Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, August 08, 2008

Meninggalkan Kesan Abadi

Semalam sangat seronok. Lama rasanya tidak menjalani kehidupan secara remaja. HAHA. Tahukah apa yang dimaksudkan kehidupan secara remaja? Ye. Makan beramai-ramai di meja sempit secara berhimpit-himpit. Makan sesuap nasi, dan bercakap seribu patah perkataan. Kemudian, sesuap nasik lagi. Dan dua ribu patah perkataan pula diucapkan secara lantang. Iaitu makan sikit, cakap banyak. Mulut banyak, suara banyak. Bertukar-tukar informasi err... gosip dan berketawa girang. Seronoklah bukan?

Sudah beberapa bulan meninggalkan kehidupan kampus. Semalam kembali ke UKM demi sebuah rehearsal konvokesyen yang ala-ala itu. Semacam tak berapa perlulah dibuat rehearsal. Sebab rehearsal tersebut, bak kata Ainul ... samalah seperti menonton rancangan 'Just For Laughs". Aih. Tak faham aku.

Reheasal Konvo.
Gila. Pukul 9 lebih baru aku sampai UKM. Pusing UKM sebanyak dua kali. Rasa nak menjerit dibuatnya sebab sangat susah nak mendapatkan parking. Memandangkan kenderaan 1266 aku tu dah memang biasa buat jenayah dekat di dalam kampus, aku pon tekad nak park je tempat motosikal. Seriously aku buat. Aku naik atas divider, aku park melintang. Abis. Semua parking bays untuk motor aku sapu bersih. Tapi tiba-tiba jiwa aku menjadi suci. Erk. Tak jadi. Aku reverse. Aku pusing lagi sekali carik parking. Akhirnya aku parking dekat tempat pegawai apa tah. Aku pon tak berapa perasan. Lantak kau lah. Nak saman, samanlah. Nak clamp, clamp lah. Macam guard tu tak biasa je buat urusan saman-menyaman dengan aku.

Masuk DECTAR. Gila ramai orang. Aku pon berasa sangat cramp. Nasib baik Ainul call aku. Tu pon sebab dia nampak pulak muka aku kat tepi pintu. HAHAHA. Dapatlah bersekedudukan dengan rakan-rakan. Tapi cuma ada Ainul, Shida dan Paed. Err. Hati Kaca pon ada tapi aku buat tak nampak. Err. Macam halimunan saja ma.

Oh Shida! Aku sangat rindu dia. Dia pon pastilah sangat rindu aku, lebih dari aku merindui dia. HAHA. Itulah. Siapa suruh tak datang engagement aku. Dapat jumpa Paed juga setelah sekian lama. Makin kurus pulak dia neh. Sangat mencabar maruah aku. Sebab dulu aku ejek dia gemok. Padahal aku semacam lagi gemok ja dari dia. HAHAHA.

Lepas rehearsal yang sangat komedi itu, kami pon beramai-ramai menyerbu ke fakulti. Makan dekat cafe lah. Rindulah katakan. Lauk-pauk cafe fakulti kami adalah yang paling best. Lagipon aku rindu makcik cafe. Para pekerja cafe tu pon pasti rindu aku. Maklumlah, dulu selalu mengorat aku wo. Sampai sanggop menunggu aku dekat kereta. HAHAHA. Err. Bolehlah. Dikira rindu juga zaman-zaman di-mengorat pekerja cafe. Ngee :D

Apalagi. Nampak ja muka Sarah si outstanding tu... kami pon excited lah. Dah macam karnival jom heboh dibuatnya. Mahunya tak. Aku berasa semacam sudah bertahun tidak melepak di tepi tasek tersebut sambil berbual projek.

Ada beberapa orang, masih sibuk dengan studio. Yang dah grade pon, semua pakat bercerita tentang kerja. Masing-masing sibuk dengan projek firm. Ada yang gaji besarlah, gaji sikitlah, separuh kayalah, separuh miskin lah. Macam-macam. Yang nak rahsia pekerjaan pon ada. HAHA. Aku jugak yang senang. Bila ditanya apa aku buat, aku pon membagi jawapan yang sangat stabil dan padat. Aku tak da buat apa. HAHA. Semua mereka dah bergaji dan mempunyai wang. Aku je yang tak bergaji. Uhuhuhu.

