Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, August 25, 2008

Pizza Hut's Killing

Kan aku dah kata. Mak aku garang dan baik secara random. Disebabkan hari ini beliau memilih untuk menjadi sangat baik hati, beliau secara tiba-tiba mengajak kami adek-beradek keluar berbuka di Pizza Hut. Sebenarnya mak aku memang seorang dermawan. Iaitu banyak bersedekah dan beramal jariah kepada anak-anak yang kaki kikis. Ehem... aku mungkin orang yang dimaksudkan tersebut. HAHAHA.

Mak aku suruh ajak Mr.Fiance sekali. Maka dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang neh, kami pon berbuka secara berkeluarga di Pizza Hut. Tapi cuma seramai empat orang sahaja. Ijat hilang ditawan oleh sekumpulan alien barangkali. Haikal sibuk mencarik jatidiri dan menjadi seorang maskulin ala-ala superstar. Sudah hampir dua minggu dia dekat Ipoh, ada shooting filem kata dia. Aku pon tak faham kenapakah jiwa dia terlalu berbintang-bintang. Padahal menjadi politician lagi berbunyi gagah la bukan? HAHA. Tapi ada sesuatu tentang kerjaya artis/selebriti yang ingin aku ceritakan. Tunggu lah sekejap. Aku nak bercerita Pizza Hut dulu la hayyoh.

Semacam sudah terbiasa bersama. Setiap kali berbuka puasa, mesti teringat tunang yang disayangi. Wallauweh. Chika neh kalau dah mula membuka sidang pesta bunga, anda haruslah gagahkan diri membaca secara bertenang. Jangan ghairah sangatlah okey. Haha. Anyway, kami pon duduk menunggu menu yang di-order semata-mata mengikut nafsu serakah kah kah kah!

Punya banyak makanan. Chika neh berpuasa secara beribadat ke atau mewakili puak Timur Tengah yang kebuluran? Aku pon tak tahu. Tapi itulah dia. Nafsu serakah kalau sudah bangkit, pasti sangat bergoncang jiwa dibuatnya. Sebab itulah kena banyak beristighfar.

Sementara menunggu azan Maghrib, kami bertiga lawan quiz. Iaitu yang tersedia di atas meja. Aku tak sangka aku sebenarnya kurang pandai hari neh. padahal bukankah aku sangat pandai? Aku tumpas di tempat kedua. iaitu tumpas di tangan Mr Fiance. Kenapakah IQ beliau lagi baik daripada aku? Semacam tak puas hati lah bukan? Mungkin kerna kelaparan membuatkan otak aku tunjuk perasaan. Pernah dengar tak satu fiction yang menceritakan hubungan sel otak dengan perut yang lapar? Kalau manusia itu lapar, sel otak dia akan terjejas sama. Ye. Aku tipu lah hayyoh. Percaya sangat cakap aku, siapakah suruh? Sebenarnya aku sangat tak puas hati apabila kepandaian aku dicabar secara mendadak. HAHAHAHAHAHAH.

Adek berlagak genius.Padahal kalah pada posisi terakhir. HAHA. Tapi otak dia macam laju sikit dari aku hari neh.



Tulisan aku yang sangat comel. Haha. Perasaan yang melahirkan rasa perasan. HAHA.


Ini tulisan seorang professional. HAHA. Erk. Sorry guys. Kalau nak sangat tengok Mr Fiance, nah tengok tangan dia. HAHA. Tak puas tengok tangan? Boleh tengok nombor yang ditulis oleh dia. Tak puas lagi? Tengoklah pen dia. HAHA.Ya ampun.

Biasalah. Orang menahan apar dan dahaga dari terbit fajar, hingga terbenamnya matahari.


Mak aku kata ; Mr Fiance punya IQ ternyata bagus dan pantas dari IQ aku setelah dia berjaya menyusun wording tersebut secara gila laju. Eleh :P

Bukankah sangat tercabar maruah aku? HAHAHAHA. Nasib baik beliau merupakan bakal suami, maka aku pon akan tumpang bangga sekaki. HAHA. Anyway, macam biasa. Aku suka lelaki genius. HAHAHAHAH. Err. Bukankah lelaki genius itu seksi? Iaitu lagi seksi daripada athlete Olympic kuat lentang. HAHAHA. Chika, shut up and proceed.

