Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, August 26, 2008

Wedding Architecture

Kelakar like HAHAHA.
Seseorang meng-google'transeks'.
Dan dia pon tersampai ke blog ilmiah neh.
Sia-sia lah bukan?
Apa kau ingat aku buat pesta 'transeksual' dalam blog?
Cubalah search benda-benda baik sikit.
Kejaplah aku gelakkan dia.


Tutup cerita yang seksual. Blog aku berciri tekstual. Di mana terdapat terlalu banyak teks. Tapi bukankah itu lagi baik daripada menjadi blogger yang seksual? Apa neh bercerita seks di dalam blog? Malulah sikit. End.


Tadi berbuka makan nasik. Engkau janganlah suka sangat nak tanya aku makan apa. Sebab jawapan dia sangat konsisten. Iaitu nasik. Makanan kegemaran aku ialah nasik. Aku tak tahu apakah terjadi dengan aku kalau tidak lagi mendapat nasik. Mungkin aku tidak lagi menjadi aku. Mungkin akan kehilangan berat yang mendadak. Mungkin menjadi solid secara magik. Mungkin juga mengidap gejala menung sana, menung sini yang berpanjangan. Inilah dia sindrom rindu nasik. Mungkinlah. Well, aku berharap lebih banyak penanaman padi dilakukan dalam dunia. Supaya tidak berlaku kejadian kurang bekalan nasik. Aku pasti mati. HAHAHAHAHA. Macam nonsense lah pula paragraph ini. Siapa suruh baca?

Tadi aku terbukak hati untuk tengok-tengok surat dari PAM.Ada banyak magazine dia hantar sejak berbulan lamanya tapi aku tak pernah sentuh lagik. Err. Sebab aku sibuk dengan urusan duniawi yang lain, urusan dengan PAM aku sudah malas nak layan.Surat-surat dia pon tak pernah dibuka.

Sekali, ambik kau! Tak sangka majalah Arkitek Malaysia (am) melambak-lambak dihantarnya dan aku langsung tidak notice. Itulah. Sibuk sangat menganggur.


Ada TUJUH semuanya.
Sangat inspirational.
Buat aku berangan-angan maju doploh tapak ke hadapan.
Rumah impian.
Aku akan menjadi arkitek untuk rumah aku sendiri.
Hahaha.



Membaca AM buat aku berasa rindu. Rindu dengan dunia seni bina yang selama ni jadik 'makanan' aku. Macam aku lama meninggalkan architecture. Padahal aku masih sayang bidang tu. Cuba belum cukup kekuatan. Err. Siapa architecture peoples, dia tahulah macam mana deraan psychology in architecture. Tapi aku belum nak stop lagi. Aku masih berminat tentang bangunan.




Tapi buat masa ini, aku lagi berminat dengan seni bina pelamin. HAHAHAHAHAHAHA. Dan juga menjadi arkitek mendirikan 'rumah tangga'. HAHAHAHAHA. Oleh itu, aku banyak menghabiskan waktu lapang (hoi, Chika masa kau memang lapang-lapang belaka) dengan membaca majalah bridal. Aku rasa, architecture dengan marriage itu ada kaitan yang erat. Iaitu kedua-duanya mempunyai kata kunci 'mendirikan rumah'. HAHAHAHA. Err. Bolehlah aku kasik up lagi status aku. Akulah Arkitek Rumah Tangga. HAHAHAHA. Erk. Poyo lah bukan? Anyway kan, aku memang terlalu poyolah kebelakangan neh. Orang poyo memang tak cool kan? *slap slap slap muka sendiri*

Aku rasa, orang yang nak kawen memang akan poyo secara berleluasa. Err. Apakah erti sebenar poyo? Undefined.




Ini majalah favorite at the moment. Aku ulang baca magazine neh sudah tigaratus kali (bohong) dan sudah hafal semua isi dia (bohong gila). Aku juga sudah mengamalkan nasihat-nasihat ratu sehari yang ditulis dalam majalah ini (jangan bohong lagik, chika!) Ya ya. Aku bohong. Tapi memang inilah magazine yang sangat aku minati at the moment. Aku sudah baca banyak kali. Walaupon mahal sikit, tak apa. Isi dia sangat memuaskan nafsu. Tak habis-habis dengan nafsu. Tapi, memang baguslah magazine neh. Siapa nak kawen tu, pergilah carik magazine neh. Bridal magazine from InTrend atau Female aku tak berapa recommend. Sebab terlalu western. Kot iyapon nak men-diva, janganlah lupa budaya dan tradisi la hayyoh. HAHAHA. Syukur, chika ingat lagik kat budaya dan tradisi dia. At least lah kan. HAHA. Bila nak kawen, baru ingat tradisi. HAHA.

Sebenarnya aku tengah 'mabuk' cendawan. Aku tengah 'high'. Sebab itu aku menghasilkan banyak entry secara berlarutan. Dan aku akan lebih giat menulis. Sebab blog aku secara tiba-tiba mengeluarkan aura yang sangat attractive. Aku pon rasa sangat sayang dekat blog aku neh. Aku pon bercadang untuk menghasilkan lebih banyak entry secara gila. Sampai engkau semua pon gila. HAHAHHA.

