Rupa-rupanya dia nak tanya tentang err.. aku. Ye lah. Tentang aku. Tak kan tentang jiran tetangga aku. Sebaik sahaja menjawap salam, dia pon bertanya... "awak macam mana?,"
Aik? Soalan tersebut terlalu umum untuk dijawap. Apakah yang macam mana? Tubuh badan kah? atau mental? Aku sangat sihat dan dijamin sihat. Mental pula masih cerdik macam dulu. Malah makin menjadi-jadi cerdiknya. HAHA. Oh.
Beberapa nama kisah silam disebutnya. Aik? Aku pon tak berapa nak ingat. Maklumlah, aku sangat glamour masa matriks dulu. Orang glamour akan cenderung untuk mudah melupai orang lain. Mungkn itulah yang berlaku ke atas aku. Err. Apsal gila kerek ayat aku neh? Macam bagus je. HAHAHA. Err. HAHAHA. *Pelempang kang*
"Banyaklah hati yang hancur dengan cerita pertunangan awak ni,"
Aik? Ayat tersebut. Err. Aik? Aku pon tiada komen. Mana ada aku menghancurkan hati siapa-siapa. Kalau ada yang hancur hati, pasti merekalah yang menghancurkan hati sendiri. Err. Kalau benarlah bagai dikata, aku sangat meminta maaf kepada semua. Aku tidak bermaksud. Tapi inilah kehidupan yang aku pilih. Semua orang berhak memilih hidup dia. Aku pon berharap, semua orang akan memilih kehidupan dia sendiri. Yang baik.
"Awak kirim salam lah kat semua yang mengenali kita eh kat sana," akhirnya end up conversation semacam tu. Aku pon tak tahu. Kenapakah dulu aku sangat keras hati. Inilah kali pertama aku berasa sangat dimudahkan. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Sebab itulah.
"Err. Si *** tahu?," secara tiba-tiba iaitu tanpa angin ribut mahupun taufan tersembul soalan tersebut. Aik? Apalah Athirah neh.
"Ha? Lama dah lost contact. Tak da tegur pon. Kalau nampak dia online pon, sikit tak penah tegur. Bertahun dah," Haha. Huhu. Hehe. Macam tu lah. Kisah silam yang basi. Buat apa nak diingat.
Tapi setelah disoal oleh Athirah tadi, maka aku pon terfikir. Setelah sekian lama. Betul juga. apakah terjadi dengan beliau dan kekasih beliau? Sudah sampai ke tahap apakah? Mungkin tidak sampai ke tahap aku lagi. Ah. Lantak andalah. Ada baiknya tindakan bodoh anda yang lalu kerna menjadikan aku seorang yang gila punya superpandai secara diva. HAR HAR HAR HAR.
Semoga Allah terus memudahkan jalan.
Amin.
10 Congteng-conteng:
ni kita nak bagi ucapan gi kat chika,hikhik
selamat bertunang. semoga bahagia. kalau kahwin, jemputlah saya walaupun saya ini tidak dikenali.hi hi hi
p/s: nak buat confession nih. ai addicted dgn ur blog,hi hi hi
hanya kita yg tau ape yg terbaek ntuk diri kita.
org len hanya tau melihat .. mentafsir dan menilai menda yg hanya di mata.
lama saya tak masuk blog awak
besh la blog awak ni memang mengdivakan
eh eh
saya jadi cakap saya awak pulak lepas tengok dialog athirah tu
pandang ke depan terus menerus.
cemut - pilihla kehidupan sendiri.
liyana - tq tq. boleh boleh. nanti nak wedding, i bitau kat semua anda. huhuhuhuhahaha.
totin - bukan saya awak dow. KITA AWAK. hahaha. childish. comel gila ar aku neh. gegege :D
alifmimyanun - kalau ditulis sbg amin kan senang. gagaga. jangan pandang belakang. tp sesekali boleh jugak menoleh utk melihat masa lalu. wa. ayat tanak kalah.
ni life yang u pilih.
u have right on it..
concern betul kawan u tu kan :D
Post a Comment