Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, May 26, 2005

:: sebuah novel ::

Image hosted by Photobucket.com

Novel : Bisikan Rindu

Penulis : Mimie Afinie

Sumber : Pinjam Aizar

Smlm aku tido pukul 3 pagi.Lepas off pc,aku terus capai novel Bisikan Rindu.Beberapa hari aku habiskan tuk baca novel ni.Sangat sedih.Jadi satu keje pulak aku meraung meronta-ronta (taklah camtu).Hampir jam 3 pagi, pada babak2 akhir cerita, aku lekas-lekas tutup buku.Tak sanggup tahan sebak.Aku bangunkan badan dari baringan.Tengok cermin, mak aih.. bukan main nagis lagi aku.Entah bila aku mula menangis, aku tak sedar.Tau-tau aku dah hasilkan byk air mata.Tapi aku bukak balik novel tu dan continue baca ngan air mata yg berjurai-jurai...

Sepanjang baca novel tu,jantung aku berdebar-debar.(sounds stupid).Aku sgt sygkan watak hero cerita ni yang bernama Ikhwan.Aphal lak aku nak syg?Entah..tapi aku sgt sayang lelaki yang bergelar peguam hebat tu.Dlm cerita ni,dia asyik outstation,drive ke JB,Alor Setar dan beberapa tempat lagi yg aku tak ingat.Tiap kali aku baca je dia nak gi outstation, aku mula panik!Aku mula berdebar dan kadar degupan jantung jd sgt aggresif.Aku rasa camtu sebab aku dah dpt agak jln cerita novel ni.Mesti ada accident.MESTI! Tapi... makin aku baca..makin aku gelabah.Tapi sikit accident pon tak jadi sampailah satu hari..time Si Ikhwan (eceh, Si Ikhwan kunun!) pi outstation kat Tganu kot, dia lambat sampai KL.Sah, dia accident!Teka aku dan...betol pon dia accident. Aku apalagi, meneruskan keje2 menangis aku yang tak ada ujung pangkal.

Aku baca...baca...baca...sampailah ke muka surat 434.Cerita tamat dengan hepi ending di mana Ikhwan yg accident dan lumpuh dah boleh jalan.Kawin dah ngan gadis terchenta.Aku pon tutup buku.Novel dah tamat, tapi yg aku heran.. awat aku nangih lagi?Rupa-rupanya aku continue babak2 novel tuh dalam plot angan-angan aku plak.Bengong betol aku.

Habis je baca novel tu, aku tgk jam.Uish, 3 pagi dah! Aku tarik blanket hijau aku yg tebal tu kasi tutup satu badan termasuk kepala aku sekali.Dalam selimut tu,aku celikkan mata...fikir balik pasal cerita yg sedih tu.Biasalah, otak aku yg super duper rajin ni pon mula berputar laju-laju.Terkeluarlah soalan-soalan dalam kepala aku...

  1. camner nih kalau Ikhwan tu boifren aku?ensem...tapi tiba-tiba lumpuh.Aku nak dia lagi tak?
  2. Ikhwan halau aku, gerenti aku nangis tak ingat alam fana lagi dah.Tapi apa aku buat pastu?Aku larikan diri tak cam yg Dina (watak utama cerita ni) buat?
  3. Pilunya pulangkan cincin pertunangan balik pada Ikhwan..boleh tak putus, tapi cincin aku simpan.Leh tak?Leh tak,Ikhwan?

Aih..pagi tadi aku bangun tido ngan perasaan yg sangat dahsyat dan pelik.Kelakar pon ada.Aku perasan cam Ikhwan tu boifren aku plak, dan aku adalah Dina. (erk... soalan : adakah saya sasau?) Mata aku bengkak pagi tadi sbb nangiskan Ikhwan.Ikhwan, oh Ikhwan.... malangnya Ikhwan tu adalah watak novel yg tak bernyawa....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Diari

Aiza muncul tiba2 depan bilik aku.Aiseh..aku lupa aku janji ngan dia nak wat projek arini.Skali dah janji plak ngan ma nak teman kuar beli barang.Nampaknya ada overlap janji daaa.Tak pasai2 aku hangkut aiza skali teman ma beli barang.

Then dah terlanjur kuar tu,singgah tmpt Hani keje.Woah..buat kejutan la konon kat Hani.. "kak, sy nak beli kasut boleh tak?," terkuar soklan poyo tu.Hani slow2 pusing, dan akhirnya terserlah wajah bengang Hani bile tgk aku ngan Aiza mai lawat dia keje.Huhuhu...rindu kat Hani pon terlerai...

Malam- Sembahyang jemaah Isyak ngan abah.Tapi ada aku, ma ngan abah je.Adik2 kuar ikut Pak Haji.Abis solat,baca yaasin.Pas baca Yaasin, continue ngan solat hajat pulak.Time solat hajat, dah penuh satu bilik sembahayng sebab semua dah balik.Bagus... Abah rajin buat solat hajat.Kata abah, supaya anak2 dengar kata,terang hati, lembut jiwa,dan yang penting semua jauh dari sebarang penyakit.Insyaallah...

Adi msg tak lama tadi.Rindu gak kat dia.

"hi, dah tdo ke?rindu arr.." - adi.Aku pon ngaku je lah rindu kat dia.Mmg mula rasa rindu.Bukan kat dia ajer, kat semua objek yg ada kat KMJ termasuklah pokok2, lalang2 dan batu-batan yg ada.Badrul, sangat lama tak msg.Ishk.. apalah Bad nih...!

Baiklah Sang Blog.Aku dah menguap byk2 kali ni.Aiza pon dah hantar msg samat mlm kat aku menandakan dia nak offline dah.Aku plak ngan Aiza cam dah kena gam gajah kebelakangan ni.Kembar siam agaknya.. Asyik senaluri je.Eh, tak senonohnya ayat... aarr...tak larat... Zzzzz...

 

2 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
akak pun selalu nangis bila baca nivel alaf21.. huhu. dah baca MENCARI CINTA?


[ zuril ]
5:06 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Looking for information and found it at this great site... » »
5:29 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."