Nak pergi main game, activate IQ. Lepas itu tidur.

 

14 Congteng-conteng:

Blogger :: Wiween :: conteng...
woo arkitek rumah tangga yek.eegege ;p

bagus byk baca majalah bridal tu adik.leh combine idea2 yg bagus. Baru laa penuh keDIVAan majlis kahwin tu nanti. Kad wangi jugak msti bau Dior okeh! Psl Chikadior bukan yg mau berkahwin itu? egege ;p
12:48 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
setelah membaca entri ini .. rasa makin SANGAP nak kahwin . heh ..
12:52 AM  
Blogger Yana Ismail conteng...
huhuhu..memang in the mood nak baca majalah2 gitu..seronoknye dia:)hik..

mesti dah ada pelamin idaman ni, draft dulu...;)
12:54 AM  
Blogger IamYonna conteng...
wowow..
nnt umh u ngan hubby u, u design sendiri lah?
hahah..
mesti comel mcm u :p
tp internet jgn lupe pasang okeh! haha..

btw,
selamat membridalkan diri ok =)
kirim salam dekat mr fiance eh
5:13 AM  
Blogger Mastakilla conteng...
wah..syiok gile ah..
mengdesign rumah sendiri lepas kawen..

kalau design rumah pastikan aircond, lampu dan pc ader suis yang mudah dicapai..supaya bil xmelambung n PC x meletop secara suprise bile disambar petir..

btw..slamat membridal utk chika..
8:02 AM  
Blogger Masy conteng...
bezanya mendesign rumah dgn mendesign rumahtangga sendiri..

-> design umah org dpt duit, tp design umahtangga sendiri kene bayar kat org hehe

tp agak best jugaklah. nanti dik chika designkan 5 untuk akak ek. saje nk pilih mana best hihih
(ecehh sibuk je org nk kawen dia pun lorat hihi)
9:26 AM  
Blogger cemut conteng...
kena p carik ni magazine tuhhhh...byk nye duit dilaburkn ntuk mendirikn tiang rumah tangga.../me stat menabung ..
10:35 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - Kad wangi bau Dior tu bukan kakak punya kad ke nanti? kan kita dah janji, Dolce Vita. Kan?Kan? hahaha.

odin - ko jangannnn.. Tapi kalau dah sampai sangap tu, boleh diusahakan. gi la kawen gi... :P

liyana - belum ada apa-apa yang idaman. sebab tak jumpa2 yang idaman. hahahaa. malam ni baca komik doremon plak ah.

yonna - takde lah. chika saja je sebut-sebut. tak de terpikir pon pasal umah. itu nama dia angan-angan. ekekeke. internet mestilah kena ada. kang chika tak leh bernafas kang tak dapat mengedar dadah dan menagih adah. waaa... aktiviti sarang penagihan yang berleluasa... dah jadik sarang penagih dah blog aku! ahaha

mastakilla - ekekeke. kena buat automatic suis controller utk off pc, aircond ngan lampu eh? cam bagus juga. hahahaa.

kak masy - wa. nak sampai 5 design. apsal? na kawen 5 ke? hahahaha. kak masy kawen 5!

cemut - ha. cemut kena start mem-bridal jugak neh. carik RATU SEHARI tu tau. tu la. banyak pakai duit. Apatah lagi kes2 pengangguran cam chika neh. aih. tu lah, dah diri tu penganggur, nak kawen. hahahahaha. chika nak menabung, tapi chika nak menabung apa? HAHAHAHAHHAHAHA
10:41 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
wuuu
arkitek rumah tangga?
mcm hebat bunyinya :D

hik3

i rs kan u ni menjana hormon owg2 lain (bukan i okey ;p) untuk kawen lebih cepat! :D
12:38 PM  
Blogger Unknown conteng...
hoho..dah layan majalah kawin2 ni..ni bila nak langsung nyer ni?

tunang kejap je ke?? nak pinjam smua mag tu bleh?
5:58 PM  
Blogger MarlissaMusa conteng...
Wah Chika,
tetiba kak mar sangat teruja untuk menjadi penganggur berhias..aci tak?hehe..sgt teruja tgk agenda of the day chika yg sgt flexi...warghhhhh..jeles..nak gak wat camtu tapi kak mar golongan miskin tegar!!! :( :( :( demit!

*aku kalau jd penganggur mula la naik keta flinston+makan pasir+mandi ngan air ujan!hadoi!*
6:22 PM  
Blogger Unknown conteng...
orang Kl xpernah try makan budu?..try la pekena sekali nasi ulam+budu kat kg baru atau pantai dalam...Jeliro ore kelate kato..
2:23 PM  
Blogger yleobyfaeiz conteng...
chika nie mcm kita...habis semua magazine psl pengantin diborongnya...nak dptkan idea hehhe
11:34 AM  
Blogger Adlan conteng...
wah.. banyak skali koleksi majalah AM itu.. aku sdg mencari yg latestnya la bulan 8/9 ni.. xjmpe plak kt Penang ni..

ade citer event kt UIA dlm tu.. kalo CHika bli, tlg btau ye isi nye.. huhu
8:37 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."