Makan-makan-makan. Sampai perut secara anehnya bertukar menjadi tong.Aku pon hairan kenapakah tiba-tiba saja perut manusia semacam menyerupai perut badak. Kalau ditambah lagi sikit input, tak mustahil perut aku meletup-letup sudah. Ngeri lah bukan? Pendek kata, aku confirm akan makan Pizza Hut lagi paling cepat pon pada tahun depan. Sebab sangat tak mahu mendengar Pizza Hut lagi buat masa ini. Perut aku pon pasti sangat boikot Pizza Hut kerna hampir saja menyebabkan perut pecah.


Bercakap tentang pecah dan tentang letupan,tahukah bahawa CPU pc aku sudah disambar petir petang tadi? Semasa keluar berbuka puasa, aku tidak off pc. Err. Sebenarnya aku pon sudah lupa bilakah kali terakhir aku off pc aku. Sebab budaya meng-off pc tidak diamalkan oleh aku. Ada tiga benda jarang dimatikan oleh aku. Atau boleh dikata, TIDAK PERNAH dimatikan langsong untuk tempoh yang sangat panjang. Iaitu komputer, aircond dan juga lampu bilik. Satu perbuatan berciri burok. Janganlah menghina aku sangat. Sudah mendapat balasan pon. PC tersebut sudah tidak boleh di-on. Mulai malam ini, aku akan terhegeh-hegeh dengan laptop. Laptop rock tersebutlah. Kalau kau tengok, mesti kau ngeri. Laptop aku sangat rock iaitu sudah hancur sikit. HAHA. Well, dah owner dia sangat berciri Ultraman Taro. Sangat perkasa.

Aizar call aku sejurus tidak lama aku histeria dengan pc yang sudah termati-mati.

PC aku kena petir! @%&^$#*&@# Bodoh $%#@ Tak guna. Nak nangis! Camne nih Haizum?!


Aizar berteriakan mengamuk di corong telefon. Aku pon terkesima.

Aku pon!!!

Ya. Tahukah situasi tersebut disebut sebagai apa? Itulah dinamakan Sahabat Karib. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bagai aur dengan tebing. Like Jaja like Chika. HAHA. Itulah, Aizar... Memang salah kita kerna tidak mendengar kata ibubapa supaya off pc semasa petir. Kita bukan saja degil, malah tidak ambil peduli tentang keadaan cuaca. Semasa hujan, ribut, taufan dan ribut salji. Kita tetap berinternet. Mungkin bukan salah kita secara total. Gejala pengangguran yang menyebabkan kita jadi begini. Jomlah nangis secara bersepadu.

Tidak cukop high la emosi aku menggunakan laptop neh. Aku sangat tak suka laptop. Sebab dia kecik dan semacam tak berapa gagah. Sukar untuk diperlakukan secara kasar. Tapi syukur jugaklah aku masih boleh berinternet. Aku pon tak tahu apa lagi boleh aku buat kalau tiada internet. Pasti aku akan duduk berteluku di sudut bilik sambil menggigit kuku-kuku dan menggigil semacam penagih. Aik? Haha. Tapi aku bukan penagih dow. Bukankah aku pengedar dadah?

Hari ini, rating blog aku gila mendadak punya naik. Aku pon tak tahu kenapakah. Mungkin sempena election esok. HAHA. Apa hal? Harap aku memblog politik kah? Tak payah lah. Tunggu DSAI menang, aku akan memblog secara khas. HAHA. Kalau tak menang? Aku akan pergi membuang komen secara puaka dekat blog-blog politician. Salah satunya, Khir Toyo. Ya. Blog jenaka itu yang sangat menjahanamkan. Anyway, selamat mengundi di Permatang Pauh!

Hari ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada blog Dr.Hannan bersama readers nya. Kerna linkage ke blog aku paling tinggi datangnya dari xhansx.blogspot.com. HAHA. Thanks kepada blog-blog lain yang link ke blog aku. Gila naik rating aku neh kenapakah? Aku pon berasa sangat aneh dan agak berpuaka perasaan ini.

