Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, August 06, 2008

Kata-Kata Aluan

Apalah nak jadi dengan dia tu. Asyik demam je. Sekarang suara pon sudah membawa diri. Hidup sebatang kara bersama tekak yang sakit. Apalah dia tu. Err. Chika lah. Asyik nak demam je. Kenapakah sangat suka demam? Sebab err... lama tak jumpa doctor. Aik? Haha Huhu Hehe.

Saya, selaku pemilik berkuasa penuh yang mengoperasikan blog secara dictator ingin melafazkan kata-kata aluan. Err. Macam tak payah. Tapi berasa sangat nak. Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Err. Terutama yang kategori 'gian'. Pembaca blog aku neh, bila termasuk sudah ke dalam kategori 'gian' mereka akan bertindak hyper. Iaitu menghentam-hentam YM aku sampai aku pon berasa semacam sangat diva. Mintak macam-macam. Suruh update cepatlah. Suruh update sehari lapan kali lah. Suruh update itulah, inilah. Walaupon aku semacam tak berapa suka bila disuruh, tapi berasa terharu kerna tindakan anda tersebut membagi peluang kepada aku untuk berasa diri semacam diva-diva. Kemudiannya, aku pon akan berasa macam bagus. HAHA.

Macam yang sudah di-warning dalam polisi. Aku sangat berkuasa ke atas blog aku.Oleh itu, aku sangat berhak menulis dan engkau pon kenalah membaca dan menelan semua yang aku tulis. Kalau tak berapa setuju, bolehlah kemukakan komen secara berhemah. Iaitu yang tidak menyakitkan hati aku. Kerna engkau pon juga tahu. Kalau hatiku sakit, aku juga akan bertindak untuk menyakitkan kembali hati engkau. Err. Hidup inikan saling memberi dan menerima. Keterlanjuran kata, aku mintak sorry. Itulah. Siapasuruh bergurau kasar? Kalau emosi aku berapi, bukankah malapetaka mendatang? :P

Memandangkan blog aku yang gila comel dan berciri evergreen ni sudah dikasi buka secara public, mulalah muncul manusia yang membawa badan tapi tertinggal hati dan perutnya di suatu tempat yang lain. Mereka pon cubalah memandang rendah terhadap blog aku. Padahal aku sangat tahu bahawa blog aku gila punya best. Mungkin beliau sangat tertekan. Tapi macam yang aku kata, sampah.

Biasanya, apakah yang anda lakukan dengan sampah? Adakah anda sangat banyak menghabiskan waktu untuk memikirkan tentang sampah? Adakah anda akan menangis berjam-jam sebelum membuang sampah kerna sangat sayang dan kasihankan sampah? Err. Senang ja. Sampah. Buanglah! Campak masuk bin. Mereka pon tak akan menjejaskan anda. Kenapakah kita membuang sampah? Sebab dia semak! Ya. Sampah adalah semak. Mereka yang sampah juga adalah semak. Jangan memikirkan tentang mereka sangat. Buang je. Abaikan. Err. Tapi macam kesianlah kepada sampah. Sebab sangat jijiklah. HAHAHA. Siapa yang sampah, dialah akan terasa sampahnya. Aik? Apsal kau nak marah? Terasa ke?

Aku tidak terfikir untuk menutup blog buat kali kedua. Sebab blog aku terlalu comel dan cantik untuk disembunyikan. HAHAHAHAHA. Tak percaya? Tanya Yonna lah. Beliau pon sudah membagi award kepada aku sebagai blogger yang memiliki blog paling cantek. Aih. Kenapakah bagi kepada aku? Bukan sebab aku tak yakin bahawa blog aku cantik. Aku memang sangat tahu pon sudah. HAHAHA. Tapi award tersebut ... err.. tengoklah. Membuat aku perasan bagus. Sampai terhasilnya sebuah entry yang sangat mengangkat bakul ini. HAHAHAHA. Nak kata aku syok sendiri lah tu. Mana ada. Kan aku kata, aku ni manusia yang paling yakin terhadap diri sendiri. HAAHAHHA. Thank you Yonna.

Thank you semua. Sebab berkongsi kegembiraan dengan aku. Sampai ada yang menitik air mata tu, sangat cannot go wo. Para pembaca masih sibuk berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada aku. Walaupon ada yang sudah pon mengucapkan tahniah untuk kali yang ke 300. HAHAHA. Mereka kata, kisah aku mempengaruhi mereka. Aik? Mereka kata, mereka berdebar-debar dan berasa excited melampau membaca kisah-kisah aku kebelakangan ini. Aik? Aku pon tak tahu. Aku ni yang magik, atau anda yang aneh. HAHAHA.

Maka, tersedarlah aku. Di dunia blog ini pon, boleh jumpa kawan-kawan yang baik hati. Aku pon terharu bila mereka terharu dengan cerita aku. Sampai ada yang tak boleh lelap memikirkan aku. Aik? Apakah? HAHAH. Aku bukan nak mempengaruhi siapa-siapa. Macam yang selalu aku kata, blog aku bukan satu provokasi. Blog aku err... ilmiah. HAHAHAHHA. Tak percaya sudah.