Tengah-tengah makan tu, aku pon mendapat satu idea yang tipikal tapi dah sangat lama tak dibuat. Aku tengok muka Nuar. Hoh. Aku pon ajak beliau shopping. Nama pon ANUAR kan. Kalau diajak shopping, confirm nak punya. Apalagik, kami pon mengajaklah shopping secara beramai-ramai.

Sarah, Nisa dengan Mas. Dorang tengah Design Class. Tapi boleh pulak tu ada hati nak ponteng kelas. Padahal lecturer ada dalam studio. Aku neh pulak dah memang tabiat. Kami memang suka mempengaruhi kawan-kawan dalam bab ponteng memonteng ni. Tapi setelah menjenguk masuk studio, aku pon berasa insaf.

Ya Allah. Apakah sudah jadi dengan studio? Kenapakah sangat skematik dan senyap sepi? Studio kah itu. Hek eleh. Kalau akulah, pasti berasa tertekan dengan keadaan studio yang tegang macam tu. Kenapa macam ni heh? Sarah dengan Nisan pon mengadu-ngadulah perihal studio yang tak happening macam dulu lagi. Gila sayup je rasa dalam hati. Aku pon tak jadi nak menghasut dorang suruh ponteng studio. Zaman dulu bolehlah. Tengah-tengah kelas Design, boleh pergi shopping dekat Midvalley. Lepas tu balik semula ke studi dan sambung design. Tapi aku tengok sekarang ni studio tegang je. Sarah, Nisa dengan Mas pon tak jadilah ikut. Farah pulak tengah fokus dengan design. Baguslah. Tak jadi aku nak mengacau dia.

Adian pon sama! Wo, Bai Roti ni pon bukan main fokus lagi buat design. Sempat tegur-tegur camtu je. Adian, update la blog. Review la sikit pasal studio. Tak pe. All the best. Project Housing. Pening wo. Selamat membaca UBBL okeh. HAHAHA. Aku kecewa mengenangkan project housing aku last year. Jahanam. Tapi project tu lah aku membuat 3D secara gembira. Err. Aku semacam rindulah kepada waktu-waktu tegang membuat project. Waktu berpecah kepala mendapatkan design development. Waktu berpecah kepala menyusun spaces. Hmm... Aik. Entry neh melankoliklah.

Lepas tak berjaya menghasut Sarah, Nisa dan Mas untuk ponteng, akhirnya Ainul dengan Mek Ti setuju nak pergi. Hooray!

"Naik kete sapa?" Aku tanya. Wahaha. Aku malas nak drive.
"Kereta kau lah. Lapang sket," kata Paed.
"Kete Nuarlah. Kete Nuar lagi besar," secara tak malunya aku suruh Nuar drive.
"Aku pakai Kancillah hari ni," kata Nuar.

Hallamak. Kancillah pulak. Tapi disebabkan aku gila malas nak drive, aku suruh Nuar drive jugak. Kancil pon Kancillah. Macam tak biasa berhimpit je dulu. HAHA. Naik Kelisa sampai sesak nafas pon pernah kan? HAHHA.

Shopping! Konon aku lah yang menggelupur nak carik baju konvo. Ajak pergi Alamanda. Yang perginya Ainul, Mek Ti, Paed dengan Nuar. Akhirnya, yang shopping lebih ialah lelaki-lelaki tu. Dari Alamanda, lari pergi Sogo sebab biasalah si Nuar tu. Aku ni cerewet. Dia seploh kali lagi cerewet dari aku.

Selagi barang tu tak branded, dia takkan nak. Pilih kemeja macam pilih bini. Paed pon shopping. Dia ada duit :( Dia ada gaji :( Aku pon bergurau sendalah suruh dia belanja aku shopping. Tapi jawpaan yang dibaginya agak memberangsangkan juga.