Semakin hari, semakin banyak silent readers. Wowo. Terima kasih. Teruslah berdiam diri. Aku takda hal punya. Selagi takda mengganggu aku, aku ok sahaja. Malah aku sangat appreciate silent readers. Sebab blog aku ini dapat hidup secara agak stabil juga oleh kerna silent readers. Aneh. Aneh. Rating setiap hari tinggi. Tapi komen ada sangat sikit. Sebab itulah aku tahu, silent readers terlalu ramai. Terima kasih. Kalau sudi, marilah tunjuk diri sekali-sekala. Bukankah best kalau kita dapat bekomunikasi dua hala? HAHA.

Kawan-kawan sekolah. Nafeesya, Yick Hui, Kian Shen dan Edwin. You guys read my blog? Hayyoh, why so diam? Lets go yamcha. Hehe. I miss u guys.


Celebrity. Bukan inikah yang aku sebutkan pada ayat-ayat intro di atas tadi? Tapi disebabkan aku malas secara tiba-tiba, aku akan menghentikan entry ini secara tergantung. Lain kalilah aku bercerita tentang artist/celebrity tadi. Aik? Apalah Chika neh tak abeskan cerita. Err. Macam lama lah bukan aku tidak suruh engkau membaca polisi di atas kanan sana. Err. Bacalah. HAHAHA. Nampak, aku sangat berkuasa. Maka aku boleh menutup entry aku secara sewenang-wenangnya. HAHA. Oleh itu, habislah. Habis. Ye. Habis. Jangan tunggu lagik. HAHAHA.
 

26 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
hek eleh.. tak puas ati btol aku.. bleh plak nak stop.. nak biar tergantung.. ampeh.. haha..

adik ko pelakon ke? aku rasa nak kembali ke dunia teater.. ntah bile boleh.. keje melambak2.. haha.. mcm ade masa je..

eh? aku 1st lagi ke? apsal aku slalu sgt 1st ni?? *ya Allah.. tak baik riak.. haha
1:24 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kay - aku pon nak tanya. apa ko tido kat blog aku ke? hahaha. tiap kali aku publish, terus masuk komen ko. ko makan tdo kat blog aku hehhhh. hahahahahha.

adek aku pelakon? mmm... bukanlah pelakon sgt. tapi cam nak menjadik je tuh. susah nak cakap ar dia tu. tapi aku bukan nak cite pasal adek aku. hahahah.
1:28 AM  
Blogger A t i Q a h conteng...
Chika, i tell u, kalau u buat domain sendiri and letak iklan, duit mesti masyuk beribu-ribu lemon. Hi hi.
1:32 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
atiqah, - on the way. tapi perjalanan tu terlalu panjang sbb i loveee blogspot. haha. i dah termakan badi blogspot, apa nak buat.
1:36 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
aiseyman...baru jek perut kelaparan belom sempat pi jenguk esbok ternampak plak pizza hut di blog chika nih! adey...lapo dibueknyeeeeee dik oi!!! egegege ;p

kak ween suda lama gilak x mkn pizza nih.sok pose lagik x?? jom pi pizza.egegeg ;p

err..gajin men quiz yek.kalah di tgn bakal suami xpe dik. lagik2 bakal suami yg genius.hehe.
1:38 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - lapar ke? gi makan gi. makan kenyang kenyang pastu tido. mmg heaven kak ween. hehe. kalau tdo masa lapar, akan sengsara juga dan tdo pon tak lena. kesihatan pasti terjejas. ekekeke. esok insyaallah puasa. jomlah. tapi chika tammo pizza la. sbb chika tak minat pizza actually. chika nak makan Bakin Robbins Fondue... uhuhuhuhuhu.