Again, terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya. Kepada yang mendoakan kehancuran dan kebencian, ha suka hati andalah. Aku pon tak berapa rajin nak membenci anda. Sebab aku sangat malas berfikir tentang anda yang tidak penting itu. I love you guys. Nak jumpa aku kah? Nanti-nantilah insyaallah okay. Aku pon dah naik segan dah. Sebab semacam bertindak sombong pula selalu menolak bila diajak berjumpa. Satu hari nanti, insyaallah. Kalau ada rezeki.

Aku tak sangka pembaca-pembaca aku sangat caring. Malah, sangat 'menghafal' kehidupan aku berdasarkan tulisan aku yang tak seberapa neh. Gila terharu aku dibuatnya. Aku pon taknaklah berkali-kali mengucapkan terima kasih. Sebab kedengaran kurang cerdiklah perenggan aku. Nampak seperti isi yang berulang. Nak dikasi hadiah, err aku memang malas lah nak menguruskan perihal hadiah neh. Lagipon, terlalu banyak orang yang akan layak untuk dikasi hadiah. Jadi, tak payahlah. HAHHAHAHA.

Beberapa blog lagi, yang menulis ucapan tahniah engagement aku. Aku rasa, aku perlu menghargai tulisan mereka. Sebab tulisan tersebut berbunyi keterujaan. Aku pon terkejut juga. Tak sangka kalian neh akan teruja. Err. Againlah. Thank you.
Tapi, tulisan Kay adalah paling men-diva-kan. HAHAHA.
 

13 Congteng-conteng:

Blogger Mastakilla conteng...
knp suka dmm??
knp suka jumpa dokter??

jeng..jeng..jeng..
12:34 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
sebab doctor ensem
12:39 PM  
Blogger cemut conteng...
haha.adakah anda menaep ketika anda dlm keadaan waras?
hahaha..
ok cemut syorkn chika p jumpa doc yer.
1:21 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
cemut - gagaga. actually ... chika tgh high. hahahaha :D
1:27 PM  
Blogger pphoenix conteng...
er betul kisah itu sgt mempengaruhi
smpi hari sy bli buku nota berharga rm8.90 utk dibuat buku skrap perkahwinan
padahal rombongan meminang pn tak sampai2 lagi
ahahaha gile pnye teruja nk kawen
ahahaha
1:53 PM  
Blogger Darling conteng...
hehehehehe ye blog chika mmg sangat menghantui kehidupan (cewahh). setiap hari kalo bleh nak masuk dan baca. dan bila x update rasa mcm frust je..

sedangkan i lately ni sangat malas nak mengupdate walaupun banyak cerita dan memang malas nak menaip seperti u.

eh u senyum2 selalu ok. nnt kedut lak nak naik pelamin hehe..
2:49 PM  
Blogger Masy conteng...
err oleh kerana tatau nk komen ape. maka akak hanya mau ckp..

SAMA-SAMA

ha? ooo.. sebab chika berulang2 kata terima kasih hehe. cukupkah sekali je jawab? atau mau lg? hohoho
2:57 PM  
Blogger IamYonna conteng...
yeay!
chika update =)

actually award tu,
kalo boleh semua kategori i nk bubuh blog u haha..
err
tp nnt mcm melampau lak :p
soo,
i pilih yang betul2 suits u..
which is blog paling cantik..
u really deserve it la dear!
blog u mmg palinggg cantek =)
since u buat sendri kan hee..

ouh ya chika..
u mmg ade ramai readers err..
or loyal readers la senang kate hee..
yang tunggu hari2 u update..
yang berasa bagai nk demam, x pecaya bila u tunang..u tgk ja la kotak komen u.
semua org yg sama kan hee :)

ok chika diva
haha..
i panggil u diva kang :p
3:51 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
baru beberapa jam aku jejak di Malaysia semula.. tp mood aku dah potong abes.. igt bukak blog ko saja2 nak tgk2.. takde mood nak membaca.. tp terbaca ko tulis tulisan aku yg sgt mendivakan ko.. haha.. dtg balik mood aku.. ko mmg aku dah rasa mcm diva dlm kronikus selain totin.. huhu..

amacam? aku boleh tak aku jd penulis ruangan hiburan? hahaha
7:22 PM  
Blogger A t i Q a h conteng...
Ahah. Baru saja mau bertanya. Kenapakah suka berjumpa doktor.
Uu~~

Chika, aku mau cadangkan ko buat majlis resepsi nanti di dewan2 yang boleh memuatkan dalam 3000 org. Mesti penuh la dewan tu. Pas tu jadi macam gathering bloga2 pulak. Ha ha ha.
8:47 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
Yonna dan kamu sama2 seorang reader yang bagus dan disenangi.. selamat berbahagia kepada kamu.. err. dan juga yonna..
9:27 PM  
Blogger IamYonna conteng...
curseshadow..
haha..
semoga saya bertambah bahagia dengan doa kamu!

aik?
kenapa i reply di sini..
hee
tumpang eh chika comel! =)
3:43 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
chika, u demam ke..
tsk..jmp doc ok.. (:
tak best la dh nk konvo ni tak cehat..
amik gmbr pakai jubah manyak2 taw
5:10 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."