
10:31 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
This comment has been removed by the author.
10:32 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
azie - nak letak kat bilek tu, kena pikir dua tiga kali. gegege. i beli takuya kimura, simpan kat ruang tamu sebagai perhiasan. haha. u jgn simpan kat bilik u.... :P

mastalkilla - sorry beb. anda gagal kali ini. anda lambat 2 minit. gadis di atas mendahului anda. bagus sebab tahu menjawap soalan anda sendiri. bagus. anda mmg pembaca asli dan tulen. haha.
10:35 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
chika, tak elok ko kuarkan balik kawan2 ko tuh dari stor.. sila anta toy TMNT tuh dkt rumat aku dgn kadar segera.. hahaha.. aku nakk!~
10:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kay - tak boleh. nanti malaikat tak hantar rezeki dekat kau. kesian kau. hahahaha
11:01 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wah bestnye dapat fridge magnet from japan! oh ya, aku memang teruja kalu ade sesape bercerita tentang fridge magnet. kerna ku & isteri suka mengumpul fidge magnet dan dilekatkan di pintu fidge.ia mengingatkan tempat kitaorang pernah pergi.err..ade jugak tempat yg x pernah pergi (kes kekawan bagi la nie).hehe..
2:31 AM  
Blogger @@LaLa@@ conteng...
hye chika...tq singgah..hepi2 frenz..
link jommm!! =)
3:03 AM  
Blogger happyichigo♥ conteng...
haro budak cun...
3:40 AM  
Blogger Nashrex conteng...
lapar lah
8:10 AM  
Blogger azie conteng...
baiklah, ai letak christian bale dekat ruang tamu. erm, tak pun, letak kat sekitar pepokok bunga pun ok jugak. barulah seperti kumbang menghisap madu.
10:23 AM  
Blogger cemut conteng...
haha..br minggu lepas my atok masok bilik cemut n die bebel2 .. patot la susah nk bgn solat subuh.malaikat xmasok bilik ni..
geram gile..
11:47 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
penyubiru - o. minat collect fridge magnet eh. saya pon ada banyak orang bagi tapi tah ke mana-mana. hehe

lala - okay. i'll link u back :) tq

dira - hi puan dira :D ekkeke..

nash - ko ingat blog aku ni kantin er? ngahaha

azie - kumbang menghisap madu? err... lain macam tu, azie. haha

cemut - jom la kita tinggalkan perbuatan sia-sia itu. haha. tapi sangat sukar. namunku pasrah =D ngee
12:23 PM  
Blogger Adian conteng...
ya ampun... best sungguh festsena thn ni... rugi hang xg. gile happening la, HAMPIR menyamai archinature dulu (ceh, tetap xngaku kalah). nntkan reviewnye nnt..
10:24 AM  
Blogger Adian conteng...
oops lupe lak, kucing aku tu pun ngandung jugak. Angah. aku bace kat tenet ngandung 6 bulan camtu.
10:25 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - aaaaaaaaaaa. ye ke gila happening? ye ke? ye ke????? :(( *nangis banyak* cepat buat review. letak gambar banyak2 tau. huwaa/ sedey.

angah dah pregnant? 6 bulan? o.lama jugak eh.
11:05 AM  
Blogger IamYonna conteng...
ouh chika comel.
kalo yonna tau chika nk tunang.
sure yonna kasi adiah gak :D
nnt time chika kawen eh :D
1:13 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ye yeay! hahahaha
3:00 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."