yaya. kalah di tangan bakal suami takpa. tak berapa menjejaskan maruah malah boleh tumpang bangga sekaki dua. ekekekekeke.:P
1:42 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
haha.. aku bleh komen lepas ko publish sbb timing aku tepat.. lucky no 1.. haha.. timing kite biasa sama.. haha.. bile nak dpt anugerah lucky no 1 ni? haha
2:12 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kan aku kata, takda anugerah, hadiah atau cabutan bertuah kat blog aku.
2:16 AM  
Blogger sapik conteng...
terasa la aku bila ko cakap 'silent readers'....takut pon ada...cam aku wat jenayah perang pulak...
2:34 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
sapik - haha. bukan ugutan. ajak berkomunikasi dua hala jek.
2:45 AM  
Blogger sHiBi conteng...
hahahha...
haih budak kecik ni..
3:25 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
shibi- hehehe.
3:30 AM  
Blogger 13may conteng...
saya antara silent reader anda...

eh! iye ker???

hehhe hehhe
6:27 AM  
Blogger Masy conteng...
sayer pon silent reader jugek hihi
8:17 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
adik! jom pi baskin robbins! agagag ;p
10:44 AM  
Blogger Suka Bebel conteng...
salam kenalan...
wah, ingatkan aku je suka bebel panjang panjang.hehe...
10:48 AM  
Blogger cemut conteng...
hahaha..napsu mkn mmg mengatasi segalanya..sume yg xsedap jd sedap time toleh mkn..da xlama da nk ramadhan.hari2 la perot kita buncet nanti..
11:47 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
halus bebeno jari-jemari tunang ko nih laa.. nampak tulang-belulang segala. tunang ko nih mesti kurus dan tinggi kan? main teka2 je nih...
1:05 PM  
Blogger fara-D conteng...
haha! jgn tatau, dak2 studio aku pun ramai yang sonok dok baca blog ko skang.

"eeee....kak farah! sonok nye baca blog kak nurul!sonok nye sonok...nak kawen jugak, cpt bukak blog!kak farah ajar!"

lebih kurang camtu la yang aku salu dengo dak2 ni membebel excited baca entry2 ko... aduhai....
1:12 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
13may - silent la sangat kan. hahahahaha.

kak masy - ha betullah tu. kakak la paling silent. kan?kan?

kak ween - jom. tapi chika penganggur. xde kewangan yang baik. kakak kena belanja la. ngeee :D BR Ice cream Fondue!

suka bebel - ni bukan bebel. ni blog fiction dan ilmiah. hahahaha.

cemut - tu la dia. bila tengah lapar tu, perut kosong. Bukan setakat angin yang masuk dalam perut, nafsu pon memenuhi perut, jiwa, hati dan otak kiri kanan. hahaha.

syaff - taklah kurus sangat. okek je. iaitu kelihatan proportion. weh, sapa suh tatap tangan tunang orang neh? aku suh tengok pen dia la hayyoh. WAKAKAKAKAKKAKAKA.

farah - aaaaaa mak! seriously dorang baca? wahahaha. kim salam kat depa. amboih amboih. jom jom memblog-mania.
2:04 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
hihii
kasik tgk tgn je dlu ek
tape2..tgu u kawen nnt, klo x bg jugak tgk muke asben, mmg la ;p
3:40 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
hahahaha. takkan ar masa kawen suami tutop muka! tu nama dia kes mahkamah tu. hahahah
4:02 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
This comment has been removed by a blog administrator.
4:24 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aisyah- dilarang menyebut nama. takde masalah. tunggu ja. supaya menjelang hari nikah, semua orang akan surprise. haha. konon la kan.
4:26 PM  
Blogger IamYonna conteng...
chika..
err tgk tangan mr fiance tu mcm kurung kedengkiang ja!!
haha
betul kah?
apakah kerjaan beliau?
hee..
err
otak pompuan akan slow pick up bila ada dengan org terchenta ni. hahha..
kan chika kan?

x penah off pc?
huh?
dah sampai ajal dah pc tu :p
naseb ade laptop rock u tu!
boleh jugak u edar dadah malam2 buta cmni. tak la i boring nnt bila u x bagi dadah ni haha..

dadah=blog u =)
5:16 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kurung kedengkiang?
apa tu?
pekerjaan beliau?
penganggur.
tak.tak. chika bukan lambat pikap sebab dia, tai sbb lapar. wahahahahaha. :P

ye. pc chika mana penah off. baru dua hai neh sejak kena sambar petir, barulah off. itu pon sbb da takleh on. HAHAHA
10:49 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."