Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, August 10, 2008

Way .. way ... wedding

Sana kawen. Sini kawen. Okay.
Sana kompang. Sini kompang. Okay jugak.
Pelamin beraneka warna.
Pengantin beraneka rupa.
Okay. Sapa kata tak okay.

Orang berkahwin di sana sini.
Musim mengawan. Berdosa dow kata macam tu.
Watch your mouth! Orang bina masjidlah.
Ucapkan alhamdulillah.



Aku sudah tidak melanggan CLEO semacam seorang pembaca setia lagi. Aku melanggan Brides, Pengantin , InStyleWeddings dan yang setanding dengannya.. Hambek engkau. Aneh bukan? Mana ada aneh. Dulu sewaktu era kekeliruan identiti iaitu menjelang usia sweet 15, aku baca Remaja. Aku juga baca Seveenteen. Selepas aku macam perasan diri yang kononnya sudah mencecah usia remaja pertengahan, aku baca Cleo pulak. Aku tak sentuh Remaja lagi. Ishk. Magazine apakah yang gila karat punya ayat? Aku tak mahu sentuh lagi. Aku fikir, Cleo is the best. Anda nampak lebih cool. Kononlah. Selepas itu, aku berganjak ke dunia penuh fantasi. Konon-konon diva. Aku pon melanggan Female dan seangkatan dengannya. Ya ya. Magazine yang mengajar aku tentang scarf Hermes dan tote handbag Marc Jacobs. *gigit jari* Duit, tolong turun banjir ke bumi dan jatuhlah ke atas kepala aku !


Sekarang aku sekali lagi berubah era. Aku pon sudah masuk ke era mak nenek membaca bridal magazines. Suka hati aku lah. HAHA. Siapa berani kata aku semacam mak nenek? Aku cekik nanti mati. HAHA. Ye. Aku tidak berminat untuk membaca apa-apa selain tentang wedding. Sekian terima kasih.

Err. Belum habis lagi.

Banyak betul nak dibuat demi sebuah wedding. Setiap malam, sebelum membutakan mata ; aku akan menulis dalam planner. Seronok. Tak percaya, engkau cubalah. Engkau tuliskan perkahwinan impian engkau di dalam sebuah buku. Dan engkau pon berangan. Seronok gila. Gila pon tak seronok macam ni. Tapi, setiap kali bercerita atau berfikir tentang wedding ... whoooow... kupu-kupu berterbangan in the stomach. Tercuak-cuak. Err. Dag dig dug di dalam dada.


Baiklah. Aku tahu engkau nak komen apa ;
Chika, kawen jangan lupa jemput I
.


Pergilah komen dengan kata-kata dan idea bernas yang lain pula. Sebab aku memang akan jemput engkau. Engkau semualah. Tapi bersabarlah. Ia berlaku sekali dalam bulan biru. *once in a blue moon* Tapi bulan belum nak biru. Engkau tunggulah. Nanti aku bukak sidang. Janji. Tengok. Aku berjanji sudah. Maknanya, aku akan kotakanlah. Apahal? Tak percaya dengan janji-janji manisku? Tak percaya sudah.


Insyaallah.
Dengan keizinan Allah SWT,
kami akan diijabkabulkan.
Jangan worry sangat.
Aku tidak akan membuat kejutan elektrik semacam INI lagi.

Err.
Tata.
Err.
Habis dah.
 

23 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
AHAHAHA..
Taknak komenlah..
HIhihi..
Cerita psl magazine nih buat nak gelak pon ada..
Diam2 sudah
9:55 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
esok carik magazine lagi banyak-banyak. mabok wedding. hhahha
10:05 PM  
Blogger Amirah Ishak conteng...
bestnya kawinn kan... cis.

u engaged 27 july ?
sama tu dgn anniversary i dgn bf i .
11:34 PM  
Blogger azie conteng...
chika,
kalau belum de tanda-tanda nak kawen atau dipinang orang, bolehkah saya membuat tabiat membaca majalah wedding dan juga membuat planning wedding saya? takkah itu nampak saya gelojoh, sebab saya bukan tunangan org macam chika.