Dia kata, dia nak kena kumpul duit untuk membeli hadiah untuk wedding aku nanti. HAHAHAHAHA. Walaupon semacam tak berapa betul ja kata-kata tersebut, tapi bunyi dia agak memberangsangkan. HAHA. Aku pon mintak dia kasi aku PSP. Tapi kemudiannya, dia pon berkata bahawa tindakan aku sangat tak patut. Dia kata jangan mintak-mintak. Biar surprise. HAHAHAHA. Maka, hadiah tersebut haruslah lagi hebat dari PSP. HAHAHA. Kidding.

Err. Kerja. Mereka sibuk bercerita tentang architect firm sana sini. Ainul, Ya dengan Aisyah jadi Research Assistant. Shafiz pulak tengah carik firm gred A yang class-class je. Demand nampak. Takpelah. Best student kan. Ho ho ho. Zarif nak pergi Qatar ada project. Boss dia bawak. Waaa. Gila best. Pendek kata, macam-macam ceritalah aku dengar.

Tapi mereka tetap sibuk membahankan aku. Err. Kes aku bertunang lah. Lepas tu sibuk bertanya tentang wedding. Tengok. Siapa kata pengangguran itu merupakan kes yang dipandang ringan. Walaupon aku menganggur, mereka tetap sawan nak tahu tentang aku. AHAHAHAHAHA. Err. Kes aku neh lain macam sket lah. Iaitu berciri luarbiasa. Mereka semua heboh dengan kehidupan alam pekerjaan dan projek-projek. Aku pulak, diorang sebok heboh tanya pasal wedding. Dan kes aku menjadi yang paling berat. Aik? Bukankah aku sudah menaikkan taraf penganggur? HAHAHHA. Err. Penganggur berhias. Well.

Aku tak lama pon dekat UKM. Sebab aku takut terserempak dengan insan-insan tertentu. Bukan sebab takut. Tapi aku tak rasa, ini waktu yang sesuai untuk mengeruhkan keadaan. Walau semacam mana situasinya pon, jauh dalam hati aku, aku tetap rasa kurang senang. Mungkin betul. Belum masa yang tepat untuk aku kembali ke UKM. Tapi sampai bila? Aisyah kata, memang bukan masa yang sesuai untuk aku tunjuk muka. Aku pon tak berani jumpa lecturer. Entah.





Oyya.
Semalam was just great. Shopping dengan Ainul dan Mek Ti memang best. Sebab diorang suka menjadikan aku bahan ujikaji. HAHA. And they know what suit me best. Shopping dengan Nuar lagilah bestnya. Dia pandai pilih barang yang cantik, berkualiti dan err.. branded.Sampai kebaya pon dia pandai pilih. Pilihan dia mesti yang bagus-bagus. Paed pulak, err.. walaupon semacam 'poyo' tapi dia tak kisah kalau disuruh memegang beg atau membeli minuman. HAHAHA. Tiba-tiba awek dia call dan merajuk sakan. Ayyokk... tak tahu. HAHA. Walaupon balik sampai malam. Tapi sangat enjoy. Lama tak bergembira macam tu dengan kawan-kawan. And I just wondering ... yang satu hari nanti, kami semuanya pon semakin hilang. Semalam pon. Tak semua yang datang. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing :(

And I really miss those time :)

YM conversation pagi tadi.

nuruLism : mak aku tak marah. nasib baikkkk!
ainul : sapa suruh tanak tido kat bilik aku semalam? boleh jimba2 di waktu malam.
nuruLism : Tu ar kan?

Aaaaaaaaaaa. Aku rindu zaman universiti. Macam mana? Ainul, Aisyah, Ya, Farah, Sarah, Nisa, Mas, Adian ... dorang semua ada kat UKM lagi. Uhuhuhuhu. Betul kot macam dalam lagu :

Dalam kehidupan ini yang terindah,
Melalui usia remaja...
Senda gurau suka duka ...
Sering berganti ...
Meninggalkan kesan abadi ...

Tapi, aku sedang melalui fasa baru kehidupan. Dan aku akan melaluinya dengan kegembiraan juga. For a better life :) Insyaallah.
 

