Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) belom abis.Harini ada aktiviti lagi.Seingat aku pagi ni ada taklimat pelan integriti nasional kat DECTAR.Nak termuntah aku dengar benda alah ni semua. DECTAR, taklimat, fakulti, kolej... antara perkara-perkara yang buat aku pitam.
Kat mana aku ni heh? Kat umah la.Uhuhu... hebat tak aku? Blom pon selesai orientasi, aku dah dihangkut balik oleh ayah aku.Punyalah aku rasa nak melompat si katak lompat semalam bila aku bukak-bukak je pintu bilik asrama aku, ma dgn adik terpacul depan pintu.Yehaaa.... Rasa cam UKM aku yang punyer.Dak aih... aku ada masalah sebenarnya.Masalah tatasusila dan kelakuan.Aku telah digantung pengajian.Wakakaka... banyaklah aku punya gantung pengajian.MMM pon blom abis.Baru je majlis Ikrar Mahasiswa Baru hari Khamis aritu.Manader la weih.Aku dapat cuti sakit sebnarnya dari Pusat Kesihatan Pelajar UKM tu.Tapinya tarikh mc aku tu available tuk 8 July je.Ngeh ngeh... syukur jugak aku balik sbb kalau tak, gerenti sepanjang mlm semalam aku akan menyusahkan Kak Ana ngan Kak Azni lagi. Depa ni PBSM yang tak de keje lain, dok jaga aku seanjang aku kat UKM ni.
Orientasi sgt penat.Second day lagi aku dah nak tumbang pas kuliah subuh.Time tu pc suh breakfast.Aku teruih pi bilik PBSM, then aku dibaringkan kat bilik sakit.Time orang lain bersusah payah dok berjalan ke fakulti, aku plak cam orang-orang kenamaan naik kete ngan PBSM.Fuh, siap dapat kawalan dari pc dan PBSM. Yang aku tak tahan tu, first time masuk je kat fakulti kejuruteraan tu, aku terus je berlari carik toilet.Loya gila tekak aku.Apalagi...termuntah la.Aku pon tak tau apakah jenis hasil muntah tu sbb setahu aku tak de benda yang aku makan.Tapi still aku muntah gak.
Semalam...langsung.Seharian dok terlentang.Ekekeke... Malam tu pc semua mengamuk sakan.Naik aura-aura dalam badan aku.Seriau semacam.Takut gila lagi2 bila pc lelaki mengamuk sbb depa ni tak la slalu mengamuk. Tup-tup bila abang apai yang slalu sengih2 tu naik amok, mak aih! Serius aku takut.Tgk lak abang Is yang bukan sket punya hangin lagi bila ada 2 org bdk girls tak off lampu room.Tapi patut pon dorang marah sbb kitorang mmg degil.Tak reti bawak diri.Perangai tak cam budak degree.Cam budak yang baru parents daftar masuk kindergarten.Really, man! Termasuklah aku.Ngan berlari-lari ke sana sini, rebut2 bas, memekak ngan kengkawan lain.mmg cam hilang pedoman. Wakaka...
Alhamdulillah.Rumet aku budak Tganu yang boleh la tahan.So far tak bley nilai lagi sbb aku taknak lah menilai dulu tanpa mengenali.Tapi utk permulaan ni, semuanya ok.Nama rumet aku Nurul Hamizah.Ayyoh, Nurul and Nurul daa. Jugak first time aku dapat member baik Iban.Jennifer (Jen) and Shareen. Kalau kat kolej, geng aku Mizah, Jen and Shareen. Kat fakulti, Mizah tak de.Sbb Mizah FSTM. So, geng fakulti aku Jen, Shareen ngan Siew Ngah. Kalau ka KMJ dulu, sebok aku dok berbelit lidah belajar loghat Tganu. Bukan main Ulu lagik bunyinya bila aku ckp Tganu.Buat bebudak Tganu geli geleman je. Ngeh ngeh...
Skang aku berputaq-putaq lidah plak ghairah ngan bahser Sarawak.Oh, sik mauk! Wakaka... Shareen punya peberet.Then kat kolej aku ni, majoritinya Kedah.Ha, loghat utagha aku mmg agak pro.Pasai dulu kat Johor pon mmg dok teghiak-teghiak loghat utagha.Aku ngan Trex la.Oh, Trex! I miss you.Terpikir jugak alangkah bahgianya klu dia masih rumet aku.Bayangkan... satu bilik tu ada aku ngan Trex je.gerenti jadi bilik sewel.Kuang kuang kuang...Aizar pon aku rindu.Sib baik dapat call dia.Maklumlah, Kolej Za'ba terchenta tu dalam hutan.Dah la aku floor paling bawah.Coverage maxis punyalah tak ada.Cam warga rimba kitorang ni.Mak aku nak call pon payah.Haru!
Gambar (clock wise from left) - Siew Ngah, Me, Shareen and Jen. The FOUR. Atau pon nama tak langsung yg tercipta as PPG new version punya.Sbb PPG ni ada extra satu member.Siap gadoh-gadoh ngan Shareen nak jadi Buttercup.Cam poyo mak minah jek.Bebudak 3 orang (My Meow Meow Geng) ni budak engineering.So, satu fakulti la walopon aku ni agak tersasar skit ke lembah Seni Bina.But still akan dok satu bumbung.Gembira.
Semalam ada pendaftaran PTPTN.Aku migrain teruk.So, pegi DECTAR sekali lagi naik kete kak Azni.Bukan sket punya rock lagi kete Kancil akak tu.Kagum aku tgk kete student itu macam punya heavy metal.Sampai DECTAR, aku tak larat nak line up.So sumer urusan pc uruskan.
Banyak la aku nak citer.Tapi tgklah...ayat yg sanmgat kusam.Sbb aku takj larat sebnarnya.Malam tadi demam panas.Dapat plak bad flu.Tak jadi keje tido ma malam tadi dok memicit kepala aku.Dari panadol, aku telan plak postan 6 biji dalam selang tempoh beberapa jam je.Then cam kepala otak ni tak tercabar langsung ngan kekuatan postan.Pi Pusat Kesihatan, aku minta doktor ubat yg lagi kuat.Semalam je dua kali aku telan ubat tu.Agaknya sbb terlalu byk ubat aku makan, sbb aku sakit sampai nak bergulingan, terus akui demam panas. Sgt bersyukur sbb aku ada kat umah.Kalau tak, aku akan buat ramai orang susah dan mula bosan ngan kerenah aku ni.
"Janganlah benyek sangat," kata abah.Abah kata kalau aku terus ngan perangai aku yang tak tahan kasar ni, mmg payahla aku nanti bila kena bersengkang mata sampai ke pagi kat studio seni bina.Sangat takut....
Continue nanti.Rasa nak pengsan. Dumn!
12 Congteng-conteng:
-kak diqq-
best wooo...
hahaha.
all the best dan rehat cukup2 :)
Pekaba dior? Campus life..different with houses life.. ;)
hehehe baca entry ni mengimbau kenangan
ari2 fais lalu ukm tau.. time korg mnggu orientasi r.. dlm dekat2 kol 12mlm time tuh.. hehe.. sian korg kena buli.. nmpk korg kena beratur.. hakhak.. tp fais cari2 xnmpk pon chika.. musti da balek da time tuh.. hakahk
Post a Comment