Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, February 10, 2008

Hati Pecah

Hati sangat pecah.

  1. Petang nanti akan balik kampus. Cuti habis. Esok studio mula beroperasi macam *word filtered*

  2. Mak Yang balik malam semalam. Tah apa-apa budak dua ekor tu datang terhegeh-hegeh bawa Mak Yang balik. Baru seminggu menginap di rumah aku. Belum sepurnama lagi. Sangat mengguris perasaan. Sangat hati pecah. Sangat hati patah. Sangat tak seronok. Selalu bangun tidur, ada orang kata.. "Sayang dah bangun...?," Pagi ni bangun tidur... sunyi ja. Terpaksa la bertanya kepada diri secara sendiri... "Diri sendiri dah bangun....?,"Ih, macam Shizophrenia.

  3. Kerjaan macam tak nak habis-habis. Sepanjang cuti menghadap pc dan laptop secara bergilir-gilir. Dua tiga ni langsung tak tidur siapkan report untuk Ritaul Study. Nak continue siapkan poster, tapi dah tak mampu. Kalau aku teruskan juga, esok confirm aku kena Parkinson

  4. Hari Jumaat, ada seorang JAHANAM rembat duit abah. Sangat banyak dia rembat. SANGAT BANYAK. Sampai abah terduduk dibuatnya. Jahanam. Jahanam. Dia mencuri secara steady. Adek Dell letak wallet abah atas tangga. Jahanam datang rumah nak jumpa abah. Dia ni ada penyakit Sawan. Sebuah penyakit yang boleh di-elaborate sebagai seorang Babi yang menggila. Aku tak gurau ok. Serious. Kalau datang masa-masa dia transform menjadi sawan, abis semua orang boleh dibunuhnya. Sebab itu dia tak ada pekerjaan tetap. Abah sangat kesian dekat dia. Selalu bagi dia duit. Selalu belanja dia makan. Tiba-tiba hari Jumaat tu, tanpa bantuan serangan Gila Pig, dia menjadi Pig secara sendiri. Sampai hati dia rembat duit abah. Kalau setakat seratus dua, mungkin boleh maafkan... tapi tak sangka seorang Pig pon perlukan wang yang besar. Buat apa nak duit? Nak buat surgery hidung ka? Kesian kat abah. Satu hari suntuk abah termenung. Keluar masuk Praying Room. Buat solat hajat kasi lembut hati dia mahu pulangkan. Abah kata, tak da salahkan dia. Lumrah manusia. Mungkin dia tak pernah buat kerja macam ni. Tapi bila tengok duit depan mata. Kelabu mata dibuatnya. And i guess, abah was right. Kadang-kadang bila benda depan mata, bila desakan dalam jiwa dah terlalu kuat, ditambah pula iman yang tak seberapa... manusia akan menunjukkan sifat hinanya sebagai MANUSIA. Haikal kata, abang pencuri tu mungkin drug addict, Tapi abah tak pernah tahu pulak. Kita patutnya buang semua Drug Addict dalam lombong. Atau buang dekat Sungai Amazon. Kasi Pirana makan. Ok ka? Nanti aku e-mail kementerian.


Aku sangat tak nak balik kampus. Waktu macam ni lah aku terasa nak buat magik.



SEMALAM petang, tiba-tiba aku terasa mahu makan bendi rebus. Tah apa-apa. Ijat kata aku kena gangguan perasaan sampai mintak makan yang bukan-bukan, yang tak pernah dimintak selama ini. Ya la. Betul jugak. Malam semalam, Mak Yang pun pergi rebus bendi dengan sangat banyak. Makan dengan sambal belacan. Dah seminggu tak makan malam, akhirnya semalam aku makan nasi di waktu malam. Sangat seronok dapat makan nasi di waktu malam. Rasa macam seorang yang menang! AHAHA. Ma tak kasi makan malam. Tapi semalam berjaya kalahkan Ma dengan melanggar perintah. Sangat menang. Wo wo. Dan pagi ini aku terasa mahu makan bendi rebus lagi. Apa kejadah aku ni?

Aku tak tahu nak kata aku suka sambal belacan atau tak. Sebab aku seorang yang pedas-phobic. Tapi kalau ada sambal belacan, aku akan berusaha untuk makan juga. Dan cara makan aku adalah sangat pelik. Iaitu aku akan makan dengan mencuit sahaja secara sangat sikit menggunakan hujung jari dan makan. Aku selalu terbayang, kalau aku makan secara normal seperti orang lain, mulut aku kan meletup. Halusinasi....



Aku balik petang ni. Beylo pon masih belum pandai buat entry. Aku minta sorry kalau tiada update yang agak lama. Tapi itu sudah semestinya akan terjadi. Esok pagi ada presentation Street Study. Lepas tu Site Analysis dan masuk ke Final Project! Kalau dah mula Final Project, engkau faham-fahamlah betapa aku tak akan peduli pun tentang Beylo. Kepada semua, terima kasih. Aku harap tak da orang copy and paste entry aku secara penuh. Sebab aku dah terjumpa beberapa kali. Kalau engkau nak buat juga, suka hati engkau. Tak boleh aku nak buat apa. Aku jadi terharu ja. Sebab engkau terlalu admire kat aku. AHAHAHA. Maknanya, aku memang best, kau memang tak best. AHAHAHA. Maknanya juga, aku ni superstar, engkau peminat aku. AHAHAHA. Tak da. Tak da. Aku tak kisah. Aku bukan jenis suka gembar-gemburkan isu blog. Cuma, tak cool la kan kalau engkau copy paste cerita aku. Maruah engkau akan jatuh secara dramatik. Sangat kesian.

habis.
semua boleh bersurai ke tempat lain.

Labels: ,

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."