16 Congteng-conteng:

Blogger Masy conteng...
heheh see.. baru je meninggalkan alam jimba2 dah rindu kan? dua tiga tahun nanti abeslah rosak saraf asek teringat2 ahahahahah!!

rajinnye g rehearsal. akak dulu x pegi pon. sbb rasanya ape yg susah pon kan.. naik atas pentas, tunduk sket, amek scroll, salam - blah hahahahah

tp takot gak klu tsilap langkah. kot2 tpijak jubah dan tergolek atas pentas. wuhuhuhuuhuh!~
10:00 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
whoah..
bestnye..tak sabar nak konvo neh..
waaaaaaaa,bestnye jimba2 secara pukal..
waa,bestnye dpt jumpe kwn2 sume..
eh,aku mcm rindu juga kat ainul,sarah,aisyah,nisa dan KEMBA..
11:33 PM  
Blogger Adlan conteng...
best2 da grad n tamat blajar..

bleh jalan2 tgk junior plak eh.

sy ada dua sem lg.. xsabar nk abes blaja..

mau ke next stage mcm awk jugak.. haha ;)
12:36 AM  
Blogger zizou conteng...
excellent..dah konvo dah..
gua masih lg di bangi..looser..haha
peace
2:31 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
alahai
bace n3 u,buat i rindu nk balik bangi jmp kwn2 kat sana ):
10:21 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak mas - tu ar. tak payah pegi patotnya rehearsal tu. nanti tiru jek orang depan kan? tapi mmg cuak gak takot tergolek terpijak kain. Dah la jubah tu besar bagak. cam leh terbang. haha

aizar - nanti aku gi bergembira dengan dorang (err..iaitu bila dorang dah bergaji ngeh ngeh ngeh) ... aku bawak kau okeh.best wo shopping dgn si nuar tu. tapi sangattttt fussy. perfectionist gila.

adlan - all the best. tak pe. studio KAED best. hehee.

zizou - anda loser? hahaha. err. sabar lah. bilakah konvo? next year? jap. kau ukm ke, uniten ke? atau mana neh?

izza - u intern lama sangat ar. haha. i intern 2 bulan pon dah histeria dibuatnya. maknanya i konvo nanti, tak dptlah jumpa u eh? uhuhuhu
10:52 AM  
Blogger ijan conteng...
laki2 shopping lbh byk dr pompuan?

ini ialah ssuatu yg skit pelik. hahaha...
11:11 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
sultan - manader pelik. lelaki ja saja tanak mengaku. dia rasa tak cool kalau shopping banyak atau menentang hakikat alam. padahal tak wujud pon hakikat alam seperti itu. hahahah
11:20 AM  
Blogger cemut conteng...
zaman blajar mmg taleh lupa..kenangan 2 yg time tu ase pahit tp bile dikenang ase tsangat la manis,susa nk kumpul2 cam dulu ag..
11:24 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
cemut - yang pahit-pahit pon jadi manis utk dikenang. ekekeke.
11:29 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
mmg besh berjimba-jimba dgn teman yg besh kan adik? ;) kak ween windu zmn itu laa..windu UKM lagik menggila! wahahah. Esp. DECTAR. Wujud lagikah Bilik KTR di DECTAR itu?? Di situlaa tmpat melepak yg terpencil tp besh.gagagag ;p Owh sungguh windu zmn berteater under Bung Kancil :(.

oh ye..moga ceria di hari konvo yek dik! nanti tempek gambo sini okeh! hehe ;)
10:01 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kakak, chika tak biasalah dgn tempat2 kat ukm tu. chika cuma tau studio dan kawasan sekitar. ekekeke. dectar tu lagilah. Bilik KTR tu apa?

huhuhuh
10:07 PM  
Blogger Adian conteng...
(baru lepas krit ni)

hehe sorila aritu i bz sket nk mengejarkan krit. huhu. nnt i wat review studio "petunia" k. ahaha...
10:20 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - nama petunia tu sungguh tak boleh blah. cam tak sedap jek. hahahaha. cepat tau update :D
12:07 PM  
Blogger IamYonna conteng...
rindukan zaman belajar?
dulu time blajar, nk je cepat abeh hoho!
ya la chika..
u have a new life la after this =)
hadapi dengan senyuman.

kawan tetap akan jadi kawan sampai akhir hayat hehe
12:53 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
insyaallah.
:)
to yonna too :)
2:54 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."