yang keliru,
azie
12:12 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
myra - o ye? okek. kita ada celebration pada tarikh yg sama nampaknya. ehe. perasaan hendak berkawen mmg best. tapi sangat cuak dan berdebaran jugak. err. dan juga runsing. :s

azie - jawapannya boleh. ia bukanlah perbuatan gelojoh sangat walaupon tetap boleh dituduh sebagai gelojoh oleh org ramai. tapi pedulikan orang ramai. anggap ia sebagai ilmu semata-mata. dan persediaan seumpama berpayung sebelum hujan. aneh tetapi akan berguna. sekian, selamat mencuba.
12:19 AM  
Blogger A t i Q a h conteng...
Agagaga. Azie sudah terkeliru antara chika dan kak sri siantan ka?
1:01 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
atiqah - itulah. dibuatnya cam segmen soal jawap. terasa cam pakar rumah tangga i. hahah
1:05 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
bile aku pegi memana, aku asik jumpe pompuan pregnant di mana2 dan merata2 tempat, baru aku tanye, "musim mengawan baru berlalu kah?" haha.. kalo kawen ni tak pelik sgt.. tp agak aneh bile org buat kenduri kawen secara berlumba2 diwaktu bukan cuti sekolah.. haha..

chika, aku nasihatkan ko jgn bg ayat2 yg bleh mempengaruhi org lain.. sbb ko dah mcm role model aku tgk.. haha.. ko tgk tuh, Azie dah bersoal jawab ngan ko.. haha.. aura chika semakin mengalahkan aura tsumawi.. hahaha
3:24 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
wokeh, kami suma menunggu dgn sbr bile adik mau diijabkabulkan. Yg penting mau kad wangi.gagaga ;p
7:14 AM  
Blogger Nashrex conteng...
xjemput aku... siap laaaaaaa kau!
7:43 AM  
Blogger Semut Api conteng...
Salam Dior,

Selamat pengantin baru...sape nama bakal anak? ...ooooooooppsss...

jgn lupa jemput..
9:48 AM  
Blogger Masy conteng...
selepas dijemput, tpaksa laa ckp kat diri sndiri : jgn lupa datang. huhuh
11:51 AM  
Blogger azie conteng...
chika,
terima kasih. nasihat itu akan saya ambil sbg pedoman. dan akan saya cuba.

yang dah tak keliru,
azie
2:14 PM  
Blogger ajathajar conteng...
kursus kawen dh pegi?
selamat bersiap sedia utk kawen =)
2:25 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
nak ckp jugak
chika, kawen jemput i ;p
wpun taw u mmg akan jemput..ececeeyy
gile konpiden je ;p
hahahaa

chika, i ske bace magz yg manyak gmbr2 pengantin, fesyen2 tu sme :D ske tgk :D
tp planning2 yg lain tu..err..cik abg x cukup duit lagi la.ahaha ;p
3:36 PM  
Blogger fara-D conteng...
huk. walopon anda sorang kawan aku yg kecik, tp nampaknya, ko makin membesar lah....hiks!

aku jugak makin menjadi2 prangai keanak-anakan ni! hehehe...

chika, jadik mak angkat i bley?! hehehe
4:01 PM  
Blogger Ms Haslina conteng...
wah...bau NASI MINYAK tu makin semakin kuat...semua orang mahukan yg terbaik dihari bahagia kelak..tp nasihat akak...sesambil tgk wedding magazine tu..rajin2 bertanya dgn org2 yg da melalui wedding day..mungkin ada se tip, dua tip yg boleh di kongsi buat bakal pengantin baru..
:)
4:18 PM  
Blogger Unknown conteng...
addooiihh
anak papa sorang ni ekkk :)

bambino x nak langgan ker chika ei?
semoga selamat la korang ek :)
kite tumpang gembira~!
4:37 PM  
Blogger @xiM conteng...
tahniah atas pertunangan anda!!!
11:11 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
hannan - bambino???
11:25 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Slm chika,

Moga sihat2 hendaknya,lelagi pas tuanng ni,hihi..:) org nak kawhin mmg excited ttg sume tu..err chika dah de photographer kahwin lum? bukan pe, utk abadikan kenangan seumur hidup tu kalau bleh kenalah cari yg bagus2,hehe..ni acai punye recommendation (acai tak dapat apapun dari diaorg)..sume member2 forum acai dan kenal..dan tahu diaorg bleh buat gambar2 best..:)

Acai bagi blog diaorg dan dari situ mmg ada link official website diaorg..:)

1. http://blog.saifulnang.net
2. http://blog.udeyismail.com
3. http://blog.shafiqakmal.com
4. http://fotokahwin.fotopages.com (member universiti)
5. http://blog.shafiqakmal.com (ada job ngan dia minggu nih)
6. http://peveyhack.fotopages.com (kamceng gile ngan dia)
7. http://chinta.fotopages.com

Rasenya cukuplah tu,hehe..kang susah nak pilih..err kalau chika dah adapun takpe, just bagi pilihan..kalau nk tanye pape bleh mail acai - faisalhjrahim@yahoo.co.uk...sbb acai slalu lepak ngan diaorg..:)
2:34 PM  
Blogger IamYonna conteng...
i x sabar tunggu blue moon ni!!!!!!!
1:18 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
sabar yonna sabar.... hahaha.
3:01 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."